berniat jahat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Nov 2024 07:12:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png berniat jahat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakaman video telah disunting, berniat jahat – Arsad https://sabahmedia.com/2024/11/16/rakaman-video-telah-disunting-berniat-jahat-arsad/ https://sabahmedia.com/2024/11/16/rakaman-video-telah-disunting-berniat-jahat-arsad/#respond Sat, 16 Nov 2024 07:08:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63831
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari, tampil memberi penjelasan berhubung rakaman video yang tular baru-baru ini, menyatakan bahawa perbualan dalam video tersebut dilakukan secara berseloroh dan bukan dalam konteks serius.

Menurut beliau, rakaman itu telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat bagi merosakkan reputasi beliau.

“Ia adalah komunikasi bersifat ringan, yang kini telah dimanipulasikan untuk memberi gambaran negatif terhadap saya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arsad turut menafikan tuduhan bahawa beliau menerima komisen atau ‘jolok’ dalam mana-mana projek, dengan menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah yang tidak berasas.

Beliau juga memperjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan menyalahkan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah, atau Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri, seperti yang didakwa dalam video berkenaan. Tuduhan kononnya projek beliau dihalang serta penglibatan ADUN lain seperti Kawang, Pantai Dalit, Tanjung Batu, dan Labuk juga disifatkan sebagai putar belit.

“Saya hanya merujuk kepada cabaran dalam melaksanakan projek besar di Sabah, di mana proses kelulusan melibatkan banyak pihak dan tahap prosedur yang tinggi,” tambah beliau.

Untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil, Arsad telah membuat laporan polis dan pihak peguamnya sedang meneliti tindakan undang-undang terhadap individu atau pihak yang terus menyebarkan maklumat salah.

“Saya bersedia dan komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain sekiranya diperlukan,” tegas beliau.

Beliau turut menggesa semua pihak, termasuk media, agar bersikap objektif dan adil dalam melaporkan isu ini.

“Berikan ruang kepada proses undang-undang dan elakkan menjatuhkan sebarang hukuman atau kesimpulan yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya.

Laporan ini hadir di tengah-tengah perhatian terhadap integriti pemimpin di Sabah, dengan komitmen Arsad untuk memastikan isu ini diselesaikan secara adil dan telus.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/16/rakaman-video-telah-disunting-berniat-jahat-arsad/feed/ 0 63831
Serangan peribadi terhadap Hajiji bermotifkan politik, berniat jahat https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/ https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/#respond Tue, 10 Oct 2023 14:01:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43441
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu permohonan tanah di Pulau Balambangan, Kudat itu secara jelas bermotifkan politik dan berniat untuk mencalarkan imejnya yang begitu bersih, kata Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau turut menyifatkan keperibadian dan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor yang lemah lembut dan tidak pandai menghentam pihak lawan menyebabkan beliau diserang secara peribadi.

Katanya, keperibadian yang begitu baik tidak mungkin akan bertindak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Saya cukup kenal keperibadian Ketua Menteri. Saya percaya beliau tidak akan berani dan tergamak menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi.

“Jika benar berlaku salah guna kuasa seperti didakwa, buat sidang media secara terbuka. Jangan berselindung di sebalik media sosial dimana identiti pihak menuduh tidak dikenali.

“Tuduhan berniat jahat sebegini adalah satu tindakan tidak wajar dilakukan oleh pembangkang,” kata Pandikar Amin pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, proses permohonan tanah oleh ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Thomas Ha itu dibuat secara telus melalui proses undang-undang yang sah. Ahli perniagaan itu melihat Pulau Balambangan berpotensi untuk pembangunan industri penternakan maka, beliau mengemukakan permohonan tanah mengikut prosedur sedia ada.

Katanya, memang terdapat sebahagian tanah untuk pembangunan industri silika di Pulau Balambangan namun, perjanjian yang ditandatangani antara anak syarikat Yayasan Sabah dan syarikat dari Sarawak semasa pemerintahan Parti Warisan telah dibatalkan kerana tidak memenuhi syarat tertentu.

“Sekiranya gambar Ketua Menteri bersama Thomas Ha menjadi kayu pengukur tentang kredibilitinya sebagai pemimpin, harus diingat Thomas Ha juga pernah bergambar bersama Mohd Shafie Apdal semasa beliau menjadi Ketua Menteri.

“Sedangkan pemimpin itu ada kalanya kenal mahupun tidak dengan orang yang bergambar bersamanya jadi, janganlah pemimpin bergambar dengan sesiapa,” katanya.

Pandikar Amin juga mahu agar siasatan dilakukan terhadap individu yang membocorkan dokumen sulit kerajaan sehingga ia ditularkan dalam laman media sosial.

Katanya, politik itu berkisar kepada persepsi atau sangkaan buruk maka, wajar laporan polis dibuat dan mudah-mudahan kebenaran sebenar akan terungkai.

Beliau yakin apa juga tindakan dibuat oleh Hajiji, segala tindakan dibuat adalah mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/feed/ 0 43441