Bendera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 15 Mar 2026 11:41:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bendera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah: JKR Sabah larang pemasangan bahan kempen di kawasan berisiko https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/#respond Mon, 17 Nov 2025 11:51:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86189
Read Time:45 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 agar tidak memasang sebarang bahan kempen di kawasan berisiko menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Dalam satu notis umum yang dikeluarkan hari ini, JKR Sabah menegaskan bahawa pemasangan bahan kempen seperti bendera, sepanduk dan poster adalah dilarang di kawasan bulatan, bukaan median jalan, simpang, lintasan pejalan kaki dan tiang-tiang lampu isyarat.

Antara bendera parti politik yang dilihat mengganggu atau menghadkan penglihatan pengguna. Foto Shane Sabbie

“Pemasangan bahan-bahan kempen pilihanraya di kawasan-kawasan disenaraikan di atas boleh mengganggu atau menghadkan penglihatan pemandu dan boleh menyebabkan kemalangan.

“JKR Sabah memohon kerjasama agar bahan-bahan kempen yang telah dipasang di kawasan-kawasan ini supaya dialihkan dengan segera,” menurut notis tersebut.

Antara bendera parti politik yang dilihat mengganggu atau menghadkan penglihatan pengguna. Foto Shane Sabbie
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/feed/ 0 86189
Kempen PRU Sabah mula rancak, GRS dijadual lancar manifesto petang ini https://sabahmedia.com/2025/11/17/kempen-pru-sabah-mula-rancak-grs-dijadual-lancar-manifesto-petang-ini/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/kempen-pru-sabah-mula-rancak-grs-dijadual-lancar-manifesto-petang-ini/#respond Mon, 17 Nov 2025 01:18:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86065
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Suasana kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17 di seluruh negeri mula rancak dengan pimpinan nasional, negeri dan calon parti politik turun padang menyantuni pengundi di pelbagai lokasi.

Memasuki hari ketiga kempen pilihan raya pada Isnin, beberapa laluan utama sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan mula dihiasi poster dan bendera parti.

Antara bendera parti yang mula dipasang di sekitar Kampung Terawi Penampang – Foto Ivan Valens

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor pada Ahad turut meneruskan gerak kerja kempen di Tuaran dengan mengadakan pertemuan bersama masyarakat di Dewan Bajau Samah pada 11 pagi.

Dalam pertemuan itu, Hajiji berkata, GRS meletakkan asas kukuh melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 untuk memacu Sabah menjadi sebuah negeri yang unggul dan disegani di negara ini.

“Kita memerlukan mandat baharu daripada rakyat supaya kita dapat meneruskan perancangan untuk menjadikan Sabah setanding dengan negeri-negeri lain, jika yang terbaik di negara ini,” katanya.

Antara bendera parti yang dipasang sekitar Kampung Terawi Penampang. – Foto Ivan Valens

Petang ini, Hajiji dijadual akan melancarkan Manifesto GRS PRU DU Sabah ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.

Secara keseluruhannya, 596 calon disahkan bertanding di 73 kerusi DUN pada PRU DU Sabah ke-17 dengan GRS meletakkan calon 55 kerusi; PH 22 kerusi dan BN di 45 kerusi.

Untuk berita-berita terkini tentang PRU DU Sabah ke-17 , boleh melayari https://prnsabah.sabahmedia.com/home – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/kempen-pru-sabah-mula-rancak-grs-dijadual-lancar-manifesto-petang-ini/feed/ 0 86065
Masih ada pihak pertikai kos pembelian bendera – Masidi https://sabahmedia.com/2024/08/27/masih-ada-pihak-pertikai-kos-pembelian-bendera-masidi/ https://sabahmedia.com/2024/08/27/masih-ada-pihak-pertikai-kos-pembelian-bendera-masidi/#respond Mon, 26 Aug 2024 16:15:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59717
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Sikap segelintir masyarakat yang mempertikai seruan kerajaan untuk mengibar Jalur Gemilang dan Bendera Sabah bagi menyemarakkan sambutan hari Kebangsaan dan Hari Sabah disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun mengakui rasa terkilan apabila ada pihak yang mempertikai kewajaran membeli bendera yang harganya cuma RM10 atau RM12 untuk dikibar di rumah atau premis.

Katanya, Kerajaan sebelum telah melancarkan program bagi menggalakkan rakyat untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah bermula 1 Ogos lalu.

“Selalu saya menyatakan kadang-kadang walaupun sambutan sudah cukup baik khususnya di luar bandar tapi saya agak sedikit terkilan kerana masih ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kenapa mereka perlu beli bendera RM10, RM12 untuk dikibarkan di rumah, di premis dan sebagainya.

“Saya menyatakan yang barangkali walaupun negara kita ini bukanlah satu negara yang sempurna, negeri kita pun bukan negeri yang sempurna, masih banyak cabaran dihadapan kita.

“Tapi saya fikir berbanding dengan kebanyakan negara di dunia ini, saya menyatakan kita di Malaysia adalah antara yang paling beruntung. Tidak ada kacau bilau, tidak ada malapetaka yang terlalu sukar untuk kita hadapi, tidak ada rusuhan kaum dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi temubual bersama Sabah FM di sini semalam.

Masidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah 2024, pembelian Jalur Gemilang dan bendera Sabah itu hanya perlu ‘mengorbankan’ wang setahun sekali.

“Bagi saya, bendera ini adalah sebagai lambang rasa hormat dan juga patriotisme saya kepada negara.

“Ini yang saya harap setiap tahun kita dapat semarakkan semangat ini supaya pada satu hari nanti orang soal bendera atau membeli bendera tidak dipertikaikan lagi.

“Itu sesuatu yang datang secara semula jadi kerana kita menjadi seorang rakyat yang bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/27/masih-ada-pihak-pertikai-kos-pembelian-bendera-masidi/feed/ 0 59717
20 kementerian, agensi dibawah MAFFI terima bendera Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/23/20-kementerian-agensi-dibawah-maffi-terima-bendera-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/23/20-kementerian-agensi-dibawah-maffi-terima-bendera-sabah/#respond Fri, 23 Aug 2024 03:48:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59510
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 20 kementerian dan agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) menerima Bendera Sabah sempena sambutan Hari Sabah 2024 yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim berkata, penyerahan bendera itu merupakan satu upacara yang signifikan untuk memperkuatkan lagi sambutan yang julung-julung kali dirai oleh rakyat di negeri ini.

“Hari Sabah adalah satu hari yang ramai orang masih tidak tahu malah ada dalam kalangan ahli politik yang jadikan isu ini sebagai satu perdebatan.

“Kita mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu staf kita, komuniti di kampung-kampung untuk mengibarkan bendera Sabah dan saya sangat setuju kempen ini dibuat bukan secara sentrik tetapi menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sabah Sempena Sambutan Hari Sabah 2024 di Wisma Pertanian di sini, semalam.

Peto berkata, sebagai pemimpin dan masyarakat di negeri ini, ia merupakan satu tugas untuk menerangkan kepada orang awam yang Hari Sabah ini merupakan hari yang bersejarah dan momen yang luar biasa, yang patut di sokong dan diberitahu kepada generasi yang seterusnya.

“Acara penyerahan bendera pada kali ini juga adalah untuk kita sama-sama sedar yang kedua-dua program kita pada pagi dan petang pada 31 Ogos nanti adalah penting.

“Terima kasih atas keputusan kerajaan untuk membetulkan fakta dan sejarah sehingga akhirnya Hari Sabah dapat diraikan secara lebih terbuka,” katanya 

Antara yang menerima bendera adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Ko-Nelayan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Perbandaran Penampang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/23/20-kementerian-agensi-dibawah-maffi-terima-bendera-sabah/feed/ 0 59510
250 Jalur Gemilang, Bendera Sabah Diagih https://sabahmedia.com/2021/09/07/250-jalur-gemilang-bendera-sabah-diagih/ https://sabahmedia.com/2021/09/07/250-jalur-gemilang-bendera-sabah-diagih/#respond Tue, 07 Sep 2021 06:56:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5961
Read Time:42 Second

SEMPORNA: Sebanyak 250 helai Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah diagih oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Semporna hingga hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Semporna, Mohammad Sarah Bulindan berkata, pengagihan Jalur Gemilang diedarkan kepada orang awam, penduduk kampung, jabatan serta agensi negeri dan persekutuan di daerah ini sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2021.

“Pada hari ini juga, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah hadir mengagihkan bendera sebagai simbolik Program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Semporna melalui Program Info On Wheels (IOW) kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di tiga buah kampung.

“Kampung yang terlibat ialah Kg. Labuan Senang Hati, Kg. Sungai Gajah Darat dan Kg. Tampi-Tampi.

“Disamping itu, sebanyak 15 buah bakul bantuan juga diagihkan kepada golongan yang memerlukan  di tiga buah kampung tersebut,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Sabtu. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/07/250-jalur-gemilang-bendera-sabah-diagih/feed/ 0 5961
Kibar Jalur Gemilang Dan Bendera Negeri Dengan Rasa Bangga Dan Patriotisme – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/#respond Mon, 16 Aug 2021 08:26:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4713
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada rakyat Malaysia di seluruh Sabah untuk mengibarkan Jalur Gemilang (bendera kebangsaan) dan bendera negeri dengan rasa bangga dan patriotisme pada bulan Kebangsaan.

“Mari kita ketepikan semua perbezaan dan bersatu untuk mengatasi semua cabaran yang dihadapi negara khususnya dalam memerangi wabak COVID-19, ”katanya semasa pelancaran bulan Kebangsaan Peringkat Negeri dan Kibar Jalur Gemilang di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dekat sini pada Isnin.

Beliau berkata, bulan Kebangsaan harus menjadi platform bersama bagi semua rakyat Malaysia memanfaatkan kekuatan untuk negara dan Sabah maju.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan bendera kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Tan Sri T C Goh mewakili dewan Perdagangan dan Industri, Dr Rahimatsah Amat bagi pihak badan bukan kerajaan dan Kinabalu Parks Senior Park Ranger, Engelbert Panil.

Sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini, Jalur Gemilang dan bendera negeri akan dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu oleh renjer taman diketuai oleh Engelbert.

Lebih daripada 20,000 bendera kebangsaan dan negari sedang diedarkan kepada orang ramai dan sektor swasta sempena bulan Kebangsaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/feed/ 0 4713