Beroperasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 09 Dec 2023 05:14:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Beroperasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Solar Berskala Besar Beaufort beroperasi 23 Dis ini https://sabahmedia.com/2023/12/09/projek-solar-berskala-besar-beaufort-beroperasi-23-dis-ini/ https://sabahmedia.com/2023/12/09/projek-solar-berskala-besar-beaufort-beroperasi-23-dis-ini/#respond Sat, 09 Dec 2023 05:05:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46301
Read Time:1 Minute, 16 Second

BEAUFORT: Projek Solar Berskala Besar (LSS) milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Beaufort akan mula beroperasi pada 23 Disember, 2023 dan menyumbang tenaga boleh baharu (RE) ke grid Sabah. LSS itu akan membantu untuk meningkatkan margin simpanan tenaga grid Sabah dan usaha ini sejajar agenda kerajaan memperkasakan penjanaan tenaga yang lebih mesra alam.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata ketika ini Sabah mempunyai margin simpanan tenaga yang rendah iaitu sebanyak 12.1 peratus menyebabkan bekalan elektrik kurang stabil.

“LSS tersebut dikendalikan oleh Beua Energy East Sdn Bhd akan beroperasi dengan kekuatan 16,992 panel solar dan mencapai Tarikh Awal Operasi (IOD) dengan penjanaan sebanyak 6.0MWc,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah melaksanakan satu lawatan kerja ke tapak LSS di Beaufort pada Jumaat.

Lawatan tersebut adalah susulan kepada lawatan kerja awal yang dilaksanakan ke tapak LLS di Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Menurutnya lagi, pengoperasian LSS ini juga akan dapat membantu menangani masalah catuan bekalan yang kerap disebabkan
kekurangan kapasiti penjanaan grid.

“Ini akan meningkatkan margin rizab grid SESB ketika waktu beban puncak.

“Secara tidak langsung, pengoperasian LSS ini juga seiring dengan pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui di Sabah,” tambahnya.

Loji LSS itu adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos 2021.

Kesemua syarikat yang dilantik sebagai pemaju LLS1 dan LLS2 juga akan mengoperasikan loji solar masing-masing bagi membantu menambah bekalan tenaga ke grid Sabah secara berperingkat sehingga Jun 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/09/projek-solar-berskala-besar-beaufort-beroperasi-23-dis-ini/feed/ 0 46301
Loji Solar 10MWac di Sandakan beroperasi hujung November ini https://sabahmedia.com/2023/11/02/loji-solar-10mwac-di-sandakan-beroperasi-hujung-november-ini/ https://sabahmedia.com/2023/11/02/loji-solar-10mwac-di-sandakan-beroperasi-hujung-november-ini/#respond Thu, 02 Nov 2023 03:16:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44582
Read Time:1 Minute, 17 Second

SANDAKAN: Seiring dengan pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui di Sabah, Sabah Electricity Sdn.Bhd. (SESB) bersama dengan SDK Power Sdn. Bhd. (SPSB) akan melaksanakan pentauliahan mula tugas Loji Solar Skala Besar (LLS) di Sandakan pada penghujung November 2023.

Pembangunan loji LSS 10MWac ini merangkumi keluasan 39 ekar dan kemudahan itu akan menempatkan rangkaian 24,672 panel solar yang akan menggunakan kuasa daripada matahari untuk menjana 10MWac elektrik yang bersih.

Ini akan membantu meningkatkan rezab margin grid Sabah yang kini berada pada 12.1 peratus.

SPSB adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos
2021.

Dalam lawatan rasmi ke loji SDK Power LSS baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata beliau optimis dan positif ke atas operasi komersial projek tenaga solar itu.

“SESB memahami keadaan mendesak, dan loji tenaga solar ini akan membantu menangani masalah catuan bekalan yang kerap disebabkan kekurangan kapasiti penjanaan grid. Ini akan meningkatkan margin rizab grid SESB semasa waktu beban puncak.” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis.

Loji LLS berkapasiti 10MWac ini adalah yang terbesar setakat ini di Sandakan dan usaha ini mewakili komitmen SESB untuk membantu mencapai matlamat pembangunan tenaga boleh
diperbaharui di Sabah.

Selain itu, ia melambangkan peranan aktif SESB dalam menyokong agenda negara dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Mohd Yaakob juga berkata sembilan lagi syarikat yang dilantik sebagai pemaju LLS1 dan LLS2 juga akan beroperasi dan membantu grid Sabah secara berperingkat sehingga Jun 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/02/loji-solar-10mwac-di-sandakan-beroperasi-hujung-november-ini/feed/ 0 44582