Belanjawan 2025 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Nov 2024 10:41:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Belanjawan 2025 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belanjawan Sabah 2025 pacu pertumbuhan ekonomi melalui sektor utama https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-sabah-2025-pacu-pertumbuhan-ekonomi-melalui-sektor-utama/ https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-sabah-2025-pacu-pertumbuhan-ekonomi-melalui-sektor-utama/#respond Sat, 16 Nov 2024 10:40:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63848
Read Time:2 Minute, 28 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Peningkatan Belanjawan Sabah 2025 yang diumumkan Kerajaan negeri sebanyak RM6.421 bilion berbanding RM5.7 bilion pada tahun ini merupakan satu langkah signifikan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Pengarah Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Saizal Pinjaman berkata, peningkatan itu mencerminkan komitmen Kerajaan negeri bagi memacu pertumbuhan ekonomi melalui sektor utama.

Katanya, antara sektor utama itu termasuklah pertanian, perindustrian, dan pelancongan yang menerima sejumlah besar peruntukan bagi menyokong inovasi, pembangunan infrastruktur, dan penciptaan peluang pekerjaan. 

Pengarah Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Saizal Pinjaman

“Dengan fokus kepada keberkesanan perbelanjaan dan pelaksanaan projek pembangunan, inisiatif ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 2.5 peratus pada tahun depan.

“Peruntukan sebanyak RM1.299 bilion bagi pembangunan, yang merangkumi aspek ekonomi dan sosial dilihat menegaskan usaha kerajaan dalam mengurangkan jurang sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar dan bandar. 

“Contohnya, pembangunan perumahan kos rendah dan pembaikan kemudahan awam bakal memberi impak langsung kepada golongan berpendapatan rendah,”‘ katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Dr Saizal berkata, lebihan bajet sebanyak RM24.08 juta menunjukkan pengurusan kewangan Sabah yang berhemat dimana anggaran hasil negeri dijangka mencapai RM6.445 bilion. 

Katanya, ini menunjukkan Sabah bersedia menghadapi cabaran global seperti ketidakstabilan geopolitik dan perubahan pasaran komoditi dengan strategi fiskal yang berhati-hati. 

“Peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan daya tahan ekonomi negeri tetapi juga memberikan harapan kepada rakyat bahawa pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif dapat dicapai pada tahun-tahun akan datang​, ” katanya. 

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai agihan peruntukkan yang besar kepada dua Kementerian, Dr Saizal berkata, agihan itu mencerminkan fokus Kerajaan Sabah bagi menangani isu-isu legasi infrastruktur.

Dua Kementerian itu adalagh Kementerian Kewangan yang menerima agihan peruntukan sebanyak RM 3.08 bilion dan Kementerian Kerja Raya sebanyak RM1.36 bilion .

“Peruntukan berjumlah RM3.247 bilion yang diperuntukkan bagi perbelanjaan khas untuk membaik pulih bekalan air dan penyenggaraan jalan raya menunjukkan keutamaan kerajaan dalam memperbaiki aspek kritikal yang menjejaskan kehidupan rakyat dan kelestarian ekonomi.

“Langkah ini wajar memandangkan rangkaian jalan raya yang kurang baik serta bekalan air dan elektrik yang tidak stabil memberi impak langsung kepada produktiviti masyarakat dan pelaburan ekonomi negeri,” katanya.

Tambahnya, peruntukan RM2.607 bilion khusus untuk menangani isu infrastruktur asas menunjukkan komitmen yang berterusan untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya, usaha itu penting bukan sahaja untuk meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan asas tetapi juga untuk menarik pelaburan baharu dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

“Dengan pengurusan yang cekap dan pengawasan ketat, peruntukan ini berpotensi membawa perubahan positif yang signifikan kepada tahap kesejahteraan rakyat dan daya tahan ekonomi Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/16/belanjawan-sabah-2025-pacu-pertumbuhan-ekonomi-melalui-sektor-utama/feed/ 0 63848
Belanjawan 2025: Manfaat peruntukan RM2 bilion untuk pendidikan diharap melimpah ke Sabah – Arifin https://sabahmedia.com/2024/10/23/belanjawan-2025-manfaat-peruntukan-rm2-bilion-untuk-pendidikan-diharap-melimpah-ke-sabah-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/10/23/belanjawan-2025-manfaat-peruntukan-rm2-bilion-untuk-pendidikan-diharap-melimpah-ke-sabah-arifin/#respond Wed, 23 Oct 2024 03:19:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62609
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Peruntukan RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu diharap manfaat itu melimpah ke negeri Sabah.

Harapan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Beliau turut mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu kerana banyak membantu khususnya dalam bidang pendidikan di Sabah.

“Kita mengalu-alukan apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri telah banyak membantu khususnya dalam bidang pendidikan iaitu untuk sekolah baharu dan pembaikan sekolah-sekolah daif. Saya berharap RM2 bilion untuk seluruh negara itu di Sabah juga dapat manfaat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan Bantuan Cermin Mata bertemakan TPNS – Life In My Eyes di Menara Kinabalu, di sini pada Selasa.

Sehubungan dengan itu, Adifin berkata, beliau telah mengemukakan perkara-perkara yang menjadi keutamaan kepada Menteri Pendidikan.

“Kita sudah berbincang, baru-baru ini, kita ada mesyuarat Exco Pendidikan dengan Menteri Pendidikan sendiri dan kita sudah kemukakan perkara-perkara yang menjadi keutamaan.

“Sebelum ini pun Pengarah Pendidikan Sabah bersama kita untuk mengemukakan dan pihak pendidikan pun sudah mengenalpasti sekolah-sekolah daif yang perlu diberi keutamaan hususnya yang berskala 7 dan berskala 6.

“Kita juga ada kemukakan lebih kurang 10 buah sekolah yang terlibat dengan angin ribut dan rosak sekolah berkenaan. Itu juga saya minta diberi keutamaan.

“Dan keseluruhannya bajet berhubung pendidikan ini sangat baik. Saya harap manfaatnya juga melimpah ke negeri Sabah,” tegas Arifin lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/23/belanjawan-2025-manfaat-peruntukan-rm2-bilion-untuk-pendidikan-diharap-melimpah-ke-sabah-arifin/feed/ 0 62609
Belanjawan 2025: Sabah mengalu-alukan keutamaan berterusan kepada negeri ini https://sabahmedia.com/2024/10/18/belanjawan-2025-sabah-mengalu-alukan-keutamaan-berterusan-kepada-negeri-ini/ https://sabahmedia.com/2024/10/18/belanjawan-2025-sabah-mengalu-alukan-keutamaan-berterusan-kepada-negeri-ini/#respond Fri, 18 Oct 2024 11:51:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62410
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan Belanjawan Madani 2025 yang mencerminkan langkah progresif Kerajaan Perpaduan untuk menyediakan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat tanpa menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara.

Ketua Menteri berkata peruntukan RM6.7 bilion untuk Sabah tahun depan adalah peningkatan sebanyak 0.45 peratus berbanding RM6.67 bilion pada tahun ini.

“Ini sudah memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun depan,” katanya selepas mendengar siaran langsung Belanjawan Negara dari Dewan Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Menara Kinabalu hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga menghargai Perdana Menteri yang meletakkan kepentingan hak Sabah yang tidak boleh dipertikaikan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kerajaan Negeri juga menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan bayaran khas interim Sabah daripada RM300 juta kepada RM600 juta tahun depan, yang turut dimasukkan dalam Belanjawan.

“Sabah mengalu-alukan tumpuan berterusan Kerajaan Persekutuan untuk merapatkan jurang pembangunan wilayah melalui penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, air dan bekalan elektrik,” katanya.

Hajiji turut mengalu-alukan pengumuman bahawa surat setuju terima (SST) bagi 17 pakej di bawah Fasa 1B Pan Borneo Sabah, termasuk jajaran Kota Belud – Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau bernilai RM9.7 bilion telah pun dikeluarkan.

Hajiji turut mengalu-alukan pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan telah memuktamadkan pakej kerja Sabah Sarawak Link Road (SSLR) Fasa 2 bernilai RM7.4 bilion, dengan dua pakej telah dianugerahkan dan bakinya sebelum akhir tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/18/belanjawan-2025-sabah-mengalu-alukan-keutamaan-berterusan-kepada-negeri-ini/feed/ 0 62410
Inisiatif Berterusan Kwsp Bak “Sinar Sebelum Malap” https://sabahmedia.com/2024/10/13/inisiatif-berterusan-kwsp-bak-sinar-sebelum-malap/ https://sabahmedia.com/2024/10/13/inisiatif-berterusan-kwsp-bak-sinar-sebelum-malap/#respond Sun, 13 Oct 2024 06:39:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61858
Read Time:4 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR — Bercakap tentang kos sara hidup – secara realitinya, hari ini tidak lagi sama dengan apa yang kita lalui pada 10, 20 tahun yang lalu.

Kita bukan lagi di zaman beli kuih dua ketul dengan harga RM1, atau anak-anak yang bawa RM5 ke sekolah untuk berbelanja pada waktu rehat dari kalangan keluarga yang mewah.

Apatah lagi RM50 untuk bertahan selama satu minggu hari bekerja, dari isi petrol untuk kenderaan, makan minum dan belanja dapur, belum lagi hal-hal di luar kawalan.

Hari ini, mahu tidak mahu, keadaan sudah berubah. Ekonomi dunia menyaksikan tranformasi, nilai mata wang sentiasa wujud naik turunnya, soal politik dan kuasa serta pengaruh saling berkaitan.

Selaku negara kecil, Malaysia pastinya menerima kesan daripada pergolakan ekonomi semasa global berikutan ciri ekonomi negara yang terbuka dan bergantung kepada perdagangan.

Sehubungan itu, Kerangka Ekonomi Madani yang bertindak sebagai daya tahan ekonomi telah meletakkan Malaysia di landasan pertumbuhan yang stabil, sekaligus menjadi penyambung kepada struktur ekonomi negara yang pelbagai serta asas kukuh yang dibina selama ini.

“Faktor-faktor positif ini yang disokong oleh dasar dan pelan tindakan kukuh bertunjangkan kerangka Ekonomi Madani serta pelaksanaan berterusan langkah-langkah dan inisiatif pragmatik ditetapkan oleh kerajaan, akan memastikan ekonomi kita kukuh dan berdaya tahan.

“Walaupun sektor luaran kekal penting, pertumbuhan kini semakin didorong oleh permintaan domestik,” demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak keterlaluan untuk Kerajaan Madani pimpinan Anwar dipuji apabila tampil dengan pelbagai inisiatif segar dalam membantu dan meringankan beban rakyat.

Kehidupan pasca Covid-19 diakui semakin mencabar, dengan itu kerajaan meneruskan dan menambah baik pelbagai segi bantuan dan inisiatif oleh kerajaan terdahulu.

Tumpuan kepada pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibangkitkan rakyat demi kelangsungan hidup masing-masing.

Meskipun simpanan KWSP adalah untuk perbelanjaan persaraan, namun Kerajaan mengambil maklum keperluan mengimbangi keperluan hari kemudian dengan perancangan kewangan pada hari ini lebih-lebih lagi untuk pekerja gig dan sektor tidak formal

INFOGRAFIK AKAUN FLEKSIBEL KWSP


AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Terbaru kerajaan meluluskan Akaun Fleksibel KWSP yang memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.

Memetik laporan, sehingga 19 Julai lalu, seramai 3.4 juta daripada 13.1 juta ahli KWSP di bawah usia 55 tahun, membuat pengeluaran Akaun Fleksibel berjumlah RM8.9 bilion.

Dalam tempoh sama juga, sejumlah 29.3 peratus atau 3.8 juta ahli KWSP memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3) dengan pemindahan berjumlah RM12.6 bilion, manakala RM5.6 bilion dipindahkan ke Akaun Persaraan.

“Memandangkan komitmen semakin bertambah, gaji bulanan adakalanya hanya ‘cukup-cukup makan’, agak sukar untuk menyimpan dalam jumlah yang besar.

“Saya ada perancangan untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Jadi saya fikir hendak gunakan sejumlah wang dari Akaun Fleksibel itu nanti sebagai modal awal,” kata Mohd Yusof, 37 tahun.

Beliau yang masih kerja makan gaji itu amat menghargai keprihatinan Kerajaan Madani melonggarkan syarat kepada pencarum berhubung wang caruman mereka.

Sebagaimana tujuannya, penstrukturan semula akaun KWSP ini adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak.

Bagi pekerja swasta, Intan Munirah Rosli, 36, berpandangan inisiatif Kerajaan Madani ini amat baik, namun tetap mengambil langkah berwaspada agar tidak disalah guna.

“Kadang-kadang kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Dalam situasi getir hari ini, akses kepada Akaun Fleksibel amat membantu kami.

“Saya buat keputusan untuk peruntukkan sejumlah amaun di dalam Akaun Fleksibel untuk hal kecemasan, yang mungkin di waktu terdesak jika wang bulanan dari gaji saya tak mencukupi,” ujarnya.

Hal yang sama juga disokong oleh Shahir Omar, 34, yang memutuskan melangsaikan baki hutang komitmen bulanan menerusi pengeluaran Akaun Fleksibel.

“Insentif kerajaaan membenarkan pengeluaran Akaun Fleksibel membantu saya untuk menyelesaikan baki-baki hutang yang lain.

“Seperti contoh, hutang yang masih berbaki lima ke enam tahun akan datang dapat diselesaikan terus.

“Sementara duit untuk membayar bulanan hutang dapat disimpan atau digunakan pada hal-hal yang lain.

“Komitmen bulanan kini menjadi ringan sebab dapat menyelesaikan komitmen yang lain,” ujarnya.

Bagaimanapun perlu juga diingatkan saranan KWSP terhadap pencarum untuk mempunyai kuantum simpanan asas sebanyak RM240,000 ketika mencapai umur 55 tahun.

Angka itu dikira sebagai jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun sehingga mencapai usia 75 tahun selaras dengan jangkaan jangka hayat rakyat Malaysia.

Sehubungan itu adalah penting untuk turut sama mengingatkan pencarum agar tidak menyalah gunakan kelonggaran pengeluaran Akaun Fleksibel sehingga mungkin memberi kesan jangka masa panjang.

Di kala sebilangan besar pencarum memilih pengeluaran untuk Akaun Fleksibel, sebenarnya masih ramai lagi yang mengambil sikap waspada dan enggan berfikiran ‘terlalu berduit’ dalam soal wang caruman.

“Memandangkan saya pernah membuat beberapa kali pengeluaran Akaun Dua (Sejahtera) bagi tujuan bayaran yuran pendidikan dan pinjaman perumahan, kini saya sedang memulakan kembali simpanan Akaun Dua.

“Jadi memang tidak ada pindahan kepada Akaun Fleksibel,” demikian menurut Nurul Nabilah Shukri.

Tidak semua dalam kalangan kita bernasib baik. Jadi dengan sedikit kelonggaran dan keprihatinan Kerajaan Madani ini, sekurang-kurangnya dapat memberi sinar kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk merancang hala tuju kewangan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/13/inisiatif-berterusan-kwsp-bak-sinar-sebelum-malap/feed/ 0 61858
Usaha Memperkasa Golongan Petani, Nelayan Dan Penoreh Getah Diteruskan Dalam Belanjawan 2025 https://sabahmedia.com/2024/10/11/usaha-memperkasa-golongan-petani-nelayan-dan-penoreh-getah-diteruskan-dalam-belanjawan-2025/ https://sabahmedia.com/2024/10/11/usaha-memperkasa-golongan-petani-nelayan-dan-penoreh-getah-diteruskan-dalam-belanjawan-2025/#respond Fri, 11 Oct 2024 01:21:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61844
Read Time:3 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR — Usaha YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan di kalangan rakyat mulai berhasil. Usaha yang berani telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri sejak mengambil alih Putrajaya adalah membetulkan perkara yang “dibiasakan” dengan tatakelola yang sewajarnya dilaksanakan.

“Cita-cita Ekonomi MADANI mengangkat darjat hidup rakyat, menstruktur semula ekonomi bagi melonjak Malaysia sebagai jaguh hebat di rantau Asia” ujar YAB Perdana Menteri. Inilah aspirasi sebenar YAB Perdana Menteri untuk memperkasakan ekonomi rakyat secara umumnya.

Banyak isu-isu rakyat bawahan terus-terusan membelenggu mereka kerana kelemahan tadbir urus, ketirisan dan isu rasuah yang amat parah. Menurut data, dalam tempoh 39 tahun (1980 – 2019), hasil padi negara telah meningkat sebanyak 49.3%, dari 2.85 MT/ ha kepada 4.25 MT/ ha.

Namun begitu, dalam jangka masa 10 tahun selepas itu (2009 – 2019), hasil padi hanya meningkat sebanyak 14.4%, dari 3.72 MT/ ha kepada 4.25 MT/ ha. Menurut data daripada Khazanah Nasional, pertambahan pendapatan petani di Malaysia adalah amat perlahan dalam tempoh tiga dekad (1986-2016) berbanding dengan negara-negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat, Vietnam, Indonesia, Philipines dan Thailand.

Bila berlaku peningkatan yang amat perlahan ini, bermakna ada sesuatu yang perlu diperbetulkan, diperbaiki dan diuruskan semula tatakeloanya bagi memastikan petani mendapat manfaat yang lebih dan sepatutnya mereka nikmati.

Pesawah, petani dan penoreh getah adalah golongan yang setia mendengar pembentangan  Belanjawan diumumkan pada setiap tahun. Mereka ternanti-nanti dengan penuh pengharapan apakah yang akan Kerajaan Malaysia berikan kepada mereka. Ternyata tahun lepas, banyak berita gembira diberikan kepada mereka.

Dalam Belanjawan 2024  yang lepas, sejumlah RM2.6 billion telah diperuntukan kepada petani dan pesawah. Buat pertama kalinya juga Skim Subsidi Harga Padi dinaikkan daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan. Malahan harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per metrik tan dinaikkan bagi meningkatkan pendapatan petani.

Secara keseluruhannya, pertambahan sejumlah RM600 juta terhadap golongan petani dan pesawah berbanding belanjawan sebelum ini. Subsidi kepada petani padi huma dan bukit ditambah, subsidi diesel kepada nelayan dijaga, malah Kerajaan Madani turut memberikan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan kepada nelayan selain Insentif  Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan.

Kerajaan MADANI turut menyediakan RM10 juta untuk  membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang sudah uzur. Banyak perkara yang diumumkan dalam Belanjawan lepas yang memanfaatkan ratusan ribu petani, nelayan dan penoreh getah. Tambahan  usaha itu ditambah baik dengan Inisiatif BUDI MADANI dengan pemberian subsidi tunai secara bersasar kepada petani yang benar-benar layak agar isu ketirisan tidak lagi berlaku di peringkat bawahan.

Tahun ini, dijangka dalam pengumuman Belanjawan t 2025, banyak perkara baik akan terus lagi dinikmati oleh golongan petani, pesawah dan penoreh getah. Pastinya tiga skop utama tumpuan Belanjawan 2025 akan terus memberikan manfaat langsung kepada rakyat.

a) Menaikkan siling – menjadikan Malaysia negara peneraju di Asia.

b) Menaikkan lantai – meningkatkan darjat hidup rakyat.

c) Tatakelola baik dan reformasi sektor awam

Ketiga-tiga matlamat ini adalah untuk meletakkan hala tuju ekonomi di landasan yang jelas, serta menyokong cita-cita menyeluruh untuk negara bukan sahaja dalam percambahan ekonomi, malah penambah baikan keadilan sosial dan tatakelola.

Berbanding dengan Belanjawan sebelum ini, ada enam perkara yang jelas sekali dinikmati oleh petani seperti peningkatan harga lantai belian padi, skim subsidi harga padi, bantuan khas pesawah yang pertama kali diperkenalkan, skim perlindungan takaful tanaman padi, insentif pengeluaran getah dan bantuan musim tengkujuh.

Infografik berkaitan peningkatan insentif kepada pesawah & getah

Tahun ini, agenda pemerkasaan petani, pesawah dan penoreh getah dijangka akan diteruskan lagi. Kepimpinan yang dekat jiwanya  dengan golongan terbanyak dan sentiasa memikirkan nasib rakyat akan melaksanakan tindakan dan dasar yang secara langsung mengesankan akar umbi..

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ikon lejen memperjuangkan isu-isu rakyat di Malaysia sejak 1970an lagi. Terutamanya isu rakyat lapar dan miskin yang rata-ratanya adalah masyarakat petani, penoreh dan mereka yang berada di luar bandar.

Sejak hampir 50 tahun (1974) yang lalu lagi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah memperjuangkan isu-isu petani di Baling. Rakyat bangkit dan bersama-sama dalam momentum (wave) yang dicipta oleh Dato’ Seri Anwar pada ketika itu.

Kini Dato’ Seri Anwar menerajui Putrajaya, sudah pastinya usaha untuk membantu petani, nelayan dan penoreh getah akan menjadi keutamaan namun tiap usaha untuk menoktahkan kemiskinan dan memperkasakan golongan marhaein perlukan usaha yang komprehensif daripada semua pihak.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/11/usaha-memperkasa-golongan-petani-nelayan-dan-penoreh-getah-diteruskan-dalam-belanjawan-2025/feed/ 0 61844
Belanjawan 2025: Beri peruntukan banyak kepada Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/10/06/belanjawan-2025-beri-peruntukan-banyak-kepada-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/10/06/belanjawan-2025-beri-peruntukan-banyak-kepada-sabah-hajiji/#respond Sun, 06 Oct 2024 09:03:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61771
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap agar Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang banyak kepada negeri Sabah dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini.

Ini adalah menurutnya, Sabah merupakan sebuah negeri yang besar dan memerlukan peruntukan yang banyak.

“Saya selalu menyatakan kepada Yang Amat Berhormat kepada Perdana Menteri berilah peruntukan yang banyak kepada Sabah kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang besar dan kita memerlukan peruntukan yang banyak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Taklimat Gerak Kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah di sini, hari ini.
.
Hajiji berkata, pada tahun ini sebanyak RM6.6 bilion belanjawan diperuntukkan untuk negeri Sabah.

“Tahun ini kita dapat RM6.6 bilion. Ini tidak termasuk projek-projek yang lain seperti Pan Borneo dan lain-lain, jadi harapan kita di dalam pembentangan Belanjawan di Parlimen nanti Sabah akan mendapat perbelanjaan atau peruntukan yang lebih banyak daripada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, pada 12 September lalu media melaporkan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) memutuskan beberapa perkara yang telah dipersetujui termasuk Peruntukan Khas Interim untuk Sabah dan Sarawak yang dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM300 juta tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kenaikan peruntukan khas sepertimana yang terkandung dalam perkara 122D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu akan bermula pada tahun depan.

Menurut Fadillah, perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan aluannya semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 12 September lalu.

“Perdana Menteri putuskan untuk menaikkan kadar interim ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta untuk setiap negeri (Sabah dan Sarawak), maknanya sekali ganda kenaikan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan rasa syukur dan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/06/belanjawan-2025-beri-peruntukan-banyak-kepada-sabah-hajiji/feed/ 0 61771