berkualiti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Jun 2023 10:20:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png berkualiti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KTYS dipuji beri pendidikan berkualiti kepada pelajar https://sabahmedia.com/2023/06/07/ktys-dipuji-beri-pendidikan-berkualiti-kepada-pelajar/ https://sabahmedia.com/2023/06/07/ktys-dipuji-beri-pendidikan-berkualiti-kepada-pelajar/#respond Wed, 07 Jun 2023 10:20:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35925
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji pihak pengurusan, pensyarah dan kakitangan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) kerana memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajarnya.

Katanya, pelajar-pelajar KTYS diterapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, malah mereka juga dididik rasa hormat yang mendalam terhadap warisan budaya yang terdapat di negeri ini.

“Dedikasi pihak pengurusan, pensyarah dan kakitangan dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar amatlah dipuji. Dengan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan rasa hormat yang mendalam terhadap warisan budaya kita menunjukkan anda sedang membentuk pemimpin masa depan,” katanya.

Christina memukul gong sebagai simbolik perasmian sambutan Pesta Kaamatan KTYS 2023 sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Haji Samin Ongki (dua kanan) dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman (kiri).

Christina berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Sambutan Pesta Kaamatan KTYS 2023, di Kampus Induk Sembulan di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Haji Samin Ongki dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman.

Christina berkata tahun ini di bawah tema “Kaamatan Membudayakan Perpaduan” menekankan kepentingan perpaduan dalam memelihara dan mempromosikan tradisi kita yang pelbagai.

“Saya memuji penganjur atas dedikasi dan kerja keras mereka dalam menyusun acara yang luar biasa ini. Pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau mempamerkan bakat dan kecantikan pelajar anda yang luar biasa.

“Persembahan ini adalah bukti semangat dan komitmen yang telah anda laburkan dalam memelihara warisan budaya kita. Saya berbangga dengan setiap daripada anda, dan saya pasti bakat anda akan terus berkembang dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

“Sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, saya amat menyedari peranan yang dimainkan oleh budaya dalam mempromosikan industri pelancongan negeri kita dan memupuk perpaduan sosial,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, kepelbagaian budaya Sabah adalah sumber kebanggaan dan kekuatan yang besar. Justeru, beliau turut menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam perayaan seumpama ini.

“Melalui acara seperti perayaan hari ini, kita boleh berkongsi tradisi, memperdalam pemahaman antara satu sama lain, dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/07/ktys-dipuji-beri-pendidikan-berkualiti-kepada-pelajar/feed/ 0 35925
Pitas komited lahirkan lebih ramai pelapis sukan bola sepak berkualiti https://sabahmedia.com/2023/05/29/pitas-komited-lahirkan-lebih-ramai-pelapis-sukan-bola-sepak-berkualiti/ https://sabahmedia.com/2023/05/29/pitas-komited-lahirkan-lebih-ramai-pelapis-sukan-bola-sepak-berkualiti/#respond Mon, 29 May 2023 10:43:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35387
Read Time:1 Minute, 21 Second

PITAS: Daerah Pitas terus komited dalam melahirkan lebih ramai pelapis sukan bola sepak yang berkualiti.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap merangkap Presiden SAFA, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini dapat dilihat dengan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Pitas bersama SAFA Daerah Pitas yang bertujuan bagi mencungkil bakat-bakat baharu di daerah ini.

“Ia juga dilihat mampu menarik minat belia terhadap sukan bola sepak serta dalam masa sama mengeratkan perpaduan sesama masyarakat.

“Diharap penganjuran program seumpama ini mencapai objektifnya seterusnya dapat melahirkan bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi tinggi diketengahkan.

“Dalam pada itu, SAFA juga dalam masa terdekat akan bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini bagi merangka pelan-pelan pembangunan dan perancangan terhadap perkembangan bola sepak negeri Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN N3 Pitas bersama SAFA Daerah Pitas disini, pada Ahad.

Sementara itu, ADUN N3 Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata kejohanan yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu usaha dalam melahirkan bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi yang ada di daerah ini.

“Kejohanan seumpama ini sangat-sangat diperlukan oleh warga belia daerah ini untuk memastikan bakat mereka berjaya dicungkil.

“Diharapkan juga semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini dapat mempamerkan kemahiran masing-masing serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan selama sebulan bermula 1 Jun bagi merebut hadiah yang ditawarkan berjumlah lebih RM30,000.

Hadir sama, Pegawai Daerh Pitas, Nahalan Mehdunah, Timbalan Presiden II SAFA, Datuk Awang Kadin, Naib Presiden II SAFA, Rafie Robert dan Pemenang Pingat Emas Pencak Silat Sukan Sea Kemboja, Norsyakirah Muksin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/29/pitas-komited-lahirkan-lebih-ramai-pelapis-sukan-bola-sepak-berkualiti/feed/ 0 35387