Bersih – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Apr 2024 06:54:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bersih – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pihak berkaitan digesa pantau, selenggara tangki air, salur bekalan air bersih – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/#respond Sat, 27 Apr 2024 06:49:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53576
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Aset-aset khususnya tangki-tangki air di bawah selenggaraan pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa agar sentiasa memantau keadaan aset-aset tersebut dengan baik bagi menyalur bekalan air bersih kepada pengguna.

Ini berikutan tular di media sosial tangki air yang berkarat tidak diselenggara dengan baik dan membekalkan air kotor dan tercemar di salah satu kawasan perumahan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, video yang tular itu bukan di Sabah namun kemungkinan ianya boleh berlaku di negeri ini sekiranya tangki-tangki air tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak berkaitan.

“Justeru, pihak Jabatan Air diminta agar sentiasa menjalankan kawalan secara berkala terhadap tangki-tangki air ini, namun demikian kita perlu membezakan kategori aset-aset yang secara langsung di bawah Jabatan Air atau aset-aset air yang dimiliki oleh individu atau juga pihak pengurusan kawasan perumahan.

“Ini memerlukan kerjasama yang jitu diantara pelbagai pihak yang menggunakan syarat-syarat yang sebenarnya ada yang dikenakan tapi mungkin ada satu kelemahan dalam budaya penyelenggaraan kita,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Sri Putatan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahelmey turut memaklumkan bekalan air terawat yang dihasilkan di loji-loji rawatan air JANS semuanya adalah selamat dan menepati piawaian seperti yang ditetapkan.

Shahelmey bersalaman dengan orang ramai semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.
Wan Azizah bersama Juliah turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan menteri-menteri persekutuan dan negeri lain.

Kira-kira 7,000 orang tetamu hadir pada majlis tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/27/pihak-berkenaan-digesa-pantau-selenggara-tangki-air-salur-bekalan-air-bersih-shahelmey/feed/ 0 53576
Sinergi Inovasi UMS-Industri Hasil Dana MOSTI Atasi Isu Air Bersih Penduduk Kiulu https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/ https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/#respond Mon, 25 Oct 2021 09:53:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7901
Read Time:2 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Projek Bekalan Air Graviti Bersih dan Terawat Mudah Alih di Kampung Rungus Nahaba, Kiulu, Tuaran hasil sinergi inovasi penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan rakan industri dari Syarikat Pembinaan Kiawayan Sdn. Bhd. (PKSB) membantu penduduk di kampung itu menikmati bekalan air bersih yang boleh terus diminum.

Projek hasil dana dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui geran Malaysia Social Innovation (MySI) itu dilaksanakan selama tujuh bulan dengan penglibatan gotong-royong bersama penduduk kampung, dan telah mula beroperasi sejak Julai lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul berkata, projek di kawasan tersebut yang melibatkan inovasi teknologi kejuruteraan dan inovasi sosial membolehkan bekalan air disalurkan ke 30 buah rumah di kampung tersebut.

“Dari aspek kejuruteraan, teknologi membran dan graviti diaplikasikan agar bekalan air dikumpulkan dan ditapis sehingga boleh diminum terus dari paip air, dan kualiti inovasi sebeginilah yang UMS giat usahakan untuk dibawa kepada masyarakat di negeri ini.

“Selain aspek teknikal, inovasi kedua yang penyelidik UMS ketengahkan adalah dengan mewujudkan satu sistem untuk penduduk tempatan melalui pengwujudan jawatankuasa pengurusan dalam kalangan penduduk kampung.

“Ini bagi memperkasakan mereka dari segi kemahiran untuk mengendalikan peralatan yang mesra pengguna agar teknologi yang dihasilkan lebih lestari dan komuniti terlibat boleh menerima teknologi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Program Pemindahan Ilmu Projek Bekalan Air Graviti Bersih Kg. Rungus Nahaba baru-baru ini.

Ramzah turut memaklumkan UMS sememangnya sedang giat melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat seperti projek di Kampung Rungus Nahaba, dan perkara tersebut turut menjadi keutamaan dalam agenda penyelidikan di UMS dalam tempoh dua tahun ini.

“Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan pemacu sosioekonomi dan penyelesaian terhadap pelbagai masalah komuniti di negeri Sabah, selain turut merupakan game changer dalam pelbagai aspek di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya dan Rancangan Malaysia Ke-12.

“Justeru, projek inovasi sebegini yang UMS banyak berkolaborasi dengan pelbagai pihak demi manfaat masyarakat, dan UMS juga melaksanakan projek seumpama di daerah Pitas tetapi dengan teknologi yang berbeza,” kata Ramzah.

Dalam pada itu, Ketua Projek, Profesor Madya Ts. Dr. Gaim James Lunkapis memberitahu, terdapat tiga inovasi utama yang diperkenalkan dalam projek tersebut, iaitu inovasi pengambilan sumber bekalan air, inovasi aliran graviti, dan rumah tapisan teknologi hijau.

“Inovasi ini tidak langsung menggunakan kuasa elektrik, sebaliknya hanya bergantung kepada kuasa aliran graviti secara semula jadi.

“Teknologi ini boleh digunakan di mana-mana kawasan luar bandar yang tidak memiliki bekalan tenaga elektrik, dan tenaga solar juga boleh digunakan untuk mengambil air di bawah tanah,” katanya.

Ujar Gaim, projek itu merupakan sumbangan UMS untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih khususnya di luar bandar yang tidak menerima bekalan air atas faktor kekangan sumber kewangan dan lokasi kawasan agak jauh yang secara konvensional akan menelan kos tinggi bagi melaksanakan sistem perpaipan biasa.

Perasmian projek tersebut disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersilan UMS, Prof. Madya Dr. Jidon Janaun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/25/sinergi-inovasi-ums-industri-hasil-dana-mosti-atasi-isu-air-bersih-penduduk-kiulu/feed/ 0 7901
Inisiatif Pasang Telaga Tiub Untuk Dapat Bekalan Air Bersih https://sabahmedia.com/2021/06/14/inisiatif-pasang-telaga-tiub-untuk-dapat-bekalan-air-bersih/ https://sabahmedia.com/2021/06/14/inisiatif-pasang-telaga-tiub-untuk-dapat-bekalan-air-bersih/#respond Mon, 14 Jun 2021 03:26:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1179
Read Time:1 Minute, 25 Second

14 Jun 2021

[email protected]

BEAUFORT: Prihatin dengan masalah air yang dihadapi oleh rakyat, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh tampil dengan inisiatifnya telah memasang telaga tiub di perkarangan Masjid Nukahan dekat sini, semalam. (13 Jun)

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Klias ketika dihubungi media berkata, tercetusnya idea pemasangan telaga tiub ini memandangkan krisis bekalan air bersih yang masih belum pulih di Daerah Beaufort ini.

“Ini adalah salah satu inisiatif kita bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih apabila ada masalah gangguan air paip.

“Tercetusnya idea ini, semasa saya belajar di Kelantan dahulu, saya melihat penduduk kampung di sana menggunakan telaga tiub untuk mendapatkan bekalan air bersih, jadi mereka tidak ada masalah air walaupun air paip dari kerajaan salurkan menghadapi masalah,” katanya.

“Pemasangan telaga tiub tersebut sangat ringkas dan kosnya juga tidaklah membebankan sangat kepada individu yang ingin membuatnya pada kediaman sendiri iaitu dianggarkan hanya RM1200 dan pemasangannya lebih kurang dalam masa 3 jam ianya akan siap sepenuhnya dan akan menghasilkan air yang bersih daripada mata air di kedalaman lebih kurang 20 kaki dari dalam tanah.

“Saya bercadang akan melaksanakan pemasangan telaga tiub ini secara berperingkat di seluruh kampung seperti di kawasan masjid, surau, sekolah rendah, sekolah agama, dewan dan balai raya,” tambahnya ketika menyaksikan pemasangan telaga tiub tersebut ditemani oleh Pegawai Perhubungan Masjid Klias Ustaz Matjun Mathun.

Isnin juga mengalu-alukan idea ini kepada yang berkemampuan boleh mencuba kaedah tersebut agar keperluan asas air dapat terus dinikmati tanpa ada gangguan kecuali tiada bekalan elektrik menghidupkan waterpump untuk menyedut air dari mata air itu.

Dalam pada itu, semua kos pemasangan telaga tiub kg. Nukahan adalah sumbangan peribadi Datuk Isnin kepada penduduk dan kariah Masjid di Kg. Nukahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/14/inisiatif-pasang-telaga-tiub-untuk-dapat-bekalan-air-bersih/feed/ 0 1179