Benarkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 Nov 2021 10:40:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Benarkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Masuk Negeri Ini Tanpa Ujian Swab Mulai 1 Disember 2021 https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/#respond Sat, 20 Nov 2021 06:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8637
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR: Sabah akan membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksin memasuki negeri ini tanpa perlu menjalani ujian swab mulai 1 Dis 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman itu semasa merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ke-49 di Putra World Trade Centre (PWTC) di sini hari ini.

Ketua Menteri berkata, Sabah bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan ketibaan antarabangsa sebaik sahaja Malaysia membuka semula sempadannya tahun depan.

“Menjelang November 2021, sudah ada 266 penerbangan mingguan terus ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan, dan Sarawak, dengan jumlah kapasiti 43,000 tempat duduk.

“Di Sabah, terdapat 123 penerbangan mingguan dengan jumlah kapasiti 16,720 tempat duduk yang menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Dipilih sebagai “Destinasi Kegemaran Malaysia” buat kali ketiga selepas 2015 dan 2019, Sabah telah mengambil 12 gerai pameran untuk mempamerkan produk pelancongannya.

Bagi kemudahan penginapan, Hajiji berkata ia memadai untuk memenuhi jangkaan permintaan ditambah dengan tambahan 3,506 bilik dijangka tersedia dengan siapnya 11 pembangunan hotel baharu pada 2022.

Pada masa sama, Hajiji turut menyatakan Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk segmen domestik dan antarabangsa bagi menambah baik promosi pelancongan, termasuk peralihan pasaran semasa pandemik.

Menurutnya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan untuk mengadakan penglibatan maya, ekspo pelancongan, promosi, dan latihan mengenai kemas kini destinasi.

“Ini termasuk mewujudkan semula perdagangan dan keyakinan pelancong melalui B2B dan G2G, dengan banyak negara termasuk China, Korea, Norway, Indonesia, Brunei, India, Dubai, Itali, Kazakhstan dan Turki. STB juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan membantu mereka dalam mewujudkan semula penerbangan terus untuk perjalanan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, penganjuran pameran MATTA dilihat penting ia merupakan permulaan fasa pemulihan bagi industri pelancongan selepas serangan Pandemik COVID-19 selama hampir dua tahun.

“Saya gembira apabila melihat banyak perniagaan termasuk industri pelancongan berada dalam fasa pemulihan selepas bergelut untuk bertahan semasa wabak ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-masuk-negeri-ini-tanpa-ujian-swab-mulai-1-disember-2021/feed/ 0 8637
Kerajaan Negeri Benarkan PPS Memberi Pinjaman Perumahan Kepada Penjawat Awam https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/#respond Thu, 28 Oct 2021 11:13:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8013
Read Time:2 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) telah diberi kebenaran untuk memberi pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara tersebut bahawa kerajaan negeri memberi kebenaran kepada PPS supaya memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri.

“InshaAllah dengan kebenaran ini, kerajaan memberi kemudahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri sama ada membeli atau membina rumah.

“Justeru, saya berharap PPS akan terus maju sebagai satu agensi kerajaan yang dibanggakan. Daripada taklimat yang diberikan oleh PPS, jelas perbadanan ini adalah agensi yang mantap dan perlu dicontohi oleh mana-mana agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini,” katanya sempena majlis Penyerahan Dividen, Faedah dan Zakat Perniagaan PPS kepada Kerajaan Negeri Sabah di Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah di Penampang, di sini pada Khamis.

Hajiji juga meminta semua GLC di negeri ini akan mampu menghasilkan keuntungan dan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pelanggan serta rakyat.

“Saya mahu kepada GLC lain yang mahu terus mencapai perkhidmatan yang terbaik agar dapat merombak atau menyusun semula pentadbiran mereka untuk menjadi GLC yang boleh dibanggakan seperti mana harapan kerajaan,” katanya.

Sempena majlis itu kerajaan Sabah menerima dividen sebanyak RM17.5 juta daripada PPS selain RM576,421.44 sebagai pembayaran faedah, bagi tahun 2020. Perbadanan Pinjaman Sabah turut membayar zakat perniagaan berjumlah RM263,690.55, bagi tempoh yang sama.

“Kerajaan negeri merakamkan syabas kepada PPS kerana tidak pernah gagal untuk membayar dividen sejak 2002.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan terkesan dengan perubahan landskap ekonomi susulan pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lalu, ahli lembaga, pihak pengurusan dan semua warga PPS masih mampu menunjukkan daya saing yang cemerlang serta mampu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

“Sejak tahun 2002, PPS tidak pernah gagal untuk membayar dividen kepada kerajaan negeri dan usaha ini amat dihargai. Saya berharap pemberian dividen oleh PPS yang bermula sejak 19 tahun lalu, terus dikekalkan untuk tahun-tahun seterusnya selain mengekalkan prestasi cemerlang,” katanya.

Hajiji turut menyatakan ekspektasi atau harapan pelanggan kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan telah berubah pada unjuran yang besar berikutan perubahan teknologi terutama sekali di media sosial.

“Justeru, saya mahu setiap agensi kerajaan menyahut cabaran itu untuk memberi khidmat yang terbaik dan jika boleh, melebihi ekspektasi kepuasan setiap pelanggan. Saya berharap lembaga pengarah dan pengurusan PPS akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan mereka sekali gus meneroka di luar daripada zon selesanya dan melaksanakan lebih banyak bidang perniagaan,” katanya.

Katanya, selama bertahun-tahun, PPS bukan sahaja telah mencapai prestasi melebihi jangkaan tetapi ia telah menjangkaui perniagaan untuk mendekati hati dan minda (hearts and minds) bagi membantu masyarakat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan perbadanan berkenaan.

“Ini termasuk pemberian bantuan alat-alat perubatan kritikal kepada setiap hospital akibat pandemik COVID-19 di samping membantu mangsa yang terkesan daripada pelbagai bencana alam yang berlaku,” katanya sambil berharap usaha PPS ini akan dicontohi agensi atau sektor swasta di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/feed/ 0 8013
Sabah Benarkan Remaja 12-17 Tahun Terima Vaksin Bermula Esok https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-benarkan-remaja-12-17-tahun-terima-vaksin-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-benarkan-remaja-12-17-tahun-terima-vaksin-bermula-esok/#respond Wed, 15 Sep 2021 11:05:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6361
Read Time:23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula esok.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan pada mesyuarat Kabinet negeri hari ini.

“Ini juga sejajar dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan seberapa ramai remaja dalam kumpulan berisiko tinggi untuk diberi vaksin.

“Selain itu, ini juga adalah sebahagian langkah menjelang pembukaan semula sekolah mulai 3 Oktober depan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-benarkan-remaja-12-17-tahun-terima-vaksin-bermula-esok/feed/ 0 6361
Kerajaan Sabah kekal benarkan Dine-in dalam restoran – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-sabah-kekal-benarkan-dine-in-dalam-restoran-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-sabah-kekal-benarkan-dine-in-dalam-restoran-hajiji/#respond Sat, 10 Jul 2021 03:06:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2855
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri kekal dengan keputusan membenarkan Dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata dalam kenyataan media hari ini, arahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan Kerajaan Negeri pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 masih berkuatkuasa, “Ini pendirian kita,” kata Hajiji.

Berikutan beberapa Prosedur Standard Operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua bagi negeri Sabah yang bermula hari ini khususnya yang melibatkan aktiviti ekonomi menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Namun SOP yang dikeluarkan khususnya operasi melibatkan restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji(foodtruck) ,penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan, atau kiosk dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 9 malam.

Meskipun dibenarkan beroperasi, SOP berkenaan menyatakan hanya secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dan tidak menyatakan larangan ‘Dine-In’ dan perkhidmatan ‘Park & Dine’.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kota Kinabalu; Keningau; Sandakan dan beberapa daerah lain telah membenarkan ‘Dine-In’ berdasarkan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/kerajaan-sabah-kekal-benarkan-dine-in-dalam-restoran-hajiji/feed/ 0 2855