Bencana Banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Feb 2026 01:09:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bencana Banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sook, Sipitang dan Beaufort diisytihar kawasan bencana banjir https://sabahmedia.com/2026/02/25/sook-sipitang-dan-beaufort-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/ https://sabahmedia.com/2026/02/25/sook-sipitang-dan-beaufort-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/#respond Wed, 25 Feb 2026 01:09:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92221
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Tiga daerah di Sabah pagi ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Antara daerah terlibat adalah Sook; Sipitang dan Beaufort.

Pengisytiharan itu dibuat masing-masing oleh Pegawai Daerah Sook Caroline Benjamin Jiungan pada jam 4.30 pagi; Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M Zahari pada jam 6 pagi dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun pada jam 8 pagi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Sook; Sipitang dan Beaufort,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

Berikutan pengisytiharan itu, beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan Pusat Penempatan Kekal (PPK) turut diaktifkan. 

Antaranya di Dewan SLDB Dalit Gana (Sook); Dewan Mini Mesapol (Sipitang); Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah (Sipitang); dan PPK Selagon Beaufort.  – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/25/sook-sipitang-dan-beaufort-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/feed/ 0 92221
Tongod diisytihar kawasan bencana banjir https://sabahmedia.com/2025/10/03/tongod-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/10/03/tongod-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/#respond Fri, 03 Oct 2025 02:31:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82416
Read Time:24 Second

Kota Kinabalu : Daerah Tongod diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tongod Yuesri Ismail Yusof berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 11 malam pada Khamis.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Tongod,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/03/tongod-diisytihar-kawasan-bencana-banjir/feed/ 0 82416
Dua daerah di Sabah diisytiharkan kawasan bencana banjir https://sabahmedia.com/2025/01/29/dua-daerah-di-sabah-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/01/29/dua-daerah-di-sabah-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/#respond Wed, 29 Jan 2025 12:01:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67699
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Dua daerah di Sabah hari ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Dua daerah yang diisytiharkan bencana banjir adalah di Lahad Datu dan Kota Marudu.

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lahad Datu Mohd Firuz Idzualdin @ Benetty Dzul berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 3.30 petang tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di kawasan Segama daerah Lahad Datu.

“Pengisytiharan bencana dibuat pada jam 3.30 petang hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Firuz berkata, berikutan itu, pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kolej Vokasional, Lahad Datu sepenuhnya diaktifkan. 

“Selaras dengan pengisytiharan bencana  ini mohon semua agensi yang terlibat bersiap sedia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Kota Marudu turut diisytiharkan mengalami bencana banjir pada jam 10 pagi tadi.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi JPBD Kota Marudu Meirin Sugara. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/29/dua-daerah-di-sabah-diisytiharkan-kawasan-bencana-banjir/feed/ 0 67699
Kerja-Kerja Baik Pulih, Pembersihan & Pengagihan Bantuan Giat Dijalankan Di kawasan Terlibat Bencana Banjir Di Penampang https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/#respond Sat, 18 Sep 2021 11:50:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6547
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 4,000 bakul makanan sedang diagihkan kepada penduduk-penduduk di Daerah Penampang yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain pengagihan bantuan, kerja-kerja membaik pulih serta pembersihan di kawasan terlibat sedang giat dijalankan.

Katanya, beberapa penduduk yang telah menerima bantuan bakul makanan ini antaranya daripada Kg Suok, Kg Sugud, Kg Inobong, Kg Ramayah, Kg Terawi, Kg Tinduzon, Kg Baru Penampang, Kg Kuai Kandazon, Kg Kivatu dan Kg Penampang Proper. Pihak kerajaan akan terus mengenal pasti mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan bakul makanan ini.

“Selepas kejadian banjir yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Penampang, saya telah mengarahkan dengan kadar segera semua agensi untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Pembersihan dan pembaikan kawasan tanah runtuh sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi yang lain. Beberapa jalan raya yang terputus akibat kerosakan juga sedang diselenggara bagi memudahkan laluan keluar masuk di kawasan yang terlibat,” katanya.

Menurut Hajiji, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah diarah melakukan pembaikan dan penyambungan bekalan air paip yang banyak rosak dan terputus akibat bencana ini.

“Alhamdulillah kebanyakan bekalan air sudah dipulihkan dan Jabatan Air Negeri Sabah juga sedang bertungkus lumus untuk memastikan tekanan air mencukupi.,” Jelasnya.

Berkenaan dengan kerosakan tiang-tiang dan sambungan wayar elektrik, Hajiji telah mengarah pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) untuk membuat kerja-kerja membaik pulih bagi memastikan adanya bekalan elektrik demi menjamin keselamatan penduduk kampung kerana banyak wayar sambungan yang tercabut dan terjatuh akibat bencana ini.

Hajiji juga memaklumkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan rumah, dewan, sekolah dan lain-lain bangunan akan diteruskan.

“Pasukan-pasukan yang terlibat akan mengadakan pembersihan rumah-rumah yang terlibat esok di Kg Sugud dan akan meneruskan aktiviti pembersihan ini di Sekolah Kebangsaan Sugud pada hari Isnin.

“Saya telah mengarahkan Pejabat Daerah Penampang yang diketuai oleh Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan Senator Datuk John Ambrose untuk menyelaras dan memantau keadaan gerak kerja di kawasan ini sepanjang masa,” katanya.

Hajiji turut berterima kasih kepada semua agensi -agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pimpinan-pimpinan parti politik dan orang awam yang bersama-sama dalam mengurus bencana ini.

“Kita akan memastikan perkara-perkara yang sepatutnya dijalankan dengan kadar segera,’ tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/feed/ 0 6547