Berjalan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 Jul 2021 09:31:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Berjalan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Unit Vaksinasi Bergerak Tamparuli berjalan lancar https://sabahmedia.com/2021/07/21/unit-vaksinasi-bergerak-tamparuli-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2021/07/21/unit-vaksinasi-bergerak-tamparuli-berjalan-lancar/#respond Wed, 21 Jul 2021 09:31:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3391
Read Time:1 Minute, 48 Second

TAMPARULI: Sistem pengurusan dan penyusunan bagi penerima suntikan vaksin yang diadakan di pusat Unit Vaksinasi Bergerak Dewan Tun Hamdan, Tamparuli adalah sangat baik dan teratur.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pemberian vaksin di pusat itu.

“Kita sangat gembira melihat kemudahan vaksinasi, bilangan suntikan vaksin yang dilakukan, serta kelancaran program vaksinasi,” kata Jahid ketika turun padang bagi meninjau perjalanan proses pemberian vaksin tersebut di Dewan Tun Hamdan, sini, hari ini.

Menurutnya, kesedaran masyarakat semakin meningkat hasil kempen masuk kampung, bersemuka, menerusi maya, keluarga, jiran, kawan-kawan, serta kenalan rapat, turut membantu menjayakan program berkenaan.

Katanya, peranan dan tindakan kepimpinan dari peringkat daerah hingga ke peringkat kampung, juga banyak membantu melancarkan program vaksinasi tersebut.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, yakin perancangan yang strategik tersebut akan dapat membantu mencapai sasaran kerajaan untuk menyelesaikan pemberian vaksin pada bulan Ogos ini.

Beliau juga berharap inisiatif tersebut dapat mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus membentuk imuniti kelompok dengan lebih cepat.

“Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok, dan bagi yang belum mendaftar vaksin, silalah daftar segera bagi menghalang penularan wabak Pandemik COVID-19,” tegasnya.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, berkata, hari ini sebanyak 1,500 suntikan diberi kepada masyarakat Tamparuli daripada keseluruhan yang sudah mendaftar untuk suntikan vaksin tersebut.

Herman berkata, program vaksinasi untuk Tamparuli dan Kiulu itu akan diteruskan sehingga 25 Julai 2021, dengan menyasarkan lebih kurang 6 ribu vaksin diberikan kepada penduduk.

Dalam pada itu, suasana dan aliran trafik di kawasan Dewan Tun Hamdan dilihat terkawal dan rata-rata penerima vaksin yang ditemui, berpuas hati dengan keseluruhan proses berkenaan.

Seorang penduduk dari Kampung Damat, Rico J Sandar, 45 tahun, berkata, beliau sangat gembira kerana akhirnya berjaya mendapatkan suntikan vaksin dos pertama atas usaha pihak kerajaan menerusi kepimpinan di kampung mereka.

“Tidak sakit sedikit pun, rasanya digigit semut lebih sakit, malah saya tidak perasan jarum sudah dicucuk atau belum, tapi saya sempat melihat rupanya jarum sudah dicucuk di tangan saya,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussein, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/21/unit-vaksinasi-bergerak-tamparuli-berjalan-lancar/feed/ 0 3391
Tinjauan Semua Lokasi SJR di Ranau Berjalan Lancar https://sabahmedia.com/2021/06/27/tinjauan-semua-lokasi-sjr-di-ranau-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2021/06/27/tinjauan-semua-lokasi-sjr-di-ranau-berjalan-lancar/#respond Sun, 27 Jun 2021 10:21:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2074
Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Tinjauan semua lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah ini sempena pelaksanaan   Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) Penuh, seluruh negara berjalan dalam suasana yang baik serta lancar.

Kelihatan di lokasi SJR 1, 2 dan 3 di kawasan Ranau pagi tadi mendapati, semua petugas terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan anggota Rela menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira waktu siang atau malam walaupun dalam keadaan hujan dan panas.

Semasa tinjauan ke SJR1 jalan Ranau-Telupid mendapati seramai  4 orang petugas iaitu 2 anggota PDRM dan 2  anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) diketuai Lns.Kpl. Mohd Qayser Roy Mardin dari IPD Ranau, bertugas memastikan semua pengguna jalan raya ada mematuhi  SOP dan peraturan yang ditetapkan sepanjang ‘Lock Down’ bermula 1-14 Jun  dan dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021.

“Seharusnya semua pihak saling menghormati dengan keprihatinan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka (petugas barisan hadapan),” jelas Airinie Abidin salah seorang pengguna jalanraya dari daerahTelupid.

SOP semasa pelaksaan PKP yang patut dipatuhi antaranya setiap satu kenderaan dibenarkan hanya dua penumpang sahaja termasuk  pemandu  kecuali keadaan tertentu dan kecemasan, mempunyai dokumen sah Rentas Daerah dari mana-mana Balai Polis dan memakai pelitup separuh muka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/27/tinjauan-semua-lokasi-sjr-di-ranau-berjalan-lancar/feed/ 0 2074
Agihan Bantuan Bakul Makanan Dun Lamag Berjalan Lancar https://sabahmedia.com/2021/06/23/agihan-bantuan-bakul-makanan-dun-lamag-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2021/06/23/agihan-bantuan-bakul-makanan-dun-lamag-berjalan-lancar/#respond Wed, 23 Jun 2021 08:25:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1808
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Bantuan bakul makanan dibawah program Bantuan Prihatin 3.0 Covid-19 berjalan lancar di seluruh daerah di negeri ini khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Lamag.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri telah memperuntukan sejumlah RM34,366,500 juta untuk bantuan bakul makanan yang telah dan sedang diagih-agihkan kepada penduduk yang terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lamag yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag, Abu Bakar Gapar dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) di kawasan masing-masing diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyampaikan bantuan kepada penerima .

“ Setakat ini di kawasan saya (DUN Lamag) proses agihan berjalan lancar, bagaimanapun masih ada beberapa buah kampung yang masih dalam pengurusan penghantaran disebabkan faktor perhubungan selain pematuhan kepada Prosedur Oeprasi Standrad (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pegerakan(PKP) bagaimanapun saya memberi jaminan semuanya akan menerima bantuan tersebut ” katanya ketika ditemui di sini selepas menghadiri mesyuarat Kabinet negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) hari ini.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya selain agihan bakul makanan (UPPM) Lamag bersama JPKK juga telah diminta untuk menyampaikan maklumat pemberian Vaksin COVID-19 dan dipertanggungjawabkan untuk mendaftarkan penerima yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin.

“ Setakat ini penerimaan rakyat di DUN Lamag terhadap pemberian Vaksin COVID-19 amat positif dan saban hari ada mendaftar dan saya difahamkan pihak Hospital dan Jabatan Kesihatan telahpun turun padang ke kawasan-kawasan kampung yang jauh untuk memberikan vaksin kepada penduduk” tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Sementara itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Lamag berkata, setakat ini lebih dari 3,000.00 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 19 buah kampung telah menerima bantuan bakul makanan mereka masing-masing, hanya tinggal 5 buah kampung yang belum menerimanya.

“ Insyallah Ahad ini kesemua kampung akan menerima bantuan Bakul makanan dimana Bung selaku ADUN Kawasan ini akan menyampaikanya di kampung Balat dan Sangau” katanya

Dalam pada itu Abu Bakar meminta sekiranya ada penduduk yang tercicir dari senarai penerima agar dapat berhubung dengan JPKK masing-masing bagi mempastikan bantuan bakul makanan dapat disalurkan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/23/agihan-bantuan-bakul-makanan-dun-lamag-berjalan-lancar/feed/ 0 1808