Bertenang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Jun 2026 03:01:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bertenang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bertenang dan patuhi arahan pihak berkuasa – Hajiji https://sabahmedia.com/2026/06/08/bertenang-dan-patuhi-arahan-pihak-berkuasa-hajiji/ https://sabahmedia.com/2026/06/08/bertenang-dan-patuhi-arahan-pihak-berkuasa-hajiji/#respond Mon, 08 Jun 2026 03:01:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97891
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menasihati penduduk di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya bertenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa susulan amaran tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang berlaku di Mindanao, Selatan Filipina, pagi tadi.

Hajiji berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di daerah-daerah berkenaan telah diaktifkan bagi menangani situasi tersebut.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan bahawa ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan berkenaan bermula jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.

“Adalah penting untuk rakyat kekal bertenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri sedang memantau keadaan itu dengan rapi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/08/bertenang-dan-patuhi-arahan-pihak-berkuasa-hajiji/feed/ 0 97891