Berpotensi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 Jun 2023 10:25:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Berpotensi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kunak berpotensi jadi tumpuan pelancong https://sabahmedia.com/2023/06/25/kunak-berpotensi-jadi-tumpuan-pelancong/ https://sabahmedia.com/2023/06/25/kunak-berpotensi-jadi-tumpuan-pelancong/#respond Sun, 25 Jun 2023 10:25:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37130
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kunak berpotensi menjadi tumpuan pelancong seperti tempat-tempat menarik lain yang terdapat di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew sependapat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif bahawa melalui tarikan yang terdapat di Kunak, daerah itu berpotensi untuk menjadi tumpuan pelancong seperti tempat menarik lain di negeri ini.

Norazlinah (kanan) menunjukkan kepada Christina tempat-tempat menarik yang ada di daerah Kunak. – Foto ihsan KePKAS

“Dengan bentuk muka buminya, Kunak dikurniakan aset semula jadi untuk menjadikannya destinasi pelancongan yang ‘mesti dilawati’,” kata Christina.

Tambah beliau, Kunak mempunyai ‘khazanah tersembunyi’ untuk pembangunan pelancongan.

Gua Madai

“Nampaknya, Kunak mempunyai ‘khazanah tersembunyi’ untuk pembangunan pelancongan. Ia mempunyai pulau dan pantai yang cantik yang perlu didedahkan untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

Kolam Air Panas Kunak
Air Terjun Madai

“Kebanyakan rakyat Sabah, yang biasa dengan Kolam Air Panas Poring di Ranau, mungkin tidak menyedari bahawa terdapat juga kolam air panas di Kunak. Dan terdapat Air Terjun Madai yang kurang dikenali, tempat kegemaran penduduk setempat,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Norazlinah, baru-baru ini.

Pulau Maganting
Pulau Boheyan

Beliau menyeru pengendali pelancongan untuk menjadikan Kunak sebagai destinasi persinggahan dalam pakej mereka untuk pelancong yang melancong ke Semporna dari Tawau, memandangkan Kunak hanya 58km dari Lapangan Terbang Tawau.

Justeru, ADUN Kunak itu meminta bantuan menteri untuk meremajakan industri pelancongan di daerah berkenaan dengan menambah baik infrastruktur pelancongan dan menaik taraf kemudahan sedia ada di situ.

Menurut Norazlinah, Kunak menawarkan pilihan pelancongan bersiar-siar atau pelancongan santai atau pelancongan pengembaraan kepada pengembara yang ingin merasai suasana di dalam Gua Madai, yang merupakan habitat bagi sejumlah besar burung walit. Gua Madai dan Air Terjun Madai adalah dalam bidang kuasa Jabatan Perhutanan Sabah.

Memberi taklimat mengenai tempat pelancongan Kunak, Norazlinah berkata pulau-pulaunya, seperti Pulau Boheyan, Pulau Maganting, Pulau Kun Kun dan Pulau Pasir adalah sama indahnya dengan pulau-pulau lain yang terkenal di Sabah.

“Ciri menarik Pulau Boheyan ialah dinding batu bawah air buatan manusia sepanjang 16 meter yang pernah digunakan untuk menghalang kayu balak daripada hanyut. Sebahagian dinding itu kelihatan apabila airnya cetek,” kongsinya.

“Pengusaha pelancongan pernah membawa pengunjung ke sini tetapi malangnya aktiviti pelancongan terhenti akibat pandemik Covid-19.

“Begitu juga dengan hamparan berpasir yang unik di tengah laut dapat dilihat ketika air surut sebab itu aset semula jadi ini dinamakan Pulau Pasir,” jelas Norazlinah.

Norazlinah juga telah menjemput Christina untuk datang dan melihat sendiri apa yang Kunak tawarkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/25/kunak-berpotensi-jadi-tumpuan-pelancong/feed/ 0 37130
Kampung Tajau Laut Berpotensi Menjadi Salah Sebuah Destinasi Pelancongan Desa https://sabahmedia.com/2021/12/07/kampung-tajau-laut-berpotensi-salah-sebuah-destinasi-pelancongan-desa/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/kampung-tajau-laut-berpotensi-salah-sebuah-destinasi-pelancongan-desa/#respond Tue, 07 Dec 2021 07:17:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9470
Read Time:2 Minute, 24 Second

KUDAT: Kampung Tajau Laut yang terletak kira-kira 180km dari Kota Kinabalu berpotensi menjadi salah sebuah destinasi pelancongan desa di persisiran pantai.

Perkampungan nelayan tersebut mempunyai kira-kira 500 penduduk, yang majoritinya adalah dari suku kaum Bajau dan bergantung kepada hasil laut.

Pada masa ini, kampung tersebut hanya terdapat sebuah rumah penginapan iaitu Tajau Laut Guesthouse yang dikendalikan oleh Junaidi Awang Bulat.

Anak jati kelahiran Kudat itu telah menyumbang kepada pembangunan pelancongan di kawasan tersebut dengan membawa pelancong ke kampung itu dan melibatkan masyarakat dalam aktiviti pelancongan.

“Pelancongan di sini masih baru. Saya memulakan aktiviti pelancongan pada tahun 2016. Dengan bantuan penduduk kampung, saya membina rumah penginapan yang diperbuat daripada kayu-kayu yang hanyut,” katanya.

Kini, Tajau Laut Guesthouse mempunyai tiga buah unit rumah penginapan dengan lima bilik tidur keseluruhannya.

Sejak beroperasi, Tajau Laut Guesthouse mencatatkan peningkatan dalam ketibaan pelancong ke penginapan tersebut sepanjang tahun, dengan 589 pengunjung direkodkan pada 2019.

Daripada jumlah itu, 446 pengunjung adalah pelancong warga asing dari Eropah, Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Taiwan, India, Argentina, dan Jepun, antara lain.

Junaidi berkata penduduk kampung telah menyatakan minat untuk membangunkan pelancongan berasaskan komuniti selepas melihat sambutan yang menggalakkan.

Baru-baru ini, unit produk daripada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) melawat ke Kampung Tajau Laut untuk memberi taklimat kepada penduduk kampung mengenai konsep pelancongan berasaskan komuniti selepas melihat potensinya.

Sesi taklimat oleh STB.

Ahli Lembaga STB, Walter Kandayon, pengurus produk STB, Daniel Roman, dan penolong pengurus produk Jason Jay Justin Paujik serta Doren Munting hadir untuk memberikan taklimat tersebut.

Junaidi berkata penduduk kampung menzahirkan terima kasih kepada pihak STB kerana telah datang bertemu dengan mereka.

“Sesi ‘engagement’ sebegini telah meningkatkan kesedaran komuniti kampung tentang keperluan bekerjasama untuk menjadikan Kampung Tajau Laut sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti luar bandar dan kepentingan menjaga kebersihan kampung.

Sebagai permulaan, masyarakat kampung telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu, seperti produk atau aktiviti yang berpotensi untuk diperkenalkan kepada pengunjung akan datang,” katanya.

Buat masa ini, pelancong dan pelawat yang berkunjung ke Kampung Tajau Laut boleh melakukan snorkeling, berkayak, memancing, pemuliharaan karang, dan memasak.

Komuniti kampung tersebut juga bercadang untuk mewujudkan laluan denai bagi aktiviti ‘jungle trekking’ pada masa akan datang.

STB bersama penduduk kampung membantu melakukan pembersihan pantai dengan mengutip sampah.

Semasa sesi engagement tersebut, kakitangan STB bersama-sama dengan penduduk kampung turut melakukan pembersihan pantai dengan mengumpul sebanyak 438kg sampah.

Sampah jenis plastik seperti botol, beg dan pembungkusan makanan merupakan sebahagian besar daripada sampah yang dikumpul.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Noredah Othman, berkata STB sangat menggalakkan penduduk kampung menceburi bidang pelancongan dan membangunkan sumber yang ada di kawasan masing-masing.

“Sejak beberapa tahun ini, Kudat telah menyaksikan pertumbuhan penginapan lebih banyak dan sudah tentu daerah ini mendapat manfaat daripada pertumbuhan ini.

“Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan kami, pihak STB sentiasa berinisiatif membimbing pemilik produk pelancongan dan pengusaha pelancongan dalam mempraktikkan amalan kelestarian,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/kampung-tajau-laut-berpotensi-salah-sebuah-destinasi-pelancongan-desa/feed/ 0 9470