berita palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Jan 2024 23:15:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png berita palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengamal media berperanan bantu tepis berita palsu https://sabahmedia.com/2024/01/27/pengamal-media-berperanan-bantu-tepis-berita-palsu/ https://sabahmedia.com/2024/01/27/pengamal-media-berperanan-bantu-tepis-berita-palsu/#respond Fri, 26 Jan 2024 16:10:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48574
Read Time:1 Minute, 2 Second

Tawau : Pengamal media khususnya di negeri ini berperanan untuk membantu Kerajaan dalam usaha menepis penularan berita palsu kepada masyarakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata lambakan berita palsu di pelbagai platform pada masa kini sering mengelirukan orang ramai.

“Pengamal media dapat membantu dalam membetulkan berita palsu dengan memberikan laporan yang terkini dan sahih bukan semata-mata hanya ingin mendapatkan berita-berita sensasi sahaja.

“Penulisan berimpak tinggi dapat mengubah pemikiran masyarakat bagi menepis berita palsu dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Mesra Media yang dihadiri oleh 13 agensi media di sini semalam.

Nizam turut berkata media merupakan perantara penting dalam merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin melalui liputan serta penulisan yang diterbitkan bagi menjelaskan pelbagai isu.

“Pengamal media tanpa jemu banyak membantu pihak kerajaan dalam membuat liputan berkenaan program pembangunan yang dilaksanakan.

“Pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri perlu disebarkan agar masyarakat dapat melihat sendiri usaha yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan agenda Sabah Maju Jaya dapat direalisasikan,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Azuary Abdul Azis dan Pengerusi Persatuan Pemberita Tawau, Tan Chin Cheng.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/27/pengamal-media-berperanan-bantu-tepis-berita-palsu/feed/ 0 48574