beri peluang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Feb 2023 08:11:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png beri peluang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPM disaran beri peluang anak jati Sabah isi kekurangan guru di negeri ini – KGKS https://sabahmedia.com/2023/02/08/kpm-disaran-beri-peluang-anak-jati-sabah-isi-kekosongan-tenaga-pengajar-di-negeri-ini-kgks/ https://sabahmedia.com/2023/02/08/kpm-disaran-beri-peluang-anak-jati-sabah-isi-kekosongan-tenaga-pengajar-di-negeri-ini-kgks/#respond Wed, 08 Feb 2023 08:04:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29239
Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan pengambilan guru dari kalangan anak jati Sabah untuk mengisi kekurangan guru di negeri ini.

Presidennya Mohd Kifflee Alli berkata,
ini adalah susulan isu pengangguran yang serius di Sabah dan perlu dilihat secara holistik serta ditangani secara bersama oleh semua pihak, salah satunya melalui penglibatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memanfaatkan tenaga graduan daripada kalangan anak jati di negeri Sabah sebagai pendidik.

“Mewakili siswazah dan belia yang sedang menganggur di Sabah, kami Kesatuan Guru- Guru Kerajaan Sabah menyarankan agar Kementerian Pendidikan Malaysia memberi peluang kepada graduan daripada kalangan anak jati Sabah untuk mengisi kekurangan guru di negeri ini.

“Ini adalah sebagai langkah mengatasi kadar pengangguran selain bagi mengelakkan lebih ramai tenaga kerja di negeri ini berhijrah ke luar untuk mencari rezeki,” katanya pada sidang media di pejabat KGKS di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan kutipan data yang dibuat oleh KGKS, terdapat seramai 111 orang
graduan di negeri ini ingin memohon menjadi guru manakala 74 orang calon yang sudah memohon Contract Of Service (COS) pada tahun 2021 namun tidak dipanggil untuk ditemuduga.

“Justeru, kami mencadangkan agar KPM segera melaksanakan tindakan serampang dua mata dengan mewujudkan permohonan khas jawatan guru kepada graduan anak jati negeri Sabah sebagai langkah mengatasi masalah kekurangan guru sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di negeri bawah bayu ini.

“Selain itu, KGKS juga memohon supaya guru-guru COS yang sedang berkhidmat dan masih berstatus kontrak agar dipermudahkan laluan mereka menjadi guru tetap sekiranya mempunyai kelayakan,” tegasnya.

Terdahulu, memetik laporan berita Bernama baru-baru ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon supaya Kementerian Pendidikan menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru termasuk di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, berkata, kekurangan guru di Sabah dan Sarawak antaranya disebabkan dasar hanya 10 peratus kuota guru dari Semenanjung yang boleh ditempatkan di wilayah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Mohd Kifflee turut memaklumkan data kadar pengangguran di Sabah pada suku ketiga tahun lepas iaitu 8.2 peratus seramai 174,200 orang perlu dilihat secara serius.

“Kami tidak mahu lebih ramai bakat di negeri ini keluar berhijrah keluar seperti apa yang berlaku pada tahun 2020 apabila seramai 45,900 orang tenaga kerja Sabah dilaporkan oleh Kementerian Sumber Manusia berhijrah mencari peluang kerja di luar. Ini merupakan isu ‘brain drain’ yang sangat kronik bagi negeri ini.

“Oleh itu, mekanisme terbaik yang boleh diambil oleh sektor pendidikan pada ketika ini bagi menangani isu kekurangan guru di Sabah adalah dengan memanfaatkan terlebih dahulu bakat dalam kalangan graduan siswazah negeri ini yang ingin menjadi guru,” ujarnya.

Tambah beliau, bukan sahaja isu kekurangan guru dapat diatasi, malah sedikit sebanyak KPM juga akan dianggap prihatin terhadap masalah pengangguran dan kehilangan tenaga mahir di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/08/kpm-disaran-beri-peluang-anak-jati-sabah-isi-kekosongan-tenaga-pengajar-di-negeri-ini-kgks/feed/ 0 29239
Kekalkan kestabilan Kerajaan Negeri, beri peluang untuk merealisasikan visi SMJ – Jamain https://sabahmedia.com/2023/01/31/kekalkan-kestabilan-kerajaan-negeri-beri-peluang-untuk-merealisasikan-visi-smj-jamain/ https://sabahmedia.com/2023/01/31/kekalkan-kestabilan-kerajaan-negeri-beri-peluang-untuk-merealisasikan-visi-smj-jamain/#respond Tue, 31 Jan 2023 06:53:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28797
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kestabilan Kerajaan Negeri Sabah perlu dikekalkan sehingga penggal ke-16 Sabah tamat, untuk memberi peluang kepada kerajaan merealisasikan visi Sabah Maju Jaya (SMJ) menjelang tahun 2025.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Jamain Sarudin berkata, kemelut politik Sabah hampir reda, apabila Ketua Menteri menyusun semula pentadbiran negeri termasuk merombak kabinet pada 11 Januari.

Justeru itu, katanya, masa ini bukan masa berpolitik, akan tetapi masa bekerja untuk menunaikan janji-janji pilihan raya negeri pada September 2020.

“Kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berada pada landasan betul, seperti mana dibuktikan menerusi kutipan hasil negeri pada Tahun 2022 yang berjumlah RM6.97 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jamain yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, era kepemimpinan negeri masa ini, bukan sahaja memastikan isu-isu tertangguh dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaksanakan, akan tetapi juga merealisasikannya.

Katanya, salah satu pencapaian kerajaan hari ini, apabila Geran Khas Persekutuan meningkat berkali ganda, yang mana untuk Tahun 2023 berjumlah RM260 juta, dan dijangka akan terus meningkat menjelang tahun 2026, apabila formula pengiraan dimuktamadkan.

Oleh itu beliau turut mencadangkan mana-mana pihak, agar memberi kepercayaan pada kepemimpinan negeri untuk terus mengurus negeri tanpa gangguan atau campur tangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/31/kekalkan-kestabilan-kerajaan-negeri-beri-peluang-untuk-merealisasikan-visi-smj-jamain/feed/ 0 28797