bess – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Jul 2025 08:58:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bess – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah catat lonjakan pengiktirafan BeSS melalui inisiatif BeBAS https://sabahmedia.com/2025/07/28/sabah-catat-lonjakan-pengiktirafan-bess-melalui-inisiatif-bebas/ https://sabahmedia.com/2025/07/28/sabah-catat-lonjakan-pengiktirafan-bess-melalui-inisiatif-bebas/#respond Mon, 28 Jul 2025 08:58:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78106
Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Sabah mencatat peningkatan signifikan dalam Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) sejak inisiatif Premis Bersih Bebas Asap (BeBAS) diperkenalkan pada tahun 2024.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, bilangan premis makanan yang menerima pensijilan melonjak daripada 57 kepada 95 iaitu kenaikan sebanyak 66.6 peratus.

Katanya, ini sekaligus menunjukkan Inisiatif BeBAS yang dilaksanakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan premis makanan bersih, selamat dan berkualiti dan bebas asap rokok.

“Bermula tahun 2024 dan berterusan hingga 2025, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Negeri Sabah menerima banyak permohonan daripada restoran dan premis makanan berangkai di Sabah.

“Ini menunjukkan komitmen yang kuat dari pengusaha makanan di Sabah untuk memastikan premis mereka memenuhi piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi.

“Usaha ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna tempatan, malah turut menyokong sektor pelancongan makanan kita yang semakin berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025, di sini pada Ahad.

Shahelmey berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan ratusan juta kes dilaporkan membabitkan penyakit bawaan makanan setiap tahun.

“Di Malaysia, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan perkaitan antara corak pengambilan makanan dan penyakit tidak berjangkit.

“Selain itu, insiden keracunan makanan masih menjadi perhatian, dan kita dapati sejumlah besar masyarakat, terutamanya warga emas dan remaja, kurang cakna tentang pembacaan label produk makanan.

“KKM melaksanakan pelbagai intervensi bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini dengan hasrat untuk mentransformasikan penjagaan kesihatan dari rawatan (sick care) kepada pencegahan (health care).

“Ini terbukti dengan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif berimpak tinggi seperti pensijilan, pengiktirafan, pelesenan dan pelbagai perkhidmatan lain oleh KKM kepada sektor makanan di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu Shahelmey turut menyeru agar pengguna mengambil peranan aktif dalam memastikan keselamatan makanan.

“Sebagai pengguna, kita juga memainkan peranan penting dalam rantaian keselamatan makanan ini. Kita bertanggungjawab untuk menyemak kesahihan maklumat berkaitan keselamatan makanan sebelum menyebarkannya.

“Sentiasa tingkatkan pengetahuan anda tentang keselamatan makanan dan amalkan konsep mudah “Perhati dan Pilih” serta “Lihat, Hidu, Rasa”. Ini adalah langkah paling asas dan berkesan untuk mengelakkan keracunan makanan dan memastikan makanan yang kita ambil adalah selamat,” katanya.

Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2025 yang bertemakan “Food Safety Science in Action” diadakan pada 7 Jun setiap tahun bagi menyerlahkan peranan sains dalam menjamin makanan yang selamat untuk semua.

Program selama dua hari itu turut menyaksikan beberapa premis makanan di pusat membeli-belah Imago menerima plak pengiktirafan BeSS sebagai simbol kejayaan mereka dalam mencapai piawaian tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/28/sabah-catat-lonjakan-pengiktirafan-bess-melalui-inisiatif-bebas/feed/ 0 78106
BESS terbesar di Asia Tenggara mula beroperasi https://sabahmedia.com/2025/07/02/bess-terbesar-di-asia-tenggara-mula-beroperasi/ https://sabahmedia.com/2025/07/02/bess-terbesar-di-asia-tenggara-mula-beroperasi/#respond Wed, 02 Jul 2025 05:54:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76543
Read Time:1 Minute, 18 Second

LAHAD DATU: Battery Energy Storage System (BESS) berkapasiti 100 Megawatt (MW) dengan simpanan tenaga sebanyak 400 MWj yang terbesar di Asia Tenggara telah mula beroperasi dan dan disambungkan dengan sistem Grid Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata projek yang mula dibangunkan pada September 2024 itu telah membantu menampung kapasiti tenaga rizab simpanan Grid Sabah di waktu puncak sebanyak 50MW dan akan mencapai kapasiti penuh 100MW pada awal Ogos nanti.

“Kita dapat memberikan jaminan dengan adanya bateri ini nanti bekalan kepada pengguna di pantai timur Sabah yang dikatakan berkurangan sedikit sebanyak dapat diatasi,” katanya selepas melakukan lawatan tapak ke lokasi BESS di sini pada Isnin.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Elopura Power Sdn Bhd, Ir.Ts Qaddafi Abdullah Bajerai.

Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata kepercayaan yang diberi pihak Energy Commission of Sabah (ECoS) dan Kerajaan Negeri Sabah kepada Sabah Electricity untuk melaksanakan projek BESS ini digalas dengan penuh tanggungjawab dan sepenuh usaha bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan meningkatkan prestasi bekalan elektrik yang mampan di negeri Sabah.

Lokasi stesen BESS di Jalan Dam, Lahad Datu juga amat strategik kerana mampu menjadi game changer kepada kestabilan penyaluran tenaga elektrik ke dalam Sistem Grid Sabah terutamanya di Kawasan Pantai Timur.

“Projek ini akan dapat meningkatkan kestabilan kapasiti tenaga dalam Grid Sabah, di samping menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Pelaksanaan projek ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mengintegrasikan sumber tenaga boleh diperbaharui.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/02/bess-terbesar-di-asia-tenggara-mula-beroperasi/feed/ 0 76543
Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) Sabah: Isu Ketelusan dan Kebimbangan Subsidi Elektrik https://sabahmedia.com/2024/11/05/projek-sistem-penyimpanan-tenaga-bateri-bess-sabah-isu-ketelusan-dan-kebimbangan-subsidi-elektrik/ https://sabahmedia.com/2024/11/05/projek-sistem-penyimpanan-tenaga-bateri-bess-sabah-isu-ketelusan-dan-kebimbangan-subsidi-elektrik/#respond Tue, 05 Nov 2024 13:12:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63338
Read Time:2 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu – Pengumuman Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk membangunkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) dengan penyimpanan tenaga maksimum 400 megawatt-jam (MWh) di Lahad Datu, Sabah, terus menimbulkan persoalan di kalangan rakyat Sabah.

Projek yang dijangka menjadi projek penyimpanan tenaga bateri terbesar di Asia Tenggara ini bertujuan untuk meningkatkan margin rizab Grid Sabah semasa tempoh puncak serta menyokong pertumbuhan sumber tenaga solar berskala besar. Pembinaannya dijangka dimulakan tidak lama lagi, dengan operasi komersial yang dijadualkan pada 30 Jun 2025.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Junz Wong, menyuarakan kebimbangan mengenai ketelusan pengurusan kewangan projek BESS bernilai RM645 juta ini. Beliau menekankan bahawa orang awam berhak mengetahui peruntukan dan perbelanjaan dana projek tersebut, memberi amaran bahawa tanpa ketelusan, SESB mungkin terus terperangkap dalam isu salah urus kewangan yang telah lama membelenggu syarikat tersebut.

Kebimbangan ini turut timbul berikutan harga pembelian BESS yang dikatakan terlalu tinggi dan hanya dapat ditampung melalui subsidi, dengan dakwaan bahawa pembekal lain menawarkan harga yang lebih rendah.

Dalam menjawab persoalan mengenai kos projek BESS, Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, menjelaskan bahawa keputusan tender bernilai lebih RM100 juta ini dibuat oleh pihak di Kuala Lumpur, bukannya SESB atau Kerajaan Negeri, dan bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam urusan perolehan SESB.

Beliau juga menyatakan bahawa kira-kira 21 syarikat menghadiri taklimat bagi tender tersebut, dengan setiap syarikat memerlukan modal berbayar minimum sebanyak RM5 juta. Enam syarikat telah disenarai pendek, termasuk syarikat-syarikat yang berpangkalan di Sabah. Syarikat-syarikat yang disenarai pendek ini perlu menjadi sebahagian daripada konsortium bersama peneraju antarabangsa.

“Proses pemilihan sangat ketat kerana ini adalah projek pertama seumpamanya di Malaysia,” kata beliau.

Timbul juga kebimbangan tentang kadar tarif yang bakal dikenakan kepada pengguna akhir, sama ada di peringkat domestik mahupun kediaman isi rumah. Untuk rekod, kos penjanaan elektrik adalah 43 sen seunit, manakala tarif yang diluluskan kerajaan sejak tahun 2014 hanya 34 sen seunit, menyebabkan SESB mengalami kerugian 10 sen bagi setiap unit elektrik yang dijual.

Subsidi Elektrik dalam Belanjawan 2025

Dalam pada itu, Madius turut menyuarakan kebimbangannya mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak mempertimbangkan subsidi elektrik bagi Sabah dalam Bajet 2025.

Beliau mempersoalkan sama ada bantuan kepada negara asing dianggap lebih penting berbanding keperluan domestik untuk bekalan elektrik yang stabil. Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menyatakan keperluan subsidi elektrik Sabah untuk tahun 2024 berjumlah RM866 juta, dan tanpa subsidi ini, SESB mungkin menghadapi masalah kewangan yang serius.

Pihak Sabahmedia turut memohon maklum balas daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang memegang saham majoriti dalam SESB dan memiliki pengaruh besar dalam operasi serta tadbir urus SESB.

Wakil TNB yang tidak mahu dikenali menyatakan bahawa TNB hanya bertindak sebagai operator dan tiada kaitan dengan isu subsidi tarif elektrik Sabah malah TNB menggesa agar jawapan rasmi diperolehi daripada Kementerian Kewangan dalam sesi penggulungan Belanjawan kementerian itu nanti.

Keputusan mengenai penghapusan subsidi elektrik untuk Sabah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap perjanjian jual beli BESS yang mungkin melebihi harga tarif yang dibenarkan. Dengan subsidi yang terancam untuk dihapuskan, terdapat kebimbangan besar mengenai masa depan bekalan elektrik Sabah pada tahun hadapan dan seterusnya.

Ini penting memandangkan rancangan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengambil alih sepenuhnya kawalan ke atas SESB dalam tempoh tujuh tahun akan datang, bertujuan meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan bekalan elektrik di negeri tersebut.

Oleh itu, ketelusan Tenaga Nasional Berhad, yang menguasai SESB, dalam memberikan penjelasan tuntas mengenai isu ini adalah penting demi hak dan kepentingan rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/05/projek-sistem-penyimpanan-tenaga-bateri-bess-sabah-isu-ketelusan-dan-kebimbangan-subsidi-elektrik/feed/ 0 63338