Belanjawan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 12 Dec 2025 11:34:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Belanjawan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemuda Gagasan Rakyat sambut baik Belanjawan Sabah 2026 https://sabahmedia.com/2025/12/12/pemuda-gagasan-rakyat-sambut-baik-belanjawan-sabah-2026/ https://sabahmedia.com/2025/12/12/pemuda-gagasan-rakyat-sambut-baik-belanjawan-sabah-2026/#respond Fri, 12 Dec 2025 11:21:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88161
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyambut baik Belanjawan Sabah 2026 yang memperuntukkan RM6.402 bilion dengan lebihan RM28 juta.

Dalam satu kenyataan, Pemuda Gagasan Rakyat memaklumkan, belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun itu menunjukkan pengurusan fiskal yang kukuh serta komitmen Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus memacu pembangunan negeri.

Menurut kenyataan itu lagi, belanjawan ini menyokong pelaksanaan projek dan program baharu RMKe-13 meliputi infrastruktur asas, air, pembetungan, pertanian, industri, pengangkutan dan inovasi yang menjadi pemangkin kesejahteraan rakyat.

“Pemuda turut mengalu-alukan fokus besar kepada pembangunan generasi muda melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, program latihan modal insan, pembangunan bakat, TVET, STEM dan penyertaan belia dalam projek pertanian seperti Penternakan Ayam Pedaging.

“Belanjawan ini juga memperkukuh ekosistem ekonomi masa depan melalui program seperti Sabah Sandbox Accelerate, Creative Incubator dan PitchBorneo, selaras dengan aspirasi Sabah sebagai hab inovasi dan digital.

“Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengekalkan program rakyat yang terbukti memberi impak langsung,”menurut kenyataan itu di sini pada Jumaat.

Antara program rakyat yang dikekalkan termasuklah Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR); Rumah Mesra SMJ dengan peningkatan sebanyak 50 unit setiap DUN, termasuk 10 unit kuota kepada anak muda dan inisiatif pendidikan termasuk bantuan yuran MUET (BAYU), selain pelbagai bantuan pendidikan lain seperti BUDI, BAIK, BAKTI dan SUBFLY.

Pemuda Gagasan Rakyat juga menyambut baik tumpuan kepada pendidikan awal, pembangunan modal insan, keselamatan makanan, Ekonomi Biru, serta inisiatif memerangi ketirisan hasil melalui pendigitalan urus hasil dan reformasi percukaian.

Menurut kenyataan itu, semua strategi ini memperkukuh asas pertumbuhan jangka panjang Sabah.

Secara keseluruhan, Belanjawan Sabah 2026 ialah belanjawan pro-rakyat, pro-pembangunan dan pro-belia.

“la menyediakan landasan jelas untuk mempercepatkan transformasi negeri dan memastikan generasi muda Sabah menjadi peneraju masa depan yang lebih makmur, inklusif dan berdaya saing,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/12/pemuda-gagasan-rakyat-sambut-baik-belanjawan-sabah-2026/feed/ 0 88161
Belanjawan Sabah 2025 pacu pertumbuhan ekonomi negeri https://sabahmedia.com/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-pacu-pertumbuhan-ekonomi-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-pacu-pertumbuhan-ekonomi-negeri/#respond Fri, 15 Nov 2024 12:32:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63804
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Belanjawan Sabah 2025 yang memberi fokus kepada beberapa bidang terutama kepada industri pertanian, pelancongan dan perindustrian berupaya memacu pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, belanjawan itu turut memberi fokus kepada pembangunan modal insan selain kesejahteraan rakyat.

“Belanjawan yang saya rasa bagus yang memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi kita dalam industri pertanian, pelancongan dan juga perindustrian. Ini akan memacu pertumbuhan ekonomi kita.

“Belanjawan ini juga memberi fokus kepada pembangunan modal insan termasuk bantuan-bantuan kepada pelajar-pelajar kita yang akan menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)  dan juga untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri pembentangan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Pembentangan Belanjawan Sabah 2025 dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Hajiji berkata, belanjawan yang dibentangkan itu juga turut memberi manfaat kepada semua rakyat di Sabah.

“Bukan sahaja kepada orang susah, pegawai Kerajaan, pemberian rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dan juga kita akan bagi mereka yang susah ini dalam kategori miskin dan miskin tegar ini sebanyak RM300 sebulan selama satu tahun pada  tahun hadapan

“Ini akan memakan belanja lebih kurang RM400 juta.  Selain daripada itu, kita juga memberi tumpuan kepada jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

“Jadi saya boleh simpulkan bahawa ini adalah Belanjawan yang mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negeri kita Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-pacu-pertumbuhan-ekonomi-negeri/feed/ 0 63804
Belanjawan Sabah 2025 : Tumpuan Pembangunan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat dan Pelaburan https://sabahmedia.com/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-tumpuan-pembangunan-ekonomi-kesejahteraan-rakyat-dan-pelaburan/ https://sabahmedia.com/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-tumpuan-pembangunan-ekonomi-kesejahteraan-rakyat-dan-pelaburan/#respond Fri, 15 Nov 2024 10:36:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63789
Read Time:3 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang dibentangkan sebentar tadi menekankan tiga fokus strategik utama, iaitu pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, dan peningkatan pelaburan, dengan peruntukan besar untuk menyokong pertumbuhan inklusif dan meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah.

Belanjawan Sabah yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun itu menekankan lima fokus utama untuk memastikan pembangunan inklusif dan memperkukuh sistem penyampaian kerajaan, sejajar dengan tema “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.”

Antara tonggak yang disentuh adalah mengenai usaha Kerajaan negeri dalam Menyokong Pembangunan Sektor Produktif yang memberikan tumpuan kepada sektor-sektor produktif seperti pertanian, perindustrian, dan pelancongan.

Strategi ini termasuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan pendapatan negeri.

Menangani Ketidakseimbangan Sosioekonomi, Memesatkan Pembangunan Modal Insan, Meningkatkan Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta Kecekapan Pengurusan dan Penyampaian Kerajaan.

Menyentuh mengenai Pembangunan Ekonomi, kata Masidi Sebanyak RM838.42 juta, diperuntukkan untuk memacu pertumbuhan sektor pertanian, perindustrian, dan pelancongan.

Sektor pertanian juga menjadi fokus utama dengan RM610.85 juta disalurkan, termasuk insentif khas untuk petani dan nelayan. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian dan memperkukuh ketahanan makanan negeri.

Belanjawan ini turut memberikan perhatian terhadap kebajikan rakyat dengan peruntukan RM162.42 juta, termasuk bantuan persekolahan serta program sokongan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Turut diumum oleh Masidi di dalam Belanjawan Sabah 2025 ini Dimana ianya memperuntukkan sejumlah besar dana untuk sektor pendidikan dengan fokus kepada pelbagai program biasiswa, bantuan tunai, dan insentif khas bagi meningkatkan akses dan kualiti pendidikan untuk pelajar negeri ini

Program Bantuan Pendidikan

  1. Biasiswa, Dermasiswa, dan Bantuan Pelajar Negeri
    o Peruntukan: RM127 juta.
    o Memanfaatkan 7,130 pelajar aktif dan 3,000 pelajar baru.
  2. Sumbangan Mahasiswa Pendidikan Tinggi dalam Sabah (SENTOSA)
    Bantuan one-off sebanyak RM300 seorang untuk mahasiswa.
  3. Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI)
    RM2,000 untuk pelajar ijazah.
    RM1,500 untuk pelajar diploma/matrikulasi.
    Disediakan sebagai bantuan pendaftaran untuk pelajar yang melanjutkan pengajian.
  4. Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan (SUBFLY)
    Subsidi RM600 seorang kepada pelajar IPT Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan pulang ke Sabah.

Sokongan Kepada Sekolah

  1. Sumbangan Kegiatan Sekolah (SUKSES)
    Bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah untuk menyokong aktiviti pendidikan.
  2. Program Pemberian Bantuan Persekolahan
    Peruntukan: RM26.06 juta.
    Memanfaatkan 291,275 murid di seluruh Sabah.

Program Bantuan Lain
Kerajaan juga meneruskan pelbagai inisiatif pendidikan yang lain termasuk:
• Bantuan Ihsan Komputer (BAIK): Membantu pelajar mendapatkan peralatan ICT.
• Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI): Menyokong pelajar menduduki peperiksaan penting.
• Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI): Menyokong simpanan pendidikan.
• Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA): Mengiktiraf pelajar cemerlang.
• Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS): Menyokong aktiviti PIBG di sekolah.
• Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH): Menambah baik prasarana sekolah.
• Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU): Memastikan pendidikan berkualiti untuk semua.

Manakala dari segi pelaburan, menurut Masidi, Setakat Jun 2024, Sabah telah menerima pelaburan domestik dan asing bernilai RM1.7 bilion .

Katanya Sabah telah menerima pelaburan sebanyak RM1.7 bilion yang merangkumi pelaburan dalam dan luar negara di dalam Sektor Utama, Perkilangan dan Perkhidmatan
Projek ini merupakan langkah strategik untuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi, khususnya dalam sektor perindustrian, sekaligus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

“ Kadar pertumbuhan bagi sektor pembuatan di Sabah pada tahun 2023 adalah sebanyak 4.4 peratus mengatasi pertumbuhan purata Sektor Pembuatan nasional iaitu sebanyak 0.8 peratus, seterusnya menjadikan kadar pertumbuhan Sektor Pembuatan di Sabah yang tertinggi di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, Kumpulan Kibing, melalui anak syarikatnya SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd, telah mengumumkan pelaburan bernilai RM7.2 bilion untuk membina sebuah kilang pembuatan kaca solar baharu di Sabah. Projek ini akan dijalankan dalam tiga fasa dan dijangka menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Selain itu, Kumpulan Kibing turut merancang untuk meningkatkan kapasiti penghasilan kaca solar di kilangnya yang sedia ada di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dengan menambah barisan pengeluaran ketiga. Penambahan ini melibatkan pelaburan tambahan bernilai RM700 juta dan bakal mewujudkan 600 lagi peluang pekerjaan.

Pelaburan strategik ini dijangka memperkukuh kedudukan Sabah sebagai hab industri solar, selain memberikan impak positif kepada ekonomi dan peluang pekerjaan tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-tumpuan-pembangunan-ekonomi-kesejahteraan-rakyat-dan-pelaburan/feed/ 0 63789
Belanjawan 2024 : Bahagian Audit Kementerian Kewangan diperkasa https://sabahmedia.com/2023/11/24/belanjawan-2024-bahagian-audit-kementerian-kewangan-diperkasa/ https://sabahmedia.com/2023/11/24/belanjawan-2024-bahagian-audit-kementerian-kewangan-diperkasa/#respond Fri, 24 Nov 2023 08:49:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45645
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Fungsi semak imbang telah ditambah dengan memperkasakan fungsi Bahagian Audit Dalam Kementerian Kewangan kepada Jabatan Audit Dalam yang ditempatkan di bawah Jabatan Ketua Menteri bermula tahun depan.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia adalah dengan mengutamakan dasar telus dan keterbukaan dalam pengurusan projek sosial ekonomi dan pembangunan negeri.

“Jabatan ini akan memastikan Kementerian, Jabatan dan Agensi Awam Negeri mengoptimumkan keberhasilan peruntukan yang disediakan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi berkata, kerajaan negeri juga komited bagi memantap dan membudayakan integriti dalam kalangan anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara menyeluruh.

Katanya, peruntukan diberikan kepada Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGONS) di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk  menyelaras program pembudayaan integriti dan anti rasuah demi kecemerlangan sistem pentadbiran negeri.

“Peruntukan juga disediakan kepada semua kementerian dan jabatan di bawah perbelanjaan mengurus bagi memastikan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM25.06 juta untuk menggalakkan pembelajaran berterusan dalam kalangan penjawat awam bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan, kepakaran dan kemahiran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan,” katanya.

Masidi menambah, pada tahun ini, kerajaan negeri mewujudkan sebanyak 799 jawatan baharu untuk mengisi keperluan tenaga kerja bagi mengimbangi bebanan kerja yang semakin mencabar dan kompleks dalam usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam negeri. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/24/belanjawan-2024-bahagian-audit-kementerian-kewangan-diperkasa/feed/ 0 45645
Belanjawan 2024 : Sabah bentang belanjawan RM5.701 bilion https://sabahmedia.com/2023/11/24/belanjawan-2024-sabah-bentang-belanjawan-rm5-701-bilion/ https://sabahmedia.com/2023/11/24/belanjawan-2024-sabah-bentang-belanjawan-rm5-701-bilion/#respond Fri, 24 Nov 2023 08:16:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45636
Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah hari ini membentangkan belanjawan lebihan berjumlah RM5.701 bilion untuk tahun 2024 berbanding RM5.138 bilion peruntukan yang diperuntukan untuk tahun ini.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, belanjawan bertemakan `Sabah Teguh Rakyat Terbela’ Sabah diunjur mengutip hasil berjumlah RM5.737 bilion pada tahun depan.

Katanya, belanjawan yang menggariskan lima strategi perbelanjaan bagi memastikan pembangunan secara mapan itu akan diunjur mencatat lebihan hasil berjumlah RM35.87 juta.

“Belanjawan ini dirangka khusus demi membela kesejahteraan hidup rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan yang berterusan. Saya ingin menekankan di sini bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyediakan Belanjawan yang holistik dan inklusif.

“Bagi merealisasikan matlamat tema Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri mencadangkan satu Anggaran Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM5.701 bilion dengan Anggaran Hasil Negeri sebanyak RM5.737 bilion.

“Ini bermakna, Belanjawan 2024 merupakan satu Belanjawan Lebihan (Surplus Budget) sebanyak RM35.87 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi berkata, sebahagian besar belanjawan Sabah pada tahun depan diagihkan kepada Kementerian Kewangan negeri iaitu sebanyak RM2.48 bilion, diikuti Kementerian Kerja Raya (RM1.03 bilion) dan Jabatan Ketua Menteri (RM712.64 juta).

Selebihnya diagihkan kepada Kementerian Pertanianm Perikanan dan Industri Makanan sebanyak RM363.91 juta; Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (RM82.67 juta); Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM184.71 juta); Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (RM180.13 juta) dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (RM148.82 juta).

Turut menerima peruntukan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sebanyak RM120.87 juta; Kementerian Belia dan Sukan Sabah (RM88.67 juta) dan Kementerian Pembangunan Perindustriaan dan Keusahawanan (RM26.11 juta)

Selain itu, turut diperuntukkan ialah Perbelanjaan Tanggungan sebanyak RM238.24 juta dan Perbelanjaan Yang Tidak Termasuk Dalam Kementerian-Kementerian sebanyak RM43.33 juta.

Sementara itu, Masidi berkata, ekonomi Sabah semakin memulih dengan mencatatkan pertumbuhan menggalakkan iaitu pada kadar 3.7 peratus pada tahun 2022 berbanding 1.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Katanya, jumlah KDNK Sabah juga menunjukkan sedikit peningkatan iaitu RM79 bilion pada tahun 2021 kepada RM81.9 bilion pada tahun 2022, manakala KDNK per kapita Sabah pula meningkat kepada RM35,766 pada tahun 2022 berbanding RM30,022 pada tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan positif ini antaranya didorong oleh pemulihan semula sektor-sektor ekonomi utama di negeri Sabah.

“Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2023, negeri Sabah telah mencatatkan imbangan perdagangan sebanyak RM13 bilion berbanding RM24 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2022 iaitu penguncupan sebanyak 45.8 peratus,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/24/belanjawan-2024-sabah-bentang-belanjawan-rm5-701-bilion/feed/ 0 45636
Belanjawan Sabah 2024 dibentang esok https://sabahmedia.com/2023/11/23/belanjawan-sabah-2024-dibentang-esok/ https://sabahmedia.com/2023/11/23/belanjawan-sabah-2024-dibentang-esok/#respond Thu, 23 Nov 2023 05:44:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45599
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Belanjawan Sabah 2024 yang bertemakan ‘Sabah Teguh, Rakyat Terbela’ akan dibentangkan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun esok.

Kementerian Kewangan Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pembentangan Belanjawan 2024 itu akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula jam 3 petang.

“Hari ini Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah menerima dan membuat semakan terakhir Buku Belanjawan 2024, yang bertemakan Sabah Teguh, Rakyat Terbela, dan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada jam 3 petang, Jumaat, 24 November 2023,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Buku Belanjawan 2024 itu diserahkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Sofian Alfian Nair bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Chee Shok Ting, Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan, Mohd Faizal Mohd Tahir, Setiausaha Rendah Bahagian Cukai Jualan Negeri, Evina Brenda Majimbun dan Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri, Datuk Peter Thien. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/23/belanjawan-sabah-2024-dibentang-esok/feed/ 0 45599