beri laluan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Mar 2024 06:37:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png beri laluan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tular dua individu bergaduh berpunca tidak beri laluan semasa melalui jalan sempit https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/#respond Sat, 23 Mar 2024 06:37:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51477
Read Time:36 Second

KOTA BELUD: Tular di media sosial satu pergaduhan melibatkan dua individu lelaki di Kota Belud awal pagi semalam.

Video berdurasi sembilan saat itu tular memaparkan dua individu bergaduh dan seorang daripadanya memegang sebilah parang di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi pemberita hari ini berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat (22 Mac) jam lebih kurang 11.30 pagi di jalan masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Mingguan Kota Belud.

“Punca pergaduhan disebabkan provokasi kedua-dua pihak yang mana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan sempit.

“Kedua-dua yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan telah berdamai secara baik dan tidak ada laporan dibuat sehingga kini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/feed/ 0 51477