bertugas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 May 2023 07:54:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bertugas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 500 polis trafik bertugas memantau lalu lintas sepanjang bulan Kaamatan di Sabah https://sabahmedia.com/2023/05/08/500-polis-trafik-bertugas-memantau-lalu-lintas-sepanjang-bulan-kaamatan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/05/08/500-polis-trafik-bertugas-memantau-lalu-lintas-sepanjang-bulan-kaamatan-di-sabah/#respond Mon, 08 May 2023 07:49:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33995
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kira-kira 500 termasuk pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini ditugaskan untuk memantau keadaan lalu lintas sepanjang bulan Pesta Kaamatan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, dari segi kesiapsiagaan anggota petugas sepanjang bulan Pesta Kaamataan ini, PDRM membuat perancangan terutama sekali melibatkan lalu lintas.

“Lebih kurang hampir 500 anggota petugas, kita gerakkan untuk memastikan perjalanan keseluruhan Pesta Kamataan sentiasa dalam keadaan selesa.

“Ini termasuk pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM Sabah untuk mengawal lalu lintas bagi seluruh Sabah,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas empat jawatan Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jauteh turut memberitahu jangkaan pada hujung perayaan Pesta Kaamatan ini akan mengalami kesesakan oleh pengunjung yang hadir ke majlis penutupan di Dewan Hongkod Koisaan, Bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Penampang.

“Kita menjangkakan sejumlah pengunjung Pesta Kaamatan ini yang akan hadir ke KDCA tetapi bagaimanapun kita telah kenal pasti beberapa jalan alternatif untuk dilalui oleh pengguna yang akan berurusan antara Kota Kinabalu dan Penampang.

“Nanti kita akan beri nasihat kepada pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan alternatif tersebut,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Jauteh telah menyaksikan Majlis Serah Tugas dan empat ketua jabatan PDRM Sabah yang baharu dilantik iaitu SAC Nik Md Zain Nik Omar sebagai Ketua Jabatan Pengurusan sabah, SAC Azmi Abd Rahim sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, ACP Datin Laila Sagir sebagai Ketua Jabatan Logistik & Teknologi Sabah dan DSP Iyda Ismail sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/08/500-polis-trafik-bertugas-memantau-lalu-lintas-sepanjang-bulan-kaamatan-di-sabah/feed/ 0 33995
70 peratus anggota Maritim Negeri Sabah bertugas di Hari Raya https://sabahmedia.com/2023/04/12/70-peratus-anggota-maritim-negeri-sabah-bertugas-di-hari-raya/ https://sabahmedia.com/2023/04/12/70-peratus-anggota-maritim-negeri-sabah-bertugas-di-hari-raya/#respond Wed, 12 Apr 2023 14:55:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32648
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: 70 peratus anggota Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan bertugas di Hari Raya Aidilfitri demi menjaga keselamatan perairan negara.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, anggota Maritim Malaysia tetap bertugas tanpa mengira masa termasuk pada Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, operasi menjaga keselamatan perairan negara khususnya perairan negeri Sabah turut dipertingkatkan menjelang hari raya tidak lama lagi.

“Maritim Negeri Sabah turut mengaktifkan Operasi Khas Pagar Laut yang telah dilancarkan pada 8 April 2023 yang lepas. Op Khas Pagar Laut ini telah dilaksanakan
pada 9 April sehingga 30 April ini.

“Op Pagar ini dilaksanakan adalah bertujuan mengekang dan memerangi aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan, kemasukan PATI, dan pergerakan bot yang
membawa keluar barang dan penumpang melalui jeti yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Rosli juga memberitahu bahawa kesiapsiagaan aset-aset Maritim Malaysia
berada dala tahap yang optimum siap untuk digerak.

“Sebanyak tiga buah kapal dan 16 buah bot peronda maritim beroperasi setiap hari, jumlah aset yang beroperasi akan bertambah menjelang musim perayaan.

“Maritim Negeri Sabah tetap bertugas dan beroperasi seperti hari-hari biasa, musim perayaan ini juga tidak menjejaskan tugas operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan,” ujarnya.

Tambah beliau, pengusaha feri dan bot penumpang dinasihatkan untuk tidak mengabaikan keselamatan penumpang serta tingkatkan keselamatan dan tidak hanya mementingkan keuntungan.

“Pastikan feri dan bot disediakan jaket keselamatan untuk penumpang serta peralatan keselamatan yang lain turut di sediakan di atas vesel,” tegasnya.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengagihkan kuih raya kepada anggota maritim yang bertugas di hari raya nanti.

Bingkisan kuih raya ini telah diagihkan
kepada Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Pengarah Zon Maritim Labuan, Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Pengarah SWASLA Sabah semalam, di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan.

Dalam pada itu, komuniti maritim juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan laut semasa semasa melakukan aktiviti di laut agar tidak berlaku insiden yang tidak diingini.

Mohd Rosli menyeru kepada semua komuniti maritim untuk menjadi mata dan telinga kepada Maritim Malaysia untuk melaporkan sebarang kegiatan jenayah dan kecemasan di laut melalui talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah yang beroperasi 24 jam di talian 088-387774 dan MERS 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/12/70-peratus-anggota-maritim-negeri-sabah-bertugas-di-hari-raya/feed/ 0 32648