belanjawan sabah 2026 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Dec 2025 12:55:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png belanjawan sabah 2026 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belanjawan Sabah 2026 bukti keupayaan kerajaan urus pembangunan, kebajikan rakyat https://sabahmedia.com/2025/12/14/belanjawan-sabah-2026-bukti-keupayaan-kerajaan-urus-pembangunan-kebajikan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/12/14/belanjawan-sabah-2026-bukti-keupayaan-kerajaan-urus-pembangunan-kebajikan-rakyat/#respond Sat, 13 Dec 2025 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88233
Read Time:2 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lumadan, Datuk Mazlan @ Joehari Manan menyifatkan Belanjawan Sabah 2026 sebagai bukti keupayaan Kerajaan Negeri mengurus kewangan secara berhemah, berdisiplin dan mampan, selain kekal memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.

Beliau berkata, belanjawan yang melibatkan Anggaran Perbelanjaan RM6.402 bilion dengan Anggaran Hasil RM6.430 bilion itu, sekali gus merekodkan lebihan RM28 juta, mencerminkan pengurusan fiskal yang stabil dan bertanggungjawab.

“Belanjawan ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri bukan sahaja dalam memastikan kelestarian kewangan, tetapi juga menyalurkan peruntukan yang signifikan untuk memenuhi keperluan asas rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata, antara tumpuan utama belanjawan ialah penyelesaian isu jalan raya dan bekalan air apabila Kementerian Kerja Raya dan Utiliti diperuntukkan RM1.122 bilion bagi Perbelanjaan Perbekalan serta RM534.28 juta bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Menurutnya, peruntukan besar itu penting bagi membaiki jalan rosak, meningkatkan akses kawasan luar bandar serta memperkukuh kestabilan bekalan air bersih, termasuk projek naik taraf jalan kampung, jalan pertanian dan sistem bekalan air luar bandar.

Dalam aspek kebajikan dan pembasmian kemiskinan, beliau berkata Kerajaan Negeri kekal komited melaksanakan Model Menoktahkan Kemiskinan Tegar Negeri Sabah yang memberi tumpuan kepada lima intervensi utama meliputi perumahan, pekerjaan, pendidikan, kebajikan dan kewangan, serta keusahawanan dan latihan.

“Pelaksanaan Program SYUKUR dengan bantuan tunai RM300 sebulan kepada 100,000 penerima yang bermula pada 2025 dan diteruskan dalam Belanjawan 2026 adalah langkah penting untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pelbagai skim bantuan kebajikan lain diteruskan, termasuk kepada golongan berpendapatan rendah, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan kanak-kanak bagi memperkukuh perlindungan sosial secara bersasar.

Mengulas perumahan rakyat, Mazlan berkata Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) diteruskan dengan penambahan kuota daripada 40 kepada 50 unit bagi setiap DUN pada 2026, termasuk tambahan 10 unit khusus untuk golongan muda berumur 40 tahun ke bawah yang telah berkeluarga dan belum memiliki rumah sendiri.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan kajian pemberian Bantuan Subsidi Bayaran Deposit Rumah Pertama kepada golongan muda yang daif bagi membantu pemilikan rumah secara lebih inklusif dan mampan.

Dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan, beliau berkata Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi diperuntukkan RM186.54 juta bagi Perbelanjaan Perbekalan serta RM18.18 juta bagi Perbelanjaan Pembangunan.

“Sebanyak 13 bantuan pendidikan sedia ada seperti BUDI, BAIK, BAKTI, SUBFLY dan SENTOSA diteruskan, selain pengenalan Bantuan Pendaftaran Yuran MUET (BAYU) yang dijangka memberi manfaat kepada pelajar pada 2026,” katanya.

Mazlan berkata pembangunan belia dan sukan turut diberi perhatian apabila Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif diperuntukkan RM98.06 juta, termasuk RM16.75 juta bagi pembangunan modal insan belia, RM27.21 juta untuk kemajuan sukan dan RM10.05 juta bagi pembinaan serta penambahbaikan prasarana sukan di bawah RMKe-13.

Beliau turut menekankan peningkatan pelaburan asing dan domestik sebanyak 76 peratus kepada RM11.368 bilion pada 2025 berbanding RM6.458 bilion pada 2024, yang menurutnya merancakkan ekonomi Sabah.

“Belanjawan 2026 memberi penekanan kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan melalui pembangunan infrastruktur asas, peningkatan utiliti dan pengukuhan keyakinan pelabur bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta limpahan ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Mazlan berkata, keupayaan Kerajaan Negeri mengekalkan kestabilan fiskal turut dibuktikan melalui pemberian bonus sebulan gaji kepada penjawat awam negeri untuk dua tahun berturut-turut.

“Ia bukan sahaja penghargaan kepada dedikasi penjawat awam, malah mencerminkan kecekapan pengurusan hasil negeri,” katanya.

Secara keseluruhan, beliau menyifatkan Belanjawan Sabah 2026 sebagai belanjawan yang realistik, berpaksikan rakyat dan berpandangan jauh, sambil berharap setiap peruntukan dapat dilaksanakan serta dipantau dengan berkesan agar manfaatnya benar-benar dirasai rakyat di seluruh Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/14/belanjawan-sabah-2026-bukti-keupayaan-kerajaan-urus-pembangunan-kebajikan-rakyat/feed/ 0 88233
Belanjawan Sabah 2026 dibentang 12 Disember ini https://sabahmedia.com/2025/12/03/belanjawan-sabah-2026-dibentang-12-disember-ini/ https://sabahmedia.com/2025/12/03/belanjawan-sabah-2026-dibentang-12-disember-ini/#respond Wed, 03 Dec 2025 08:47:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87657
Read Time:54 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Belanjawan Sabah 2026 akan dibentangkan pada 12 Disember ini meskipun hanya mempunyai kira-kira 10 hari untuk melakukan penambahbaikan selepas pilihan raya negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya selepas melakukan ‘clock in’ memulakan tugas rasmi di Kementerian Kewangan pada Rabu.

Masidi menjelaskan sebahagian besar draf belanjawan telah disediakan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus memudahkannya untuk menambah baik dokumen berkenaan dalam tempoh singkat.

“Dengan dedikasi pegawai-pegawai di kementerian, penyediaan belanjawan ini menjadi lebih mudah walaupun masa agak ketat. Insya-Allah kita sedia membentangkan Belanjawan 2026 pada 12 Disember,” katanya.

Menurut beliau, Belanjawan 2026 akan mengekalkan momentum pembangunan menerusi perbelanjaan besar kepada infrastruktur dan kebajikan rakyat, selaras dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Masidi turut mengakui keadaan ekonomi global serta penurunan harga minyak kini sekitar USD67-68 setong berbanding unjuran awal USD70 bakal memberi sedikit kesan kepada anggaran hasil negeri.

“Namun kita akan pastikan usaha menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuh pembangunan negeri tidak terjejas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/03/belanjawan-sabah-2026-dibentang-12-disember-ini/feed/ 0 87657