Beli Baju Raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Apr 2023 07:03:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Beli Baju Raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kelab Belia Siber Kota Kinabalu rai 50 orang kurang berkemampuan beli baju raya https://sabahmedia.com/2023/04/16/kelab-belia-siber-kota-kinabalu-rai-50-orang-kurang-berkemampuan-beli-baju-raya/ https://sabahmedia.com/2023/04/16/kelab-belia-siber-kota-kinabalu-rai-50-orang-kurang-berkemampuan-beli-baju-raya/#respond Sun, 16 Apr 2023 05:33:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32862
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi seramai 50 orang anak-anak yatim sekitar bandar raya Kota Kinabalu diraikan membeli baju raya di Pusat Beli-belah Servay Kota Kinabalu di sini hari ini.

Kelab Belia Siber Kota Kinabalu dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah berkongsi kegembiraan bagi merayakan ketibaan Syawal kepada golongan yang memerlukan.

Pengerusinya, Salmi Sarinoh berkata, program itu adalah satu inisiatif bagi mendekati dan menyantuni komuniti khasnya golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan hari raya.

Menurutnya, program seumpama itu dirancang untuk dijadikan sebagai program tahunan persatuan memandangkan program itu bertepatan dengan konsep mendekati komuniti dan masyarakat.

“Kita berharap untuk tahun seterusnya, kita mampu meneruskan dan mengadakan lebih banyak program seumpamanya ini, berkongsi dengan mereka di bulan Ramadan dan Syawal.

“Semoga segala usaha murni yang kita lakukan akan terus diberkati oleh Allah dan sentiasa berjalan lancar dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda, Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar, Pengurus Servey Kk Plaza Kelvin Chang dan ahli jawatankuasa Kelab Belia Siber Kota Kinabalu serta 50 anak-anak yatim bersama keluarga mereka.

Beliau berharap program itu sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan hari raya kanak-kanak berkenaan pada tahun ini.

Menurut Dr. Omar Raisul untuk Program Jom Shopping Raya di Kota Kinabalu sebanyak RM7,500.00 (50 orang diperuntukkan, kawsan Bandau RM7,500.00 (50 orang) dan di Sandakan RM23,000.00.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/16/kelab-belia-siber-kota-kinabalu-rai-50-orang-kurang-berkemampuan-beli-baju-raya/feed/ 0 32862
PIBG Maktab Sabah Beli Baju Raya Untuk Pelajar Kurang Mampu https://sabahmedia.com/2022/04/25/pibg-maktab-sabah-beli-baju-raya-untuk-pelajar-kurang-mampu/ https://sabahmedia.com/2022/04/25/pibg-maktab-sabah-beli-baju-raya-untuk-pelajar-kurang-mampu/#respond Mon, 25 Apr 2022 08:53:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14729
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maktab Sabah mengambil inisiatif berkongsi kegembiraan dengan membeli baju raya untuk 10 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari sekolah itu sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor berkata, seramai 10 orang pelajar termasuk tiga pelajar lelaki dan tujuh pelajar perempuan dari tingkatan 2 hingga tingkatan 6 daripada keluarga kurang mampu dipilih menerima sumbangan baju baru sempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Pelajar-pelajar tersebut telah dibawa membeli belah ke salah sebuah kedai pakaian di Kota Kinabalu semalam.

“Program tahunan ini telah diadakan setiap setahun, sejak 12 tahun saya dipilih menerajui PIBG, dengan tujuan membantu mengurangkan beban pelajar tersebut disamping membawa keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya. Setiap seorang membeli baju raya bernilai RM150.00,” katanya.

Fatimah turut meminta ibu bapa tidak lupa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan sepanjang menyambut bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, ini kerana meskipun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu, sekali gus membenarkan umat Islam menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau tetapi pematuhan kepada beberapa SOP perlu diteruskan.

Fatimah turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat menyambut bulan Ramadan seperti biasa sebelum Covid-19 melanda dua tahun lalu.

Hadir sama Pengetua Nurani Fauziah Derin, Penolong Kanan Pelajar, Samsiah Al- Malek, Penolong Kanan Hal Ehwal, Murid Zunaidah Zakaria.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/25/pibg-maktab-sabah-beli-baju-raya-untuk-pelajar-kurang-mampu/feed/ 0 14729