bersenjata – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 May 2023 11:21:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bersenjata – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga suspek ditangkap, kes rompakan berkumpulan bersenjata https://sabahmedia.com/2023/05/18/tiga-suspek-ditangkap-kes-rompakan-berkumpulan-bersenjata/ https://sabahmedia.com/2023/05/18/tiga-suspek-ditangkap-kes-rompakan-berkumpulan-bersenjata/#respond Thu, 18 May 2023 11:21:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34668
Read Time:59 Second

TAWAU: Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Indah Tawau telah membuat tangkapan tiga suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat berkaitan kes rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata, pada Rabu lalu (17 Mei) jam lebih kurang 4.00 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Indah Tawau telah membuat tangkapan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kes samun di daerah itu.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona milik suspek yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan samun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, ketiga-tiga suspek lingkungan umur 38 hingga 42 tahun berkenaan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Manakala ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati positif dadah jenis metamfetamin.

“Suspek direman tujuh hari bermula 19 hingga 25 Mei 2023 dan Kes Disiasat Di Bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

“Siasatan turut dijalankan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/18/tiga-suspek-ditangkap-kes-rompakan-berkumpulan-bersenjata/feed/ 0 34668
3 suspek samun, serang warga emas dituduh di mahkamah  https://sabahmedia.com/2022/04/29/3-suspek-samun-serang-warga-emas-dituduh-di-mahkamah/ https://sabahmedia.com/2022/04/29/3-suspek-samun-serang-warga-emas-dituduh-di-mahkamah/#respond Fri, 29 Apr 2022 11:10:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14925
Read Time:51 Second

CYBERJAYA — Tiga suspek rompak berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang wanita warga emas dan anak perempuannya dituduh di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar berkata, dua suspek dituduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi suspek dituduh mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan.

“Bermula 27 Mac 2022 sehingga 11 Apr, pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas lima lelaki bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan yang lengkap telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya dan telah mendapat arahan tuduh terhadap tiga orang suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Idzam dilaporkan berkata, warga emas itu yang ingin keluar makan bersama anaknya, disamun dua lelaki bermotosikal bersenjatakan parang.

Berikutan kejadian itu mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan mengalami kerugian dianggarkan RM25,000.

Menurut beliau, kejadian samun yang sempat dirakam orang awam dan tular dalam media sosial itu, menunjukkan suspek menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan menggunakan gunting pemotong, sebelum melarikan diri menaiki motosikal bernombor pendaftaran palsu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/29/3-suspek-samun-serang-warga-emas-dituduh-di-mahkamah/feed/ 0 14925