Bernilai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 Sep 2023 12:07:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bernilai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rokok seludup bernilai RM5 juta dirampas https://sabahmedia.com/2023/09/15/rokok-seludup-bernilai-rm5-juta-dirampas/ https://sabahmedia.com/2023/09/15/rokok-seludup-bernilai-rm5-juta-dirampas/#respond Fri, 15 Sep 2023 12:07:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41895
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas sebanyak 5.933 juta batang rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup bernilai lebih RM5 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Luyang, di sini, Rabu lalu.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman berkata, Operasi serbuan dijalankan Unit Operasi Penguatkuasaan dengan kerjasama Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) pada jam 7 malam dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan adalah menyimpan barang tidak berkastam dengan cara menyembunyikan di dalam rumah kediaman sebagai stor untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Semua rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM1.186 juta manakala anggaran nilai cukai dan duti terlibat berjumlah RM4.034 juta,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan JKDM Zon Sabah, di sini, hari ini.

Mohd Nasir berkata, suspek masih ditahan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 dan tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 mengikut mana yang lebih besar.

“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

Mohd Nasir menyeru kepada masyarakat supaya membantu pihak JKDM dalam usaha memerangi jenayah penyeludupan khususnya membabitkan rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti penyeludupan yang bukan saja merugikan hasil negara tetapi juga mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke mana-mana pejabat JKDM yang terdekat. Pihak JKDM juga memberi jaminan, identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/15/rokok-seludup-bernilai-rm5-juta-dirampas/feed/ 0 41895
Pelajar Sabah Finalis Global Student Prize Bernilai RM445,000 https://sabahmedia.com/2022/07/23/pelajar-sabah-finalis-global-student-prize-bernilai-rm445000/ https://sabahmedia.com/2022/07/23/pelajar-sabah-finalis-global-student-prize-bernilai-rm445000/#respond Fri, 22 Jul 2022 21:25:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=18917
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KENINGAU: Seorang pelajar dalam kursus Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Keningau, Alesyah Asa, telah terpilih sebagai salah satu calon 50 terbaik bagi anugerah Global Student Prize tahun 2022 anjuran Chegg.org yang berpusat di Amerika Syarikat.

Juara pertandingan akan menerima wang berjumlah US$ 100,000.00 yang bersamaan dengan Ringgit Malaysia 445,000.00.

Alesyah Asa, 20, anak jati kelahiran Nabawan, Keningau itu merupakan satu-satunya pelajar dari Sabah sekaligus mewakili Malaysia yang berjaya melayakkan diri untuk anugerah ini pada tahun 2022. Ianya merupakan anugerah pelajar paling berprestij di dunia.

Terdapat lebih dari 7000 pencalonan dari 150 buah negara dan hanya 50 yang terbaik disenarai pendek untuk anugerah ini.

Menurut Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, pelajarnya Alesyah Asa berjaya menjadi finalis atas pencapaian dan sumbangannya dalam bidang inovasi, science, technology, engineering, and math (STEM), program pertukaran budaya dan hackathon.

“Alesyah telah pernah mengetuai kumpulannya memenangi pertandingan hackathon anjuran UNESCO pada tahun 2020 berkenaan dengan literasi maklumat dan mereka juga merupakan penerima pertama geran STEAM dari The Awesome Foundation, Amerika Syarikat, berjumlah RM4,000 pada tahun yang sama. Dia juga pernah mewakili Malaysia sebagai duta budaya bagi rombongan pelajar kolej itu yang melawat institusi pendidikan di Korea Selatan pada 2019. Pelajar ini aktif menyertai pertandingan inovasi dengan mempertandingkan alat binaan bangunan hasil ciptaanya beserta dengan ahli sepasukan.

“Pencapaian pelajar ini merupakan kebanggaan negara dan ianya membuktikan kualiti pendidikan negara khususnya pendidikan kolej vokasional yang melahirkan pelajar-pelajar yang kompeten, kreatif dan berkarisma,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Johari berharap agar kejayaan ini memberi ilham kepada pelajar-pelajar yang lain untuk merebut peluang yang ada dan mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam bidang yang diminati.

Alesyah turut menyatakan hasratnya sekiranya dia memenangi anugerah ini, dia akan memperkembangkan initiative STEM yang melibatkan robotik, dron dan pencetakan 3D ke sekolah-sekolah lain khususnya di Sabah.

“Alesyah juga ingin membantu membina pusat inovasi di kolej itu untuk membantu para pelajar dan guru membangunkan projek mereka dan ianya juga berfungsi sebagai ruang pameran dan pembentangan sebarang projek inovasi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/07/23/pelajar-sabah-finalis-global-student-prize-bernilai-rm445000/feed/ 0 18917