bencana sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Nov 2024 00:39:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bencana sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengurusan bencana gempa bumi di Sabah terus diperkukuh https://sabahmedia.com/2024/11/14/pengurusan-bencana-gempa-bumi-di-sabah-terus-diperkukuh/ https://sabahmedia.com/2024/11/14/pengurusan-bencana-gempa-bumi-di-sabah-terus-diperkukuh/#respond Thu, 14 Nov 2024 00:39:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63707
Read Time:2 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) baru-baru ini.

Kunjungan hormat diketuai oleh Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil bersama kakitangan.

Dalam sesi kunjungan hormat tersebut, Ketua Kluster Gempa Bumi dan Tsunami NDRC, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith yang berada di Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) Kundasang telah memberikan penerangan ringkas mengenai NDRC dan kejadian gempa bumi di Sabah.

Sheena berkata, peristiwa gempa bumi bermagnitud 6.0 yang berpusat di Gunung Kinabalu pada bulan Jun 2015 lalu membuka mata pelbagai pihak tentang kepentingan pengetahuan bencana gempa bumi serta persiapan dari aspek teknikal mahupun kesedaran awam sebelum, semasa dan selepas gempa bumi.

“NDRC UMS aktif menjalankan penyelidikan dan kesedaran awam berkaitan gempa bumi di Sabah.

“Ini merupakan salah satu fokus penyelidikan pusat ini, selain terlibat secara aktif bersama dengan beberapa Felo Penyelidik NDRC dalam penyediaan Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of structure of earthquake resistance-Part 1: General rules, seismic actions and rules for buildings,” katanya.

Tambah Sheena, standard ini juga diguna pakai dalam pembinaan bangunan di Malaysia sejak tahun 2017 lagi.

Katanya sejak tahun 2015, NDRC giat melaksanakan program kesedaran awam berkaitan gempa bumi melibatkan komuniti di beberapa daerah di Sabah seperti Ranau, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Tawau, dan Semporna.

“Di samping itu, NDRC juga aktif dalam memberikan pendidikan gempa bumi di peringkat sekolah rendah dan menengah di Sabah semenjak tahun 2018 hingga kini,” ujar Sheena.

Sementara itu Khairul Faizi berkata, lawatan tersebut diadakan untuk mendapatkan maklumat komprehensif kejadian gempa bumi sebelum ini yang melanda negara khususnya negeri Sabah dan Borneo.

Tambah Khairul, Khidmat Malaysia akan menganjurkan program mega tahunan di Sabah pada pertengahan tahun hadapan.

“Program yang dikenali sebagai Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia (HEBAT) yang akan memasuki siri keenam ini bertujuan memberi latihan di lapangan kepada semua petugas dan sukarelawan seluruh negara dalam menghadapi bencana yang pelbagai,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairul berharap lawatan kerja Khidmat Malaysia ke NDRC kali ini dapat membuka lembaran baru dalam menjadikan Khidmat Malaysia agar lebih berkemahiran dalam mengendalikan bantuan untuk pelbagai jenis bencana termasuk bencana gempa bumi.

Katanya, Khidmat Malaysia akan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak terutamanya NDRC dalam menjalankan tanggungjawab sosial agar dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan berkaitan dengan bencana gempa

Hadir sama dalam kunjungan hormat ini, Setiausaha Khidmat Malaysia; Mohd Ashrul Hisyam Abdul Jalil, Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Sabah; Sahar Abdul Majid serta Pegawai Penyelidik NDRC; Eldawaty Madran.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/14/pengurusan-bencana-gempa-bumi-di-sabah-terus-diperkukuh/feed/ 0 63707
Usaha proaktif pelbagai pihak penting dalam menyelaras operasi bencana https://sabahmedia.com/2023/08/19/usaha-proaktif-pelbagai-pihak-penting-dalam-menyelaras-operasi-bencana/ https://sabahmedia.com/2023/08/19/usaha-proaktif-pelbagai-pihak-penting-dalam-menyelaras-operasi-bencana/#respond Sat, 19 Aug 2023 07:15:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40351
Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Usaha proaktif dari pelbagai pihak khususnya Kerajaan Persekutuan, Negeri dan daerah penting dalam mengemaskini penyelarasan bidang kuasa agensi Kerajaan yang terlibat dalam operasi bencana.

Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Payus berkata, ia melibatkan tindakan dan arahan gerakan agar lebih jelas dan cekap serta berkesan dalam mengendalikan bencana khususnya apabila berlaku gempa bumi di negara ini.

“Penglibatan NDRC dalam program ini adalah amat penting dan sangat signifikan kerana negeri Sabah lebih kerap terdedah dengan ancaman gempa bumi.

“Bagi negeri Sabah, kejadian gegaran gempa bumi adalah disebabkan kombinasi pengaktifan sesar-sesar kuno akibat himpitan pergerakan tektonik Plat Filipina dan Plat Eurasia, selain disebabkan pergerakan sesar aktif tempatan,” katanya.

Carolyn berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan rujukan dalam pembinaan dan reka bentuk bangunan di Malaysia agar mampu bertahan sekiranya berlaku gegaran gempa menerusi penyelidikan daripada Felo Utama Seismik Gempa dan Kejuruteraan NDRC, UMS, Ts. Dr. Noor Sheena Herayani.

“Sementara pemetaan Garis Sesar Zon Bahaya Seismik terutamanya di negeri Sabah, menerusi penyelidikan Felo Penyelidik GeologisNDRC, UMS, Ts. Dr. Hardianshah Salleh, hasil kerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG),” katanya.

Terdahulu, NDRC UMS terlibat dalam Bengkel Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana (PTO) Gempa Bumi Negara anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di sini, baru-baru ini.

Program itu antara lain bertujuan untuk mengemas kini PTO Gempa Bumi seiring dengan peredaran semasa serta memastikan agensi-agensi yang berkaitan menggunakan teknologi yang terkini.

Di samping itu, ia bagi mempersiapkan negara agar sentiasa bersedia apabila berhadapan ancaman bencana gempa terutamanya di negeri Sabah.

Bengkel yang berlangsung selama empat hari itu turut disertai Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah, Taman-taman Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah.

Turut menghantar penyertaan ialah Pejabat Daerah Kota Belud dan Ranau serta Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah (APM) yang juga penganjur bersama bengkel tersebut menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN).

Bengkel tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/19/usaha-proaktif-pelbagai-pihak-penting-dalam-menyelaras-operasi-bencana/feed/ 0 40351