bertembung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Mar 2024 04:00:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bertembung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Satu maut, seorang parah, Perodua Viva bertembung lori 10 tan https://sabahmedia.com/2024/03/18/satu-maut-seorang-parah-perodua-viva-bertembung-lori-10-tan/ https://sabahmedia.com/2024/03/18/satu-maut-seorang-parah-perodua-viva-bertembung-lori-10-tan/#respond Mon, 18 Mar 2024 04:00:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51225
Read Time:45 Second

TAWAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kemalangan jalanraya di Jalan Apas Balung dekat sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu membabitkan dua buah kenderaan iaitu pertembungan di antara Perodua Viva dan lori 10 tan di lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki tersepit di Perodua Viva dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

“Bagaimanapun, mangsa dalam Perodua Viva seorang disahkan meninggal dan seorang lagi mengalami cedera parah.

“Manakala pemandu lori seorang lelaki berusia 48 tahun hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan awal oleh Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 6.53 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/18/satu-maut-seorang-parah-perodua-viva-bertembung-lori-10-tan/feed/ 0 51225
Wanita maut, kereta dipandu bertembung https://sabahmedia.com/2024/02/25/wanita-maut-kereta-dipandu-bertembung/ https://sabahmedia.com/2024/02/25/wanita-maut-kereta-dipandu-bertembung/#respond Sat, 24 Feb 2024 22:27:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50059
Read Time:1 Minute, 20 Second

BEAUFORT: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan kemalangan di Kilometer 12, Jalan Beaufort – Papar kawasan Lambunau semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.28 petang itu, Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort telah memaklumkan satu kemalangan telah berlaku melibatkan dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Perodua Kembara di lokasi tersebut.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa Toyota Hilux dipandu dari arah Pekan Beaufort menuju ke Membakut. Sampai di lokasi kejadian iaitu KM12, Jalan Beaufort – Papar di kawasan Lambunau, kenderaan Perodua Kembara yang datang dari arah bertentangan cuba untuk memotong namun tidak sempat masuk kembali ke laluan asal lalu bertembung dengan kenderaan Hilux,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Ismail, pemandu Perodua Kembara seorang wanita berumur 46 tahun dari Kg Balibata, Beaufort telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian pada jam 6.33 petang.

“Pemandu Toyota Hilux seorang lelaki berumur 59 tahun yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans, manakala isteri dan dua orang anaknya yang masing-masing berumur enam dan dua tahun telah dibawa sendiri ke Hospital Beaufort oleh waris mangsa untuk menerima rawatan lanjut.

“Isteri pemandu Toyota Hilux dan anaknya yang berumur enam tahun mengalami cedera ringan, manakala anak yang berumur dua tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mayat pemandu Perodua Kembara kemudiannya dibawa ke Hospital Beaufort dengan menggunakan kenderaan PDRM untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/25/wanita-maut-kereta-dipandu-bertembung/feed/ 0 50059
Pelancong maut, bas persiaran bertembung dengan lori di Semporna https://sabahmedia.com/2023/11/02/pelancong-maut-bas-persiaran-bertembung-dengan-lori-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2023/11/02/pelancong-maut-bas-persiaran-bertembung-dengan-lori-di-semporna/#respond Thu, 02 Nov 2023 13:07:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44629
Read Time:1 Minute, 10 Second

SEMPORNA : Seorang pelancong warga China maut selepas bas persiaran yang dinaiki bertembung dengan lori mengakibatkan berlaku kemalangan di Kilometer 21 Jalan Semporna – Tawau, pagi tadi. (2 Nov)

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 11.30 itu apabila sebuah lori jenis Isuzu dari arah Tawau menuju ke Semporna bertembung dengan bas persiaran pelancongan dari arah Semporna menuju ke Airport Tawau.

Katanya, seramai 15 orang pelancong warga China dalam lingkungan berumur 30 hingga 60 an terdiri daripada lima perempuan dan 10 lelaki berada dalam bas tersebut.

“Lori Isuzu yang dipandu oleh suspek yang datang dari arah bertentangan, telah memasuki ke lorong jalan bas persiaran pelancongan berkenaan, lalu melanggar dan mengakibatkan bas tersebut terbabas dan terbalik ke sebelah kiri jalan.

“Dalam kejadian kemalangan ini, salah seorang Lelaki pelancong warga China berumur dalam lingkungan 56 tahun yang juga penumpang bagi bas Persiaran Pelancongan tersebut telah meninggal dunia dan telah dirujuk ke Hospital Daerah Semporna, sementara penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Manakala pemandu lori Isuzu tersebut mengalami kecederaan patah kaki sebelah kanan, dan dirujuk ke Hospital Daerah Tawau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebarang keterangan kes boleh berhubung dengan Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray, di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, di talian 012-3650021 atau 089-782020,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/02/pelancong-maut-bas-persiaran-bertembung-dengan-lori-di-semporna/feed/ 0 44629