Bersepadu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 14 Feb 2024 07:33:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bersepadu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kilang klinker simen bersepadu mula dibina sebelum akhir tahun ini https://sabahmedia.com/2024/02/14/kilang-klinker-simen-bersepadu-mula-dibina-sebelum-akhir-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/02/14/kilang-klinker-simen-bersepadu-mula-dibina-sebelum-akhir-tahun-ini/#respond Wed, 14 Feb 2024 07:33:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49480
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Sabah yang menerima pelaburan RM2 bilion untuk membangunkan kilang klinker dan simen bersepadu terbesar di negeri ini dijangka memulakan pembinaannya sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Urusan, Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd (BCS), Michael Kinsuan berkata, pihaknya kini hanya menunggu proses akhir kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS).

” Kami akan memulakan kerja-kerja fasa pertama sebaik sahaja mendapat ‘lampu hijau’ daripada JAS.

” Pada masa kini kita sedang menyediakan kerjasama semua jabatan terlibat sebagai prosedur akhir sebelum mendapat kelulusan daripada JAS, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya pembinaan jalan raya berturap sejauh 26 kilometer (km) akan dilaksanakan terlebih dahulu dari Kampung Matiku, Nabawan ke tapak kilang BCS.

Jelas Michael, bekalan elektrik (39km) dan bekalan air (3km) akan dibina serentak dengan menara telekomunikasi sejauh 60 km yang turut dinikmati penduduk sekitar.

Menurut Michael, kerajaan negeri telah mewartakan 700 ekar untuk tapak kilang dan kuari di Bukit Sinobang, Kampung Kawayoi 130 km dari Pekan Tongod.

Kawasan seluas 500 ekar diperuntukan untuk tapak kuari klinker, sementara 200 ekar lagi untuk tapak kilang, pembungkusan, pejabat operasi dan kurtes pekerja.

Jelasnya, seramai 1,000 tenaga kerja diperlukan di mana 20 peratus daripadanya adalah tenaga mahir, manakala selebihnya pekerja separuh mahir serta individu berkelayakan dalam bidang berkaitan.

Michael berkata, terdapat enam bahan utama yang diadun untuk dijadikan klinker sebelum diproses menjadi simen.

Semua bahan mineral itu katanya, ditemui di kawasan cadangan kuari antaranya ialah batu kapur, arang batu, tanah liat, batu pasir dan syal untuk membuat klinker.

Hanya satu bahan, gipsum, yang perlu diimport dari luar negara, tetapi hanya 5 peratus daripada campuran itu diperlukan untuk menghasilkan simen.

Tambah beliau lagi, operasi kilang ini akan dilengkapi dengan mesin automatik dan ia akan dikawal secara digital melalui komputer.

“Stone Roller Conveyor (penghantar rolling batu) akan digunakan sepanjang 3.0 km dari kuari ke kilang pemprosesan simen,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, Michael berkata, BCS juga turut membina klinik kesihatan di Kampung Kawayoi selain menaik taraf bangunan surau dan gereja di kawasan berdekatan.

“Cadangan projek itu dilaksanakan sebuah syarikat tempatan, Setia Alam Setia Sdn Bhd dengan kerjasama SEDCO melalui kontraktor turnkey yang berpangkalan di China,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/14/kilang-klinker-simen-bersepadu-mula-dibina-sebelum-akhir-tahun-ini/feed/ 0 49480
Kerajaan negeri warta 700 ekar tapak kilang klinker & simen bersepadu di Kg Kawayoi https://sabahmedia.com/2024/01/18/kerajaan-negeri-warta-700-ekar-tapak-kilang-dan-simen-bersepadu-di-kg-kawayoi/ https://sabahmedia.com/2024/01/18/kerajaan-negeri-warta-700-ekar-tapak-kilang-dan-simen-bersepadu-di-kg-kawayoi/#respond Thu, 18 Jan 2024 04:31:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48141
Read Time:1 Minute, 46 Second

TONGOD: Kerajaan negeri mewartakan 700 ekar tanah untuk tapak kilang klinker dan simen bersepadu bernilai RM2 bilion di Kampung Kawayoi terletak 130 kilometer dari Pekan Tongod.

Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd (BCS) Datuk Masiung Banah berkata, daripada jumlah keluasan itu, 200 ekar akan digunakan untuk mendirikan kilang dan kuartes pekerja.

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijangka akan melakukan upacara perasmian pecah tanah pada April tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis dialog bersama penduduk terlibat mengenai projek tersebut di Kampung Kawayoi, semalam.

Menurut Masiung, apabila beroperasi, kilang itu bakal menyediakan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan yang akan ditawarkan kepada warga tempatan.

” Selain itu, kilang berkenaan juga akan membina jalan raya berturap sejauh 26 kilometer daripada Kampung Matiku, Nabawan ke tapak kilang di Kampung Kawayoi menerusi Inarad, ” katanya.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, berkata selain pembinaan jalan raya, lebih 5,000 penduduk kampung berdekatan turut menikmati pelbagai kemudahan asas.

Sementara itu, Pengurus Besar BCS, Michael Kinsuan berkata, pihaknya juga akan membina loji air terawat, stesen janakuasa elektrik 40 Megawatt (MW) dan menara telekomunikasi.

Jelasnya, BCS juga akan mendirikan klinik termasuk menaik taraf masjid dan gereja sedia ada di kawasan terbabit untuk kemudahan penduduk tempatan.

“Semua infrastruktur dan kemudahan asas yang disediakan itu akan di nikmati lebih 6,000 penduduk di Kampung Kawayoi, Inarad, Susui, Langga dan Tudingan.

“Pembinaan jalan raya dan kemudahan asas itu menelan belanja sebanyak RM350 juta,” katanya.

Michael berkata, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) juga turut merancang mewujudkan kompleks pekan baharu di Kampung Kawayoi yang dilengkapi dengan kemudahan Balai Polis dan Bomba.

“Apabila beroperasi, kilang klinker dan simen itu mampu mengeluark noan sebanyak 5,000 tan sehari atau 1.5 juta tan setahun bagi menampung keperluan simen di Sabah,” jelasnya.

Beliau memberi jaminan, harga simen akan lebih murah di pasaran tempatan sebaik sahaja kilang itu beroperasi sepenuhnya.

Menurut Michael lagi, selain untuk pasaran tempatan pengeluaran simen itu juga akan dieksport ke negara jiran.

Lawatan turut disertai Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Haizar Razif Hisyam Ajaz Nabizam, Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Oluk, Timbalan Pengurus Besar Sedco, Azrul Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/18/kerajaan-negeri-warta-700-ekar-tapak-kilang-dan-simen-bersepadu-di-kg-kawayoi/feed/ 0 48141