bencana alam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Jun 2024 08:30:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bencana alam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gempa Bumi Lemah Dilapor Di Kawasan Pantai Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/02/gempa-bumi-lemah-dilapor-di-kawasan-pantai-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/02/gempa-bumi-lemah-dilapor-di-kawasan-pantai-sabah/#respond Sun, 02 Jun 2024 08:30:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55420
Read Time:29 Second

KOTA KINABALU — Gempa bumi lemah dilaporkan telah berlaku di kawasan pantai Sabah, Malaysia pada jam 2.49 petang, hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa terletak 4.4 darjah utara dan 118.9 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km).

Katanya, ia membabitkan jarak 50km timur dari Semporna, Sabah.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” jelas METMalaysia dalam satu kenyataan melalui Facebook.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/02/gempa-bumi-lemah-dilapor-di-kawasan-pantai-sabah/feed/ 0 55420
Arthur ambil tindakan segera susulan bencana alam menimpa penduduk Kg Salinatan https://sabahmedia.com/2023/09/17/arthur-ambil-tindakan-segera-susulan-bencana-alam-menimpa-penduduk-kg-salinatan/ https://sabahmedia.com/2023/09/17/arthur-ambil-tindakan-segera-susulan-bencana-alam-menimpa-penduduk-kg-salinatan/#respond Sun, 17 Sep 2023 02:54:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41984
Read Time:2 Minute, 2 Second

PENSIANGAN: Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup prihatin dan mengambil tindakan segera susulan bencana alam yang menimpa penduduk di Kampung Salinatan, mukim Pensiangan.

Arthur berkata, baru-baru ini beliau telah menerima aduan bencana alam pada 5 September 2023 dari seorang penduduk dari kampung Salinatan, Pensiangan.

“Saya mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Pegawai Daerah Nabawan untuk turun ke lokasi bersama pasukan teknikal bagi meninjau situasi semasa di samping menyediakan laporan berkenaan kerosakan dan anggaran kos yang diperlukan untuk kerja pembaikan.

“Hasil daripada tinjauan oleh Pegawai Daerah Nabawan, mendapati berlaku kerosakan jalan di Jalan Panabaan – Pensiangan yang berpunca daripada bencana alam akibat hujan lebat yang tidak diduga dan telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi sepanjang jalan tersebut sehingga jalan utama tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Arthur, pihak Pejabat Daerah Nabawan bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan telah melaksanakan penyelenggaraan sementara dengan serta merta agar penduduk kampung dapat menggunakan jalan utama tersebut dan telah menambah kekuatan jentera berat yang beroperasi pada 8 September 2023.

“Sebagai Ahli Parlimen P.182 Pensiangan, saya sentiasa memantau situasi di kawasan kejadian dan telah mencadangkan kepada Pejabat Daerah Nabawan agar lokasi sekitar kejadian bencana ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana supaya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dapat menghulurkan bantuan segera.

“Setelah Pejabat Daerah Nabawan siap mengumpulkan laporan kerosakan akibat bencana ini, saya dengan segera berjumpa dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 September 2023 bagi membentangkan laporan tersebut merangkumi kerosakan dan anggaran kos pembaikan yang diperlukan.

“Hasil daripada pertemuan tersebut serta keprihatinan YAB Perdana Menteri, beliau telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan kecemasan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan membina baharu jambatan yang telah putus,” kata Arthur yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Tambahnya, beliau turut bersimpati dengan kejadian bencana alam tersebut dan akan sentiasa membawa suara rakyat dari kawasan pedalaman Sabah.

“Sebagai pemimpin yang sentiasa membawa suara rakyat dari kawasan pedalaman Sabah, saya amat bersimpati dengan kejadian bencana alam yang berlaku dan saya akan berusaha dengan sedaya upaya sebagai bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan jalan untuk kemudahan masyarakat di kawasan tersebut.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Salinatan amat berterima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kecemasan dan turut mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan supaya dapat berhubung dengan Pegawai Daerah Nabawan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah bagi tujuan penyelarasan serta memastikan bantuan tersebut sampai kepada penerima,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/17/arthur-ambil-tindakan-segera-susulan-bencana-alam-menimpa-penduduk-kg-salinatan/feed/ 0 41984
Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa di Indonesia https://sabahmedia.com/2023/01/16/tiada-amaran-tsunami-dikeluarkan-susulan-gempa-di-indonesia/ https://sabahmedia.com/2023/01/16/tiada-amaran-tsunami-dikeluarkan-susulan-gempa-di-indonesia/#respond Mon, 16 Jan 2023 00:37:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27938
Read Time:49 Second

JAKARTA: Tiada sebarang kerosakan serius atau kemalangan jiwa dilaporkan susulan gempa bumi di dasar laut dekat barat Indonesia, pagi ini.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa bumi berukuran 6.0 magnitud itu berpusat pada 48 kilometer (km) di daerah tenggara dekat wilayah Aceh, tenggara Singkil, pada kedalaman 48 km.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

Indonesia dengan populasi lebih 270 juta orang sering dilanda gempa bumi dan letusan gunung berapi susulan lokasinya di lingkaran gunung berapi dan garisan sesar di Lembangan Pasifik.

Sekurang-kurangnya 331 maut, manakala hampir 600 lagi cedera di bandar Cianjur, Jawa Barat susulan gempa bumi berukuran 5.6 skala Ritcher pada 21 November lalu, dengan ia adalah kejadian paling teruk di Indonesia sejak gempa bumi dan tsunami di Sulawesi yang mengorbankan kira-kira 4,340 mangsa pada 2018.

Pada tahun 2004, gempa bumi sangat kuat di Lautan Hindi mencetuskan tsunami, mengorbankan lebih 230,000 orang di puluhan negara, kebanyakannya di wilayah Aceh, Indonesia. – AP

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/16/tiada-amaran-tsunami-dikeluarkan-susulan-gempa-di-indonesia/feed/ 0 27938
KPT Salur RM2 Juta, Nasihat IPT Terkesan Anjalkan PdP  https://sabahmedia.com/2022/12/21/kpt-salur-rm2-juta-nasihat-ipt-terkesan-anjalkan-pdp/ https://sabahmedia.com/2022/12/21/kpt-salur-rm2-juta-nasihat-ipt-terkesan-anjalkan-pdp/#respond Wed, 21 Dec 2022 03:11:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26637
Read Time:2 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluluskan serta-merta peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membantu menyediakan bantuan dan kebajikan warganya.

Ia membabitkan jabatan dan agensi di bawah kementian itu, selain universiti awam (UA), politeknik serta kolej komuniti.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui Briged Sukarelawan institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga semalam, seramai 7,741 sukarelawan daripada 726 staf dan 7,015 pelajar dari seluruh negara digerakkan bagi mengedarkan bantuan kotak makanan, pakaian, wang tunai, peranti dan kit kebersihan.

“Susulan banjir Monsun Timur Laut, saya ingin kongsikan status semasa dan pelan tindakan yang sudah dan sedang diambil pihak KPT.

“Secara amnya, KPT mengambil tindakan merangkumi penyelarasan gerakan kesukarelawanan, pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bencana, mobilisasi aset, operasi bilik gerakan dan penyampaian pelbagai bentuk bantuan.

“Satu Bilik Gerakan Banjir di peringkat KPT diaktifkan bermula 18 November lalu yang beroperasi 24 jam sehari. Lima saluran talian telefon dan satu emel dibuka bagi memudahkan orang ramai mengemukakan sebarang aduan kecemasan (rujuk lampiran). Bilik Gerakan Peringkat UA turut dibuka dan dikendalikan universiti masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, pihak KPT juga menggerakkan pasukan khas bagi menawarkan khidmat sokongan psikologi kepada mangsa.

“Dari segi logistik, sejumlah 61 bas/coaster, 38 SUB/4WD, 37 van, 17 lori dan 3 bot dilibatkan. Briged Sukarelawan IPT turut menyediakan 80 waterjet, 21 waterpump dan 15 generator bagi membantu serta mempermudah kerja pemulihan di kawasan terkesan.

“Terdapat tiga fasiliti di bawah KPT didaftarkan sebagai PPS, iaitu Kolej Komuniti Bentong, Pahang; Politeknik Mersing, Johor dan Politeknik Kok Lanas, Kelantan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, sehingga semalam, seramai 5,404 warga KPT dan pelajar IPT terkesan, merangkumi 5,268 pelajar dan 136 staf.

“(Mereka) antaranya daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Politeknik Hulu Terengganu (PHT),” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak universiti, politeknik dan kolei komuniti yang terjejas dinasihat memberikan keanjalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada secara dalam talian, mod asynchronous atau hibrid.

Jelasnya, pihak IPT itu juga dinasihat menangguhkan PdP mengikut tahap keseriusan bencana dihadapi di kawasan masing-masing.

Malah, katanya, Jawatankuasa Pengurusan Banjir Peringkat KPT akan terus memantau keadaan di kawasan berkenaan.

“Pelajar dan kakitangan IPT yang terkesan akibat banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan diri serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Saya menyeru sema pihak di seluruh negara untuk bersama-sama mendoakan agar warga KPT/pelajar IPT dan orang awam yang terkesan, selamat serta dipermudah segala urusan mereka,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/21/kpt-salur-rm2-juta-nasihat-ipt-terkesan-anjalkan-pdp/feed/ 0 26637
SESB Laksana Inisiatif Kurangkan Risiko Gangguan Ketika Bencana Alam https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/ https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/#respond Fri, 24 Sep 2021 10:11:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6803
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pelbagai inisiatif serta mitigasi untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik ketika berlaku bencana alam telah dilaksanakan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Penambahbaikan berterusan juga akan terus diusahakan memandangkan terdapat kawasan-kawasan baharu banjir beserta kaedah baharu yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan impak kepada pengguna.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah kerja-kerja pemantauan serta penyelenggaraan berkala disamping penyediaan janakuasa bergerak khasnya di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid berkata demikian ketika melakukan lawatan susulan ke tapak banjir di Kampung Sugud dan tapak menara penghantaran di Kampung Minintod Penampang pada Jumaat.

SESB menganggarkan kerugian jutaan ringgit berikutan kerosakan-kerosakan yang dialami akibat banjir dan hujan lebat berterusan yang menyebabkan pelbagai kerosakan pada cerun tapak tiang menara talian penghantaran serta kerosakan pada tiang- tiang elektrik talian pembahagian dan pencawang elektrik di kampung-kampung terlibat.

Walaubagaimanapun, SESB telah berjaya melaksanakan tindakan-tindakan mitigasi interim awal ke atas lebih 50 menara talian yang terlibat serta telah berjaya membekalkan elektrik semula kepada hampir semua pengguna di kampung-kampung terlibat pada tempoh secepat yang mungkin.

“Tidak dinafikan ada terdapat tempat yang memerlukan lebih masa untuk dibaikpulih
disebabkan oleh kekangan-kekangan yang tidak dapat dielak antaranya kesukaran pasukan teknikal untuk masuk ke dalam lokasi disebabkan jalan tidak dapat dilalui dan keadaan yang tidak selamat untuk melakukan kerja kerja pembaikan,” katanya.

Abdul Nasser memaklumkan tiang elektrik dan pencawang kecil yang kebanyakannya berada di bahu jalanraya adalah dua pepasangan yang sering terjejas apabila berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Pokok-pokok yang rebah akibat tanah runtuh akan menimpa tiang dan kabel.

Manakala pokok-pokok yang dibawa arus banjir yang deras akan juga boleh merosakkan struktur pencawang kecil serta peralatan di dalamnya.

Beliau menjelaskan lebih 100 talian Pembahagian dan 2 pencawang elektrik kecil di bahu jalanraya tersebut telah rosak teruk.

Disamping itu lebih 50 menara talian penghantaran juga telah terjejas oleh hakisan tanah runtuh akibat cuaca buruk melanda beberapa kawasan di Pantai Barat Negeri Sabah sejak dua minggu ini.

Mengulas mengenai kedudukan menara penghantaraan milik SESB di Kampung Maang, Penampang, beliau berkata SESB telah melaksanakan langkah interim yang sepatutnya bagi mengurangkan hakisan akibat hujan yang berpanjangan.

Abdul Nasser juga berkata untuk tiang menara yang berisiko, SESB bersama konsultan dan kontraktor yang dilantik telah mula melaksanakan kerja-kerja rehabilitasi dan penstabilan cerun secara kekal dengan dipantau oleh pasukan teknikal SESB sendiri.

“SESB juga memohon kerjasama masyarakat untuk tidak menularkan berita tidak benar berkaitan SESB seperti dakwaan kita akan memutuskan bekalan elektrik secara besar-besaran, kerana berita seperti ini tidak betul kerana SESB sentiasa ada pelan mitigasi operasi untuk meneruskan pembekalan elektrik.

Berita palsu sebegini akan hanya menimbulkan panik dan tidak akan membantu keadaan,” katanya lagi.

Pengguna dinasihatkan untuk terus melaporkan segera aduan kecemasan seperti wayar elektrik putus, tiang tumbang dan pokok tumbang ke atas talian elektrik kepada SESB Careline 15454 atau 088-515000 atau whatsapp 019-8525427.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/feed/ 0 6803
Hujan lebat berterusan akibatkan banjir di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran https://sabahmedia.com/2021/09/21/hujan-lebat-berterusan-akibatkan-banjir-di-kota-kinabalu-penampang-dan-tuaran/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/hujan-lebat-berterusan-akibatkan-banjir-di-kota-kinabalu-penampang-dan-tuaran/#respond Tue, 21 Sep 2021 02:30:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6662
Read Time:1 Minute, 9 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU, — Hujan lebat berterusan bermula awal pagi tadi sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata semua agensi terlibat kini sedang melakukan pemantauan di kawasan hotspot banjir dan persediaan telah dilakukan awal bagi menghadapi bencana banjir di negeri ini.

“Sungai Moyog didapati pada paras bahaya dan Jalan Datuk Panglima Banting terjejas kedua-duanya di Penampang, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menghadapi situasi ini. Tiada mangsa banjir dipindahkan dan tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan dilanda banjir di Kota Kinabalu antaranya Likas, Kolombong dan Manggatal, selain di Penampang antaranya Kolopis dan Donggongon, serta di Tuaran antaranya di Salut, Telipok dan Rugading.

Beberapa jalan menuju ke Kota Kinabalu dari Tuaran turut terjejas antaranya Jalan Salut dan Jalan Sulaman, manakala tinjauan mendapati jalan itu tidak dapat dilalui kenderaan mengakibatkan kesesakan lalu lintas kira-kira 3 kilometer.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan pantai barat Sabah pada 8.35 pagi tadi.

Menurut kenyataan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.

Hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman Sabah antaranya Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, serta beberapa kawasan lain iaitu Ranau dan Kudat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/hujan-lebat-berterusan-akibatkan-banjir-di-kota-kinabalu-penampang-dan-tuaran/feed/ 0 6662
Jalan Penampang-Tambunan terputus hubungan akibat tanah runtuh https://sabahmedia.com/2021/09/20/jalan-penampang-tambunan-terputus-hubungan-akibat-tanah-runtuh/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/jalan-penampang-tambunan-terputus-hubungan-akibat-tanah-runtuh/#respond Mon, 20 Sep 2021 00:00:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6610
Read Time:41 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU – Hubungan jalan raya Penampang-Tambunan terputus apabila satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 52.35 berdekatan Air Terjun Masakob pada jam 7 malam ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata laluan sepanjang hampir 30 meter di kawasan itu runtuh hingga tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Jalan berkenaan dipercayai runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya

Katanya tiada mangsa terlibat atau kerosakan kenderaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya penduduk terjejas boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau ke Tambunan atau melalui Jalan Kimanis ke Keningau.

“Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/jalan-penampang-tambunan-terputus-hubungan-akibat-tanah-runtuh/feed/ 0 6610