beliawanis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Jul 2025 10:09:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png beliawanis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Beliawanis fokus medan lapangan, serah soal kerjasama politik kepada pimpinan – Noorazmahirah https://sabahmedia.com/2025/07/26/beliawanis-fokus-medan-lapangan-serah-soal-kerjasama-politik-kepada-pimpinan-noorazmahirah/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/beliawanis-fokus-medan-lapangan-serah-soal-kerjasama-politik-kepada-pimpinan-noorazmahirah/#respond Sat, 26 Jul 2025 10:09:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77979
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi parti berhubung strategi politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Naib Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Noorazmahirah Noorzain berkata, ia termasuklah  bertanding secara solo atau menjalin kerjasama dengan parti lain pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, jentera Beliawanis tidak seharusnya terjebak dalam perdebatan strategi politik, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan di peringkat akar umbi dan kesiapsiagaan yang menyeluruh.

“Tugas kita bukan untuk berdebat soal dominasi, tetapi untuk pastikan kita benar-benar bersedia dari segi fizikal, mental, spiritual dan taktikal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya sempena Persidangan Agung Tahunan Beliawanis 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Noorazmahirah menyeru agar jentera wanita muda memperkuat pengaruh di lapangan, memperkemas penguasaan media sosial, dan menyampaikan mesej politik yang tepat, telus dan menyentuh hati rakyat terutamanya pengundi muda yang kini menjadi kuasa penentu dalam landskap politik moden.

Katanya, wanita muda tidak boleh lagi dilihat sekadar sebagai pengundi atau pelengkap kempen, sebaliknya harus diberikan peranan lebih aktif sebagai pemimpin komuniti dan agen perubahan dalam masyarakat.

“Wanita muda hari ini bukan lagi penonton, tetapi pemain utama dalam mencorak masa depan negeri Sabah,” katanya.

Noorazmahirah turut memberi peringatan penting bahawa rakyat Sabah kini semakin bijak menilai dan sedang memerhati gelagat politik setiap parti, termasuk bagaimana barisan kepimpinan dan jentera mengurus perbezaan dan menyusun kekuatan.

“Rakyat hanya akan memberi sokongan kepada barisan yang kukuh, tersusun, dan menunjukkan disiplin dalam perjuangan,” tambahnya lagi.

Beliau menekankan bahawa dalam suasana politik yang mencabar dan penuh dengan cabaran persepsi, kesatuan serta fokus kepada matlamat bersama adalah kunci utama kepada kejayaan pilihan raya.

“Kita tidak boleh leka dengan drama atau polemik dalaman. Tumpuan kita mesti jelas, iaitu untuk membawa kemenangan kepada parti dengan kekuatan sebenar di lapangan,” tambah beliau. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/beliawanis-fokus-medan-lapangan-serah-soal-kerjasama-politik-kepada-pimpinan-noorazmahirah/feed/ 0 77979
Beliawanis perlu jadi benteng parti, junjung disiplin dan setia kepada pimpinan https://sabahmedia.com/2025/07/26/beliawanis-perlu-jadi-benteng-parti-junjung-disiplin-dan-setia-kepada-pimpinan/ https://sabahmedia.com/2025/07/26/beliawanis-perlu-jadi-benteng-parti-junjung-disiplin-dan-setia-kepada-pimpinan/#respond Sat, 26 Jul 2025 05:50:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77945
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Seluruh anggota sayap wanita muda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) digesa untuk terus berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan dan disiplin organisasi dalam menghadapi suasana politik negeri yang semakin mencabar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Emmie Datuk Martin Idang berkata, cabaran politik semasa khususnya dalam suasana ketidaktentuan di peringkat nasional menuntut agar Beliawanis tampil bukan sahaja sebagai penyokong, tetapi benteng utama yang mempertahankan kepimpinan dan kestabilan parti.

“Kepimpinan seperti ini tidak lahir setiap hari. Ia terbentuk daripada pengalaman panjang, keikhlasan perjuangan dan keteguhan prinsip.

“Kita tidak boleh membiarkan fitnah dan usaha jahat dari dalam atau luar menggugat kestabilan yang kita bina bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam menyampaikan ucapan pada Persidangan Sayap Beliawanis Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Sabtu.

Emmie turut mengingatkan bahawa tugas Beliawanis bukan sekadar bersuara, tetapi bergerak secara strategik sebagai penyampai dasar kerajaan, pembawa mesej yang benar dan memperkukuh jaringan sokongan akar umbi.

“Beliawanis perlu menjadi perisai kepada kepimpinan, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga menerusi tindakan yang berkesan dan berdisiplin,” katanya.

Mengulas isu keinginan sebahagian rakyat Sabah yang lantang mahukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding secara solo dalam PRN akan datang, Emmie menasihati agar semua pihak termasuk sayap parti terus menjunjung disiplin organisasi dan menghormati kebijaksanaan kepimpinan tertinggi dalam membuat keputusan.

“Kita bukan pembuat keputusan, tetapi penjunjung keputusan. Setiap langkah pimpinan bukan dibuat secara emosi tetapi atas pertimbangan dan kebijaksanaan seorang negarawan,” katanya sambil menzahirkan keyakinan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau turut menyeru agar seluruh jentera Beliawanis berdiri teguh dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan semangat yang tinggi.

“Tugas kita adalah untuk berdiri teguh, menggalas amanah, dan terus melangkah seiring arahan dengan penuh iltizam dan kepercayaan kepada hikmah pimpinan,” katanya.

Kenyataan tegas Emmie ini dilihat sebagai isyarat kesiapsiagaan jentera Beliawanis Gagasan Rakyat dalam mempertahankan kestabilan politik negeri serta memberi sokongan padu kepada kepimpinan sedia ada menjelang PRN yang bakal tiba. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/26/beliawanis-perlu-jadi-benteng-parti-junjung-disiplin-dan-setia-kepada-pimpinan/feed/ 0 77945
Aura Wanis platform wanita muda kenali kekuatan dan bina keyakinan diri https://sabahmedia.com/2025/06/26/aura-wanis-platform-wanita-muda-kenali-kekuatan-dan-bina-keyakinan-diri/ https://sabahmedia.com/2025/06/26/aura-wanis-platform-wanita-muda-kenali-kekuatan-dan-bina-keyakinan-diri/#respond Wed, 25 Jun 2025 21:51:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76188
Read Time:56 Second

Kota Belud: Program Aura Wanis anjuran Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tempasuk diangkat sebagai platform strategik untuk membantu wanita muda mengenali kekuatan diri serta membina keyakinan dan imej positif dalam menghadapi cabaran semasa.

Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Tempasuk, Alffera Deanna Wong berkata, Aura Wanis bukan sekadar program motivasi biasa, tetapi satu inisiatif memperkasa golongan wanita muda agar lebih berani, yakin dan berdaya saing dalam pelbagai lapangan termasuk kepimpinan, sosial dan kerjaya.

“Melalui program ini, wanita muda diberi pendedahan mengenai pembentukan personaliti, gaya komunikasi serta keyakinan kendiri yang mampu mengubah cara mereka membawa diri dalam masyarakat.

“Aura Wanis adalah satu langkah penting untuk kita bangunkan potensi wanita muda di DUN Tempasuk. 

“Ini juga seiring dengan hasrat kita untuk melahirkan generasi pemimpin wanita masa depan,” katanya selepas penutupan program tersebut di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, Beliawanis Tempasuk akan terus komited menganjurkan program seumpama itu secara berkala sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh peranan wanita muda dalam pembangunan komuniti setempat.

Program tersebut turut mendapat sambutan positif daripada penduduk Tempasuk, dan penganjur merancang untuk memperluas pelaksanaannya ke beberapa lokasi lain dalam masa terdekat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/26/aura-wanis-platform-wanita-muda-kenali-kekuatan-dan-bina-keyakinan-diri/feed/ 0 76188
Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman rai 100 pelajar SK Termenung Tuaran https://sabahmedia.com/2025/03/20/beliawanis-gagasan-rakyat-sulaman-rai-100-pelajar-sk-termenung-tuaran/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/beliawanis-gagasan-rakyat-sulaman-rai-100-pelajar-sk-termenung-tuaran/#respond Thu, 20 Mar 2025 07:32:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70802
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 100 pelajar Sekolah Kebangsaan Termenung, Tuaran kelihatan gembira ketika diraikan Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman bagi membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri di sini semalam.

Mereka yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya, anak yatim, asnaf dan miskin dibawa ke Jakels Silk House Alamesra bagi membeli pakaian baharu untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman, Noorazmahirah Noorzain berkata, program yang merupakan tahun ketiga penganjuran itu adalah inisiatif bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak terbabit selain memberi kegembiraan kepada mereka.

“⁠Ini adalah sumbangan kecil dari kami yang diharapkan sedikit sebanyak membantu menceriakan suasana hari raya mereka yang bakal disambut tidak lama lagi.

“Kita berharap lebih banyak pihak yang akan mengadakan program sebegini agar lagi ramai dapat menikmati bantuan sempena Syawal,” katanya.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman, Cikgu Jumar Kamsari dan guru-guru pengiring daripada SK Termenung, Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/beliawanis-gagasan-rakyat-sulaman-rai-100-pelajar-sk-termenung-tuaran/feed/ 0 70802
‘Back To School’ bantu ringan beban persiapan ibu bapa https://sabahmedia.com/2025/02/10/back-to-school-bantu-ringan-beban-persiapan-ibu-bapa/ https://sabahmedia.com/2025/02/10/back-to-school-bantu-ringan-beban-persiapan-ibu-bapa/#respond Mon, 10 Feb 2025 01:52:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68351
Read Time:2 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Program ‘Back to School’ anjuran Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Darau berjaya membantu meringankan beban para ibu bapa dalam membuat persiapan untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah tidak lama lagi.

Program yang dianjurkan di dewan Kampung Warisan itu telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran lebih kurang 500 pengunjung dari kampung tersebut termasuk pengunjung dari beberapa kampung kawasan sekitar seperti Kampung Kalansanan.

Ketua Gagasan Rakyat Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, antara objektif penganjuran program tersebut adalah untuk memberi sokongan moral dan fizikal kepada kanak-kanak yang akan kembali ke sekolah.

Katanya, ia juga turut memberi kesedaran akan pentingnya pendidikan serta berkongsi rezeki dengan komuniti sekitar.

“Jadi antara lain objektifnya kita hadir sama atas nama Gagasan Rakyat antara lain untuk bersama dengan komuniti yang ada di sini. Kita hadir dengan niat hati yang ikhlas, dengan niat berkongsi rezeki dan sekurang-kurangnya ini boleh juga meringankan beban ibu bapa yang hadir sama pada hari ini.

“InsyaAllah hubungan baik parti kita dengan komuniti di kampung ini akan  diteruskan pada masa-masa akan datang termasuk program-program yang sudah dirancang untuk bulan Ramadan nanti dan kita mengharapkan apa yang kita lakukan hari ini sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program ‘Back to School’ anjuran Beliawanis Darau dengan kerjasama Beliawanis Pusat yang diketuai oleh Nur Fatin Syafiqah Mohmad Wahid di Kampung Warisan, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Beliawanis Pusat, Emmie Datuk Martin Idang berkata, program itu turut berfungsi untuk menyemarakkan semangat para murid dan juga ibu bapa teribat dalam menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

“Ingat, adik-adik sekalian, pendidikan adalah antara kunci kejayaan dan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang cemerlang kepada diri masing-masing seterusnya boleh diaplikasikan untuk membantu memajukan komuniti setempat, negeri dan negara amnya.

“Saya juga melihat dan belajar, di mana apabila kita masuk ke satu-satu kawasan itu, kita lihat dan kita belajar. Begitu juga bila kita masuk ke sekolah nanti, kita belajar, kita sedar kelemahan kita, praktikan apa yang baik dan buang perkara yang tidak baik ke tepi sambil mengambil pengajaran dari setiap apa yang berlaku,” katanya ketika berucap dalam program itu.

Program ‘Back to School’ itu turut memberi peluang kepada para peniaga sekitar kampung untuk menjana pendapatan dengan membuka sebanyak 13 gerai jualan makanan dan minuman selain melibatkan khidmat gunting rambut daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah.

Beberapa agensi turut bersama-sama dalam program kali ini termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Kebajikan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beg sekolah turut diagihkan kepada kanak-kanak yang hadir pada program kali ini.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/10/back-to-school-bantu-ringan-beban-persiapan-ibu-bapa/feed/ 0 68351
Beliawanis Gagasan Rakyat perlu cakna tangani tohmahan dan fitnah pembangkang https://sabahmedia.com/2024/09/29/beliawanis-gagasan-rakyat-perlu-cakna-tangani-tohmahan-dan-fitnah-pembangkang/ https://sabahmedia.com/2024/09/29/beliawanis-gagasan-rakyat-perlu-cakna-tangani-tohmahan-dan-fitnah-pembangkang/#respond Sun, 29 Sep 2024 00:09:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61410
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Belud : Ahli Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu sentiasa cakna dan tangkas dalam menangkis tohmahan dan fitnah khususnya dari pihak pembangkang.

Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Emmie Martin Idang berkata, tindakan yang diambil perlu digerakkan segera selain perlu perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan.

“Kita tidak boleh menangkis fitnah atau tohmahan dengan fitnah juga. Kita perlukan fakta dan fakta ini datangnya daripada ilmu.

“Tetapi tidak guna jika kita hanya mempunyai fakta tanpa tindakan. Justeru, saya menyeru agar semua kita di sini lengkapkan diri kita dengan ilmu dan bertindak untuk mempertahankan presiden atau parti kita dengan fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Beliawanis Bahagian Tempasuk di sini semalam.

Emmie berkata, ilmu pengetahuan dalam menangkis tohmahan pembangkang termasuklah dasar dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan.

“Saya tahu perwakilan sekalian sudah tahu tentang rekod dan pencapaian kerajaan kita sekarang di bawah pimpinan Presiden yang juga Ketua Menteri. Sebagai contohnya, kutipan hasil Negeri Sabah sebelum ini tidak pernah mencapai sehingga RM4bilion.

“Namun, pencapaian kutipan hasil berjumlah RM5.4bilion buat pertama kalinya dicapai pada tahun 2021, Kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor terus meningkat kepada RM6.96bilion pada tahun 2022 dan seterusnya pada tahun 2023.

“Pencapaian ini merupakan rekod cemerlang tampuk kepimpinan beliau yang perlu disebarluaskan kepada segenap kelompok rakyat di luar sana,” katanya.

Katanya, pencapaian kutipan yang tinggi itu seterusnya akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui inisiatif-inisiatif bantuan termasuklah penambahan pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang akan dimanfaatkan oleh golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, ia termasuklah inisiatif lain yang terus disediakan oleh Kerajaan negeri. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/29/beliawanis-gagasan-rakyat-perlu-cakna-tangani-tohmahan-dan-fitnah-pembangkang/feed/ 0 61410
Pergiat usaha dekati belia beliawanis – Redonah https://sabahmedia.com/2023/03/06/pergiat-usaha-dekati-belia-beliawanis-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/03/06/pergiat-usaha-dekati-belia-beliawanis-redonah/#respond Mon, 06 Mar 2023 00:28:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30350
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA MARUDU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) akan menggerakkan usaha melaksanakan lebih banyak program belia dalam pendekatan mendampingi belia serta beliawanis dengan menganjurkan pelbagai aktiviti secara berterusan bagi memenuhi aspirasi golongan itu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, antara langkah yang diambil adalah melipatgandakan penggunaan media sosial dan teknologi untuk menyalurkan maklumat tepat kepada golongan berkenaan.

Katanya, pendekatan tersebut dianggap berkesan memandangkan belia kini terdedah dengan dunia tanpa sempadan dan adalah wajar golongan tersebut lebih didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan yang berguna serta bermanfaat.

“Untuk mendekati golongan ini, kita perlu ikut arus pembangunan yang sealiran dengan aspirasi mereka. Golongan generasi muda ini sangat pantas dalam mengikuti pelbagai isu di alam maya sekali gus menuntut kepada kebijaksanaan dalam menapis sesuatu yang diterima.

“Oleh sebab itu, Program Santai Belia Kampung Tagaro adalah acara yang berbentuk lebih mesra,” katanya semasa berucap di Kampung Tagaro Dun Bandau Kota Marudu semalam.

Hadir sama Ketua Anak Negeri Dun Bandau Balanga Timbuong serta belia beliawanis Kampung Tagaroh. Dalam pertandingan itu sebanyak 8 pasukan badminton wanita dan tujuh pasukan bola tampar lelaki.

Redonah yang Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata, program berbentuk santai amat disukai dan kita boleh menggunakan kesempatan ini untuk menerangkan isu-isu yang sukar difahami mereka dengan lebih berkesan.

Tambahnya, melalui pendekatan tersebut juga, para pemimpin setempat boleh bergaul lebih mesra dan dapat mengelakkan perasaan malu ataupun rendah diri dan membolehkan para pemimpin mendapat maklum balas mengenai keperluan golongan muda yang perlu disediakan bagi jangka masa panjang dan jangka pendek.

“Dengan sentuhan peribadi sebegini, mereka lebih rasa dihargai dan tidak segan meluahkan masalah yang dihadapi kepada pemimpin.

“Jika kita bersembang-sembang dengan pemimpin di akar umbi kita mengetahui masalah yang dihadapi golongan belia tersebut, mungkin di kawasan mereka ada masalah dan memerlukan bantuan dan program santai ini menjadi platform terbaik untuk mengemukakan masalah ke saluran sesuai,” katanya.

Beliau berkata, melalui pendekatan itu diharapkan jurang antara pemimpin dan rakyat dapat dieratkan sekali gus mewujudkan persefahaman yang lebih jelas hala tuju kerajaan serta memenuhi tanggungjawab dalam meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat.

Katanya, tanpa maklumat yang tepat daripada akar umbi sukar untuk kerajaan melaksanakan sesuatu program pembangunan dan dikhuatiri program untuk rakyat tidak berjaya memenuhi keperluan setempat atau tidak mampu mencapai sasaran yang sepatutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/06/pergiat-usaha-dekati-belia-beliawanis-redonah/feed/ 0 30350