belanjawan 2026 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 12 Dec 2025 10:59:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png belanjawan 2026 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belanjawan Sabah 2026 tumpu kesejahteraan rakyat dan infrastruktur asas – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/12/12/belanjawan-sabah-2026-tumpu-kesejahteraan-rakyat-dan-infrastruktur-asas-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/12/12/belanjawan-sabah-2026-tumpu-kesejahteraan-rakyat-dan-infrastruktur-asas-hajiji/#respond Fri, 12 Dec 2025 10:58:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88155
Read Time:1 Minute, 53 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan hari ini sebagai belanjawan yang menekankan kesejahteraan rakyat, selaras dengan tema “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan.”

Belanjawan itu dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Menurut Hajiji, fokus utama kerajaan pada tahun hadapan ialah menyelesaikan isu asas rakyat secara menyeluruh, khususnya berkaitan bekalan air, jalan raya dan kemudahan elektrik di luar bandar.

“Belanjawan ini mengutamakan kesejahteraan rakyat seperti temanya. Tumpuan juga adalah kepada tiga isu serangkai air, jalan raya dan elektrik luar bandar. Semua ini akan diberi keutamaan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Belanjawan itu.

Hajiji berkata, kerajaan turut memberi perhatian kepada pembelaan rakyat kurang berkemampuan, termasuk bantuan bersasar, pendidikan dan pembangunan modal insan bagi memastikan taraf hidup rakyat terus meningkat.

Terdahulu, Belanjawan Sabah 2026 yang dibentangkan dirangka berasaskan komitmen kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan negeri dengan pendekatan inklusif.

Ia memberi tumpuan kepada pemacuan sektor produktif, menangani ketidakseimbangan sosioekonomi, memperkasa modal insan, meningkatkan infrastruktur asas serta memperkukuh kecekapan penyampaian kerajaan.

Kerajaan turut menegaskan bahawa pengurusan perbelanjaan berhemat akan terus diamalkan bagi menutup ruang pembaziran dan ketirisan.

Untuk tahun 2026, anggaran Perbelanjaan Perbekalan berjumlah RM6.402 bilion dengan Anggaran Hasil berjumlah RM6.430 bilion. Meskipun Belanjawan ini mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun 2025, setelah mengambil kira anggaran hasil yang dapat dikutip, Belanjawan Sabah 2026 masih mencatatkan Belanjawan Lebihan (Surplus Budget) sebanyak RM28 juta.

Berdasarkan Sabah Economic Outlook 2026–2027, ekonomi negeri dijangka berkembang sekitar dua peratus, dipacu oleh pemulihan sektor pelancongan, peningkatan perdagangan dan pertumbuhan tenaga kerja.

Pengoperasian Hospital Pakar Universiti Malaysia Sabah pada Januari 2026 serta pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B turut dijangka merancakkan pertumbuhan dan mengukuhkan daya saing negeri.

Prestasi ekonomi Sabah turut menunjukkan perkembangan stabil dengan KDNK meningkat kepada RM84.3 bilion pada 2024, disokong sektor perkhidmatan yang menyumbang 52.4 peratus. Meskipun imbangan dagangan lebihan menyusut kepada RM8 bilion berikutan penurunan eksport petroleum mentah dan baja, inflasi kekal rendah pada 1.1 peratus dan perbelanjaan isi rumah terus meningkat.

Purata pendapatan isi rumah bulanan bertambah kepada RM6,498 pada 2024, manakala kadar kemiskinan menurun kepada 17.7 peratus, mencerminkan peningkatan tahap kesejahteraan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/12/belanjawan-sabah-2026-tumpu-kesejahteraan-rakyat-dan-infrastruktur-asas-hajiji/feed/ 0 88155
Belanjawan 2026: Kerajaan Sabah umum Bantuan Khas sebulan gaji untuk 18,853 penjawat awam https://sabahmedia.com/2025/12/12/belanjawan-2026-kerajaan-sabah-umum-bantuan-khas-sebulan-gaji-untuk-18853-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2025/12/12/belanjawan-2026-kerajaan-sabah-umum-bantuan-khas-sebulan-gaji-untuk-18853-penjawat-awam/#respond Fri, 12 Dec 2025 10:03:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88147
Read Time:55 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan bersamaan satu bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri, termasuk pegawai berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri  di sini, hari ini.

“Bantuan Khas Kewangan berkenaan akan melibatkan 18,853 penjawat awam dengan implikasi kewangan dianggarkan RM52.6 juta. Pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada Februari, sebelum Hari Raya Aidilfitri, dan sebelum sambutan Pesta Kaamatan 2026.

” Kerajaan turut memanjangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pesara kerajaan Sabah sebanyak RM1,000, yang akan dibayar pada tahun hadapan,” katanya.

Menurut Masidi, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM7.6 juta bagi menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan penjawat awam, sekali gus melahirkan barisan pegawai berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya kepimpinan.

Selain itu, katanya, RM16.85 juta turut diagihkan kepada semua agensi kerajaan negeri bagi pembangunan sumber manusia, memastikan penjawat awam terlatih, cekap serta dilengkapi kemahiran yang relevan dalam menghadapi cabaran semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/12/belanjawan-2026-kerajaan-sabah-umum-bantuan-khas-sebulan-gaji-untuk-18853-penjawat-awam/feed/ 0 88147
Belanjawan 2026: Persekutuan salur peruntukan tambahan untuk projek babit kemudahan asas di Sabah sebagai bukti keprihatinan – PM https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-persekutuan-salur-peruntukan-tambahan-untuk-projek-babit-kemudahan-asas-di-sabah-sebagai-bukti-keprihatinan-pm/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-persekutuan-salur-peruntukan-tambahan-untuk-projek-babit-kemudahan-asas-di-sabah-sebagai-bukti-keprihatinan-pm/#respond Fri, 10 Oct 2025 12:22:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82946
Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh Rhea Dharmin

KUALA LUMPUR: Keprihatinan kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah dizahirkan menerusi penyaluran peruntukan tambahan bagi pelaksanaan projek membabitkan kemudahan asas khususnya bekalan elektrik, air dan digitalisasi.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Persekutuan tetap menyediakan RM1.2 bilion kepada Sabah bagi menjamin kelangsungan bekalan berikutan pihaknya telah menyerahkan kawal selia bekalan elektrik kepada negeri itu sejak bulan Januari tahun lepas.

“Kendatipun kawal selia bekalan elektrik diserah sepenuhnya kepada Sabah Januari tahun lalu, Kerajaan Persekutuan tetap menyediakan 1.2 bilion ringgit untuk menjamin kelangsungan bekalan.

“Insiden tanah runtuh di Penampang telah memutuskan dua talian utama penghantaran elektrik voltan tinggi—mengakibatkan gangguan bekalan kepada 230,000 pengguna pantai timur Sabah. Langkah segera diambil bagi memulih bekalan. Untuk kelangsungan jangka panjang, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan 765 juta ringgit bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link.

“Sejak 2024, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM 1 bilion untuk projek air Sabah antaranya pemasangan paip di Tawau serta naik taraf paip usang di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Projek ini dalam fasa pelaksanaan dan dijangka siap tahun hadapan,”katanya,

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertempat di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata bagi memastikan semua negeri termasuk Sabah menikmati manfaat digital sepenuhnya, kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).

“Untuk memastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital yang sebaiknya, Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sepanjang 3,190 kilometer dengan kos 2 bilion ringgit.

“Ini melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak; seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-persekutuan-salur-peruntukan-tambahan-untuk-projek-babit-kemudahan-asas-di-sabah-sebagai-bukti-keprihatinan-pm/feed/ 0 82946
Belanjawan 2026: Perbelanjaan awam meningkat RM470 bilion – PM https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-perbelanjaan-awam-meningkat-rm470-bilion-pm/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-perbelanjaan-awam-meningkat-rm470-bilion-pm/#respond Fri, 10 Oct 2025 10:38:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82926
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Rhea Dharmin

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 akan menyaksikan peningkatan dalam perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbelanjaan terbabit melibatkan RM338.2 bilion belanja mengurus (OE) Persekutuan; RM81 bilion belanja pembangunan (DE) Persekutuan; RM30 bilion pelaburan syarikat pelaburan awam berkaitan kerajaan (GLIC); RM10 bilion pelaburan awam-swasta dan RM10.8 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan itu turut berkata disamping mengekalkan komitmen pada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA), momentum pertumbuhan terus didukung dasar fiskal yang mengembang.

“Belanjawan 2026 akan mengumpul dan mengoptimum sumber negara termasuk dana GLIC, Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD melalui perbelanjaan awam berjumlah 470 bilion ringgit berbanding 452 bilion ringgit tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertempat di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya komited memaknai tatakelola dimana pentadbiran MADANI harus membina kecekapan fiskal, menutup ruang ketirisan, dan memperkukuh institusi negara—dalam usaha menaikkan siling ekonomi dan lantai hidup rakyat

“Lantaran komitmen Kerajaan MADANI memaknai tatakelola, maka diperkenalkan FRA dan kkini ditambah RUU Perolehan Kerajaan yang sebenarnya mengikat kuasa Menteri Kewangan kerana masih boleh didakwa dan dipantau oleh Tribunal.

“Di bawah MADANI, kita tekal menurunkan defisit fiskal: daripada 5.5 peratus (2022); 5 peratus (2023); 4.1 peratus (2024); dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025). Insya-Allah, tahun 2026 akan menurun lagi kepada 3.5 peratus,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-perbelanjaan-awam-meningkat-rm470-bilion-pm/feed/ 0 82926