berbuka puasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Apr 2023 13:56:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png berbuka puasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Kampung Lok Nunuk Tuaran https://sabahmedia.com/2023/04/12/ketua-menteri-berbuka-puasa-bersama-rakyat-di-kampung-lok-nunuk-tuaran/ https://sabahmedia.com/2023/04/12/ketua-menteri-berbuka-puasa-bersama-rakyat-di-kampung-lok-nunuk-tuaran/#respond Wed, 12 Apr 2023 13:54:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32639
Read Time:54 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada 274 penerima dari Kampung Lok Nunuk dan Kampung Baru-Baru di perkarangan Surau Darul Iman, Kampung Lok Nunuk dekat sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada golongan kurang mampu pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Surau Darul Iman, Kampung Lok Nunuk Tuaran, hari ini. – Foto ihsan JKM Sabah

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) turut meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk kampung pada program Majlis Berbuka Puasa dianjuran Yayasan Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.12 Sulaman.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada YS kepada Surau Darul Iman Kampung Lok Nunuk berupa tikar sejadah, lampu solar dan kurma.

Turut hadir Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), ADUN Karamunting, George Hiew Vun Zin, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/12/ketua-menteri-berbuka-puasa-bersama-rakyat-di-kampung-lok-nunuk-tuaran/feed/ 0 32639
‘Sungkai’ awal, umat Islam wajib ganti puasa https://sabahmedia.com/2022/04/04/sungkai-awal-umat-islam-wajib-ganti-puasa/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/sungkai-awal-umat-islam-wajib-ganti-puasa/#respond Mon, 04 Apr 2022 09:58:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13900
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Umat Islam khususnya yang berada di daerah Tawau yang berbuka puasa lebih awal semalam selepas mengikut azan di salah sebuah stesen radio tempatan adalah diwajibkan untuk menggantikan puasa setelah berakhir Ramadan.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, waktu berbuka puasa adalah bersandarkan kepada terbenamnya matahari berdasarkan nas syarak dan bukannya bersandarkan kepada laungan azan di radio.

“Pada dasarnya, di sisi syarak, puasa bagi mereka yang berbuka puasa awal daripada waktu sebenar kerana mengikut azan di radio adalah dikira terbatal dan wajib ke atas mereka menggantikan puasa mereka itu setelah berakhirnya bulan Ramadhan.

“Waktu berbuka puasa adalah bersandarkan kepada terbenamnya matahari berdasarkan nas syarak dan bukannya bersandarkan kepada laungan azan di radio atau seumpamanya serta keadaan langit pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bungsu berkata, usaha pihak radio mengumandangkan azan sebagai tanda masuk waktu dan berbuka merupakan usaha murni yang sangat baik.

Namun katanya, pihak radio perlulah lebih teliti dan cermat dalam isu berkenaan bagi mengelakkan daripada berulang perbuatan mengumandangkan azan awal dari waktunya pada masa akan datang.

“Umat Islam hendaklah sentiasa cermat dan berhati-hati berkaitan waktu berbuka puasa.

“Sehubungan itu, adalah disarankan kepada umat Islam agar merujuk kepada takwim berbuka puasa yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti demi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang

Semalam, seorang penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan di Tawau tampil memohon maaf menerusi kenyataan di laman sosial Facebook selepas tersilap menyiarkan azan Maghrib empat minit sebelum waktu sepatutnya.

Penyampai radio berkenaan mengakui tersilap selepas menyiarkan azan sebanyak dua kali iaitu pada jam 6.16 dan 6.20 petang.

Difahamkan kesilapan itu adalah berpunca dari kesilapan teknikal dan kesalahan dirinya sendiri.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/sungkai-awal-umat-islam-wajib-ganti-puasa/feed/ 0 13900