Beri Sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 20 Mar 2022 11:07:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Beri Sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MUTIARA GRS Beri Sumbangan Kepada Rumah Ibadat, Balairaya Di Tiga Mukim DUN Kundasang https://sabahmedia.com/2022/03/20/mutiara-grs-beri-sumbangan-kepada-rumah-ibadat-balairaya-di-tiga-mukim-dun-kundasang/ https://sabahmedia.com/2022/03/20/mutiara-grs-beri-sumbangan-kepada-rumah-ibadat-balairaya-di-tiga-mukim-dun-kundasang/#respond Sun, 20 Mar 2022 10:53:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13232
Read Time:1 Minute, 34 Second

RANAU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menghulurkan sumbangan kepada tiga mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

Linda (dua dari kanan) menyampaikan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah kepada Ustazah Muna Said di Masjid Al-Syarif.
Linda (dua dari kanan) menyampaikan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah kepada Ustazah Muna Said di Masjid Al-Syarif.

Mukim yang tebabit ialah Mukim Perancangan, Pinawantai dan Timbua.

Bagi Mukim Perancangan, sumbangan keperluan dapur seperti dapur gas, alat memasak diberikan kepada dua pihak gereja iaitu Gereja Roman Catholic (RC) Kg. Perancangan, Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kg. Nalumad dan Balairaya Kg. Takutan.

Begitu juga bagi Mukim Pinawantai, di mana sumbangan disalurkan kepada gereja RC Kg. Togop Darat dan Balairaya Kg. Togop Laut.

Manakala Mukim Timbua menerima sumbangan Al-Quran, buku Yassin dan sejadah daripada isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang DiPertua Mutiara GRS, yang diserahkan kepada Masjid Al-Syarif di Kg. Timbua dan Surau At Taqwa di Kg. Merungin 2.

Sumbangan yang disalurkan ke masjid dan surau akan digunakan oleh pelajar wanita Islam Timbua dan jemaah di situ.

Kesemua sumbangan berkenaan disampaikan oleh isteri kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datin Linda Ewit di sini, hari ini.

“Saya ingin mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Penaung MUTIARA GRS dan Datin Seri Julia Salag atas sumbangan ini,” kata Linda yang juga Naib Dipertua Mutiara GRS.

“Kita berharap akan mendapat meneruskan aktiviti kebajikan seperti ini pada masa akan datang. Saya dan Wanita PBS N36 Kundasang akan berusaha dan semoga Tuhan memberkati Kita semua,” ujarnya.

Linda juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama diberikan oleh Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang yang diketuai oleh Martina Payak dan semua yang terlibat.

Sehubungan itu, Linda turut memberikan penghargaan kepada syarikat pengeluar makanan Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad yang sudi menyumbangkan susu Dugro untuk disalurkan kepada penduduk kampung dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/20/mutiara-grs-beri-sumbangan-kepada-rumah-ibadat-balairaya-di-tiga-mukim-dun-kundasang/feed/ 0 13232
NGO Beri Sumbangan Kepada 50 KIR di Ranau https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/#respond Mon, 28 Feb 2022 05:28:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12587
Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Persatuan Peranakan Tionghua Ranau Ranau telah menghulurkan sumbangan kepada 50 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Gusi.

Sesi penyerahan sumbangan bakul makanan ini diadakan di Balairaya Kg Gusi, kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menghargai komitmen dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang terus menghulurkan sumbangan dan membantu golongan yang memerlukan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada persatuan ini atas keprihatinan dalam usaha membantu masyarakat khususnya di Ranau.

Selain ifu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan semua yang terlibat sama menjayakan program ini.

“Kesemua KIR ini adalah keluarga murid sekolah daif,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peranakan Tionghua Ranau, Aldem Chia berkata, pihaknya telah memberikan sumbangan seumpama ini sejak tahun lalu lagi.

“Golongan sasar ialah mereka yang terkesan akibat Covid-19, seperti ibu tunggal dan kanak-kanak istimewa,” katanya, sambil menambah pihaknya bekerjasama dengan Pusat Dalam Komuniti (PDK) seperti di daerah Ranau dan Tuaran.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK); Abdul Rashid Abdul Halim, Guru Besar SK Gusi, Julai Salim; ketua kampung dan beberapa ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/28/ngo-beri-sumbangan-kepada-50-kir-di-ranau/feed/ 0 12587