berdasarkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Apr 2024 20:02:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png berdasarkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Statistik 8 daerah termiskin di Sabah berdasarkan rekod tiga tahun lalu – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/04/06/statistik-8-daerah-termiskin-di-sabah-berdasarkan-rekod-tiga-tahun-lalu-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/04/06/statistik-8-daerah-termiskin-di-sabah-berdasarkan-rekod-tiga-tahun-lalu-hajiji/#respond Fri, 05 Apr 2024 20:02:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52253
Read Time:2 Minute, 45 Second

TUARAN: Statistik kemiskinan tegar lapan daerah termiskin di Sabah, termasuk Tuaran
yang dilaporkan sebelum ini dibuat berdasarkan rekod tiga tahun yang lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jika diambil kira rekod terbaharu pada tahun ini, statistik ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di daerah terbabit sudah jauh berkurang.

Katanya, bagi daerah Tuaran saja rekod terkini setakat bulan lalu hanya ada lebih 600
KIR miskin tegar berbanding kira-kira 1,000 KIR yang dilaporkan tiga tahun yang lalu.

Beliau berkata, penurunan itu adalah hasil usaha dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan pimpinannya dalam memerangi kemiskinan tegar sepanjang kira-kira tiga tahun memerintah negeri.

“Sekarang pembangkang guna isu Tuaran daerah termiskin di Sabah, tapi saya mahu jelaskan itu ialah ukuran tiga tahun yang lalu, saya dimaklumkan ada 1,000 lebih KIR miskin tegar di Tuaran pada masa itu.

“Tetapi, yang terbaharu sekarang ini saya dimaklumkan bahawa jumlah KIR miskin tegar sudah berkurang kepada 600 lebih saja di Tuaran.

“Maknanya, kerajaan memandang serius masalah kemiskinan tegar dan berusaha membantu golongan itu melalui pelbagai cara, bukan saja bantuan rumah, malah dibantu memulakan perniagaan kecil-kecilan supaya statistik mereka dapat diturunkan,”
katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua
Menteri di Masjid An-Nur, Tuaran, di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan lapan daerah termiskin di
Sabah ketika ini iaitu Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran,
Ranau dan Lahad Datu.

Hajiji berkata, statistik keseluruhan KIR di Sabah setakat 24 Mac lalu pula hanya berjumlah 13,172 orang KIR, berbanding 22,510 orang KIR yang dilaporkan tiga tahun lalu.

“Ini bermakna kerajaan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan ini adalah keutamaan kita. Dalam kita merancang pembangunan besar, kita tidak lupa golongan miskin tegar.

“Kita ada sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang ditugaskan menangani isu kemiskinan di Sabah. Antaranya melaksanakan pembinaan Rumah Mesra SMJ yang mana, dua tahun berturut-turut kita beri 1,500 rumah setahun kepada mereka yang tersenarai dalam e-kasih.

“Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan 20 rumah, jadi sekarang ini
sudah ada 3,000 rumah diberi kepada golongan miskin tegar yang ada dalam senarai e-kasih,” katanya.

Katanya, perkara itu adalah antara usaha yang dibuat kerajaan, namun pembangkang hanya pandai bercakap macam-macam untuk memburukkan usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus.

Sementara itu, Hajiji berkata segelintir pemimpin pembangkang di Sabah ketika ini pernah bersama dalam kerajaan sebelum ini, namun hanya mahu membolot jawatan.

“Saya tidak mahu menyalahkan atau merendahkan kawan kita di sebelah sana
(pembangkang), siapa suruh mereka ke sebelah sana, melainkan ada sebab yang saya tidak mahu cakap di sini sekarang.

“Minta jadi Menteri Kewangan dan jawatan lain. Kalau agensi kerajaan yang penting-penting, pengerusinya semua mereka bolot. Dulu mereka hingga empat menteri dan enam pembantu menteri sedangkan parti saya sendiri hanya tiga menteri dan tiga pembantu menteri,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang dimaksudkan selain menjelaskan bahawa apa yang disebutkan itu adalah fakta bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah mereka.

Hajiji berkata, beliau juga menyedari pembangkang sudah mula mengatur strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) berdasarkan serangan demi serangan yang
ditujukan kepadanya dan kerajaan.

“Mereka (pembangkang) sekarang berabis, mereka ingat esok PRN… lama lagi ini,
hampir dua tahun lagi. Maklumlah mana tahu Ketua Menteri mahu bubar DUN.

“Sebab itulah sekarang kita lihat mereka tidak peduli puasa hentam saja (menyerang kerajaan),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/06/statistik-8-daerah-termiskin-di-sabah-berdasarkan-rekod-tiga-tahun-lalu-hajiji/feed/ 0 52253
Pelaksanaan inisiatif berdasarkan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/19/pelaksanaan-inisiatif-berdasarkan-kuasa-kawal-selia-bekalan-eletrik-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/19/pelaksanaan-inisiatif-berdasarkan-kuasa-kawal-selia-bekalan-eletrik-sabah/#respond Fri, 19 Jan 2024 08:56:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48210
Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan melaksanakan setiap inisiatif yang telah
dirangka berdasarkan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah yang kini dimiliki
oleh Sabah, dengan sasaran yang ditetapkan dalam Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Sabah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pelaksanaan segala inisiatif bagi meningkatkan lagi prestasi bekalan elektrik di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dalam memudah cara dan memberikan sokongan dalam melaksanakan Pelan Transformasi SESB ke arah kemampanan syarikat utiliti tersebut.

“Kerajaan Negeri melalui Energy Commission of Sabah (ECoS) akan memastikan penglibatan secara langsung semua pemegang taruh di negeri Sabah bagi memastikan isu-isu semasa dapat ditangani dengan cara yang lebih berkesan dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Simbolik Penyerahan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu pada Jumaat.

Hajiji (tiga kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam, Datuk Sei Fadillah Yusof (tengah) menyaksikan sesi penyerahan 7 projek siap bagi Pasukan Projek Khas Bekalan Eletrik Sabah daripada Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Dr. Ching Thoo A/L Kim (kanan) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr.Safar Untong di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna
Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan Persekutuan secara simbolik menyerahkan kuasa berkenaan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Hajiji berkata, proses pengambilalihan Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik dan Tenaga Boleh Baharu oleh Kerajaan Negeri telah disempurnakan selepas Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Enakmen Tenaga Boleh Baharu diluluskan dalam persidangan khas Dewan Undangan Negeri Sabah pada 3 Januari lalu.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan proses pengambilalihan kuasa kawal selia dengan lancar dan teratur.

“Ini menunjukkan kesepakatan dan semangat kerjasama yang tinggi diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri”, tegasnya.

Hajiji juga menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas penyerahan tugas kuasa kawal selia bekalan elektrik Negeri Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah, penyerahan dokumen rasmi daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Peralihan
Tenaga dan Daya Guna Awam kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah dan
penyerahan plaque projek siap daripada KSU kementerian kepada SKN Sabah.

“Semoga semua usaha ini akan membawa Sabah ke tahap bekalan tenaga yang berdaya harap demi kesejahteraan rakyat negeri ini”, tegasnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Dr Ching Thoo A/L Kim, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Energy Commission of Sabah (ECoS), Datuk Ir. Abdul Nasser
Abdul Wahid.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/19/pelaksanaan-inisiatif-berdasarkan-kuasa-kawal-selia-bekalan-eletrik-sabah/feed/ 0 48210