bergaduh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Jun 2025 13:48:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bergaduh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sembilan lelaki ditahan bergaduh di restoran Kinarut https://sabahmedia.com/2025/06/23/sembilan-lelaki-ditahan-bergaduh-di-restoran-kinarut/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/sembilan-lelaki-ditahan-bergaduh-di-restoran-kinarut/#respond Mon, 23 Jun 2025 13:48:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76049
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Polis menahan sembilan lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan dan pergaduhan di sebuah restoran di Kinarut, dekat sini melibatkan dua kumpulan warga Pakistan dan warga tempatan berketurunan India dalam insiden yang berlaku petang Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 19 hingga 50 tahun itu ditahan pada Isnin (23 Jun) selepas menyerah diri kira-kira jam 1 petang.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 6.00 petang pada 22 Jun apabila polis menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 berhubung pergaduhan yang berlaku di restoran terbabit.

“Siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada salah faham antara dua individu seorang warga Pakistan yang juga pengusaha restoran dan seorang lelaki tempatan berketurunan India selepas berlaku kesilapan memanggil nama dengan nada kasar.

“Kejadian berlarutan kepada pertengkaran mulut dan cabar-mencabar sebelum tercetus pergaduhan fizikal. Rakan-rakan kepada kedua-dua pihak turut masuk campur dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Pergaduhan turut melibatkan penggunaan kerusi dan kayu sebagai senjata, namun berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, insiden ini berkait dengan kejadian seminggu sebelumnya yang melibatkan ketidakpuasan hati dalam urus niaga di sebuah premis besi buruk di kawasan sama.

Polis turut mengesahkan bahawa pergaduhan itu telah dirakam dan tersebar di media sosial, antaranya melalui laman Facebook ‘Papar Dihatiku’.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kerosakan termasuk meja dan kerusi yang berselerakan serta saksi awam yang menyaksikan kejadian,” jelas Kamaruddin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan dan bergaduh di tempat awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mazlan Mali di talian 013-656 4978 atau menghubungi IPD Papar di talian 088-912222.

Kamaruddin turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut dan menegaskan bahawa kejadian itu berpunca daripada salah faham peribadi, bukan bermotifkan isu global membabitkan konflik antara negara Pakistan dan India.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/sembilan-lelaki-ditahan-bergaduh-di-restoran-kinarut/feed/ 0 76049
Tular dua individu bergaduh berpunca tidak beri laluan semasa melalui jalan sempit https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/#respond Sat, 23 Mar 2024 06:37:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51477
Read Time:36 Second

KOTA BELUD: Tular di media sosial satu pergaduhan melibatkan dua individu lelaki di Kota Belud awal pagi semalam.

Video berdurasi sembilan saat itu tular memaparkan dua individu bergaduh dan seorang daripadanya memegang sebilah parang di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi pemberita hari ini berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat (22 Mac) jam lebih kurang 11.30 pagi di jalan masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Mingguan Kota Belud.

“Punca pergaduhan disebabkan provokasi kedua-dua pihak yang mana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan sempit.

“Kedua-dua yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan telah berdamai secara baik dan tidak ada laporan dibuat sehingga kini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/feed/ 0 51477