beri kesan Sistem – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 27 Feb 2024 08:50:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png beri kesan Sistem – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suhu panas meningkat beri kesan Sistem Grid Elektrik – Adrian https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/ https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/#respond Tue, 27 Feb 2024 04:39:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50175
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Cuaca panas yang melanda negeri Sabah sejak akhir-akhir ini dijangka akan mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat.

Menurut Pengurus Besar (SistemOperasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Adrian Leo Mosigil (gambar), keadaan ini boleh memberi tekanan terhadap kestabilan Sistem Grid yang diuruskannya.

Katanya, pada ketika ini, permintaan tenaga tertinggi yang pernah direkodkan pada waktu puncak adalah 1090.73 MegaWatt (MW) sementara itu, pada keadaan biasa kapasiti penjanaan keseluruhan pula adalah sekitar 1,300MW.

“Antara punca utama penurunan kapasiti penjanaan ini adalah berikutan salah sebuah Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis, Papar yang terpaksa menutup sementara sebahagian operasinya bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pada set tarbin gasnya dapat dilaksanakan dengan lebih selamat.

“Selain itu, margin simpanan tenaga yang amat kecil iaitu pada kadar 12 peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga keseluruhan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga menjadikan SESB lebih berhati-hati dalam menguruskan bekalan elektrik kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/27/suhu-panas-meningkat-beri-kesan-sistem-grid-elektrik-adrian/feed/ 0 50175