Bergerak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 Mar 2024 08:48:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bergerak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Slogan Sabah Maju Jaya, bergerak maju, capai kejayaan – Mazlan https://sabahmedia.com/2024/03/19/slogan-sabah-maju-jaya-bergerak-maju-capai-kejayaan-mazlan/ https://sabahmedia.com/2024/03/19/slogan-sabah-maju-jaya-bergerak-maju-capai-kejayaan-mazlan/#respond Tue, 19 Mar 2024 08:48:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51291
Read Time:3 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Sabah Maju Jaya adalah satu slogan untuk mengajak dan membawa aspirasi rakyat Sabah ini bergerak maju ke hadapan untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan dari segi pembangunan dan modal insan.

Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri merangkap, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Lumadan, Mazlan @ Joehari Manan berkata, slogan ini juga adalah misi dan hala tuju kerajaan Sabah pada hari ini.

“Maksud yang tersurat dan tersirat daripada slogan ini amatlah mudah difahami dan di hadam oleh rakyat Sabah. Ditambah lagi slogan ini memangpun sudah ada tertera di dalam jata negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mazlan, slogan dan hala tuju Sabah Maju Jaya ini telah dipolimekkan oleh pemain-pemain politik terutamanya pembangkang di negeri Sabah ini.

“Seruan dan niat ikhlas pimpinan kerajaan hari ini untuk memartabatkan slogan Sabah maju jaya ke dalam kehidupan setiap pentadbiran kerajaan dan rakyat Sabah telah diperkotak katikkan oleh pemimpin pembangkang dengan niat mahu menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan Sabah terutamanya kepimpinan Ketua Menteri Sabah,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan GRS pada hari ini hanyalah berusia tiga tahun dan sebahagian dari tempoh itu juga adalah di bawah pimpinan pemimpin pembangkang pada hari ini, apabila niat mereka mengganggu gugat kestabilan politik Sabah di awal tahun 2023 tidak tercapai.

“Dan seterusnya membawa cerita kegagalan kepada orang lain dan tidak mengakui kesilapan dan kekurangan diri.

“Malah sebahagian besar pemimpin pembangkang di Sabah pada hari ini juga mengetahui akan halangan dan kekangan yang memang ada dalam kita membawa kemajuan yang lebih kepada negeri Sabah. Tetapi atas faktor kerakusan politik dan niat tidak ikhlas untuk Sabah, mereka sanggup mengadu domba serta menghasut pimpinan dan rakyat sabah untuk mencapai niat politik mereka dan terus memporak porandakan kestabilan politik Sabah,” jelasnya.

Mazlan berkata, dalam merangka hala tuju dan misi kerajaan Sabah, Ketua Menteri dan pimpinan kerajaan Sabah bukanlah ahli silap mata atau pun pak nujum yang mampu untuk mengwujudkan sebuah perubahan sekelip mata dan sekilas mata memandang.

“Kerangka hala tuju dan misi ini telah di susun sebaiknya agar Sabah dapat mencapai kemajuan yang lebih baik dan terjamin untuk hari esok dan masa depan,” katanya.

Tembah beliau lagi, dalam tempoh 3 tahun kerajaan GRS ini, pelbagai halangan dan rintangan yang telah di hadapi termasuklah pandemik Covid-19 yang telah banyak merencatkan pembangunan dan misi kerajaan.

“Namun demikian, dalam tempoh itu jugalah sudah banyak perancangan dan kejayaan yang mampu di hasilkan kerajaan Sabah pimpinan YAB DSP Hajiji Noor.

“Peningkatan pendapatan negeri Sabah yang melebihi rekod pendapatan mana-mana kerajaan Sabah sebelum ini, hasil perundingan dengan kerajaan persekutuan dan kelantangan kerajaan Sabah juga menghasilkan peningkatan pemberian khas tahunan kerajaan persekutuan kepada Sabah sebanyak rm300 juta.

“Perundingan yang baik bersama Petronas, kelantangan dan ketegasan kerajaan negeri dalam berunding juga telah menghasilkan pelbagai perkara telah dipersetujui oleh Petronas kepada kerajaan Sabah,” .

Katanya, konsep mesra pelabur yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri dan kerajaan Sabah juga telah membawa kemasukan pelbagai syarikat-syarikat besar dunia untuk membuat pelaburan di Sabah dengan mencipta pelbagai peluang pekerjaan kepada anak Sabah seperti syarikat Kibing, SK Nixilis, Esteel dan Linaco.

“Dengan kejayaan penghasilan pendapatan negeri yang baik pada hari ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk kegunaan dan kemajuan rakyat Sabah terutamanya di bidang pendidikan.

“Seperti bantuan one off kepada semua pelajar-pelajar IPTA dari golongan B40, bantuan komputer kepada pelajar, bantuan kewangan kepada pelajar SPM dan STPM Sabah. Kerajaan Sabah juga telah memperkenalkan skim Rumah SMJ untuk membantu lebih ramai rakyat miskin di Sabah memiliki rumah dengan setiap tahun sebanyak 20 buah rumah diperuntukkan untuk setiap DUN.

“Dan dalam belanjawan tahun ini juga, jumlah peruntukan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada anak-anak Sabah yang belajar di IPT telah dinaikkan demi membantu anak-anak sabah memperolehi pendidikan lebih baik dan membawa lebih banyak kemajuan kepada Sabah,” katanya.

Mazlan berkata, kestabilan politik dan kejujuran pimpinan dalam membawa kemajuan kepada Sabah amatlah penting.

“Kita yakin dan percaya atas kematangan dan pertimbangan yang wajar, rakyat Sabah akan terus memberikan sokongan dan berdiri teguh bersama pimpinan kerajaan pada hari ini.

“Hanya dengan kestabilan dan kekukuhan politik dan kerajaan yang boleh membawa lebih banyak kemajuan kepada Sabah dan rakyatnya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/19/slogan-sabah-maju-jaya-bergerak-maju-capai-kejayaan-mazlan/feed/ 0 51291
JBG wujudkan klinik bantuan guaman bergerak di Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/25/jbg-wujudkan-klinik-guaman-bergerak-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/25/jbg-wujudkan-klinik-guaman-bergerak-di-sabah/#respond Thu, 25 Jan 2024 05:50:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48480
Read Time:2 Minute, 48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Bantuan Guaman (JBG) mewujudkan klinik bantuan guaman bergerak dikenali sebagai pogram ‘Justice on Wheels’ yang memberi manfaat kepada masyarakat khususnya yang tinggal di luar bandar sekali gus memberikan lebih ramai rakyat Malaysia akses kepada keadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kerajaan Madani komited untuk membela nasib rakyat susah untuk mendapatkan akses kepada keadilan, dan pendirian ini jelas berdasarkan Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-10 pada 13 Oktober 2023 yang lalu.

“Manakala had kelayakan bantuan guaman penuh yang disediakan oleh JBG berasaskan sumber kewangan tahunan, iaitu dari RM30,000 ke RM50,000 setahun, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2023,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Justice on Wheels Jabatan Bantuan Guaman di Dewan Gawir, Kampung Madsiang, di sini, hari ini.

Menurut Azalina, sebanyak 15 program Justice on Wheels akan dijadikan program ‘pilot’ bagi tahun 2024, di mana ia akan dilaksanakan di negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Di Sabah program Kem Guaman akan dilaksanakan di Pitas (Feb), Telupid (May), Paitan (Jun), Sukau (Sept) dan Tungku (Okt),” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pada tahun 2023, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM1,000,000 bagi JBG yang telah dimanfaatkan untuk pembelian tiga buah van.

“Van-van ini akan digunakan sebagai klinik guaman bergerak yang telah diubah suai dengan kelengkapan yang sesuai bagi memberikan perkhidmatan nasihat guaman kepada rakyat yang berada di kawasan pedalaman, termasuk kawasan Felda di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata, usaha untuk menggiatkan lagi aktiviti promosi khidmat bantuan guaman akan diteruskan, terutamanya bagi mencapai rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar atau kawasan pendalaman bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh JBG.

“Saya difahamkan bahawa pelbagai pembaharuan telah diusahakan untuk mempromosikan khidmat bantuan guaman untuk menyebar luas pengetahuan dan meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan.

“Misalnya, di Sabah, didapati kes kelahiran yang tidak didaftarkan kian meningkat kerana masih terdapat segelintir masyarakat di pedalaman yang tidak mengetahui tentang peruntukan undang-undang berkenaan dengan pendaftaran kelahiran lewat.

“Menyedari hakikat ini, Badan Kehakiman Malaysia juga telah mewujudkan Program Mahkamah Bergerak di kawasan pedalaman dan kawasan terpencil di negeri Sabah untuk menyelesaikan isu ketiadaan dokumen kelahiran bagi masyarakat di kawasan tersebut, dengan lokasi pertamanya di Long Pasia Sabah.

“Sehingga kini, program ini telah meliputi sebanyak 41 lokasi bagi kawasan pekan dan bandar kecil manakala 63 lokasi lagi di kawasan pedalaman,” katanya.

Tambah Azalina, inisiatif ini turut melibatkan pengamal undang-undang serta pasukan perubatan yang menawarkan perkhidmatan undang-undang dan perkhidmatan kesihatan asas kepada masyarakat setempat.

“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga turut serta bagi memproses permohonan MyKad secara segera setelah pendaftaran sijil kelahiran disahkan oleh Mahkamah. Pada tahun 2023, program ini telah dapat menyelesaikan lebih 60 peratus kes pendaftaran lewat kelahiran,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merengkap Ahli Parlimen P174 Penampang, Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Kulasegaran a/l V. Murugeson, Ahli- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia Senator Datuk John Ambrose dan Senator Datuk Noraini Idris, ADUN Kapayan Jannie Lasimbang, ADUN Moyog Datuk Ignatius Darell Leiking, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Zamri Bakar, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Dato’ Norazmi Mohd Narawi serta Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, M Bakri Abd Majid.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/25/jbg-wujudkan-klinik-guaman-bergerak-di-sabah/feed/ 0 48480