Belanjawan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Jul 2026 05:38:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Belanjawan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah: Belanjawan negeri perlu lebih realistik – Sarifuddin https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-belanjawan-negeri-perlu-lebih-realistik-sarifuddin/ https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-belanjawan-negeri-perlu-lebih-realistik-sarifuddin/#respond Tue, 21 Jul 2026 05:38:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100280
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri disaran menyediakan anggaran belanjawan tahunan yang lebih realistik pada masa depan agar mencerminkan keperluan sebenar perbelanjaan serta mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan tambahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata, berkata walaupun tiada mana-mana wakil rakyat menolak keperluan kerajaan mendapatkan peruntukan tambahan bagi tujuan pembangunan, setiap perbelanjaan perlu melalui penelitian yang teliti demi memastikan wang rakyat dibelanjakan secara berhemah.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan Tambahan 2026 sempena Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 di Bangunan DUN Sabah, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, fungsi utama DUN bukan sekadar meluluskan bajet negeri, malah memastikan setiap peruntukan mempunyai justifikasi yang jelas, memberi manfaat kepada rakyat serta bebas daripada pembaziran, pertindihan projek dan ketirisan.

Sarifuddin berkata beliau meneliti cadangan peruntukan tambahan berjumlah RM1.61 bilion, termasuk RM435.54 juta bagi perbelanjaan pembangunan, dan menyambut baik peruntukan terbesar sebanyak RM233.7 juta kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah, khususnya bagi projek bekalan air.

Katanya, peruntukan bagi projek bekalan air seperti Rancangan Air Sabah dan menaik taraf loji rawatan air wajar ditambah kerana masalah bekalan air masih menjadi isu utama di seluruh negeri, termasuk di kawasan Merotai.

Beliau turut mempersoalkan pertambahan peruntukan pelaburan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerusi ekuiti sebanyak RM210 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM280 juta bagi tahun ini.

Menurutnya, kerajaan perlu menilai semula keberkesanan GLC yang tidak memberi pulangan dan mengelakkan pertindihan fungsi antara syarikat milik kerajaan bagi mengurangkan kos operasi serta meningkatkan keuntungan kepada negeri.

Pada masa sama, beliau menasihatkan Kementerian Kewangan supaya memastikan unjuran belanjawan tahunan lebih tepat kerana peruntukan tambahan berjumlah RM1.612 bilion bersamaan kira-kira 25 peratus daripada belanjawan asal RM6.402 bilion, sekali gus menunjukkan anggaran awal tidak mencerminkan keperluan sebenar.

Beliau bagaimanapun menegaskan tetap menyokong peruntukan tambahan itu, khususnya bagi pembangunan infrastruktur seperti bekalan air dan jalan raya, dengan harapan setiap perbelanjaan dapat dilaksanakan secara berhemah, berintegriti dan memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-belanjawan-negeri-perlu-lebih-realistik-sarifuddin/feed/ 0 100280
Belanjawan 2026 beri sinar baharu kepada Kalabakan https://sabahmedia.com/2025/10/13/belanjawan-2026-beri-sinar-baharu-kepada-kalabakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/13/belanjawan-2026-beri-sinar-baharu-kepada-kalabakan/#respond Mon, 13 Oct 2025 09:03:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83173
Read Time:1 Minute, 39 Second

KALABAKAN: Penduduk Kalabakan bakal menikmati limpahan pembangunan hasil pelaksanaan beberapa projek besar susulan Belanjawan 2026 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, peruntukan besar kepada Sabah membuktikan kesungguhan kerajaan Persekutuan mempercepat pembangunan luar bandar dan merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, antara projek tumpuan yang akan memberi kesan langsung kepada Kalabakan ialah pembinaan Jalan Kalabakan–Simanggaris sepanjang 28 kilometer, yang bakal menjadi laluan strategik ke sempadan Indonesia.

“Projek ini bukan sekadar jalan raya. Ia pemangkin ekonomi yang akan mempercepat urusan perdagangan rentas sempadan, menarik pelabur dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Kalabakan berada di lokasi strategik dan apabila siap kelak, ia berpotensi menjadi hab ekonomi baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suryady berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM765 juta untuk Projek Southern Link bagi membina talian penghantaran elektrik voltan tinggi yang mampu menstabilkan bekalan tenaga di Sabah.

“Bekalan elektrik yang stabil amat penting untuk membangunkan kawasan perindustrian di timur Sabah, termasuk Kalabakan.

“Apabila infrastruktur asas lengkap, lebih ramai pelabur akan datang dan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan akan meningkat,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan turut memberi perhatian terhadap pembangunan modal insan termasuk peluasan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembinaan kemudahan pendidikan baharu dan inisiatif pendidikan luar bandar.

“Pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan masa depan. Ia membuka lebih banyak peluang untuk anak muda memperbaiki taraf hidup dan menyumbang kepada kemajuan setempat,” jelasnya.

Suryady turut menegaskan pihaknya akan memastikan semua projek berimpak tinggi yang diumumkan dapat dilaksanakan mengikut perancangan tanpa kelewatan atau ketirisan.

“Saya akan pantau rapat pelaksanaan projek ini dan bekerjasama dengan kerajaan negeri, kementerian serta agensi pelaksana supaya manfaatnya sampai kepada rakyat. Penduduk Kalabakan berhak menikmati kemudahan setara dengan kawasan lain,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan atas komitmen membangunkan Sabah, khususnya Kalabakan.

“Dengan adanya projek strategik seperti Jalan Kalabakan–Simanggaris dan Southern Link, saya yakin Kalabakan mampu muncul sebagai wilayah berdaya saing, maju dan makmur,” katanya. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/13/belanjawan-2026-beri-sinar-baharu-kepada-kalabakan/feed/ 0 83173
RM6.9 Bilion untuk Sabah bukti komitmen Kerajaan MADANI pulihkan infrastruktur asas https://sabahmedia.com/2025/10/12/rm6-9-bilion-untuk-sabah-bukti-komitmen-kerajaan-madani-pulihkan-infrastruktur-asas/ https://sabahmedia.com/2025/10/12/rm6-9-bilion-untuk-sabah-bukti-komitmen-kerajaan-madani-pulihkan-infrastruktur-asas/#respond Sun, 12 Oct 2025 01:53:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83050
Read Time:1 Minute, 41 Second

SANDAKAN : Peruntukan pembangunan sebanyak RM6.9 bilion kepada Sabah menerusi Belanjawan 2026 disifatkan sebagai antara yang terbaik dalam sejarah negeri ini.

Belanjawan itu turut mencerminkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan menangani masalah infrastruktur asas yang sekian lama membelenggu rakyat.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Karamunting, George Hiew Vun Zin, berkata pengumuman itu menjadi manifestasi komitmen sebenar Kerajaan MADANI yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam menyelesaikan isu bekalan air, elektrik dan kemudahan jalan raya di Sabah.

“Sejak Pilihan Raya Umum ke-15, kita dapat lihat perubahan ketara. Isu-isu asas seperti air, elektrik dan jalan raya mula diberi perhatian serius, dan peruntukan kepada Sabah terus meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dan Kerajaan Persekutuan menjadi faktor penting dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar  termasuk projek Lebuhraya Pan Borneo dan pelbagai inisiatif penambahbaikan sistem bekalan air.

Mengulas cabaran yang dihadapi sebelum ini, George Hiew menjelaskan bahawa tiga kali pertukaran kerajaan antara 2018 hingga 2022 menyebabkan banyak projek pembangunan tergendala, selain mengganggu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Setiap kali kerajaan bertukar, proses pembangunan perlu bermula semula, kontraktor baharu, perancangan baharu, dan kadang-kadang dasar juga berubah. Ini menyebabkan ekonomi Sabah tersekat dan rakyat yang rugi,” katanya.

George Hiew turut optimis bahawa peruntukan RM6.9 bilion itu akan mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek strategik termasuk naik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selain itu katanya adalah penambahbaikan sistem bekalan air di kawasan luar bandar; penambahbaikan infrastruktur jalan luar bandar dan pengangkutan awam dan peningkatan capaian tenaga elektrik di kawasan pedalaman.

Justeri beliau menyeru rakyat Sabah supaya menilai pencapaian nyata hasil kerjasama erat GRS dan Kerajaan MADANI, dan memberi peluang kepada gabungan ini untuk meneruskan kesinambungan pembangunan.

“Sebagai seseorang yang telah berada dalam dunia politik lebih 20 tahun, saya yakin inilah tempoh terbaik bagi Sabah dari segi kerjasama Persekutuan dan Negeri. Kita sudah mula melihat hasilnya, dan saya harap rakyat akan terus beri kepercayaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/12/rm6-9-bilion-untuk-sabah-bukti-komitmen-kerajaan-madani-pulihkan-infrastruktur-asas/feed/ 0 83050
Belanjawan 2026 beri manfaat besar untuk rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-beri-manfaat-besar-untuk-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-beri-manfaat-besar-untuk-rakyat-sabah/#respond Fri, 10 Oct 2025 11:35:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82939
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU:  Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai belanjawan progresif, yang cukup berhemah namun tidak mengabaikan kepentingan pelbagai masyarakat, terutama mereka yang kurang berkemampuan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan negara yang progresif.  

“Belanjawan ini, yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara, telah menyediakan peruntukan untuk Sabah berjumlah RM6.9 bilion yang kita percaya akan memberi manfaat besar kepada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2026 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, pada Jumaat. 

Perdana Menteru turut mengumumkan bahawa peruntukan RM6.9 bilion untuk Sabah tahun depan adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. 

“Belanjawan ini bukan sekadar angka , ia adalah hasil daripada kestabilan politik Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) , dan keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap kepimpinan negeri. Sabah kini benar-benar diarusperdanakan dalam pembangunan Malaysia,” katanya. 

Dalam Belanjawan  itu, Anwar turut mencadangkan peruntukan sebanyak RM765 juta bagi pembinaan talian elektrik Southern Link yang mana  menurut Hajiji akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sabah. 

Turut dimasukkan dalam belanjawan ialah kerja-kerja pembaikan infrastruktur yang rosak akibat bencana alam baru-baru ini yang menjejaskan Sabah, termasuk IPG Gaya, dengan kos sebanyak RM220 juta, serta RM39 juta bagi Fasa 2 projek tebatan banjir. 

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas sokongan berterusan terhadap projek Pan Borneo Sabah dengan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun depan. 

Beliau juga memuji komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan memenuhi tuntutan Sabah, termasuk dengan menaikkan geran khas interim kepada RM600 juta berbanding RM300 juta pada tahun ini. 

Turut hadir Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan pembantu menteri serta pegawai kanan kerajaan negeri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-beri-manfaat-besar-untuk-rakyat-sabah/feed/ 0 82939
Belanjawan 2026: 9 juta penerima STR dan SARA 2026 terima sehingga RM1,200 setahun https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-9-juta-penerima-str-dan-sara-2026-terima-sehingga-rm1200-setahun/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-9-juta-penerima-str-dan-sara-2026-terima-sehingga-rm1200-setahun/#respond Fri, 10 Oct 2025 11:15:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82936
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh Normimie Diun

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa semua sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula tahun 2026, dengan kadar sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, seramai satu juta penerima STR yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih akan menerima bantuan SARA yang lebih tinggi iaitu sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun, manakala kategori bujang pula bakal menerima RM600 setahun iaitu RM50 sebulan melalui SARA.

“Bagi isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan dan mempunyai lima anak, kadar maksimum yang diterima ialah RM4,600, merangkumi STR sebanyak RM2,200 dan SARA sebanyak RM2,400,” katanya.

Anwar turut mengimbas pelaksanaan Penghargaan SARA bernilai RM100 kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas pada 31 Ogos lalu, di mana lebih 70 peratus bantuan itu telah dibelanjakan.

“Sepertimana janji kerajaan, baki SARA yang tidak digunakan menjelang Disember akan diagihkan semula kepada program membantu rakyat susah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian tambahan sebanyak RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang akan disalurkan pada pertengahan Februari depan bagi membantu persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan bagi STR dan SARA 2026 adalah sebanyak RM15 bilion, hasil daripada penjimatan yang diperoleh melalui langkah penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.

Menjawab persepsi bahawa bantuan ekonomi kerajaan hanya memihak kepada kaum tertentu, Anwar menegaskan data menunjukkan peningkatan menyeluruh kepada semua kelompok rakyat.

“Bantuan STR dan SARA bagi kaum Melayu meningkat daripada RM4.5 bilion pada 2022 kepada RM7.1 bilion pada 2025. Bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak, jumlah naik daripada RM1.1 bilion kepada RM1.9 bilion, manakala kaum India meningkat daripada RM600 juta kepada RM1 bilion,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-9-juta-penerima-str-dan-sara-2026-terima-sehingga-rm1200-setahun/feed/ 0 82936
Belanjawan 2026: Sabah kekal terima peruntukan pembangunan paling tinggi sebanyak RM6.9 bilion https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-sabah-kekal-terima-peruntukan-pembangunan-paling-tinggi-sebanyak-rm6-9-bilion/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-sabah-kekal-terima-peruntukan-pembangunan-paling-tinggi-sebanyak-rm6-9-bilion/#respond Fri, 10 Oct 2025 10:51:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82933
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Rhea Dharmin

KUALA LUMPUR: Negeri Sabah kekal memperolehi peruntukan pembangunan paling tertinggi dimana ia telah meningkat kepada RM6.9 bilion berbanding RM4.4 bilion pada tahun 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan terbabit merupakan komitmen pihaknya dalam memastikan pembangunan di negeri Sabah menjadi semakin pesat.

” Menyemangati Perjanjian Malaysia 1963 (MA93) Kerajaan MADANI bertekad memastikan kepesatan pembangunan di Sabah Sarawak. Ini bukan sekadar janji, tetapi tindakan nyata untuk merapatkan jurang pembangunan—terutamanya prasarana asas.

“Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion ketimbang RM 4.4 bilion (2022). Sarawak terus meninggi kepada RM6 bilion ketimbang RM 2.9 bilion (2022).

“Mulai tahun ini, kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM600 juta ketimbang RM300 juta (2023),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertempat di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kerajaan Persekutuan juga komited menyalurkan peruntukan tambahan kepada negeri Sabah bagi projek yang menjamin kelangsungan keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air.

Katanya, kerajaan Persekutuan tetap menyediakan RM1.2 bilion kepada Sabah bagi menjamin kelangsungan bekalan berikutan kawal selia bekalan elektrik telah diserahkan sepenuhnya kepada negeri itu pada Januari tahun lepas.

“Insiden tanah runtuh di Penampang telah memutuskan dua talian utama penghantaran elektrik voltan tinggi— mengakibatkan gangguan bekalan kepada 230,000 pengguna pantai timur Sabah. Langkah segera diambil bagi memulih bekalan.

“Untuk kelangsungan jangka panjang, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM765 juta bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link.

“Sejak 2024, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM1 bilion untuk projek air Sabah antaranya pemasangan paip di Tawau serta naik taraf paip usang di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Projek ini dalam fasa pelaksanaan dan dijangka siap tahun hadapan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/belanjawan-2026-sabah-kekal-terima-peruntukan-pembangunan-paling-tinggi-sebanyak-rm6-9-bilion/feed/ 0 82933
Sabah Dan Sarawak Dijangka Alami Lonjakan Ekonomi Dengan Pemberian Khas Melalui Belanjawan 2025  https://sabahmedia.com/2024/12/01/sabah-dan-sarawak-dijangka-alami-lonjakan-ekonomi-dengan-pemberian-khas-melalui-belanjawan-2025/ https://sabahmedia.com/2024/12/01/sabah-dan-sarawak-dijangka-alami-lonjakan-ekonomi-dengan-pemberian-khas-melalui-belanjawan-2025/#respond Sun, 01 Dec 2024 02:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64455
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu: Peningkatan jumlah pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak kepada RM600 juta masing-masing setahun dalam Belanjawan 2025 seperti dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat sebagai satu langkah positif yang mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan  Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pengarah Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Saizal Pinjaman, berkata ia juga merupakan satu usaha Kerajaan Persekutuan bagi menangani ketidakseimbangan pembangunan di kedua-dua negeri tersebut.

“Dana ini dilihat dapat membantu kedua-dua negeri mengurus kos perkhidmatan yang tinggi, termasuk pembangunan infrastruktur, pendidikan, dan kesihatan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Selain itu, peningkatan ini juga dijangka dapat merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan melalui pelaksanaan projek pembangunan, pengurangan kemiskinan, dan penciptaan peluang pekerjaan, sekali gus mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah,” katanya ketika dihubungi oleh Sabah Media di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Belanjawan 2025 mengenai pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak, yang tidak pernah dikaji semula sejak 1969, sebelum dinaikkan kepada RM300 juta pada tahun ini. Seperti dibentang pada Belanjawan 2025, pemberian khas ini akan meningkat sekali ganda kepada RM600 juta masing-masing bagi Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

Dr. Saizal menambah, sebagai penyelesaian interim, langkah ini perlu disusuli dengan formula jangka panjang yang lebih adil di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana yang disepakati oleh pihak berkuasa.

Katanya, formula tersebut mesti mempertimbangkan kos perkhidmatan negeri, hasil semula jadi yang menyumbang kepada pendapatan Persekutuan, dan cabaran geografi Sabah serta Sarawak.

“Keberkesanan pemberian ini bergantung kepada pengurusan dana yang cekap dan telus oleh kerajaan negeri, selain daripada kemampuan Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan kestabilan fiskal dalam menangani defisit kewangan (kebergantungan kepada hutang untuk menampung belanjawan negara).

“Langkah ini adalah permulaan penting ke arah hubungan yang lebih kukuh antara kerajaan-kerajaan persekutuan  dan kedua-dua negeri tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/01/sabah-dan-sarawak-dijangka-alami-lonjakan-ekonomi-dengan-pemberian-khas-melalui-belanjawan-2025/feed/ 0 64455
Mencipta Masa Depan Gemilang untuk Semua Dalam Belanjawan 2025 https://sabahmedia.com/2024/11/17/mencipta-masa-depan-gemilang-untuk-semua-dalam-belanjawan-2025/ https://sabahmedia.com/2024/11/17/mencipta-masa-depan-gemilang-untuk-semua-dalam-belanjawan-2025/#respond Sun, 17 Nov 2024 03:28:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63875
Read Time:8 Minute, 48 Second

1.        Menteri Kewangan Sabah telah membentangkan Belanjawan Sabah 2025, dengan tema ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’. Ini merupakan belanjawan ke-5 yang di bentangkan oleh Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor sejak tahun 2020.

2.        Belanjawan 2025 adalah belanjawan terbesar di dalam sejarah Sabah. Di bawah belanjawan ini, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM 6.421 billion, dengan anggaran pendapatan sebanyak RM 6.445 billion. Ini akan menghasilkan lebihan belanjawan sebanyak RM 24.08 juta.  

3.        Berbanding dengan Belanjawan 2024, peruntukan perbelanjaan meningkat 13%, dari 5.701 billion (2024) kepada RM 6.421 billion (2025). Manakala, anggaran pendapatan pula meningkat 12%, dari 5.737 billion (2024) kepada RM 6.445 billion (2025).

4.        Malah, dalam tempoh masa 5 tahun (2021 – 2025), belanjawan yang di bentangkan oleh Kerajaan Sabah sediada telah merekodkan trend peningkatan yang ketara:

  • pendapatan: meningkat 44%, dari 4.481 billion (2021) kepada RM 6.445 billion (2025)
  • perbelanjaan: meningkat 49%, dari 4.303 billion (2021) kepada RM 6.421 billion (2025)
PerkaraBelanjawan 2021Belanjawan 2022Belanjawan 2023Belanjawan 2024Belanjawan 2025
Pendapatan (billion)RM 4.481RM 4.707RM 5.268  RM 5.737RM 6.445
Perbelanjaan (billion)RM 4.303RM 4.596RM 5.138  RM 5.701RM 6.421
Lebihan (juta)RM 178.7RM 110.68RM 130.47  RM 35.87RM 24.08

5.        Walaupun lebihan belanjawan telah menurun, ini sebenarnya membuktikan komitmen Kerajaan Sabah untuk menambah-baik kesejahteraan rakyat Sabah menerusi jumlah perbelanjaan yang besar, dengan peningkatan perbelanjaan dari tahun ke tahun.

Tiada gunanya pendapatan meningkat tinggi tetapi tidak di belanjakan dan di simpan sahaja. Lebih berguna jika di belanjakan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

6.        Semalam, Kerajaan Selangor turut membentangkan Belanjawan Selangor 2025, di mana peruntukan perbelanjaan adalah RM 3 billion dan anggaran pendapatan adalah RM 2.35 billion.

Ini menunjukkan walaupun Selangor adalah negeri yang lebih maju dan ‘kaya’ dari Sabah, belanjawan yang di bentangkan adalah jauh lebih kecil serta mencatatkan defisit belanjawan, berbanding belanjawan Sabah.

7.        Di bawah Belanjawan Sabah 2025, dengan anggaran pendapatan sebanyak RM 6.445 billion, dua penyumbang terbesar adalah hasil Cukai Jualan Negeri (CJN) berjumlah RM 2.597 billion: 40%) dan Royalti Petroleum (RM 1.297 billion: 20%).

8.        Cukai Jualan Negeri (CJN) terus kekal sebagai sumber pendapatan penting Kerajaan Sabah, terutamanya dari industri kelapa sawit. Sejak di perkenalkan pada tahun 1999, dalam tempoh masa 23 tahun, Kerajaan Sabah di laporkan telah berjaya mengutip CJN Minyak Sawit Mentah berjumlah RM 19.25 billion.

9.        Hasil CJN Minyak Sawit Mentah yang besar ini adalah selari dengan kedudukan Sabah sebagai pengeluar minyak sawit mentah/ crude palm oil (CPO) terbesar di Malaysia, iaitu hampir 25%.

10.      Sebagai usaha berterusan bagi meningkatkan pendapatan, Kerajaan Sabah telah melebarkan sumber asas pendapatan. Bermula April 2024, Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas Pasir Silika dan Produk Biojisim Kelapa Sawit telah di perkenalkan. Dan dalam masa terdekat, CJN ke atas Emas juga akan di perkenalkan.

Dengan pendapatan yang lebih tinggi, Kerajaan Sabah akan dapat mengandakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.         

11.      Di bawah Belanjawan Sabah 2025, tiga sektor ekonomi utama, iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan, menerima peruntukan sebanyak RM 838.42 juta. Ini adalah peningkatan 3% berbanding peruntukan di bawah Belanjawan Sabah 2024 (RM 813.56 juta).

12.      Majoriti peruntukan (RM 610.85 juta: 73%) di sediakan untuk Sektor Pertanian. Ini selaras dengan usaha Kerajaan Sabah untuk memperkukuh keterjaminan makanan serta pencapaian Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-3. Antara lain, peruntukan yang di sediakan adalah:

Jumlah PeruntukanPerkara
RM 26 jutaInsentif Pembajakan Sawah Padi
RM 32.5 jutaLembaga Padi dan Beras Negeri Sabah (LPBN) untuk meningkatkan pengeluaran padi, dengan pembelian jentera dan menaik-taraf sistem pengairan padi
RM 20.42 jutaKorporasi Pembangunan Desa (KPD) bagi meneruskan pelaksanaan pelbagai projek pertanian seperti ayam pedaging, ayam kampung, madu lebah, cendawan segar, buah pomelo, serta merintis penanaman jagung bijian
RM 17.6 juta  Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) untuk pembangunan industri perikanan dan akuakultur
RM 87.79 juta  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) bagi mengukuhkan agenda keterjaminan makanan berasaskan ternakan
RM 7.49 jutaInstitut Pertanian Sabah dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian bagi melahirkan sumber tenaga kerja berkemahiran

13.      Jumlah peruntukan hampir RM 60 juta tersebut untuk industri padi Sabah adalah bertetapan dengan usaha Kerajaan Sabah untuk meningkatkan Kadar Sara Diri/ Self-Sufficient Level (SSL) Beras Sabah yang ketika ini berada pada tahap yang sangat rendah.

14.      Dalam tempoh masa 40 tahun, SSL Beras Sabah telah menurun dengan ketara, dari 51% (1980-an) kepada 41% (2004), dan kini pada tahap 22.6% sahaja. Ini bermakna Sabah terpaksa mengimport 80% beras untuk memenuhi keperluan tempatan. Ini sudah pasti tidak mampan untuk jangka masa panjang.

15.      Sebagai contoh. Data terkini Jabatan Pertanian Sabah menunjukkan, dalam tempoh masa 10 tahun (2011 – 2022), jumlah import beras telah meningkat hampir 20%, dan nilai import beras pula meningkat sekitar 45%.

16.      Peruntukan yang di sediakan akan dapat meningkatkan keupayaan Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah (LPBN) untuk menerajui pembangunan industri padi dan beras di Sabah. Dengan penubuhan semula LPBN baru-baru ini, agenda pembangunan industri padi dan beras Sabah akan dapat di laksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

17.      Seterusnya, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM 102.87 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bagi pembangunan Sektor Pelancongan Sabah.

18.      Sektor pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi Sabah. Pada tahun 2023, Sabah telah merekodkan jumlah pelancong sekitar 2.3 juta orang, dengan jumlah perbelanjaan pelancongan sebanyak RM 4.6 billion.

Malah, dalam tempoh masa 22 tahun (2000 – 2022), jumlah pelancong di Sabah telah merekodkan trend peningkatan yang ketara, kecuali semasa pandemik Covid-19 yang membataskan kedatangan pelancong.

19.      Pasca pandemik Covid-19, sektor pelancongan Sabah semakin pulih dengan pesat. Oleh yang demikian, sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026, seramai 3.7 juta pelancong di sasarkan tiba di Sabah, dengan anggaran jumlah perbelanjaan pelancongan sebanyak RM 9.1 billion.

20.      Beberapa hari lepas, Menteri Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah meluluskan cadangan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk projek menaik-taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), yang melibatkan kos RM 442.30 juta.

Ketika ini, LTAKK merupakan lapangan terbang ke-2 tersibuk di Malaysia.

21.      Projek ini di jadual siap pada tahun 2027, dan akan menambah kapasiti terminal dari 9 juta kepada 12 juta penumpang setahun. Memandangkan 90% pelancong tiba di Sabah menerusi pengangkutan udara, LTAKK yang lebih besar, moden dan selesa sudah pasti dapat mendokong pertumbuhan sektor pelancongan Sabah.

22.      Di samping itu, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM 124.70 jutabagi pembangunan Sektor Perindustrian dan Keusahawanan. Dana ini di peruntukkan bagi menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk menarik pelaburan masuk ke Sabah. Antara lain:

Jumlah PeruntukanPerkara
RM 18.07 jutaPembangunan infrastruktur taman-taman perindustrian di KKIP, Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu dan Sabah Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) Sipitang
RM 16.33 jutaPerbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) untuk pembinaan premis perniagaan, termasuk untuk pelaksanaan Projek Pembangunan Ekosistem dan Keupayaan Industri di Sabah yang merangkumi kursus-kursus keusahawanan berfokus kepada kemahiran digital, keusahawanan siswazah dan latihan teknikal
RM 15 jutaProgram Bantuan SME-UP bagi meningkatkan keupayaan pengusaha IKS di Sabah agar lebih kompetitif dan berdaya saing
RM 13.84 jutaProgram promosi pelaburan, pemasaran, penganjuran seminar dan eksport IKS ke luar negeri melalui penyertaan ekspo antarabangsa

23.      Sektor perindustrian di Sabah terus berkembang, dengan pelaburan besar dari Korea Selatan dan China, di mana syarikat SK Nexilis telah melabur RM 4.28 billion dan Kumpulan Kibing melabur RM 2.48 billion.

24.      Malah, pada tahun 2023, sektor pembuatan Sabah telah merekodkan kadar pertumbuhan 4.4%, mengatasi kadar purata pertumbuhan sektor pembuatan nasional (0.8%) dan tertinggi di Malaysia.

25.      Jumlah pelaburan yang besar telah berjaya menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah di laporkan pernah menyatakan bahawa, dalam tempoh masa 10 tahun (2024 – 2035), sekitar 20,000 peluang pekerjaan akan di wujudkan menerusi pelaburan asing dan domestik di Sabah.

26.      Justeru itu, Kerajaan Sabah menghargai kepentingan modal insan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran bagi memacu agenda pembangunan Sabah, di dalam sektor ekonomi utama. Maka, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM 497.54 juta untuk agenda pemerkasaan modal insan.

27.      Antara lain, peruntukan yang di sediakan adalah:

Jumlah PeruntukanPerkara
RM 127 jutaProgram Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajar Negeri kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara
RM 300 seorangSumbangan kepada mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) secara one-off
RM 1,500 – 2,000 seorang  Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara one-off berjumlah RM2,000 kepada setiap pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah, manakala RM1,500 kepada pelajar di peringkat diploma dan matrikulasi
RM 600 seorangBantuan Subsidi Tiket Penerbangan atau Graduan Rindu Sabah SUBFLY kepada setiap pelajar IPT Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan WP Labuan
RM 3,000 setiap sekolahSumbangan Kegiatan Sekolah Sabah secara one-off kepada 1,500 buah sekolah di Sabah untuk tujuan membiayai program sekolah

28.      Kerajaan Sabah telah memperuntukkan jumlah perbelanjaan terbesar di dalam sejarah Sabah untuk tahun 2025. Pada masa sama, Sabah bakal menerima dana yang besar dari Kerajaan Malaysia pada tahun 2025, sebagaimana yang di umumkan di bawah Belanjawan Malaysia 2025 baru-baru ini.

29.      Sabah bakal menerima peruntukan sebanyak RM 6.7 billion, iaitu yang tertinggi di antara negeri dan wilayah di Malaysia. Di samping itu, Sabah juga akan menerima Geran Khas Tahunan sebanyak RM 600 juta.

30.      Ini bermakna, pada tahun 2025, secara keseluruhan dari Belanjawan Sabah dan Belanjawan Malaysia, Sabah bakal memiliki dana melebihi RM 13 billion. Jumlah dana yang besar ini sudah pasti akan dapat merancakkan agenda pembangunan Sabah, dan menambah-baik kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

31.      Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/17/mencipta-masa-depan-gemilang-untuk-semua-dalam-belanjawan-2025/feed/ 0 63875
Sabah bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM 6.421 bilion https://sabahmedia.com/2024/11/15/sabah-bentang-belanjawan-2025-berjumlah-rm-6-421-bilion/ https://sabahmedia.com/2024/11/15/sabah-bentang-belanjawan-2025-berjumlah-rm-6-421-bilion/#respond Fri, 15 Nov 2024 09:44:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63784
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah membentangkan belanjawan negeri sebanyak RM6.421 bilion untuk tahun depan, berbanding anggaran hasil negeri yang disasar mencapai RM6.445 bilion .

Belanjawan itu yang dibentangkan Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah petang tadi dimana ia menyaksikan lebihan sebanyak RM24.08 juta.

Katanya, Belanjawan bertemakan ‘Sabah Makmur Rakyat Sejahtera’ itu memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Sabah.

“Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita. Pembangunan pertumbuhan ekonomi yang mampan penting bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini.

“Setelah mengambil kira kepada unjuran kutipan hasil pada tahun hadapan, Kerajaan Sabah telah merangka Belanjawan Negeri 2025 dengan menekankan dasar perbelanjaan berhemat dan mengelak pembaziran,” katanya ketika membentangkan belanjawan pertamanya selaku Menteri Kewangan negeri di DUN Sabah, petang tadi.

Masidi berkata, anggaran hasil Sabah sebanyak RM6.445 bilion pada tahun depan disumbangkan menerusi Hasil Cukai sebanyak RM2.744 bilion, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM2.551bilion dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM1.150 bilion.

Katanya, Hasil Cukai Sabah pada tahun depan dijangka dikutip menerusi Cukai Jualan Negeri (CJN) sebanyak RM2.597 bilion; Sewa Tanah (RM108 juta) dan Cukai Pelabuhan dan Dermaga (RM39.50 juta).

“Hasil Bukan Cukai pula merangkumi Royalti Petroleum sebanyak RM1.297 bilion; Jualan Air (RM304 juta); Faedah dan Perolehan dari Pelaburan (RM512.47 juta); Premium Tanah (RM152.00 juta); Dividen (RM143.7 juta) dan Royalti dan Bayaran Keluaran Hutan sebanyak RM134.50 juta.

“Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM1.150 bilion pula merangkumi terimaan dan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan dan terimaan-terimaan lain,” katanya.

Masidi berkata, sebahagian besar belanjawan Sabah pada tahun depan diagihkan kepada Kementerian Kewangan negeri iaitu RM3.073 bilion untuk perbekalan dan RM5 juta untuk pembangunan, diikuti Kementerian Kerja Raya negeri (RM1.097 bilion perbekalan, 249.86 juta pembangunan).

Selebihnya diagihkan kepada Jabatan Ketua Menteri, iaitu masing-masing RM776.39 juta untuk perbekalan dan RM210.87 juta untuk belanja pembangunan, diikuti Kementerian Pertanian dan Perikanan negeri (RM373.24 juta perbekalan, RM148.13 juta pembangunan). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/15/sabah-bentang-belanjawan-2025-berjumlah-rm-6-421-bilion/feed/ 0 63784
Belanjawan Pemulihan Untuk Semua – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/10/29/belanjawan-pemulihan-untuk-semua-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/10/29/belanjawan-pemulihan-untuk-semua-hajiji/#respond Fri, 29 Oct 2021 12:29:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8036
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebagai inklusif tanpa meminggirkan mana-mana sektor dan tiada mana-mana pihak tertinggal ketika negara terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sejumlah RM332.1 bilion Bajet Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera adalah sangat besar kerana tahun hadapan dijangka menjadi tahun pemulihan untuk semua sektor ekonomi yang terjejas oleh wabak itu.

“Kenaikan peruntukan kepada RM5.6 bilion untuk kemudahan asas, infrastruktur, air dan elektrik serta pembangunan penjagaan kesihatan untuk Sabah adalah berita baik,” katanya.

Katanya, Sabah menghargai usaha berterusan sensitiviti Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan negeri dengan mencadangkan RM1.5 bilion untuk infrastruktur luar bandar pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri juga mengalu-alukan cadangan peruntukan RM746 juta, bahagian utama daripadanya untuk 112 projek menaik taraf sekolah usang di Sabah.

Turut disambut baik ialah jaminan bahawa projek infrastruktur bernilai RM3.5 bilion, antaranya lebuh raya Pan Borneo akan diteruskan tahun hadapan.

Cadangan pelepasan cukai dan insentif untuk pelbagai sektor dalam Belanjawan Negara dibentangkan oleh Menteri Kewangan melengkapkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya agenda Kerajaan Sabah.

“Kita melihat Belanjawan Negara sebagai melengkapkan Rancangan Malaysia Ke-12 dan kita mengalu-alukan cadangan peruntukan untuk Sabah tahun hadapan,” katanya selepas memantau pelancaran Belanjawan Negara 2022 pada Jumaat.

Hajiji juga mengalu-alukan subsidi RM209 juta yang berterusan untuk perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak.

“Cadangan Kem Pasukan Gerakan Am (GOF) di Pagalungan akan sangat membantu meningkatkan keselamatan sempadan antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Turut bersama Hajiji ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan pegawai kanan kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/29/belanjawan-pemulihan-untuk-semua-hajiji/feed/ 0 8036