Bersedia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 04 Jan 2023 09:16:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bersedia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Panel jurulatih bersedia jalankan sesi pemilihan pemain pasukan Piala Presiden & Piala Belia 2023 https://sabahmedia.com/2023/01/04/panel-jurulatih-bersedia-jalankan-sesi-pemilihan-pemain-pasukan-piala-presiden-piala-belia-2023/ https://sabahmedia.com/2023/01/04/panel-jurulatih-bersedia-jalankan-sesi-pemilihan-pemain-pasukan-piala-presiden-piala-belia-2023/#respond Wed, 04 Jan 2023 08:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27369
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Barisan panel jurulatih yang telah dilantik sudah bersedia untuk menjalankan sesi pemilihan pemain bagi pasukan Piala Presiden dan Piala Belia untuk saingan musim 2023.

Sesi pemilihan selama lapan hari yang bermula 6 hingga 14 Januari itu akan dijalankan di lapan zon seluruh negeri ini.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), David Wisom berkata, senarai jurulatih yang dilantik adalah dalam kalangan jurulatih yang berkelayakan.

“Antara yang dilantik adalah bekas jurulatih pasukan Sabah seperti Jelius Ating, Justin Ganai, Burhan Ajui, Matlan Marjan, Dzulfaizal Ag Anak, Zallius Robert, Ledy Malantang dan Jasrih Jabirin.

“Pemain yang dipilih untuk kali ini bukan saja untuk dua kejohanan tahun hadapan tetapi juga sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang SAFA.

“Jurulatih yang dipilih adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan mampu mempersiapkan pasukan untuk bersaing dan seterusnya membangunkan mutu bola sepak di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dan taklimat akhir panel pemilih bagi sesi pemilihan pemain bawah 18 dan 20 tahun di Pejabat SAFA, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung, Azman Mastar; Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Shamsuddin Mohd Shah dan Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat.

Menurut David, antara daerah yang terpilih untuk sesi pemilihan berkenaan ialah Beaufort, Keningau, Tawau, Sandakan, Telupid, Kota Marudu dan Tuaran serta Kota Kinabalu.

Beliau turut memaklumkan setiap pemain yang berminat untuk menyertai sesi pemilihan ini boleh mendaftar secara atas talian.

“Maklumat boleh disalurkan menerusi https://forms.gl/LhrjMsquYycmcwVz6 untuk pendaftaran Piala Belia bawah 18 tahun.

“Manakala pemain untuk Piala Presiden bawah 20 tahun boleh disalurkan ke https://forms.gle/LhrjMsquYycmcwVz6,” katanya.

Sementara itu, bekas jurulatih Sabah, Jelius Ating berkata, setiap pemain yang berminat untuk menyertai sesi pemilihan ini digalakkan supaya melakukan persiapan awal.

“Ia bagi memastikan prestasi dan disiplin pemain berada pada tahap terbaik sepanjang sesi pemilihan berkenaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/04/panel-jurulatih-bersedia-jalankan-sesi-pemilihan-pemain-pasukan-piala-presiden-piala-belia-2023/feed/ 0 27369
Sabah Bersedia Mengalu-alukan Kedatangan Pelawat https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/ https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/#respond Wed, 09 Mar 2022 07:01:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12820
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR: Sabah mengalu-alukan kedatangan pelawat sebaik sahaja sempadan negara dibuka mulai 1 April ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah akan mendapat manfaat besar daripada pembukaan semula sempadan negara yang ditunggu-tunggu dan memastikan ia akan dapat membantu ekonomi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Selasa.

“Ekonomi Sabah terjejas teruk sejak penutupan sempadan antarabangsa kira-kira dua tahun lalu kerana pelancongan adalah antara sumber pendapatan utama negeri,” katanya.

Hajiji turut menegaskan keperluan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sabah akan menunggu pengumuman terperinci supaya ia boleh menyelaraskan SOP untuk memenuhi keadaan dan keperluan negeri.

“Manakala dalam beberapa penglibatan saya dengan pemain industri pelancongan, ini (pembukaan semula sempadan) adalah yang sentiasa mereka desak,” ujarnya.

Baru-baru ini, Hajiji mengadakan perbincangan panjang lebar dengan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk K L Tan yang telah merayu untuk pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Perdana Menteri dalam satu pengumuman khas hari Selasa berkata rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh masuk dan keluar negara seperti yang mereka lakukan sebelum pandemik itu.

Pengembara yang telah mendapat vaksin penuh tidak perlu menjalani kuarantin apabila pulang ke Malaysia, sebaliknya, mereka hanya perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dan ketika ketibaan.

Ismail berkata keputusan untuk membuka semula sempadan dibuat berdasarkan “sains dan fakta terkini” mengenai COVID-19, dengan menyatakan bahawa negara lain juga telah mula membuka sempadan mereka.

Sempadan negara telah ditutup sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/09/sabah-bersedia-mengalu-alukan-kedatangan-pelawat/feed/ 0 12820