Berasaskan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Nov 2021 05:38:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Berasaskan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Pencarian Inovasi Berasaskan Bekalan Air Bersih Manfaatkan Penduduk Kampung Sapatalang, Pitas https://sabahmedia.com/2021/11/22/projek-pencarian-inovasi-berasaskan-bekalan-air-bersih-manfaatkan-penduduk-kampung-sapatalang-pitas/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/projek-pencarian-inovasi-berasaskan-bekalan-air-bersih-manfaatkan-penduduk-kampung-sapatalang-pitas/#respond Mon, 22 Nov 2021 05:38:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8697
Read Time:2 Minute, 8 Second

PITAS: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah merasmikan Program Pencarian Inovasi Berasaskan Bekalan Air Bersih yang memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Sapatalang, Daerah Pitas, Sabah pada Ahad (21 November 2021).

Projek yang dijayakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), agensi di bawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan inisiatif pemindahan ilmu serta memperkasakan penggunaan teknologi supaya permasalahan dalam komuniti dapat diselesaikan secara bersama dan lestari dalam semangat Keluarga Malaysia.

Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, “MOSTI komited dalam membangunkan inisiatif pencarian air menggunakan teknologi inovatif yang berfokuskan rakyat bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat secara inklusif terutama penduduk luar bandar dan terpinggir.

Katanya, melalui projek ini, YIM dan UMS telah mengenalpasti masalah utama bekalan air bersih yang dihadapi oleh penduduk kampung yang disebabkan oleh punca mata air yang sering tersumbat.

“Projek Pencarian Inovasi berasaskan bekalan air bersih ini melibatkan inovasi teknologi kejuruteraan dan sosial bagi membolehkan kemudahan asas ini dibekalkan kepada masyarakat di Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah”, ujarnya.

Menurut Adham, pelaksanaan projek inovasi ini, yang dijalankan selama lima bulan dengan peruntukan dari YIM, dapat membantu masyarakat setempat memperolehi sumber air bersih dan secara tidak langsung, meningkatkan kualiti kehidupan dan produktiviti.

“Bekalan air bersih adalah isu utama yang dihadapi oleh penduduk kampung Sapatalang disebabkan punca mata air sering tersumbat dengan sampah seperti daun kering dan lumpur yang menutup laluan keluar mata air. Ini menyebabkan masyarakat di sini bergantung kepada air hujan untuk bekalan air memandangkan kampung ini terletak agak jauh dari sungai,” jelasnya.

Dalam usaha untuk memastikan bekalan air bersih yang berterusan, projek ini turut melibatkan penambahbaikan kepada sistem penapisan air bersih.

Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah membangun dan menaiktaraf sistem bekalan air dari sumber mata air iaitu air bawah tanah dan tangki simpanan di kawasan tadahan serta meletakkan kemudahan sistem penapisan air yang telah dijalankan oleh pihak UMS di kawasan tadahan air Kampung Sapatalang.

Manakala, bekalan air bersih ini disambung terus ke Dewan Masyarakat Kampung Sapatalang yang merupakan pusat tumpuan penduduk untuk mengadakan aktiviti.

Dalam pada itu, Adham turut menyatakan bahawa MOSTI komited dalam memperluas inisiatif merakyatkan sains, teknologi dan inovasi untuk pertumbuhan ekonomi (STIE) melalui program inovasi sosial.

Antara program inovasi sosial yang akan dijalankan oleh MOSTI di Sabah adalah pembukaan Ruang Reka Flagship STIE Keluarga Malaysia yang merupakan sebuah ruang yang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif dalam menangani isu setempat.

“Justeru itu, MOSTI akan meneruskan kolaborasi dengan Insititut Pengajian Tinggi untuk menyampaikan lebih banyak program inovasi sosial yang berfokuskan rakyat khususnya bagi membantu penduduk di luar bandar dan golongan terpinggir”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/projek-pencarian-inovasi-berasaskan-bekalan-air-bersih-manfaatkan-penduduk-kampung-sapatalang-pitas/feed/ 0 8697
STB Sedia Bantu Promosi Pelancongan Berasaskan Budaya https://sabahmedia.com/2021/11/18/stb-sedia-bantu-promosi-pelancongan-berasaskan-budaya/ https://sabahmedia.com/2021/11/18/stb-sedia-bantu-promosi-pelancongan-berasaskan-budaya/#respond Thu, 18 Nov 2021 10:46:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8597
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) untuk mencari strategi baru bagi mempromosikan pelancongan berasaskan budaya, khususnya di kawasan luar bandar.

Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pelancongan berasaskan budaya boleh membantu merancakkan sektor pelancongan di negeri ini jika dipasarkan secara efektif.

“Kita perlu mencari pendekatan strategik bagaimana STB dan LKNS boleh bekerjasama kerana kedua-dua agensi saling melengkapi.

“Sebagai contoh, kita boleh mempamerkan kraftangan dan tarian kebudayaan kepada pengunjung sebelum mereka melakukan aktiviti trekking di pusat pelancongan luar bandar.

“Kita juga harus mencari jalan untuk menggalakkan orang ramai, khususnya pelancong asing melancong ke daerah luar bandar dan seterusnya melawat pusat kebudayaan sedia ada,” katanya.

Pada Selesa lepas, deligasi LKNS diketuai oleh pengerusi Datuk Titing Putang, mengadakan pertemuan dengan Joniston untuk berbincang hal berkisar kepada promosi pelancongan kebudayaan.

Dalam perjumpaan itu, perwakilan LKNS membangkitkan antaranya keperluan mempromosikan Pusat Kebudayaan Murut di daerah Tenom.

Pusat kebudayaan yang dibuka pada 1996 itu adalah kedua terbesar selepas Pusat Kebudayaan Penampang. Pusat Kebudayaan Murut mencatatkan kira-kira 10,000 pengunjung setiap tahun dan lebih kurang 200 daripadanya adalah pelancong asing.

Titing berkata pelancongan di kawasan pedalaman adalah menarik, terutamanya dari segi budaya, tetapi promosinya kurang mendapat sambutan.

“Pusat Kebudayaan Murut menampilkan muzik tradisional dan pakaian tradisi daripada 13 sub-etnik Murut. Ia adalah sia-sia untuk hanya memaparkannya tanpa ada sesiapa yang melihatnya. Jika ada pelancong yang datang, ia pasti memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Beliau turut bersetuju betapa pentingnya kerjasama bagi mewujudkan pakej pelancongan berasaskan budaya yang lebih berkesan bersama-sama dengan eko-agropelancongan di Tenom dan Keningau.

Beliau menambah LKNS juga bekerjasama dengan masyarakat Tiong Hua di kedua-dua daerah ini untuk membantu mempromosikan budaya mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/18/stb-sedia-bantu-promosi-pelancongan-berasaskan-budaya/feed/ 0 8597
Pertandingan Berasaskan Aplikasi ‘Minecraft’ Inisiatif UMS Pupuk STEM Dalam Kalangan Pelajar Sekolah https://sabahmedia.com/2021/10/08/pertandingan-berasaskan-aplikasi-minecraft-inisiatif-ums-pupuk-stem-dalam-kalangan-pelajar-sekolah/ https://sabahmedia.com/2021/10/08/pertandingan-berasaskan-aplikasi-minecraft-inisiatif-ums-pupuk-stem-dalam-kalangan-pelajar-sekolah/#respond Fri, 08 Oct 2021 09:39:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7303
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Seiring dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini, U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) telah menjayakan Program STEM4ALL: Cabaran Learning Science Through Minecraft.

Program berbentuk pertandingan pembinaan projek melalui aplikasi Minecraft itu disertai seramai 88 peserta dari 18 buah sekolah di seluruh Sabah yang telah menghantar video-video kreatif berkenaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah bagi pertandingan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam satu acara secara dalam talian baru-baru ini.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan sokongan bagi penyertaan pelajar-pelajar sekolah ke arah pembudayaan STEM sebagai pendukung bagi tenaga kerja generasi akan datang.

“Harapan saya agar program sebegini dapat memupuk minat pelajar dalam bidang Sains Komputer melalui pembinaan projek di dalam aplikasi Minecraft.

“Dalam masa yang sama usaha ini turut mendidik komuniti, khususnya kanak-kanak dan remaja berkaitan teknologi baharu yang menjurus ke arah teknologi digital,” katanya.

Taufiq turut berharap agar pertandingan sebegini mampu memberi pendedahan kepada generasi celik teknologi maklumat dan mengoptimumkan daya saing mereka dalam membangunkan bidang ekonomi digital pada masa akan datang.

Terdahulu, Pengarah JPNS, Datuk Dr. Mistirine Radin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan tersebut.

“Pertandingan ini merupakan satu galakan terbaik kepada semua pelajar untuk turut terlibat dalam bidang sains dan teknologi bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berdaya maju terutamanya dalam bidang STEM,” katanya.

Pertandingan tersebut menyaksikan kumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Swasta Tshung Tsin yang dianggotai oleh Rachel Wong Siau Ying, Andrea Caitlin Yu Xin Jie dan Wesley Kong Yu Sen muncul johan bagi kategori sekolah menengah.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan pelajar daripada SMK Tinggi Kota Kinabalu dianggotai oleh Jordan Voo Yee Fung, Hansen Lee Ming Haw, Chong Jia Ying Dylan, dan Ivan Liew Chun Fui, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nur Viana Onnin Osthen dari SMK Taman Ria.

Bagi kategori sekolah rendah, Nur Vanida Onnin Osthen @ Mohd Raffie dari SK Rugading dinobat sebagai pemenang utama, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga dimenangi pelajar dari SK Inanam Laut iaitu Izz Muzaffar Ros Izhrin dan Amirul Aziz Hardi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/08/pertandingan-berasaskan-aplikasi-minecraft-inisiatif-ums-pupuk-stem-dalam-kalangan-pelajar-sekolah/feed/ 0 7303