berjaya ditahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Sep 2023 02:58:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png berjaya ditahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat suspek lelaki berjaya ditahan terlibat kes bunuh https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/ https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/#respond Mon, 04 Sep 2023 02:45:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41229
Read Time:1 Minute, 44 Second

KENINGAU: Polis berjaya menahan empat suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pekerja ladang sawit dalam kejadian di Kampung Batu 27, Jalan Tenom – Keningau baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Anak Garai berkata, pada 29 Ogos 2023 jam lebih kurang 9.50 malam, pihak polis IPD Keningau telah menerima satu laporan berkaitan satu kejadian kes kematian dari orang awam yang melibatkan seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 47 tahun.

“Hasil siasatan pihak polis, kejadian berlaku pada 27 Ogos 2023 jam lebih kurang 4 petang, seorang lelaki tempatan yang bertugas untuk meronda di kawasan kebun di Kampung Batu 27, Jalan Tenom – Keningau telah melihat mangsa terbaring di dalam rumah kebun dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas.

“Seterusnya mangsa telah dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun pada 28 Ogos 2023, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman otak yang mana terdapat benjolan pada kepala kanan mangsa.

“Punca awal pergaduhan ini disebabkan oleh kesemua empat suspek ini menuduh anak lelaki mangsa sebagai pencuri di kawasan ladang tempat kerja mereka dan ingin mendapatkan penjelasan. Berlaku cabar mencabar diantara mereka sehingga menyebabkan pergaduhan dan kematian mangsa,” kata Yampil ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Yampil, susulan dari maklumat, dua perempuan dan seorang lelaki telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut untuk mengesan empat orang suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Keningau telah berjaya membuat tangkapan secara berasingan terhadap kesemua empat lelaki warganegara Indonesia berumur lingkungan 17 hingga 37 tahun pada 2 September 2023 diantara jam 8 pagi dan 3 petang di kawasan tepi jalan Kampung Bunga Raya Keningau dan hadapan rumah tidak bernombor di ladang sawit Sapong – Tenom.

“Kesemua suspek direman sehingga 7 September 2023. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Yampil turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan masyarakat yang telah membantu sehingga tertangkapnya kesemua suspek.

“Pihak polis juga menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut di media sosial yang akan menjejaskan siasatan pihak polis,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/feed/ 0 41229
Dua suspek pemungut hutang simbah cat merah, berjaya ditahan https://sabahmedia.com/2023/05/31/dua-suspek-pemungut-hutang-simbah-cat-merah-berjaya-ditahan/ https://sabahmedia.com/2023/05/31/dua-suspek-pemungut-hutang-simbah-cat-merah-berjaya-ditahan/#respond Wed, 31 May 2023 14:11:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35547
Read Time:1 Minute, 23 Second

SANDAKAN: Pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya menahan dua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar dan menyimbah cat merah di Sandakan.

Pemangku Ketua Polis Sandakan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berumur 19 dan 35 tahun itu ditahan di Taman Sejati pada pagi kelmarin.

Katanya, tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang pagar depan rumahnya dikunci serta disimbah cat merah di Taman Bahagia, disyaki perbuatan khianat pada 16 Mei lepas.

“Hasil siasatan mendapati kejadian disyaki dilakukan oleh pemberi pinjaman wang online ( Ah Long ) yang mahu menuntut hutang daripada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Hamizi, pemberi pinjaman wang online ( Ah Long ) telah mengupah kedua-dua suspek untuk melakukan jenayah ini.

“Suspek tersebut mula beroperasi sejak akhir tahun lalu menumpukan mangsa di sekitar daerah Sandakan dan Lahad Datu,” katanya.

Tambah beliau, dengan kejayaan tangkapan suspek tersebut, polis berjaya menyelesaikan lima kes yang dipercayai dilakukan oleh suspek.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek berumur 35 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Permohonan reman kedua dua suspek akan dibuat esok di Mahkamah Sandakan.

“Kes disiasat mengikut seksyen 5 ( 2 ) Akta Pemberi Pinjam Wang ( APPW) 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Hamizi menasihatkan kepada orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran skim pinjaman selain dari syarikat perbankan dan meneliti perjanjian sebelum membuat sebarang pinjaman dari Ahlong atau pemberi wang tanpa lesen, jangan sewenangnya muat turun aplikasi yang mencurigakan.

“Disamping itu, sentiasa menukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet dan media sosial sebagai langkah keselamatan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/31/dua-suspek-pemungut-hutang-simbah-cat-merah-berjaya-ditahan/feed/ 0 35547