Berintegriti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Apr 2023 09:33:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Berintegriti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Budaya kerja beretika, berintegriti penting dalam perkhidmatan kepada masyarakat – Shahelmey https://sabahmedia.com/2023/04/14/budaya-kerja-beretika-berintegriti-penting-dalam-perkhidmatan-kepada-masyarakat-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2023/04/14/budaya-kerja-beretika-berintegriti-penting-dalam-perkhidmatan-kepada-masyarakat-shahelmey/#respond Fri, 14 Apr 2023 09:33:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32752
Read Time:48 Second

PUTATAN: Budaya kerja yang beretika dan berintegriti merupakan aspek penting dalam kita memberi perkhidmatan kepada masyarakat, kata Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Katanya, meningkatkan budaya kerja berkualiti dalam memberi khidmat kepada masyarakat, ianya penting untuk kecemerlangan sesebuah organisasi dan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Suburkan jaringan kerja yang baik diantara jabatan, agensi, dan juga masyarakat setempat untuk kesejahteraan semua,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap semasa majlis Riang Ria Raya mengagihkan kuih raya di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat, Putatan, pada Jumaat.

Mengulas mengenai program tersebut, Shahelmey berkata, agihan kuih raya tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada jabatan dan agensi yang ada di daerah Putatan.

“Sumbangan kuih raya ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada semua yang terlibat memberi khidmat kemasyarakatan untuk masyarakat yang ada di sekitar daerah Putatan” jelasnya.

Untuk rekod, tradisi agihan kuih raya sempena menjelangnya Hari Raya ini telah dimulakan semenjak dua tahun lalu oleh Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/14/budaya-kerja-beretika-berintegriti-penting-dalam-perkhidmatan-kepada-masyarakat-shahelmey/feed/ 0 32752
SESB Terapkan Budaya Berintegriti https://sabahmedia.com/2021/11/26/sesb-terapkan-budaya-berintegriti/ https://sabahmedia.com/2021/11/26/sesb-terapkan-budaya-berintegriti/#respond Fri, 26 Nov 2021 04:14:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8899
Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah mewujudkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus bagi tujuan memantapkan budaya integriti dikalangan warga kerja SESB.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB)/SESB Dato’ Sri Hasan Arifin berkata, pembudayaan amalan integriti ini dapat melahirkan warga kerja SESB yang lebih efisien, produktif dan beretika serta mampu untuk mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan dasar dan telah ditetapkan dipatuhi.

“Saya yakin warga SESB sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang baik serta mempunyai semangat integriti yang tinggi selaras dengan seruan kerajaan membentuk modal insan yang cekap, mahir, berkaliber, telus dan amanah.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua warga SESB supaya menjalankan tugas dengan penuh integriti dan ikhlas selaras objektif SESB sebagai satu syarikat yang berpegang teguh kepada tujuan untik bersama-sama memacu pembangunan negeri Sabah bersandarkan kepada aspirasi ‘Untuk Menjadi Utiliti Tenaga Yang Dipercayai’, Berdaya Tahan dan Progresif,” kata Hasan dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Hari Integriti SESB 2021 dan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah SESB 2021-2025.

Hasan berkata dalam majlis secara maya itu diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini , selain lafaz ikrar bebas rasuah, SESB telah berjaya menyiapkan Buku Pelan Anti Rasuah untuk dijadikan sebagai panduan pelaksanaan dan penerapan nilai-nilai murni di SESB selama lima tahun.

“Justeru, saya berharap dengan adanya buku tersebut secara langsung dapat menerapkan nilai budaya integriti, etika kerja yang unggul serta mewujudkan kesejahteraan emosi dalam kalangan warga SESB sekaligus meningkatkan imej SESB,” jelasnya.

Beliau juga mengharapkan penganjuran seminar seperti ini akan memberi makna dan manfaat serta dijadikan tauladan serta sempadan untuk semua warga SESB dalam mengharungi rutin pekerjaan seharian.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Warga SESB dengan pelancaran Buku pelan Anti Rasuah 2021-2025 pada hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ahli Lembaga Pengarah SESB Datuk Seri Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din, Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk TPj Karunanity Y. Subbiah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/26/sesb-terapkan-budaya-berintegriti/feed/ 0 8899