Berbasikal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 Nov 2024 02:42:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Berbasikal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 1,000 peserta sertai berbasikal bersama TYT https://sabahmedia.com/2024/11/03/lebih-1000-peserta-sertai-berbasikal-bersama-tyt/ https://sabahmedia.com/2024/11/03/lebih-1000-peserta-sertai-berbasikal-bersama-tyt/#respond Sun, 03 Nov 2024 01:35:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63210
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Lebih 1,000 peserta telah menyertai acara berbasikal bersama Tuan Yang Terutama (TYT) yang berlangsung di Padang Merdeka di sini pagi tadi.

Acara yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-71 TYT Yang di-Pertua Negeri itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Joachim membuat pelepasan kayuhan peserta

Kayuhan sejauh 22.5 kilometer itu diketuai isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan pelepasan disempurnakan Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Joachim ketika ditemui berkata, acara berbasikal itu merupakan acara tahunan yang diadakan sempena Hari Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Sudah pasti acara berbasikal seumpama ini amat baik untuk kesihatan dan saya juga ingin mengingatkan para peserta untuk berhati-hati sepanjang acara berlangsung,” katanya.

Selain kayuhan, Toh Puan turut berkesempatan menanam pokok di Pantai Tanjung Aru yang merupakan ‘Pit Stop’ kedua para peserta kayuhan.

Laluan sejauh 22.5 kilometer itu bermula di Padang Merdeka melalui beberapa kawasan antaranya di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); Cyber City; Perhentian Bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA); Pantai Tanjung Aru 1; Bulatan Masjid Negeri; Hotel Hilton sebelum kembali ke Padang Merdeka. 

Dalam pada itu, Tun Juhar turut menyempurnakan acara pemotongan kek sebaik para peserta kayuhan tiba di Padang Merdeka selain acara hiburan turut diadakan – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/03/lebih-1000-peserta-sertai-berbasikal-bersama-tyt/feed/ 0 63210
Program Berbasikal Sempena Hari Ulangtahun Ke-68 TYT https://sabahmedia.com/2021/10/16/program-berbasikal-sempena-hari-ulangtahun-ke-68-tyt/ https://sabahmedia.com/2021/10/16/program-berbasikal-sempena-hari-ulangtahun-ke-68-tyt/#respond Sat, 16 Oct 2021 06:47:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7576
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seramai 300 orang ketua dan pegawai jabatan-jabatan kerajaan serta persatuan-persatuan menyertai program berbasikal sempena sambutan hari ulangtahun yang ke-68 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di sini pagi tadi.

Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni turut serta dalam program tersebut. Kayuhan sejauh 15 kilometer itu bermula daripada bangunan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hingga ke Menara Kinabalu.

Pelepasan (flagged off) dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Ulangtahun TYT pada tahun ini, yang mewakili Ketua Menteri.

Program berbasikal ini dipengerusikan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Noorliza Awang Alip.

Antara yang hadir semasa program tersebut ialah Menteri Teknologi Sains dan Inivasi, Datuk Yakub Khan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pembantu-Pembantu Menteri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian serta pegawai-pegawai kerajaan.

Turut diadakan di majlis yang sama ialah sesi memotong kek meraihkan hari ulangtahun TYT.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/16/program-berbasikal-sempena-hari-ulangtahun-ke-68-tyt/feed/ 0 7576