Belia Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Aug 2026 05:09:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Belia Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belia Sabah perlu berani bersuara, namun berlandaskan ilmu, fakta dan adab – Nizam https://sabahmedia.com/2026/08/30/belia-sabah-perlu-berani-bersuara-namun-berlandaskan-ilmu-fakta-dan-adab-nizam/ https://sabahmedia.com/2026/08/30/belia-sabah-perlu-berani-bersuara-namun-berlandaskan-ilmu-fakta-dan-adab-nizam/#respond Sun, 30 Aug 2026 05:02:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102505
Read Time:3 Minute, 38 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Generasi muda Sabah perlu berani menyuarakan pandangan, namun pada masa sama memiliki ilmu, berpegang kepada fakta dan mengamalkan adab dalam menyampaikan pandangan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, keberanian bersuara perlu disertai kebijaksanaan untuk menilai sesuatu isu sebelum mempercayai, menyemak sebelum berkongsi dan berfikir sebelum bertindak.

Beliau berkata, perkara itu penting khususnya dalam era digital apabila maklumat boleh disebarkan dengan pantas, namun tidak semua perkara yang tular adalah benar atau tepat.

“Kita mahu generasi muda Sabah menjadi generasi yang berani menyuarakan pandangan, tetapi pada masa yang sama mempunyai ilmu, fakta dan adab.

“Kita boleh berbeza pandangan tanpa menjadi musuh. Kita boleh tidak bersetuju tanpa saling menjatuhkan. Kita boleh mengkritik, tetapi biarlah kritikan itu membawa kepada penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penangguhan Program Dewan Belia Sabah Sesi 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam Sabtu.

Menurutnya, Dewan Belia Sabah bukan sekadar menyediakan ruang kepada golongan muda untuk bersuara, malah menjadi platform untuk mereka belajar berfikir, mendengar, berhujah berdasarkan fakta, menghormati perbezaan dan memikul tanggungjawab.

“Anak muda Sabah perlu diberi ruang untuk bersuara, peluang untuk berkembang dan kepercayaan untuk memimpin.

“Suara tanpa ilmu hanya menjadi suara. Tetapi suara yang disertai ilmu, nilai dan tanggungjawab mampu menjadi kekuatan yang membawa perubahan,” katanya.

Nizam berkata, usaha merealisasikan aspirasi Sabah Maju Jaya tidak boleh hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal, pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan kemajuan teknologi, sebaliknya pembangunan modal insan perlu diberi perhatian sebagai pelaburan jangka panjang negeri.

Katanya, pembangunan modal insan bukan sekadar berkaitan kelayakan akademik, tetapi turut merangkumi kompetensi, karakter, disiplin, integriti, daya tahan, keyakinan diri, pemikiran kritis dan keupayaan memimpin.

“Kita mahu melahirkan anak muda Sabah yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan, tetapi mempunyai nilai. Bukan sahaja mempunyai cita-cita, tetapi mempunyai karakter.

“Bukan sahaja mahu berjaya untuk dirinya sendiri, tetapi mempunyai keinginan untuk membawa masyarakat dan negeri ini maju bersamanya,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa kepimpinan tidak bermula apabila seseorang memperoleh jawatan atau kedudukan, sebaliknya bermula dengan kemampuan memimpin diri sendiri.

Katanya, kepimpinan dapat dilihat melalui cara seseorang mengurus emosi ketika berdepan tekanan, menerima teguran apabila melakukan kesilapan, menghormati pandangan berbeza, membuat keputusan ketika berdepan pilihan sukar serta mempertahankan integriti walaupun tiada siapa yang melihat.

“Kepimpinan tidak lahir dalam sehari. Ia dibentuk melalui peluang, pengalaman dan keberanian untuk memikul tanggungjawab.

“Binalah diri sehingga ilmu, karakter dan tindakan saudara dan saudari menjadikan masyarakat yakin bahawa anda layak untuk memimpin. Itulah kepimpinan yang akan menjadi panutan kepada generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam berkata, pengalaman menyertai Dewan Belia Sabah turut memberikan pendedahan penting kepada golongan muda mengenai demokrasi, institusi, dasar awam dan proses membuat keputusan.

Katanya, literasi politik dalam kalangan belia tidak seharusnya dilihat sebagai usaha membawa mereka kepada politik kepartian, sebaliknya memberi kefahaman mengenai cara negeri dan negara ditadbir, kesan sesuatu dasar terhadap rakyat serta hak dan tanggungjawab sebagai warganegara.

“Anak muda perlu mempunyai kebijaksanaan untuk menilai sebelum mempercayai, menyemak sebelum berkongsi dan berfikir sebelum bertindak,” katanya.

Beliau berkata, kepelbagaian kaum, agama, budaya, daerah dan latar belakang di Sabah merupakan kekuatan yang perlu dipertahankan oleh generasi muda.

“Jangan menjadi generasi yang mudah dipecahkan oleh sentimen. Jadilah generasi yang menyatukan.

“Jangan gunakan perbezaan untuk membina tembok. Gunakan perbezaan untuk membina jambatan,” katanya.

Nizam berkata, kestabilan dan keharmonian yang dinikmati Sabah merupakan asas penting kepada pembangunan kerana ia mampu membina keyakinan, merancakkan ekonomi, memperkukuh pelaburan serta membuka lebih banyak peluang kepada rakyat termasuk golongan belia.

Sehubungan itu, katanya, menjaga kestabilan bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau pemimpin, tetapi tanggungjawab bersama termasuk generasi muda.

“Kita mahu dunia mengenali Sabah bukan sahaja kerana keindahan alam semula jadinya, tetapi kerana kehebatan pembangunan modal insan.

“Anak Sabah mesti mempunyai keyakinan bahawa mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sesiapa sahaja. Namun, dalam mengejar kejayaan global, jangan pernah kehilangan akar dan identiti kita.

“Berfikirlah secara global, tetapi kekallah berjiwa Sabah,” katanya.

Beliau berkata, generasi muda perlu membawa nilai hormat-menghormati, kebersamaan, kesederhanaan dan keharmonian yang selama ini menjadi kekuatan masyarakat Sabah.

“Kerana kita tidak mahu sekadar melahirkan anak muda yang berjaya. Kita mahu melahirkan anak muda yang menjadi panutan.

“Anak muda yang apabila berjaya, mengangkat orang lain bersamanya. Anak muda yang apabila diberikan kuasa, menggunakannya sebagai amanah.

“Dan anak muda yang apabila berdiri di pentas dunia, membuatkan orang lain berkata dengan penuh hormat: ‘Dia anak Sabah’,” katanya. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/30/belia-sabah-perlu-berani-bersuara-namun-berlandaskan-ilmu-fakta-dan-adab-nizam/feed/ 0 102505
Esports pemangkin ekonomi digital, buka lebih banyak peluang kerjaya belia Sabah https://sabahmedia.com/2026/08/03/esports-pemangkin-ekonomi-digital-buka-lebih-banyak-peluang-kerjaya-belia-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/03/esports-pemangkin-ekonomi-digital-buka-lebih-banyak-peluang-kerjaya-belia-sabah/#respond Mon, 03 Aug 2026 02:26:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100911
Read Time:1 Minute, 34 Second

RANAU: Industri e-sukan (Esports) kini bukan lagi sekadar medium hiburan, sebaliknya berkembang sebagai sektor ekonomi digital yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya kepada golongan muda.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata perkembangan pesat industri itu membuka peluang pekerjaan bukan sahaja sebagai pemain profesional, malah dalam bidang kejurulatihan, penganalisis permainan, pencipta kandungan, penstrim, pengulas pertandingan, pengurusan pasukan, pemasaran digital dan teknologi.

Beliau berkata, kerajaan mahu melihat lebih ramai anak muda Sabah menjadi pencipta peluang serta peneraju dalam ekonomi digital dengan membangunkan bakat melalui ilmu, disiplin dan pengalaman.

“Kerjasama erat antara kerajaan, komuniti Esports, sektor swasta dan penganjur kejohanan perlu terus diperkukuh bagi memperkasakan pembangunan industri ini serta menyediakan lebih banyak platform kepada bakat tempatan untuk berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin, ketika merasmikan Borneo Esport Tournament 2026 (BEST26) di Dewan Masyarakat Ranau, pada Sabtu.

Masidi berkata, kerajaan akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyokong pembangunan bakat dan mewujudkan ekosistem kondusif bagi memastikan industri e-sukan terus berkembang sebagai antara pemangkin ekonomi digital negeri.

“Anak muda Sabah, khususnya dari Ranau, mampu melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi sekiranya diberi peluang mengembangkan bakat melalui penyertaan dalam pertandingan serta akses kepada jaringan industri Esports yang lebih luas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap BEST26 menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, membina pengalaman dan memperkukuh komuniti e-sukan di Ranau serta Sabah sebelum merasmikan kejohanan itu secara rasmi.

Kejohanan BEST26 mempertandingkan tiga kategori permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan eFootball.

Seramai 381 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan itu membabitkan wakil dari sembilan daerah, iaitu Ranau, Kota Kinabalu, Labuan, Keningau, Tambunan, Semporna, Kota Belud, Kota Marudu dan Sandakan.

Turut hadir Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Ranau, Sazaki Mohd Zin; Pengarah Program Borneo Esport Tournament 2026, Mohd Adib Moin; serta Pegawai Kemajuan Masyarakat N.37 Karanaan, Syukri Saridih.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/03/esports-pemangkin-ekonomi-digital-buka-lebih-banyak-peluang-kerjaya-belia-sabah/feed/ 0 100911
DUN Sabah : Shafie persoal keberkesanan peruntukan RM100 juta lahir ikon belia Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-shafie-persoal-keberkesanan-peruntukan-rm100-juta-lahir-ikon-belia-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-shafie-persoal-keberkesanan-peruntukan-rm100-juta-lahir-ikon-belia-sabah/#respond Tue, 21 Jul 2026 03:05:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100241
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan keberkesanan peruntukan lebih RM100 juta yang disalurkan bagi pembangunan belia di Sabah, dengan menyatakan impaknya masih belum jelas dalam melahirkan ikon usahawan dan atlet muda negeri ini.

Ketika mengemukakan soalan tambahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, beliau berkata peruntukan yang besar itu sepatutnya mampu menghasilkan lebih ramai belia Sabah yang berjaya dan boleh dijadikan contoh kepada generasi muda.

“Saya nampak kesannya tidak begitu ketara sangat dari segi outcome untuk melahirkan ikon. Saya tidak nampak ikon usahawan belia anak Sabah yang boleh kita tampilkan supaya menjadi contoh kepada yang lain,” katanya.

Shafie berkata kementerian perlu melihat pembangunan belia secara lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada bidang tertentu seperti keusahawanan dan sukan.

Beliau turut membangkitkan keperluan melahirkan lebih ramai atlet bertaraf tinggi seperti legenda bola sepak Sabah, James Wong, selain memperkukuhkan pembangunan usahawan muda dalam pelbagai sektor.

Menurutnya, kementerian juga wajar mewujudkan pangkalan data usahawan muda di seluruh Sabah bagi mengenal pasti individu berpotensi dalam bidang seperti makanan dan minuman (F&B), tekstil, fesyen serta kraftangan.

Katanya, produk berasaskan sumber tempatan seperti rotan dan tekstil Sabah mempunyai potensi untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa sekiranya dibangunkan secara sistematik.

“Saya ingin tahu sama ada kementerian mempunyai rancangan yang begitu komprehensif dalam pelbagai sektor untuk melahirkan belia Sabah yang bukan sahaja menjadi contoh kepada anak-anak Sabah, bahkan juga di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menjawab persoalan itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh, berkata kementerian sedang merangka pelbagai struktur dan perancangan bagi membina masa depan atlet serta golongan belia di negeri ini.

Beliau berkata, peruntukan melebihi RM100 juta yang dibelanjakan sejak 2020 merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memperkukuh pembangunan belia.

“Kita sedang memperbaiki dan memperkukuhkan segala perancangan. Produk-produk tempatan memang ada dan telah menunjukkan pencapaian, namun kita perlu meneliti setiap aspek secara lebih terperinci bagi memastikan semua usaha yang dirancang dapat direalisasikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/21/dun-sabah-shafie-persoal-keberkesanan-peruntukan-rm100-juta-lahir-ikon-belia-sabah/feed/ 0 100241
Sabah perlu belia berwibawa, berfikiran kritis https://sabahmedia.com/2025/09/07/sabah-perlu-belia-berwibawa-berfikiran-kritis/ https://sabahmedia.com/2025/09/07/sabah-perlu-belia-berwibawa-berfikiran-kritis/#respond Sun, 07 Sep 2025 03:50:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80760
Read Time:1 Minute, 29 Second

Tuaran : Golongan belia khususnya di negeri ini perlu berfikiran idealistik serta bersedia menjadi pemimpin yang berwibawa demi menjayakan agenda pembangunan negeri.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Sabah mempunyai keunikan tersendiri melalui kepelbagaian budaya, kekayaan sumber alam serta semangat perpaduan rakyat yang tinggi.

“Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah terus komited memperkukuhkan institusi belia, memperluas program pembangunan kapasiti, dan memastikan suara belia didengar serta diambil kira dalam proses penggubalan dasar negeri” katanya.

Ellron menyampaikan ucaptama semasa majlis persidangan.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan sidang pertama, penggal Ke-35 Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Shangri-La Rasa Ria Resort, di sini pada Sabtu.

Pada persidangan itu, seramai 110 golongan belia hadir dalam persidangan tersebut yang terdiri daripada wakil badan-badan gabungan Majlis Belia Sabah (MBS) dan pemimpin-pemimpin persatuan belia.

Dalam persidangan tersebut sebanyak 11 usul telah dibawa oleh wakil-wakil badan gabungan daripada Bahagian Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Utara, Beaufort, Sandakan, Pedalaman Atas dan Tawau.

Antara usul-usul yang dibawa ialah berkaitan dengan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia, kekurangan pusat latihan TVET, pemilikan rumah dalam kalangan belia yang rendah dan keperluan membuat penyelidikan ekonomi belia Sabah.

Turut diusulkan adalah usul khas untuk mengekalkan umur belia di Sabah iaitu  15 tahun hingga 40 tahun dari MBS Helmi Milus.

Sementara itu, Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan turut meminta supaya golongan muda tidak mudah terjerat  dengan isu-isu negatif yang ditularkan oleh  pihak tertentu dalam media-media sosial untuk kepentingan tertentu.

Katanya, golongan belia harus berfikir dengan bijak bagi mengelak emosi mereka  dikawal oleh  bahan-bahan berita janggal.

“Kita mahu belia yang mempunyai pemikiran yang kritis tetapi mestilah idea yang boleh membawa kepada kejayaan  negeri dan negara,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/07/sabah-perlu-belia-berwibawa-berfikiran-kritis/feed/ 0 80760
Belia sabah perlu ruang lebih luas, MBS mahu had umur dilanjut ke 40 tahun https://sabahmedia.com/2025/07/12/belia-sabah-perlu-ruang-lebih-luas-mbs-mahu-had-umur-dilanjut-ke-40-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/07/12/belia-sabah-perlu-ruang-lebih-luas-mbs-mahu-had-umur-dilanjut-ke-40-tahun/#respond Sat, 12 Jul 2025 01:04:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77140
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Majlis Belia Sabah (MBS) mencadangkan agar had umur belia di negara ini disemak semula kepada julat 15 hingga 40 tahun.

Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan berkata, ia adalah bagi memastikan dasar dan program belia lebih inklusif, adil serta berpaksikan realiti semasa.

Katanya, cadangan itu selaras dengan prinsip keterangkuman, pembangunan modal insan, dan pemerkasaan komuniti luar bandar seperti yang digariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

“MBS berpendirian tegas bahawa had umur belia antara 15 hingga 30 tahun yang digunapakai ketika ini masih belum lagi relevan dengan realiti pembangunan belia di Sabah.

“Sabah mempunyai ciri sosioekonomi yang berbeza, termasuk jurang akses pendidikan, kelewatan memasuki pasaran kerja, serta faktor geografi dan infrastruktur luar bandar yang memperlahankan proses pemerkasaan belia. 

“Dalam konteks ini, ramai anak muda Sabah hanya mula mencapai kematangan sosial dan ekonomi selepas usia 30 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, isu kesediaan belia luar bandar, khususnya dalam aspek pendidikan dan kemahiran, masih menjadi cabaran utama.

Menurutnya, ramai belia di kawasan pedalaman menghadapi kelewatan menyempurnakan pendidikan asas atau tertiari akibat faktor logistik, kekurangan fasiliti, dan peluang akses  yang  terhad.

“Ini secara  langsung  melambatkan keupayaan mereka  untuk menyertai pasaran kerja dan pembangunan masyarakat.

“Mengekalkan had umur maksimum pada 30 tahun akan secara langsung mengecualikan segmen belia Sabah yang masih memerlukan sokongan dasar dan penyertaan aktif dalam program pembangunan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya, perluasan definisi ini akan membolehkan lebih ramai anak muda Sabah mendapat manfaat daripada inisiatif pembangunan belia secara menyeluruh dan berkesan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/12/belia-sabah-perlu-ruang-lebih-luas-mbs-mahu-had-umur-dilanjut-ke-40-tahun/feed/ 0 77140
Enakmen Pembangunan Belia perkasa belia Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/18/enakmen-pembangunan-belia-perkasa-belia-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/18/enakmen-pembangunan-belia-perkasa-belia-sabah/#respond Sun, 18 May 2025 11:42:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74066
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Penggubalan Enakmen Pembangunan Belia Sabah yang diumum Ketua Menteri Sabah menepati hasrat golongan belia di negeri itu.

Menurut Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan, beliau berharap enakmen yang dirangka berdasarkan cabaran sosio-demografi dan struktur kepimpinan organisasi belia sedia ada di negeri itu bakal menyelesaikan isu berbangkit termasuk penurunan had umur belia kepada 30 tahun yang akan dikuatkuasakan di peringkat nasional mulai 1 Januari 2026.

“Enakmen Pembangunan Belia Sabah merupakan manifestasi terhadap hasrat belia Sabah yang berhadapan dengan cabaran sosio-demografi dan struktur kepimpinan organisasi belia sedia ada, berbeza dengan negeri-negeri lain.

“Kesan daripada cabaran ini kita menyaksikan penglibatan belia dalam aktiviti kelab, persatuan, dan kesukarelaan hanya terbatas pada kadar 15 peratus daripada populasi keseluruhan belia.

“Kami berharap agar penggubalan enakmen ini menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menyentuh kepentingan belia Sabah, termasuk penurunan had umur belia kepada 30 tahun di peringkat nasional yang jelas membelakangi cabaran kami di Sabah”, kata Abqaree dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abqaree pada masa sama turut menekankan bahawa langkah penggubalan enakmen itu juga amat penting sebagai gambaran terhadap identiti, cabaran, dan keperluan belia Sabah yang unik dari sudut aspek kepelbagaian kaum, agama, dan budaya yang perlu disantuni secara berhemah mengikut acuan negeri itu sendiri.

“Berbeza dengan negeri-negeri lain, keunikan sosio-demografi belia Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum, agama, dan budaya perlu disantuni secara berhemah mengikut acuan kita sendiri.

“Enakmen ini bakal mencerminkan identiti, cabaran, dan keperluan belia Sabah secara keseluruhan”, ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan sokongan terhadap usaha kerajaan menyediakan Pelan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 2026-2030, berdasarkan kejayaan perlaksanaan SMJ 1.0 yang berperanan sebagai jaringan sokongan sosial terhadap pembangunan belia di negeri itu khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan modal insan.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu ucapan sewaktu Sambutan Hari Belia Kebangsaan Peringkat Sabah pada Sabtu mengumumkan akan menggubal Enakmen Pembangunan Belia Sabah bagi mengukuhkan pengurusan organisasi belia di negeri itu.

Menurut beliau, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), dan MBS akan dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara tersebut termasuk isu dasar peralihan umur belia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/18/enakmen-pembangunan-belia-perkasa-belia-sabah/feed/ 0 74066
Golongan belia terus diberi perhatian, tingkat keupayaan dalam keusahawanan https://sabahmedia.com/2025/05/16/golongan-belia-terus-diberi-perhatian-tingkat-keupayaan-dalam-keusahawanan/ https://sabahmedia.com/2025/05/16/golongan-belia-terus-diberi-perhatian-tingkat-keupayaan-dalam-keusahawanan/#respond Fri, 16 May 2025 08:26:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73911
Read Time:1 Minute, 30 Second

Putatan : Golongan belia khususnya di daerah ini terus diberi perhatian menerusi pelbagai inisiatif pemerkasaan yang menyasarkan peningkatan keupayaan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan sosial.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Petagas Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, ia termasuklah menjadikan kawasan Mobile Food Kiosk (MFK) Peladang Putatan dijadikan sebagai ‘Gaya Street’ kedua di negeri ini.

Katanya, inisiatif pemerkasaan itu juga menekankan pembangunan keusahawanan dan sosial belia, khususnya mereka di bawah 40 tahun.

“Kita mahu menjadikan kawasan ini sebagai Gaya Street kedua bagi memberi pilihan alternatif kepada masyarakat sekitar Putatan, Papar dan daerah berhampiran. 

“Kawasan ini lebih luas, dengan tempat letak kereta yang mencukupi, dan suasananya sesuai untuk peniaga serta pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Hari Belia Negara yang berlangsung di sini pada Khamis di kawasan MFK Putatan.

Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan termasuk sukan elektronik, bola sepak, permotoran dan pertandingan dart yang beliau kata semakin digemari golongan muda di kampung-kampung sekitar Putatan.

Isquzawan berkata, program itu bukan sahaja bertujuan meraikan belia, tetapi juga sebagai langkah strategik menjadikan kawasan berkenaan sebagai tarikan ekonomi baharu.

“Dengan adanya geran sehingga RM30,000 kepada belia yang terlibat dalam bidang pertanian dan makanan, kita mahu mereka membina kerjaya sendiri. 

“Pada masa sama, kita juga kenal pasti bakat dalam pelbagai bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Isquzawan turut merakamkan penghargaan Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di atas peruntukan RM150,000 untuk menyediakan pondok niaga bagi para usahawan.

“Kita mula dengan kiosk mudah alih dan kini sedang menuju ke arah pembangunan gerai tetap, kemudahan awam, serta persembahan hiburan. 

“Malah kita dalam perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjadikan kawasan ini sebagai pusat promosi makanan dan kebudayaan tempatan,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/16/golongan-belia-terus-diberi-perhatian-tingkat-keupayaan-dalam-keusahawanan/feed/ 0 73911
Kerajaan komited lahirkan belia berilmu, kemahiran, kepemimpinan https://sabahmedia.com/2024/09/08/kerajaan-komited-lahirkan-belia-berilmu-kemahiran-kepemimpinan/ https://sabahmedia.com/2024/09/08/kerajaan-komited-lahirkan-belia-berilmu-kemahiran-kepemimpinan/#respond Sun, 08 Sep 2024 00:10:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60328
Read Time:2 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri komited kepada pembangunan belia di negeri ini dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai kualiti ilmu, kemahiran dan kepemimpinan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembangunan modal insan termasuk belia adalah pemacu signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Katanya, ,ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi penting untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, teknologi dan inovasi.

“Sebab itu sebanyak RM100.17 juta diperuntukkan pada tahun ini untuk perbelanjaan mengurus serta pembangunan belia dan kemajuan sukan di Sabah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.89 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan yang menjurus kepada pemerkasaan belia bagi mencapai kesejahteraan sosioekonomi sejajar dengan Dasar Belia Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke 40 Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawangan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin.

Hajiji berkata, golongan belia merupakan tenaga penggerak dalam pelbagai bidang termasuklah berkaitan politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

“Memandangkan peranan penting belia dalam pembangunan negara dan negeri serta sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik amatlah diperlukan. 

“Justeru, YMM memainkan peranan penting bersama-sama kerajaan dalam pembangunan belia di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, pihaknya berharap YMM Sabah akan membuka lebih ruang untuk menggalakkan lebih ramai golongan belia daripada berbilang kaum menyertai pertubuhan ini, termasuklah menyantuni golongan itu di kawasan luar bandar dan pinggir bandar menerusi program jangkauan luar (outreach).

Katanya, ini bagi memastikan belia-belia di kawasan pinggir bandar dan luar bandar juga berpeluang menyertai pelbagai latihan, program pendidikan, kaunseling dan pendidikan sosial bagi meningkatkan potensi mereka.

Menurutnya, YMM Sabah sebagai pertubuhan belia bertaraf ‘Lima Bintang’ yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan telah berjaya memainkan peranan penting dalam membantu pembangunan dan memperkasakan golongan belia di negeri ini.

Katanya, menerusi usaha dilakukan oleh YMM, ramai golongan muda telah dibimbing dan diasah bakat mereka menerusi pelbagai program latihan yang dianjurkan bagi melahirkan golongan belia yang berfikiran lebih kritis, bertindak lebih matang dari segi politik, ekonomi, budaya dan pendidikan.

“Saya berharap YMM terus berusaha gigih untuk menyemai nilai-nilai murni di kalangan belia supaya menjadi individu yang berdedikasi, rasional dan ikhlas serta sentiasa menyertai kegiatan-kegiatan belia, seterusnya menyumbangkan tenaga dalam arus pembangunan negara.

“Ini adalah selari dengan dasar kerajaan memperkukuhkan modal insan yang berkualiti. Ini bagi memastikan YMM kekal relevan dalam memperkasakan golomham belia di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/08/kerajaan-komited-lahirkan-belia-berilmu-kemahiran-kepemimpinan/feed/ 0 60328
Program JOM bantu perkasa pertubuhan belia di Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/04/program-jom-bantu-perkasa-pertubuhan-belia-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/04/program-jom-bantu-perkasa-pertubuhan-belia-di-sabah/#respond Wed, 04 Sep 2024 11:27:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60186
Read Time:1 Minute, 23 Second

Putatan : Program kembara Jumpa Orang Muda (JOM) yang dilaksanakan di beberapa daerah di Sabah berupaya membantu dalam memperkasa pertubuhan-pertubuhan belia yang ada di negeri ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata, program itu juga dapat memberikan pendedahan kepada golongan belia yang dilihat masih kurang terlibat dengan aktiviti-aktivti pertubuhan.

“Ini juga strategi pemerkasaan kepada pertubuhan-pertubuhan belia kita menjelang transisi umur. Selalunya cabarannya adalah umur 30 tahun, mereka merasakan bahawa kurang pendedahan daripada sektor belia yang berusia yang lebih muda ini.

“Jadi ini antara program yang kita rancang supaya mereka dapat dekati lebih ramai lagi dan cari cungkil bakat-bakat dalam kalangan mereka.

“Sebab itu kita buat sesi interaksi, kita dedahkan mereka ini dengan dialog, kita juga ajak mereka untuk bincang isu-isu yang di luar, kerangka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program JOM di Dewan Sri Putatan di sini petang tadi.

Adam berkata, program yang diadakan juga membolehkan Kementeriannya mengumpul data berkaitan keperluan-keperluan belia di negeri ini untuk dipertimbangkan dalam belanjawan khusus untuk belia.

“Sebagai contoh, banyak golongan belia yang masih lagi membangkitkan isu-isu fasiliti asas di kawasan masing-masing. Jadi kita nampak sebenarnya masih banyak yang perlu dilakukan.

“Atau contohnya program yang memperdayakan mereka dalam bidang keusahawanan. Kita mungkin dilihat kurang. Jadi dalam peruntukan, kita harus tambah lagi. Dalam belanjawan, kita harus tambah lagi. Ini cara-cara kitalah sebab ini juga kta jadikan sebagai sesi libat urus,” katanya.

Program JOM ketiga yang diadakan di daerah Putatan itu telah dihadiri lebih 750 belia dan program itu juga akan diteruskan di daerah lain seperti, Kota Marudu, Keningau termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/04/program-jom-bantu-perkasa-pertubuhan-belia-di-sabah/feed/ 0 60186
Fahami sejarah Sabah, pembentukan Malaysia secara keseluruhan -Mustapha https://sabahmedia.com/2024/08/18/fahami-sejarah-sabah-pembentukan-malaysia-secara-keseluruhan-mustapha/ https://sabahmedia.com/2024/08/18/fahami-sejarah-sabah-pembentukan-malaysia-secara-keseluruhan-mustapha/#respond Sun, 18 Aug 2024 03:10:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59253
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Golongan belia di negeri ini diminta untuk terus memahami sejarah Sabah dan pembentukan Malaysia secara keseluruhannya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, banyak signifikan yang perlu difahami rakyat selain tahu bagaimana untuk menjaga hak-hak seperti yang terkandung menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita harap golongan belia faham mengenai sejarah Sabah, kedua mengenai sejarah Malaysia.pembentukan Malaysia. Banyak signifikannya sebab sebagai warga Malaysia di Sabah ini kita kena faham apa asas-asas pembentukan Malaysia itu.

“Dari situ, kita boleh tahu bagaimana kita ingin dapatkan hak kita dan juga dapat dijaga seperti yang terkandung di dalam MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Kibaran Jalur Gemilang Parlimen Sepanggar di sini semalam.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, semua pihak juga perlu bekerjasama bagi membina sebuah negara maju yang menjadi antara amanat pemimpin terdahulu.

“Jadi kita sebagai generais muda, kita ada tanggungjawab besar agar Malaysia ini kekal selamanya. Kita minta juga kebajikan rakyat Sabah ini dapat dijaga oleh Kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Terdahulu pada program itu, Mustapa turut menyertai konvoi bermotorsikal mengelilingi Kampung Warisan di sini.

Selain itu, beliau turut menyerahkan 50 bendera masing-masing Jalur Gemilang dan Sabah untuk dikibarkan di sekitar kampung berkenaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/18/fahami-sejarah-sabah-pembentukan-malaysia-secara-keseluruhan-mustapha/feed/ 0 59253