beluran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 03 Apr 2026 04:07:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png beluran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Segera naik taraf jalan ke Pekan Beluran – Samad https://sabahmedia.com/2026/04/03/segera-naik-taraf-jalan-ke-pekan-beluran-samad/ https://sabahmedia.com/2026/04/03/segera-naik-taraf-jalan-ke-pekan-beluran-samad/#respond Fri, 03 Apr 2026 04:06:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94207
Read Time:59 Second

BELURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk Datuk Samad Jambri menggesa agar jalan dari simpang Beluran ke Pekan Beluran dinaik taraf segera susulan keadaan jalan itu kini uzur dan berisiko kepada pengguna.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada masyarakat berkaitan keadaan jalan tersebut yang kini sangat tidak selesa dan berisiko kepada pengguna.

“Jalan ke Pekan Beluran merupakan antara laluan utama, namun keadaannya kini sangat tidak selesa untuk dilalui dan sering menjadi keluhan pengguna.

“Sudah sampai masanya sama ada Kementerian Kerja Raya atau melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah serta Jabatan Kerja Raya Persekutuan mengambil tindakan terhadap keperluan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Peringkat Negeri Sabah, di sini.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau turut merasai sendiri keadaan jalan yang semakin merosot.

“Keadaan jalan ini sangat kritikal dan memerlukan pembaikan atau penaiktarafan segera kerana kerosakannya agak teruk.

“Kita perlu ambil tindakan secepat mungkin demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya.

Jalan sepanjang 27.22 kilometer itu merupakan laluan negeri yang menghubungkan Lebuhraya Pan Borneo ke Pekan Beluran dan kini mengalami kerosakan ketara sehingga memaksa pengguna memandu dengan lebih berhati-hati.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/03/segera-naik-taraf-jalan-ke-pekan-beluran-samad/feed/ 0 94207
Tiga DUN di Beluran saksikan persaingan calon lama dan baharu https://sabahmedia.com/2025/11/15/tiga-dun-di-beluran-saksikan-persaingan-calon-lama-dan-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/tiga-dun-di-beluran-saksikan-persaingan-calon-lama-dan-baharu/#respond Sat, 15 Nov 2025 10:24:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85958
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh J. Evachel John

BELURAN: Sebanyak 24 calon disahkan bertanding bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roger Appolonius, di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Beluran selepas semua borang pencalonan diterima dalam tempoh yang ditetapkan.

Kesemua calon terdiri daripada calon baharu serta figura yang sudah dikenali ramai, menjadikan persaingan kali ini menarik untuk diperhatikan.

Bagi DUN Telupid, seramai sembilan calon bertanding bagi merebut sokongan pengundi, manakala Sugut menyaksikan pertandingan tujuh penjuru. DUN Labuk pula mencatatkan lapan calon.

Berikut adalah senarai penuh calon bagi setiap DUN:

Barisan DUN Telupid

N.47 TELUPID

  1. Jonnybone J Kurum – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  2. Jamin Bin Jamri – Perikatan Nasional (PN)
  3. Simah Binti Matusip – Parti Warisan Sabah (Warisan)
  4. Pagrios @ Petrus Bin Zabang – Parti Bangsa Malaysia (PBM)
  5. Michel Alok – Parti Impian Sabah (PIS)
  6. Felix Joseph Saang – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko)
  7. Nilis Joseph – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
  8. Jikmariya Binti Muran – Parti Solidariti Tanah Airku (Star)
  9. Benedict Asmat – Barisan Nasional of Malaysia (BN)
Barisan DUN Sugut

N.48 SUGUT

  1. Rosely Bin Lajun – Parti Impian Sabah (PIS)
  2. Dr Ronald Kiandee – Perikatan Nasional (PN)
  3. Roger Bin Langgau – Bebas (Kunci)
  4. Aspah Abdullah Sani – Parti Warisan Sabah (Warisan)
  5. Hassan Bin Mentiak – Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
  6. Mohammad Arifin Bin Pachuk – Barisan Nasional Of Malaysia (BN)
  7. Datuk James Ratib – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Barisan calon DUN Beluran

N.49 LABUK

  1. Marx Henry Lim – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
  2. Asmad Bin Nasir – Perikatan Nasional (PN)
  3. Nuralizah Lee Abdullah – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  4. Joseph Bin Emus – Parti Impian Sabah (PIS)
  5. Samad Bin Jambri – Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  6. Norfadzlina Binti Ramsah – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko)
  7. Yusoflatif Bin Mustapah – Barisan Nasional of Malaysia (BN)
  8. Japar Bin Awang – Parti Warisan Sabah (Warisan)
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/tiga-dun-di-beluran-saksikan-persaingan-calon-lama-dan-baharu/feed/ 0 85958
Beluran bakal miliki jeti pelancongan dan jalan raya baharu https://sabahmedia.com/2025/08/16/beluran-bakal-miliki-jeti-pelancongan-dan-jalan-raya-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/08/16/beluran-bakal-miliki-jeti-pelancongan-dan-jalan-raya-baharu/#respond Sat, 16 Aug 2025 06:55:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79388
Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

BELURAN: Masyarakat Beluran bakal menikmati pembangunan baharu apabila kerajaan negeri meluluskan pembinaan sebuah jeti pelancongan dan jalan raya ke Kampung Air di daerah ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, permintaan itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Samad Jambri, mewakili penduduk setempat.

“Ada permintaan daripada masyarakat di Beluran ini. Beliau (Samad) memohon pembinaan jeti pelancongan di pekan Beluran ini, dan juga pembinaan jalan raya ke Kampung Air Beluran.

“Sebagai ketua menteri, saya ingin nyatakan bahawa kita meluluskan permohonan ini.

“Jadi kita minta pihak pegawai daerah untuk menulis surat dengan kos anggaran projek ini kepada saya secepat mungkin,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pesta Labuk di Beluran, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri komited memenuhi keperluan rakyat di kawasan luar bandar, selaras dengan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Projek pembinaan jeti pelancongan itu dijangka memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan daerah Beluran, manakala jalan raya ke Kampung Air akan memudahkan pergerakan penduduk dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/16/beluran-bakal-miliki-jeti-pelancongan-dan-jalan-raya-baharu/feed/ 0 79388
Peserta Unduk Ngadau Beluran 2025 selami keunikan tradisi Dusun Labuk https://sabahmedia.com/2025/05/06/peserta-unduk-ngadau-beluran-2025-selami-keunikan-tradisi-dusun-labuk/ https://sabahmedia.com/2025/05/06/peserta-unduk-ngadau-beluran-2025-selami-keunikan-tradisi-dusun-labuk/#respond Tue, 06 May 2025 08:59:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73284
Read Time:2 Minute, 44 Second

Oleh J. Evachel John

Eksklusif

BELURAN: Warisan budaya Dusun Labuk menjadi tumpuan utama dalam aktiviti pra-pertandingan Unduk Ngadau Beluran 2025, menjadikan edisi kali ini lebih bermakna dan berkemahiran.

Antara gelagat yang dirakam sepanjang aktiviti pra-pertandingan. – Foto ihsan Frandy Lim

Sepanjang program, peserta diberi pendedahan langsung kepada pelbagai kemahiran dan pengetahuan tradisional Dusun Labuk, merangkumi pakaian, makanan, muzik, dan tarian.

FOKUS… Seorang peserta tekun memasukkan benang ke dalam jarum semasa aktiviti menyulam. – Foto ihsan Frandy Lim

Buat julung kalinya, kemahiran seni tradisional seperti menyulam motif bunga gosing dan ‘mongorinda’ (mengait) les Labuk diperkenalkan kepada peserta. Kedua-dua kemahiran ini merupakan elemen penting dalam mengekalkan keaslian pakaian tradisi Dusun Labuk, iaitu Sabung Labuk.

Peserta turut menyaksikan persembahan ‘Magalai Labuk’, tarian tradisi masyarakat Dusun Labuk yang diiringi alunan muzik ‘titik tungkil’.

Para peserta belajar gerakan ‘Magalai Labuk. – Foto ihsan Frandy Lim
Para peserta belajar bermain alat muzik tradisional. – Foto ihsan Frandy Lim

Mereka kemudiannya diberi peluang untuk mempelajari gerakan tarian tersebut serta mengenal dan mencuba sendiri alat muzik yang digunakan.

Selain itu, peserta turut berpeluang mengenal dan menikmati pelbagai hidangan tradisional Dusun Labuk, sambil mempelajari nama serta keunikan setiap sajian.

Menurut penyelaras Unduk Ngadau Beluran, Rinah Michael, pendekatan ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap budaya tempatan yang kian terpinggir dalam arus pemodenan.

“Perubahan ini didorong oleh kesedaran untuk mengekalkan warisan budaya Dusun Labuk yang semakin terpinggir dalam arus pemodenan.

“Pihak penganjur berharap pentas Unduk Ngadau bukan sekadar pertandingan kecantikan, tetapi platform untuk memperkasakan identiti budaya melalui kemahiran tradisional seperti menyulam dan mengait. Ini juga memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali dan mencintai budaya mereka sendiri,” katanya kepada Sabah Media.

Rinah, pemenang Unduk Ngadau Beluran 2006, menegaskan bahawa peserta Unduk Ngadau harus dilihat sebagai duta budaya, dan aktiviti pra-pertandingan bertujuan melahirkan ‘sumandak’ yang mampu menjadi duta budaya daerah Beluran.

“Kecantikan luaran sahaja tidak cukup. Mereka perlu ada pengetahuan, kefahaman dan penghargaan terhadap adat, bahasa, serta kemahiran tradisi. Ini penting supaya nilai-nilai budaya terus diwarisi dan dihormati oleh generasi akan datang. Ia juga mencerminkan keaslian dan jati diri sebagai wanita Dusun Labuk,” tegasnya.

Para peserta menikmati sajian makanan tradisi Dusun Labuk. – Foto ihsan Frandy Lim

Beliau menambah, walaupun program yang berlangsung pada Sabtu lalu (3 Mei) di Butik Ryna Collection, Taman Perumahan Beluran itu berbentuk pengenalan, para peserta tetap teruja dan bangga dapat belajar kemahiran yang jarang diajar secara formal.

“Aktiviti ini bukan sahaja mencabar kreativiti mereka, tetapi juga membuka mata tentang kehalusan seni warisan nenek moyang. Ada juga yang menyatakan ini kali pertama mereka mencuba, dan ia memberi pengalaman yang sangat bermakna,” katanya.

Beliau juga berharap agar pentas Unduk Ngadau terus berkembang sebagai platform yang memperkasakan wanita secara holistik termasuklah aspek penampilan, pengetahuan dan ilmu budaya.

“Semoga pertandingan ini dapat melahirkan generasi muda yang berani, berpengetahuan, dan bangga dengan asal usul mereka. Semoga warisan kita terus hidup, dihargai dan dibawa ke masa depan dengan penuh kebanggaan,” katanya.

Seramai 15 peserta akan menyertai pertandingan akhir Unduk Ngadau Beluran yang dijadual berlangsung pada 10 Mei ini di Dewan Serbaguna Beluran.

Mereka adalah Genevee Hazel Gilbert; Rini Aswanda Jukilin; Ellizlie Timhol Elling; Viearupfni Jinis; Eilaney Lenny Stonny; Angel Amanda Norbort Stephen; Paula Kristine Babango; Evyeannigel Cornelius; Michellynne Ferreira Julius Onik; Adrienne Clare Geoffrey; Caesyzizi Liakim; Aileen Joi Tubong; Milka Bonong; Ashley Albert; dan Michelle Perreira Julius Onik.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/06/peserta-unduk-ngadau-beluran-2025-selami-keunikan-tradisi-dusun-labuk/feed/ 0 73284
Gangguan bekalan elektrik Telupid dan Beluran pulih, Sabah Electricity hargai bantuan orang awam https://sabahmedia.com/2025/03/02/gangguan-bekalan-elektrik-telupid-dan-beluran-pulih-sabah-electricity-hargai-bantuan-awam/ https://sabahmedia.com/2025/03/02/gangguan-bekalan-elektrik-telupid-dan-beluran-pulih-sabah-electricity-hargai-bantuan-awam/#respond Sun, 02 Mar 2025 05:15:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69668
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Berlaku gangguan bekalan elektrik serentak yang berpunca daripada kerosakan kabel utama 33kV di dua lokasi berbeza yang menghubungkan Daerah Telupid dan Beluran pada Khamis.

Gangguan dipulihkan sepenuhnya pada Jumaat jam 8.45 malam.

Kerja-kerja pemulihan bekalan menghadapi cabaran apabila anggota kerja teknikal Sabah Electricity berhadapan dengan kejadian kemalangan melibatkan dua buah lori yang menghalang lalu lintas.

“Kita berterima kasih kepada orang awam yang membantu dengan membawa anggota kerja Sabah Electricity menggunakan motosikal mereka semasa kejadian berlaku,” kata Ketua Pegawai Operasi, Ir.Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof.

Menurut beliau makluman berkenaan gangguan bekalan di kawasan Lung Manis dan Sapi Nangoh diterima oleh pasukan teknikal Sabah Electricity pejabat Kawasan Beluran pada jam 9.30 pagi Khamis dan usaha pemulihan dilaksanakan dengan segera dan bekalan berjaya dipulihkan pada jam 10.19 pagi.

“Walau bagaimanapun, sekali lagi bekalan ke dua kawasan tersebut terganggu pada jam 12.46 petang dan hasil pemeriksaan dengan menggunakan Cable Fault Locater (CFL) mendapati terdapat kerosakan kekal ke atas kabel di belakang Bangunan JPJ, Batu 32,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Kerja-kerja pembaikan ke atas kabel yang rosak dilaksanakan agak lama memandangkan tahap kerosakan adalah tinggi dan memerlukan bantuan alat ganti khas.

Bekalan ke seluruh kawasan Beluran berjaya dipulihkan pada jam 11.44 malam pada Khamis kecuali ke kawasan Lung Manis dan Sapi Nangoh.

Bagi kawasan Lung Manis dan Sapi Nangoh, pembaikan ke atas talian 33kv yang rosak menghadapi kesukaran antaranya disebabkan lokasi kerosakan yang jauh, keadaan jalanraya yang tidak berturap dan gelap serta keadaan bentuk muka bumi yang sukar melambatkan pemulihan bagi kedua kawasan ini.

Walaupun menghadapi cabaran-cabaran ini, kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dengan segera dan bekalan ke kawasan Lung Manis dan Sapi Nangoh dipulihkan sepenuhnya jam 8.45 malam pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Yusmanizam berkata kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan elektrik sedang dilaksanakan di Telupid dan Beluran di mana Pencawang Pembahagian Utama (PPU) baharu sedang dibina di Telupid.

“Beberapa projek menaiktaraf sistem juga sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap pada September tahun ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/02/gangguan-bekalan-elektrik-telupid-dan-beluran-pulih-sabah-electricity-hargai-bantuan-awam/feed/ 0 69668
Pengorbanan rakyat dihargai untuk negara beralih ke endemik https://sabahmedia.com/2022/04/10/pengorbanan-rakyat-dihargai-untuk-negara-beralih-ke-endemik/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/pengorbanan-rakyat-dihargai-untuk-negara-beralih-ke-endemik/#respond Sun, 10 Apr 2022 00:50:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14116
Read Time:51 Second

BELURAN : Kejayaan Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) selama dua tahun bagi menangani pandemik COVID-19 membolehkan negara berjaya memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Kerajaan turut menghargai pengorbanan dan kerjasama rakyat yang terus mematuhi dan mengikuti semua SOP yang ditetapkan.

“Kita lihat pada tahun ini ianya berbeza sedikit dengan dua tahun lalu dimana masyarakat kita dapat melaksanakan aktiviti sosial menerusi kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.

“Ini adalah disebabkan oleh kejayaan kerajaan dalam menangani COVID-19 dengan pelbagai bantuan dana termasuk pelaksanaan program vaksinasi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di Beluran disini semalam.

Dr Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, meskipun masih ada SOP yang perlu dipatuhi namun rakyat kini dapat melaksanakan aktiviti harian dengan sempurna tanpa ada sebarang sekatan.

“Sudah pasti kita berharap agar pandemik ini akan cepat berlalu dan dapat kembali kepada kehidupan yang sedia kala,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/pengorbanan-rakyat-dihargai-untuk-negara-beralih-ke-endemik/feed/ 0 14116
91 KIR Dipindahkan Ke PPS Terima BWI Di Beluran https://sabahmedia.com/2022/01/08/91-kir-dipindahkan-ke-pps-terima-bwi-di-beluran/ https://sabahmedia.com/2022/01/08/91-kir-dipindahkan-ke-pps-terima-bwi-di-beluran/#respond Sat, 08 Jan 2022 10:38:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10896
Read Time:2 Minute, 23 Second

BELURAN : Seramai 10 Ketua Isi Rumah (KIR) yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini akibat banjir menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada kerajaan bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana alam itu.

Setiap KIR menerima BWI itu berjumlah RM1,000 yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada majlis penyerahan di Dewan Kampung Balaban Jaya di sini, hari ini.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, Ronald berkata banjir yang melanda kawasan Parlimen Beluran kali ini, mengakibatkan pemindahan seramai 91 KIR di tiga daerah iaitu Telupid, Beluran dan Daerah Kecil Paitan yang keseluruhan mangsa terlibat adalah seramai 298 orang.

“Hari ini kita sampaikan bantuan wang ihsan daripada kerajaan sebanyak RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara.

“Jadi penyampaian pada hari ini melibatkan 10 Ketua Isi Rumah di daerah Beluran, daerah lain akan menyusul kemudian iaitu di daerah Telupid dan daerah kecil Paitan,” katanya.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri, Penolong Pegawai Daerah Beluran Leprus Esuvas@Giswa dan Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda.

Pada masa sama, beliau berkata dana dan bantuan lain yang disalurkan oleh kerajaan pada kali ini kepada mangsa banjir akan menyusul termasuk pembaikan rumah serta peralatan yang telah pun disenaraikan oleh kerajaan sebagai dana yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Ronald berkata di kawasan Parlimen Beluran ini juga melibatkan kerosakan rumah dan ada beberapa rumah yang musnah serta tidak boleh dibaiki yang akan menerima bantuan khusus dari dana yang telah diumumkan oleh kerajaan.

Menurutnya banjir yang melanda di Parlimen Beluran kali ini juga melibatkan kehilangan korban seramai 2 orang iaitu satu berlaku di daerah Telupid dan satu berlaku di daerah kecil Paitan.

“Seperti yang dijanjikan kerajaan, setiap waris kepada dua mangsa ini akan menerima sumbangan RM10,000 khusus kepada keluarga yang ditimpa kemalangan jiwa,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata penduduk di Parlimen Beluran perlu terus memberi kerjasama kepada pihak keselamatan terutama apabila diarahkan berpindah ke PPS atas faktor  keselamatan mereka.

Beliau juga berkata kerajaan sentiasa memberikan perhatian dan bantuan yang perlu kepada mangsa banjir dan menerusi MAFI, dana RM100 juta telah diasingkan dari dana belanjawan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada kementerian pada tahun 2022.

Katanya dana sebanyak RM100 juta itu khusus untuk membantu pengusaha-pengusaha sektor agromakanan untuk memulakan semula perusahaan mereka.

“Ini termasuk pemberian in-kind, pembaikan kandang, pembaikan reban dan kolam dan juga tanaman. Begitu juga ada dana yang khusus untuk padi dan tanaman-tanaman yang lain telah diperuntukkan oleh kerajaan melalui MAFI disamping dana peruntukan untuk bencana alam yang khusus iaitu RM80juta,” katanya.

Ronald berkata penyediaan bantuan dan dana ini menunjukkan keprihatinan kerajaan melalui semua kementerian yang ada untuk terus membantu rakyat Malaysia yang terkesan oleh banjir yang melanda negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/08/91-kir-dipindahkan-ke-pps-terima-bwi-di-beluran/feed/ 0 10896
Infrastuktur,Kemudahan Asas Penduduk Perlu Dibaiki Segera – Ronald https://sabahmedia.com/2022/01/07/infrastukturkemudahan-asas-penduduk-perlu-dibaiki-segera-ronald/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/infrastukturkemudahan-asas-penduduk-perlu-dibaiki-segera-ronald/#respond Fri, 07 Jan 2022 09:44:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10835
Read Time:1 Minute, 39 Second

TELUPID : Infrastuktur dan kemudahan asas penduduk yang rosak akibat banjir yang berlaku di beberapa buah kawasan di Parlimen Beluran baru-baru ini perlu dibaiki segera.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia bagi membolehkan penduduk setempat menikmati kemudahan yang sedia ada selain menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya juga melihat kerosakan infrastuktur asas yang penting seperti jalan perhubungan yang terputus selain jambatan gantung juga rosak.

“Ini merupakan antara kemudahan penting yang menjadi perhubungan di beberapa buah kampung di kawasan ini dan perlu dibaiki segera agar masyarakat kampung dapat menikmati kemudahan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat jambatan gantung yang rosak di Kampung Berayung disini pagi tadi.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, justeru itu Pejabat Parlimen Beluran akan mengenalpasti keperluan dan penyelesaian bagi memastikan kerosakan yang dialami diperbaiki segera.

“Kemudahan yang ada ini merupakan keperluan utama penduduk jadi pejabat saya (Parlimen Beluran) akan melihat keperluan ini dan mencari penyelesaian yang sebaik-baiknya secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, feri yang menghubungkan penduduk Kampung Baba dan Kampung Ansuan setakat ini masih belum dapat digunakan berikutan aliran sungai yang masih deras.

“Saya difahamkan pengusaha feri ini masih menunggu keadaan air yang lebih selamat untuk beroperasi semula.  Jadi ini juga merupakan masalah yang dihadapai oleh penduduk di dua buah kampung berkenaan yang berada di sebarang Sungai Labuk.

“Selain itu kerosakan jambatan gantung yang dijadikan sebagai penghubung antara Kampung Berayung ini tidak dapat digunakan dan tidak selamat, sebab itu kemudahan ini perlu dibaiki segera agar ia dpt digunakan semula penduduk kampung,” katanya.

Terdahulu, Ronald turut menziarahi keluarga mendiang Aloysius Maningkot di Kampung Liningkong Telupid yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian banjir di kebun berhampiran Sungai Labuk pada Ahad lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/infrastukturkemudahan-asas-penduduk-perlu-dibaiki-segera-ronald/feed/ 0 10835
Koordinasi Baik Jabatan,Agensi Kerajaan Mampu Tangani Situasi Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/06/koordinasi-baik-jabatanagensi-kerajaan-mampu-tangani-situasi-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/06/koordinasi-baik-jabatanagensi-kerajaan-mampu-tangani-situasi-banjir/#respond Thu, 06 Jan 2022 09:28:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10785
Read Time:1 Minute, 11 Second

PAITAN : Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyifatkan koordinasi antara jabatan dan agensi kerajaan dalam menangani situasi banjir di beberapa kawasan di parlimen ini sebagai yang terbaik dan tersusun.

Katanya, ia termasuklah dalam menguruskan aset-aset keperluan dan tenaga kerja bagi membantu memindahkan penduduk terjejas banjir sejak Sabtu lalu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kerana wujudnya kerjasama dan koordinasi yang baik antara jabatan dan agensi kerajaan menerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah dalam menangani situasi banjir di beberapa kawasan di Beluran.

“Ia termasuklah dalam pengurusan aset-aset yang diperlukan dan tenaga kerja bagi membantu memindahkan penduduk kampung yang terjejas banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Simpangan disini hari ini.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, penyediaan makanan bermasak kepada mangsa terjejas banjir di beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut diselaraskan dengan baik.

“Ini merupakan satu koordinasi yang baik berdasarkan pengalaman dalam menangani bencana yang setiap tahun berlaku di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, lebih 5,000 bakul makanan telah disumbangkan kepada penduduk terjejas banjir membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Beluran.

“Pejabat saya (Parlimen Beluran) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk telah menyerahkan bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir dan akan terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat.

“Proses agihan bakul makanan juga kini sedang dilaksanakan oleh kakitan pejabat parlimen dan pejabat DUN Labuk,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/06/koordinasi-baik-jabatanagensi-kerajaan-mampu-tangani-situasi-banjir/feed/ 0 10785
Mangsa Banjir Beluran: Warga Emas Lemas Cuba Menyeberang Sungai https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-warga-emas-lemas-cuba-menyeberang-sungai/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-warga-emas-lemas-cuba-menyeberang-sungai/#respond Sun, 02 Jan 2022 15:10:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10618
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BELURAN: Seorang lelaki warga emas ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi sungai dalam satu kejadian di sungai Liningkung Telupid dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supritendan Kasim Muda
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda mengesahkan kejadian, katanya pihak polis menerima laporan mangsa berusia 60 tahun, seorang petani cuba menyeberangi sungai pada jam 9.00 pagi Ahad menuju ke sebuah rumah yang hampir ditenggelami air namun penduduk kampung telah menemui mangsa tidak jauh dari tempat kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 2.00 petang tadi.

Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.
Sekitar kejadian banjir di kawasan-kawasan terjejas di Daerah Beluran.- Foto Ihsan IPD Beluran.

“Mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Telupid dan telah disahkan meninggal dunia, ” kata Kasim dalam kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kasim berkata, keadaan hujan yang berterusan dan jangkaan air pasang besar dipercayai boleh memburukkan lagi keadaan.

“Setakat pukul 8.00 malam hari ini sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) diaktifkan iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, Dewan Kg Binsulong, Dewan Kg Balaban, Dewan Kg Bakong-bakong, Dewan Rancangan Nangoh dan Dewan Kg Bauto yang menempatkan 137 mangsa daripada 31 keluarga.

“Kawasan yang terjejas semakin bertambah terutama di kawasan-kawasan Tagas-tagas, Pamol, Paitan, Sugut dan Telupid mendapati paras air sungai di kawasan ini dilaporkan semakin meningkat.

“Begitu juga dengan beberapa laluan utama turut dilaporkan telah dinaiki air iaitu Jalan Utama Pinangkau, Jalan Utama Kg Sokoon dan Jalan Utama Estate Meridian Kg Tangkarason namun masih boleh di lalui. Sebuah jalan tidak dapat di lalui iaitu Jalan Utama Batangon Darat akibat air melimpah diatas jalan,” jelasnya.

Kasim turut menyatakan, seramai 192 orang petugas terdiri daripada perbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM),, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, Pejabat Daerah Beluran, Telupid dan Paitan.

Katanya, kesemua agensi tersebut dalam keadaan siap siaga dengan kelengkapan fasiliti masing-masing untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir. Selain itu menasihatkan agar semua penduduk supaya sentiasa berhati-hati dan memaklumkan sebarang perkembangan banjir ataupun sebarang masalah berkait dengan banjir kepada Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di tiga lokasi Beluran, Telupid dan Paitan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-warga-emas-lemas-cuba-menyeberang-sungai/feed/ 0 10618