Beri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Apr 2024 08:44:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Beri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUIS beri perhatian mendalam terhadap integriti dalam pentadbirannya – Arifin https://sabahmedia.com/2024/04/02/muis-beri-perhatian-mendalam-terhadap-integriti-dalam-pentadbirannya-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/04/02/muis-beri-perhatian-mendalam-terhadap-integriti-dalam-pentadbirannya-arifin/#respond Tue, 02 Apr 2024 08:37:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52059
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sentiasa memberikan perhatian mendalam terhadap integriti dalam pentadbirannya, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama serta Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang akan wang zakat yang disalurkan kerana ia sentiasa diaudit dan dipantau setiap tahun.

“Jangan risau mengenai wang zakat, lagipun bahagian zakat sentiasa diaudit dan dipantau. Sekiranya ada keraguan boleh rujuk ke MUIS dan insya Allah kita sentiasa memberikan perhatian yang mendalam terhadap integriti di MUIS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Penyampaian Sumbangan dari Pusat Zakat Sabah kepada 150 pelajar di Dewan SK Bongawan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Arifin turut menekankan dan memastikan wang zakat disampaikan kepada yang berhak menerimanya.

“Saya juga tekankan semua wang zakat yang berhak terima, kita sampaikan seperti kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan fisabillah, sebelum akhir tahun semua kita sampaikan sebab memang hak mereka, dan asnaf yang lain kita tunaikan seperti untuk pendidikan anak-anak, semua kita laksanakan, melainkan Asnaf Amil,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, tiada isu mengenai penyelewengan wang zakat di Sabah.

“tiada isu mengenai penyelewengan wang zakat, insya Allah.

“Empat tahun audit bersih dan saya sendiri jadi saksi untuk penerimaan setiap tahun di Kuala Lumpur dan pada tahun ini mudah-mudahan kita akan mendapat rekod bersih,” katanya.

Malah katanya, hasil kutipan zakat juga meningkat dari tahun ke tahun.

“Kutipan zakat juga ada peningkatan, tahun lalu RM140 juta lebih dan sebelum itu RM130 juta dan tahun sebelum tu RM120 juta ertinya 10 juta setiap tahun meningkat hasil usaha daripada kempen dan kerja keras bahagian zakat dan fitrah serta sumbangan daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Selain yang paling banyak tunaikan zakat adalah zakat penggajian daripada guru, pegawai perkhidmatan awam, polis, tentera dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu media melaporkan MUIS menafikan dakwaan salah guna kuasa berkaitan penggunaan wang zakat seperti tular di laman media sosial, baru-baru ini.

Yang di-Pertua MUIS, Datuk Yahya Hussin dalam kenyataannya menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutifnya membuat beberapa arahan pembayaran bonus kepada kakitangan dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

“Kita menafikan juga dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

“Semua tuduhan berkenaan adalah tidak berasas dan suatu fitnah yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS serta pentadbirannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/02/muis-beri-perhatian-mendalam-terhadap-integriti-dalam-pentadbirannya-arifin/feed/ 0 52059
Keretapi Trans Borneo beri manfaat kepada Wilayah Borneo – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/03/31/keretapi-trans-borneo-beri-manfaat-kepada-wilayah-borneo-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/keretapi-trans-borneo-beri-manfaat-kepada-wilayah-borneo-hajiji/#respond Sun, 31 Mar 2024 05:28:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51933
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Cadangan projek Keretapi Trans Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia akan memberi manfaat kepada Wilayah Borneo, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Apabila direalisasikan, projek itu akan memberi impak untuk memperkasa ketersambungan rakyat kepada rakyat dan ekonomi sekaligus akan memudahkan perdagangan dan menggalakkan pertumbuhan industri di kawasan sempadan serta merancakkan sektor pelancongan di Wilayah Borneo,” katanya.

November lalu, Menteri Kerja Raya Persekutuan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementerian beliau telah menerima cadangan awal mengenai Projek Keretapi Trans Borneo ini.

Nanta berkata idea untuk keretapi mega ini menghubungkan Sarawak dan Sabah dan seterusnya menyambung ke Kalimantan, datang daripada Kementerian Pengangkutan dan kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kewangan khusus untuk menjalankan kajian asas kebolehlaksanaan ke atas laluan Keretapi Trans Borneo yang melibatkan bahagian Sarawak-Sabah.

Brunergy Utama Sdn Bhd yang berpangkalan di Brunei mengumumkan ia akan memulakan Trans Projek Keretapi Borneo, yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.

Fasa pertama akan menghubungkan bandar dari Barat ke pantai Timur, bermula dari Pontianak, Kalimantan Barat, dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah manakala fasa kedua akan melibatkan Kalimantan Utara dan Timur yang menghubungkan laluan utama dengan Samarinda ke ibu negara baru Indonesia, Nusantara.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/keretapi-trans-borneo-beri-manfaat-kepada-wilayah-borneo-hajiji/feed/ 0 51933
Konsert Rossa beri pengalaman luar biasa peminat di Sabah https://sabahmedia.com/2023/12/10/konsert-rossa-beri-pengalaman-luar-biasa-peminat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/12/10/konsert-rossa-beri-pengalaman-luar-biasa-peminat-di-sabah/#respond Sun, 10 Dec 2023 01:12:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46326
Read Time:3 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa hadir memberikan pengalaman luar biasa buat para peminatnya dalam konsert julung kalinya diadakan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

Tirai Konsert “Rossa Another Journey: The Beginning” dibuka dengan lagu ‘Malam Pertama’ menambat hati hampir 4,000 penonton di Dewan Sipadan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini tepat pada jam 8.30 malam pada Jumaat.

Kehangatan konsert tambah meriah dengan kemunculan dua orang penyanyi jemputan terkenal iaitu Cakra Khan dari Indonesia dan Marsha Milan anak tempatan negeri Sabah.

Lebih 20 lagu dipersembahkan antaranya Aku Bukan Untukmu, Jangan Hilangkan Dia, medley Takdir Cinta, Ayat – Ayat Cinta, Khanti, Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Sekali Ini Saja, medley Sangcheo – HYKS, Terlanjur Cinta, Kau, Akhirnya, Terlalu Cinta Versi EDM, Sakura, Hey Ladies dan medley lagu-lagu Malaysia.

Lima lagu-lagu medley lagu-lagu nostalgia Malaysia turut dinyanyikan oleh Rossa seperti lagu Janji Manis (Aishah), Suci Dalam Debu (Iklim), Fantasia Bulan Madu (Amy Search ft Inka Christie), Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza) dan Antara Anyer dan Jakarta (Sheila Majid).

Diakhir konsert penonton disajikan lagu ‘Hey Ladies” dengan pukulan drum oleh Rossa sangat menghiburkan dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan para peminatnya di sini.

Sementara itu, keterujaan Rossa menjejakkan kaki dan membuat konsert di Sabah turut dikongsi ketika ditemui pemberita di sini.

“Sampai juga aku di Sabah…. Pemandangan di sini sangat indah, luar biasa, tetapi saya belum berkesempatan untuk meneroka lebih lagi mengenai keindahan di Sabah disebabkan masa terlalu singkat, itu tandanya saya akan kembali ke sini (Sabah),” kongsi Rossa penyanyi genit manis yang tidak lokek dengan senyum tawa, terlalu teruja sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan menjejakkan kaki ke negeri ini.

Katanya, bagaimanapun beliau sudah merasa makanan laut yang terdapat di Sabah tetapi ingin kembali ke sini lagi kerana tidak puas merasa keenakan dan kesegaran makanan laut kegemarannya itu.

“Saya sudah merasa makanan laut di Sabah seperti udang, ketam, ikan, ia segar, besar-besar, cara masakanpun lain, saya sangat suka, saya akan kembali ke sini.

“Saya juga berkesempatan bersarapan di sebuah coffee house yang sangat cantik pagi tadi,” katanya.

Namun apa yang penting misi utamanya adalah membuat persembahan di pentas berprestij di SICC pada malam itu sudah terlaksana dengan jayanya dan mendapat sambutan luar biasa dari seluruh peminatnya yang datang dari dalam dan luar negara.

“Saya sangat teruja mengadakan konsert malam ini (8 Nov), saya dengar ramai yang hadir bukan sahaja rakyat Sabah tetapi juga dari Singapura, Brunei, Kuala Lumpur dan juga Sarawak.

“Orang-orang kenamaan (VIP) pun ramai yang hadir dan saya sangat teruja dengan sokongan yang diberikan, Alhamdulillah…,” katanya.

Menurutnya lagi, apa yang paling istimewa beliau turut menyanyikan lagu-lagu medley Malaysia yang terkenal dari masa lampau sejak beliau kecil lagi.

“Malam ini saya menyanyikan lagu-lagu medley nostalgia Malaysia yang tidak pernah saya menyanyikannya di mana-mana konsert Another Journey ini, istimewanya hanya di Sabah. Ini sepatutnya saya nyanyikan di Kuala Lumpur setahun yang lalu untuk konsert 25 Years Shining saya tetapi hari ini, pengarah muzik saya memberi idea menyanyikan termasuk medley lagu Malaysia ini dan kami baru sahaja berlatih semula (rehearsal), saya sangat teruja dapat mempersembahkannya malam ini.

“Ini memberikan kejutan untuk rakyat Sabah termasuk kejutan untuk diri saya juga kerana ini sebenarnya spontaneous idea malah lagu-lagu nostalgia Malaysia ini saya sudah dengar sejak saya kecil lagi,” ujarnya.

Ditanya mengenai ada berlaku kurang sihat sebelum mengadakan konsert di Sabah oleh kerana cuaca tidak menentu pada ketika ini.

“Alhamdulillah sihat, beberapa hari ini saya hampir setiap hari menyanyi sebagai penyanyi jemputan di Jakarta, saya menganggap ianya sebagai latihan setiap hari sebelum ke Sabah,” katanya.

Menurutnya, Konsert Another Journey, The Beginning adalah konsert tour untuk album terbaharunya Another Journey sekali gus untuk mempromosikan campuran album lama termasuk lagu-lagu dari album terbaharunya.

“Ini sebenarnya adalah konsert tour saya untuk album Another Journey, The Beginning iaitu campuran beberapa lagu lama tapi seluruh album baharu saya sudah nyanyikan pada konsert malam ini,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/10/konsert-rossa-beri-pengalaman-luar-biasa-peminat-di-sabah/feed/ 0 46326