belia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Aug 2026 04:50:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png belia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Literasi politik belia bukan sekadar politik kepartian – MBS https://sabahmedia.com/2026/08/30/literasi-politik-belia-bukan-sekadar-politik-kepartian-mbs/ https://sabahmedia.com/2026/08/30/literasi-politik-belia-bukan-sekadar-politik-kepartian-mbs/#respond Sun, 30 Aug 2026 04:50:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102503
Read Time:3 Minute, 8 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Literasi politik dalam kalangan belia bukan semata-mata berkaitan politik kepartian, sebaliknya penting untuk memberi kefahaman mengenai proses pembentukan dasar, hak bersuara serta peranan mereka dalam masyarakat dan pentadbiran negeri.

Setiausaha Agung Majlis Belia Sabah (MBS), Edith Clerisa Marimo berkata, pendekatan itu antara perkara yang diberi perhatian menerusi pelaksanaan Dewan Belia Sabah sebagai platform untuk memberi ruang kepada golongan muda menyuarakan pandangan dan memahami proses membuat keputusan.

“Literasi politik ini bukan kepartian. Kita mahu belia memahami bagaimana sebenarnya sesuatu dasar itu digubal, bagaimana hak mereka untuk bersuara dan di mana platform yang boleh digunakan untuk menyampaikan pandangan.

“Kita tidak membawa belia ke arah kepartian, tetapi memberi ruang kepada mereka untuk merasai sendiri platform yang ada dan memahami bagaimana suara mereka boleh disampaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Penangguhan Dewan Belia Sabah Sesi 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, malam Sabtu.

Menurut Edith, pelaksanaan Dewan Belia Sabah Sesi 2023 yang bermula sejak 2023 berjaya memberi ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan, selain mengenal pasti keperluan serta aspirasi mereka.

Katanya, antara perkara yang disuarakan ialah permintaan supaya lebih banyak ruang dan kemudahan disediakan untuk golongan belia, termasuk Rumah Belia Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Hasil daripada Dewan Belia Sabah, kita mendengar suara dan permintaan mereka supaya diwujudkan lebih banyak ruang untuk belia, termasuk Rumah Belia SMJ.

“Ini menunjukkan apabila kita menyediakan ruang, peluang dan platform, belia sebenarnya mempunyai banyak perkara yang ingin disuarakan,” katanya.

Beliau berkata, suara dan pandangan yang dikemukakan melalui Dewan Belia Sabah turut membuka ruang kepada pihak kementerian untuk menambah baik program serta menyediakan lebih banyak platform interaksi bersama golongan muda.

Katanya, pendekatan itu turut diperluaskan melalui penglibatan Majlis Belia Bahagian serta penggunaan platform digital termasuk podcast bagi mendapatkan pandangan belia secara lebih langsung.

“Saya melihat ini sebagai satu input dan penambahbaikan yang penting kerana mungkin pada masa akan datang kita boleh memberi lebih banyak ruang kepada belia untuk berbincang mengenai penambahbaikan Dewan Belia seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Edith berkata, pendaftaran bagi Dewan Belia Sabah sesi baharu dijangka dibuka pada 1 September, manakala persidangan dijadualkan berlangsung pada awal November.

Bagaimanapun, katanya, beberapa perkara termasuk had umur penyertaan masih dalam perbincangan sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Kalau sebelum ini had umur ialah 35 tahun ke bawah, kita masih mempertimbangkan sama ada untuk kekal pada 35 tahun atau diturunkan kepada 30 tahun ke bawah.

“Kita masih membuat tinjauan dalam kalangan belia untuk melihat apa yang mereka mahukan,” katanya.

Menurutnya, faktor geografi dan tahap kematangan belia di Sabah yang berbeza antara kawasan turut perlu diambil kira dalam menentukan had umur penyertaan.

“Keadaan geografi di Sabah tidak sama. Kita perlu mengakui bahawa tahap literasi politik di sesetengah kawasan, terutama pedalaman, mungkin berbeza.

“Jadi kita masih membuat tinjauan dan akan memuktamadkan had umur itu berdasarkan pandangan serta maklum balas yang diterima,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut akan mendapatkan pandangan Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Belia dan Sukan dan beberapa pihak berkaitan termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum keputusan dibuat.

Katanya, paling penting ialah mendapatkan maklum balas daripada golongan belia sendiri supaya pelaksanaan Dewan Belia Sabah benar-benar memenuhi keperluan mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai penyertaan belia daripada pelbagai latar belakang politik termasuk pembangkang, Edith berkata, Dewan Belia Sabah terbuka kepada semua belia tanpa mengira kecenderungan politik.

“Secara umumnya, kita tidak bergerak ke arah kepartian. Kita memberi ruang kepada semua belia.

“Kita tidak pernah mengatakan hanya belia daripada pihak tertentu sahaja boleh menyertai. Kita mahu semua belia merasai sendiri platform ini dan memahami di mana sebenarnya ruang untuk mereka bersuara,” katanya.

Beliau berkata, keterangkuman itu penting bagi memastikan Dewan Belia Sabah menjadi platform yang mewakili suara generasi muda secara lebih menyeluruh.

“Lagi ramai yang terlibat, lagi baik kerana kita dapat mendengar lebih banyak pandangan dan perspektif daripada belia Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/30/literasi-politik-belia-bukan-sekadar-politik-kepartian-mbs/feed/ 0 102503
DUN Sabah : Pelbagai strategi dilaksanakan bagi wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan – Nizam https://sabahmedia.com/2026/07/22/dun-sabah-pelbagai-strategi-dilaksanakan-bagi-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan-nizam/ https://sabahmedia.com/2026/07/22/dun-sabah-pelbagai-strategi-dilaksanakan-bagi-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan-nizam/#respond Wed, 22 Jul 2026 04:27:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100355
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU  : Kerajaan melaksanakan pelbagai strategi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang boleh meningkatkan pendapatan khususnya untuk rakyat dalam golongan B40 ke bawah selain belia yang masih belum mendapat pekerjaan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia termasuklah meningkatkan kebolehpasaran belia melalui latihan kemahiran jangka pendek (Home Based) dan jangka panjang yang memfokuskan kepada sektor pelancongan, pertanian dan perindustrian.

“Selain itu, Kerajaan turut memperkasa keusahawanan belia menyediakan bantuan geran permulaan perniagaan, latihan keusahawanan, bimbingan mentor dan pemantauan kepada usahawan belia agar mereka mampu menjana pendapatan secara mampan serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada masyarakat setempat.

“Meluaskan akses pasaran kepada usahawan melalui karnival, ekspo, program promosi dan penyertaan dalam pelbagai platform pemasaran bagi membantu usahawan belia memasarkan produk dan perkhidmatan mereka, sekali gus meningkatkan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Nabawan-GRS) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Nizam berkata, Kerajaan turut memperkukuhkan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, institusi latihan dan sektor swasta bagi memperluaskan peluang latihan serta pekerjaan seperti Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan PERKESO.

Selain daripada program-program yang dilaksanakan oleh Kementeriannya, Nizam percaya kementerian-kementerian lain, agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ada di Sabah turut mempunyai strategi masing-masing untuk melaksanakan program-program kemahiran yang turut melibatkan golongan belia B40 agat mereka mendapat pekerjaan.

“Pihak kerajaan dan swasta telah mencipta banyak pekerjaan dalam sektor industri untuk memberi peluang pekerjaan kepada belia B40. 

“Industri-industri tersebut adalah seperti industri minyak sawit dan pemprosesan makanan, industri pelancongan dan perkhidmatan, industri pembinaan dan infrastruktur, industri perkapalan, logistik dan pelabuhan, industri akuakultur dan perikanan,industri digital dan ekonomi kreatif dan sebagainya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/22/dun-sabah-pelbagai-strategi-dilaksanakan-bagi-wujudkan-lebih-banyak-peluang-pekerjaan-nizam/feed/ 0 100355
Belia perlu jadi penyelesai cabaran negeri, bukan sekadar pengkritik – Noorazmahirah https://sabahmedia.com/2026/06/10/belia-perlu-jadi-penyelesai-cabaran-negeri-bukan-sekadar-pengkritik-noorazmahirah/ https://sabahmedia.com/2026/06/10/belia-perlu-jadi-penyelesai-cabaran-negeri-bukan-sekadar-pengkritik-noorazmahirah/#respond Tue, 09 Jun 2026 18:11:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97968
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Golongan belia Sabah perlu memainkan peranan sebagai penyelesai kepada pelbagai cabaran yang dihadapi negeri dan rakyat, bukannya hanya menjadi pemerhati atau pengkritik.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Noorazmahirah Noorzain berkata, generasi muda mempunyai tanggungjawab besar dalam menentukan hala tuju pembangunan Sabah menerusi idea, tenaga, kreativiti serta kepimpinan yang mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Katanya, kehadiran anak muda dari pelbagai daerah di Sabah pada Mesyuarat Agung Pertama Parti Pemuda Pemudi Sejahtera (PPS) membuktikan semangat kesatuan dan keinginan generasi muda untuk bersama-sama membina masa depan negeri masih kukuh.

“Kehadiran anak-anak muda dari pelbagai daerah di Sabah pada hari ini membuktikan bahawa semangat kesatuan dan keinginan untuk membina masa depan negeri masih kukuh dalam jiwa generasi muda kita.

“Ini merupakan petanda positif bahawa anak muda Sabah tidak mahu lagi hanya menjadi pemerhati, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada penyelesai kepada cabaran yang dihadapi oleh negeri dan rakyat,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di sini baru-baru ini.

Menurut Noorazmahirah, Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf golongan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan Sabah dan bukan sekadar penerima manfaat kepada dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata, menerusi aspirasi Sabah Maju Jaya, pembangunan modal insan terus diberi keutamaan kerana masa depan negeri bergantung kepada kekuatan generasi muda yang berilmu, berkemahiran, berintegriti serta mempunyai daya kepimpinan tinggi.

“Anak muda perlu diberikan ruang yang lebih luas untuk menyumbang idea, kepakaran dan tenaga mereka dalam proses membuat keputusan, sektor ekonomi, inovasi teknologi, keusahawanan dan kepimpinan masyarakat.

“Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja mempunyai cita-cita besar, tetapi juga memiliki keupayaan untuk merealisasikan cita-cita tersebut demi manfaat negeri dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri terus komited memperkasa pembangunan belia menerusi pelbagai program dan inisiatif yang memberi fokus kepada pendidikan, latihan kemahiran, pembangunan kapasiti, keusahawanan serta kepimpinan.

Katanya, pelaburan dalam pembangunan belia merupakan pelaburan jangka panjang bagi memastikan Sabah terus maju, stabil dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi serta perubahan global.

Dalam pada itu, Noorazmahirah menyifatkan PPS sebagai sebuah platform yang berpotensi besar untuk memperjuangkan suara anak muda serta menjadi penghubung antara aspirasi belia dengan agenda pembangunan di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Saya percaya PPS mampu menjadi rakan strategik kepada Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan belia Sabah serta melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti, matang dan berpandangan jauh,” katanya.

Beliau turut menyeru golongan muda supaya menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dan positif dengan menyebarkan maklumat bermanfaat serta membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan.

“Mulai sekarang, jadilah belia yang sentiasa cakna terhadap keadaan sekeliling dan memberi manfaat kepada keluarga serta masyarakat.

“Anak muda harus berani, sentiasa relevan dan menjadi agen penyampai yang baik kepada masyarakat demi masa depan Sabah yang lebih cemerlang,” katanya.

Pada masa sama, Noorazmahirah berharap PPS terus berkembang sebagai wadah yang menyatukan anak muda tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan daerah, sekali gus memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat di negeri ini. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/10/belia-perlu-jadi-penyelesai-cabaran-negeri-bukan-sekadar-pengkritik-noorazmahirah/feed/ 0 97968
Kerajaan Negeri alu-alukan lebih banyak inisiatif belia, sukan di Sabah https://sabahmedia.com/2026/05/08/kerajaan-negeri-alu-alukan-lebih-banyak-inisiatif-belia-sukan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/08/kerajaan-negeri-alu-alukan-lebih-banyak-inisiatif-belia-sukan-di-sabah/#respond Fri, 08 May 2026 04:33:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96337
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Persekutuan untuk membawa lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan sukan ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha berkenaan akan melengkapkan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan serta sektor sukan di Sabah.

“Sukan juga merupakan platform penting dalam memupuk perpaduan rakyat,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan, Dr Muhammed Taufiq Johari di Menara Kinabalu, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Mansur Asun.

Dalam pertemuan itu, Dr Muhammed memaklumkan kementeriannya telah mengenal pasti beberapa program pembangunan belia dan sukan yang akan dilaksanakan di Sabah.

Beliau berkata, Sabah mempunyai potensi besar dalam pembangunan pasaran khusus, terutama dalam sektor pelancongan sukan.

Selain itu, Dr Muhammed turut memuji komitmen Sabah yang menghantar kontinjen seramai 200 peserta bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara yang dijadual berlangsung di Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/08/kerajaan-negeri-alu-alukan-lebih-banyak-inisiatif-belia-sukan-di-sabah/feed/ 0 96337
MBS sasar 40 peratus penyertaan anak muda dalam platform belia https://sabahmedia.com/2025/12/30/mbs-sasar-40-peratus-penyertaan-anak-muda-dalam-platform-belia/ https://sabahmedia.com/2025/12/30/mbs-sasar-40-peratus-penyertaan-anak-muda-dalam-platform-belia/#respond Tue, 30 Dec 2025 08:55:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89002
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) meletakkan sasaran 40 peratus penyertaan anak muda ke dalam kelab dan persatuan belia di negeri itu pada tahun depan.

Menurut Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan angka tersebut sebagai penanda aras dalam usaha merancakkan pembangunan belia di negeri itu.

“Penyertaan belia di dalam kelab, persatuan, dan kesukarelawanan berlegar sekitar 15 peratus daripada populasi keseluruhan belia Sabah, iaitu seramai 2.2 juta orang.

“MBS meletakkan sasaran penyertaan sebanyak 40 peratus sebagai penanda aras untuk dicapai bersama badan-badan gabungan belia di Sabah.

“Misi yang akan digarap secara kolektif ini bagi merancakkan pembangunan belia di Sabah”, ujar Abqaree dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa sama, menurut Abqaree perancangan untuk merancakkan pembangunan belia di negeri itu memerlukan bantuan kewangan tambahan daripada kerajaan untuk membiayai program-program pembangunan belia di peringkat akar umbi.

“Bagi mencapai sasaran 40 peratus, MBS merancang untuk memperbanyakkan program-program berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi pada tahun 2026.

“Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan sokongan kuat kerajaan terutamanya dalam aspek kewangan.

“Adalah harapan kami agar kerajaan melihat misi ini sebagai salah satu bentuk pelaburan dalam konteks pembangunan modal insan yang akan menyuburkan potensi belia di negeri ini”, katanya.

Untuk rekod, sebanyak 19 badan gabungan belia iaitu bernaung di bawah MBS iaitu, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Sabah, The Girls Brigade (GB) Sabah, The Boys Brigade (BB) Sabah, St. John Ambulance Malaysia (SJAM) Sabah, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah, dan Junior Chamber International (JCI) Sabah, dan 9 lagi gabungan persatuan belia bahagian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/30/mbs-sasar-40-peratus-penyertaan-anak-muda-dalam-platform-belia/feed/ 0 89002
Pembangunan modal insan belia jadi keutamaan Japlin https://sabahmedia.com/2025/11/28/pembangunan-modal-insan-belia-jadi-keutamaan-japlin/ https://sabahmedia.com/2025/11/28/pembangunan-modal-insan-belia-jadi-keutamaan-japlin/#respond Fri, 28 Nov 2025 06:26:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87279
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Golongan belia khususnya mereka yang berusia 18 tahun perlu diberikan perhatian serius bagi memastikan mereka bersedia menghadapi arus pembangunan pesat negara pada masa hadapan.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Usukan, Datuk Japlin Akim, berkata sekiranya diberikan mandat, fokus utamanya adalah memperkukuh pembangunan modal insan terutamanya dalam kalangan generasi muda di kawasan berkenaan.

“Golongan muda harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kekuatan fizikal dan mental, pengalaman serta kemahiran agar mampu bersaing dalam dunia hari ini.

“Oleh itu, saya percaya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membuka serta menyediakan platform bagi belia menceburi pelbagai bidang yang boleh membentuk mereka sebagai modal insan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu rakaman video di sini pada Khamis.

Japlin berkata, menyediakan peluang dan ruang kepada golongan belia merupakan pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat besar kepada pembangunan Usukan.

Dalam perkembangan lain, Japlin berkata usaha beliau turun padang sejak sebelum menjadi calon telah membuka matanya tentang keperluan sebenar penduduk setempat.

“Saya sentiasa berjumpa masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang ekonomi untuk mendengar sendiri keluhan mereka.

Cadangan yang diberikan biasanya rasional dan memberikan gambaran jelas tentang apa yang perlu dilaksanakan bagi membawa kemajuan di Usukan,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa suara rakyat adalah kompas utama dalam merancang agenda pembangunan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menerima manfaat secara inklusif dan saksama. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/28/pembangunan-modal-insan-belia-jadi-keutamaan-japlin/feed/ 0 87279
Peranan nadi terus diperkukuh bantu pembangunan belia Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/22/peranan-nadi-terus-diperkukuh-bantu-pembangunan-belia-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/peranan-nadi-terus-diperkukuh-bantu-pembangunan-belia-sabah/#respond Sat, 22 Nov 2025 07:47:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86696
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Florieta Diet

PUTATAN: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mampu memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan masa depan serta pembangunan golongan belia di Sabah.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr. Johari Abdul berkata, NADI kini bukan lagi sekadar sebuah tempat untuk mendapatkan akses Internet semata-mata sebaliknya ruang pembelajaran yang kondusif, tempat anak muda memperoleh bimbingan, membina kemahiran dan membuka peluang kerjaya baharu.

Menurutnya, penglibatan belia Sabah dalam program Perkhidmatan Pintar anjuran NADI seperti pertandingan keselamatan siber, penglibatan dalam TVET kreatif dan kejayaan usahawan muda negeri mengembangkan produk tempatan melalui latihan keusahawanan NADI, membuktikan impak yang dimainkan oleh NADI.

“Kisah-kisah kejayaan ini menunjukkan potensi besar belia Sabah apabila diberi ruang, sokongan dan persekitaran pembelajaran yang sesuai, ” katanya ketika menghadiri Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADl Kampung Kopimpinan, di sini hari ini.

Ini merupakan program kedua beliau bersama komuniti belia di Sabah selepas sesi “Kupi-Kupi Sama Speaker Bah!” yang diadakan di NADI Bandar Putra dan akan datang di NADI Dermaga.

Dalam sesi bersama komuniti, Tan Sri Johari turut menyatakan hasrat beliau untuk melihat NADI berkembang sebagai platform utama melatih generasi muda memahami demokrasi dan proses membuat keputusan negara.

Setakat September 2025 yang lalu, sebanyak 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini beroperasi di seluruh Sabah dengan jumlah kos operasi kira-kira RM210 juta untuk lima (5) tahun.

Melalui inisiatif seperti Program Sekolah Parlimen, Parlimen Belia dan kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), beliau yakin NADI mampu menjadi pusat rujukan kepimpinan yang melahirkan belia berani bersuara, berfikir secara kritikal dan berupaya mewakili masyarakat pada masa hadapan.

Pembangunan belia tegas beliau, mesti seimbang antara penguasaan teknologi dengan pembentukan nilai diri, etika digital serta tanggungjawab sebagai seorang warganegara.

Lawatan kerja hari ini mengukuhkan keyakinan bahawa kerjasama berterusan antara kerajaan, agensi pelaksana dengan komuniti setempat akan terus memperkasa belia Sabah melalui pelbagai program yang inklusif, relevan dan memberiimpak jangka panjang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/peranan-nadi-terus-diperkukuh-bantu-pembangunan-belia-sabah/feed/ 0 86696
Belia serlah kemahiran menerusi projek komuniti https://sabahmedia.com/2025/11/09/belia-serlah-kemahiran-menerusi-projek-komuniti/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/belia-serlah-kemahiran-menerusi-projek-komuniti/#respond Sun, 09 Nov 2025 06:23:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85335
Read Time:2 Minute, 6 Second

Oleh J Evachel John

KENINGAU: Sekumpulan belia membuktikan bahawa kemahiran teknikal dan vokasional mampu memberi impak positif kepada masyarakat apabila mereka berjaya membaik pulih bangunan Sekolah Rendah Kampung Keningau melalui projek “Steel Steady”.

Projek berasaskan khidmat masyarakat itu digerakkan oleh pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau menerusi Program Teknologi Kimpalan di kolej berkenaan dengan dana RM15,000 daripada Impact Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, berkata projek berkenaan merupakan salah satu daripada 10 projek terpilih di seluruh negara yang menerima geran Akademi Rakan Muda, bertujuan memperkasa belia melalui aktiviti kesukarelawanan dan kebajikan komuniti.

Selain pelajar KV Keningau, inisiatif yang disertai hampir 100 sukarelawan belia itu turut melibatkan pelajar dari Kolej Geomatika, Sekolah Menengah (SM) St. Francis Xavier, SM Gunsanad dan SM Apin-Apin.

Katanya, sebelum projek dimulakan, sukarelawan menghadiri bengkel asas mengimpal di KV Keningau.

Ia kemudiannya disusuli dengan kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan di beberapa bangunan di lokasi yang telah dikenalpasti memerlukan pembaikan dan naik taraf.

“Antara kerja pembaikan dan naik taraf yang berjaya dilaksanakan adalah pemasangan susur tangan dan pengadang pintu tangga, pemasangan jeriji longkang, penyelenggaraan kipas dan soket, penggantian papan lantai kayu, pemasangan jaring nyamuk, pembinaan papak lantai konkrit dan proses mengecat serta kerja-kerja pembersihan.

“Kerja-kerja ini bertujuan menjadikan bangunan bilik darjah, ruang solat dan bilik guru lebih selamat, selesa dan kondusif untuk kegunaan warga sekolah,” katanya.

Menurut Lumang, proses kerja ini memerlukan beberapa kemahiran dan peralatan yang berkaitan dengan bidang-bidang ketukangan.

“Justeru, para pelajar KV Keningau yang terlibat dalam projek ini adalah mereka yang berkhususkan dalam teknologi kimpalan, elektrik, pembinaan serta program lain iaitu automotif dan kosmetologi.

“Selain daripada kerja pembaikan, ianya juga melibatkan bimbingan kepada para sukarelawan yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang ketukangan dan ini dilaksanakan oleh para pelajar KV yang berpengalaman.”

Tambahnya, beliau terharu dengan usaha pasukan ini dalam menjayakan projek komuniti ini untuk manfaat para guru dan murid-murid di sekolah tersebut.

“Mereka bukan sahaja menggunakan kemahiran mereka untuk membantu masyarakat malah membimbing dan melatih para sukarelawan daripada sekolah-sekolah dan institut institut pendidikan di sekitar Keningau dalam bidang asas ketukangan terutamanya kemahiran mengimpal,” katanya.

Projek pembaikan dan pemulihan yang dilaksanakan pada 24 dan 25 Oktober lalu itu diketuai oleh guru Teknologi Kimpalan, Firdaus Sariman, dengan bimbingan Ketua Program Kimpalan, Azme Budiman, dan Penyelaras Bengkel Program Vokasional, Nabil Fikri.

Manakala pelajar Nur Alia Ayuni Muhammad Husrin, Andrew Mark Dalubatan dan Dylan Ivander Lucas mengetuai pasukan yang dianggotai oleh ramai ahli dari program kimpalan serta program program teknologi yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/belia-serlah-kemahiran-menerusi-projek-komuniti/feed/ 0 85335
Belia Liawan diseru terus aktif dalam politik negeri – Annuar https://sabahmedia.com/2025/10/26/belia-liawan-diseru-terus-aktif-dalam-politik-negeri-annuar/ https://sabahmedia.com/2025/10/26/belia-liawan-diseru-terus-aktif-dalam-politik-negeri-annuar/#respond Sun, 26 Oct 2025 14:20:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84221
Read Time:49 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, turut hadir memeriahkan Program Jelajah PRN17 Sabah yang diadakan di Balai Belia Kampung Bariawa Tengah, baru-baru ini.

Program yang menghimpunkan lebih ratusan belia dari seluruh kawasan DUN Liawan itu menjadi platform bagi golongan muda berkongsi pandangan serta membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada mereka.

Pelbagai aktiviti santai turut diadakan, termasuk sesi dialog yang menyentuh topik pembangunan negeri, kesejahteraan belia dan hala tuju politik Sabah menjelang PRN17.

Dalam ucapan ringkasnya, Annuar menekankan pentingnya peranan belia dalam proses politik dan demokrasi negara.

“Terima kasih kepada semua belia yang hadir. Kehadiran anda membuktikan betapa pentingnya suara golongan muda dalam menentukan masa depan negeri kita,” katanya.

Program itu turut memberi peluang kepada belia untuk mengenali lebih dekat visi calon-calon PRN17 serta menyuarakan harapan mereka terhadap pembangunan kawasan masing-masing.

Acara berakhir dengan semangat juang tinggi yang mengeratkan hubungan komuniti dan menyemarakkan sokongan terhadap calon yang bakal bertanding kelak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/26/belia-liawan-diseru-terus-aktif-dalam-politik-negeri-annuar/feed/ 0 84221
Pembangunan berjalan baik, belia terus dapat manfaat https://sabahmedia.com/2025/10/19/pembangunan-berjalan-baik-belia-terus-dapat-manfaat/ https://sabahmedia.com/2025/10/19/pembangunan-berjalan-baik-belia-terus-dapat-manfaat/#respond Sun, 19 Oct 2025 09:58:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83698
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Umas, Mohd Khairul Iwan, menyatakan keyakinan terhadap hala tuju pembangunan di kawasan Felda Umas, yang menurutnya berjalan dengan baik walaupun dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata, pendekatan pembangunan bertahap bukan halangan selagi manfaatnya sampai kepada golongan sasaran, terutamanya dalam aspek pendidikan dan kesejahteraan sosial masyarakat setempat.

“Setakat ini, pandangan peribadi saya, semuanya baik walaupun pembahagian pembangunan bertahap, tapi masih sampai pada sasaran. Pendidikan juga menyeluruh walaupun dilaksanakan secara berperingkat,” katanya kepada Sabah Media.

Menurut Khairul, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan, latihan kemahiran, serta program inovasi dan keusahawanan bagi memperkasakan golongan muda di kawasan Felda.

Bagi tempoh 2021 hingga 2025, kerajaan memperkenalkan 14 inisiatif baharu dengan peruntukan RM164.14 juta yang memberi manfaat kepada 210,918 pelajar di seluruh negeri.

Pembangunan belia turut diangkat sebagai salah satu tonggak utama dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), selaras dengan peranan penting anak muda sebagai ejen perubahan sosial dan ekonomi.

Khairul turut menambah bahawa mutu pembangunan sukan di negeri ini juga menunjukkan perkembangan positif, terutama di peringkat sekolah dan daerah.

“Saya lihat mutu sukan baik di peringkat sekolah atau daerah. Sukan SAGA yang lalu berjalan lancar walaupun sudah bubar, namun semangat kesukanan masih kekal tinggi tanpa mengira parti atau latar belakang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan meneliti semula syarat kelayakan bantuan eKasih, khususnya bagi anak-anak peneroka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap walaupun menetap di kawasan Felda.

“Syarat sekarang agak ketat. Anak peneroka yang tidak bekerja sering ditolak permohonan mereka kerana dianggap tidak layak atas status ibu bapa yang berkemampuan. Ini tidak adil kerana pendapatan itu tidak semestinya dikongsi bersama anak-anak,” katanya.

Khairul turut memaklumkan bahawa empat belia Felda Umas yang telah berkahwin menerima manfaat daripada program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), sekali gus membantu mereka memulakan kehidupan berkeluarga dengan lebih selesa.

Beliau berharap lebih banyak inisiatif seumpama itu diteruskan bagi memastikan golongan belia Felda terus mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya daripada kerajaan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/19/pembangunan-berjalan-baik-belia-terus-dapat-manfaat/feed/ 0 83698