Berkembang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Dec 2021 10:57:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Berkembang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Akan Pastikan Penjaja & Peniaga Kecil Terus Berkembang Maju https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/#respond Tue, 28 Dec 2021 10:57:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10404
Read Time:1 Minute, 29 Second

TAMBUNAN: Kerajaan akan memastikan penjaja dan peniaga kecil di negeri ini terus berkembang maju seperti sebelum wabak COVID-19 melanda.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau menyedari bahawa sejak dua tahun lalu sukar bagi perniagaan kecil malah ramai yang terpaksa menutup kedai kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan dilaksanakan ketika kerajaan memerangi penularan virus itu.

“Sekarang sektor ekonomi telah dibenarkan dibuka semula, kita semua boleh bernafas lega.

“Justeru, acara hari ini adalah bertujuan untuk memulakan aktiviti komersial di daerah ini dan membantu perniagaan tempatan kita dengan cara yang terbaik,” katanya pada perasmian acara Tamu Besar Tambunan, di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, acara itu adalah inisiatif kerajaan untuk menguji keadaan dan perlahan-lahan memudahkan orang ramai kembali menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) masih berkuat kuasa.

“Kita mahu memulihkan ekonomi domestik kita dengan pesat tetapi harus ingat bahawa wabak itu belum berakhir dan kesihatan awam mesti kekal sebagai keutamaan kita pada setiap masa,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, pejabatnya berdedikasi untuk menjadikan Tambunan sebagai hab penting untuk pertanian dan pelancongan di Sabah. Ini kerana daerah ini dikurniakan tanah yang subur dan sumber asli yang unik yang tidak terdapat di daerah lain.

Dalam pada masa yang sama, Jeffrey turut menyatakan mengenai peningkatan dalam jumlah ternakan yang berkeliaran di jalan awam selain dalam beberapa kes mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa serta harta benda.

“Susulan dengan perkara itu, saya menyokong penuh keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menangkap kesemua ternakan yang ditinggalkan pemiliknya di jalan raya sebagai pengajaran untuk menjaga harta benda mereka dengan lebih baik,” tegasnya.

Beliau berkata, langkah itu akan memastikan Tambunan bersih ketika daerah itu bersiap sedia untuk menyambut kedatangan semula pelancong pada tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/feed/ 0 10404
Industri lembu tenusu Sabah berkembang di bawah Desa https://sabahmedia.com/2021/07/29/industri-lembu-tenusu-sabah-berkembang-di-bawah-desa/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/industri-lembu-tenusu-sabah-berkembang-di-bawah-desa/#respond Thu, 29 Jul 2021 05:36:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3752
Read Time:1 Minute, 5 Second

KENINGAU: Industri lembu tenusu Sabah dijangka akan terus berkembang pesat menerusi Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC), di bawah Desa Keningau Livestock Industries Sdn Bhd (DKLI) yang baharu ditubuhkan.

DKLI ditubuhkan apabila Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh negeri, mengambil alih KILC daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) pada 1 Julai.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau mengharapkan ambil alih projek oleh Desa, industri lembu tenusu negeri akan terus berkembang.

“Ini akan melengkapkan projek ternakan tenusu Desa yang sedia ada di Kundasang, yang kini berjalan lancar,” katanya selepas melawat KILC di Sook, di sini pada Selasa.

Desa kini akan memainkan peranan utama untuk pengembangan industri tenusu dan lembu di Sabah.

Jumlah awal pelaburan modal yang diperlukan untuk pembangunan projek itu dianggarkan berjumlah RM118 juta dan dibahagikan kepada dua fasa.

Fasa pertama projek di bawah SEDIA berjumlah RM57.3 juta telah siap pada 19 Ogos 2013 melalui pembiayaan Persekutuan.

Menerusi usaha baharu ini, DKLI akan melakukan kerja pengembangan dengan kos RM87.83 juta untuk meningkatkan keupayaannya menampung 2,000 ekor lembu tenusu dan daging lembu.

Dengan memiliki kemampuan untuk menempatkan sebanyak 2,000 lembu tenusu, LDKIL menyasarkan pengeluaran susu tahunan sebanyak 8.5 juta liter dan 1,000 ekor lembu yang bersamaan dengan 500 tan metrik daging lembu setahun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/industri-lembu-tenusu-sabah-berkembang-di-bawah-desa/feed/ 0 3752