Betitik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Aug 2025 10:17:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Betitik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kumpulan Riuh Samah juara Betitik negeri Sabah 2025 https://sabahmedia.com/2025/08/10/kumpulan-riuh-samah-juara-betitik-negeri-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/08/10/kumpulan-riuh-samah-juara-betitik-negeri-sabah-2025/#respond Sun, 10 Aug 2025 10:17:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78975
Read Time:1 Minute, 7 Second

Tuaran: Kumpulan Riuh Samah dari Putatan muncul sebagai Juara Pertandingan Akhir Betitik Peringkat Negeri Sabah sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah di sini, pada Sabtu.

Kumpulan itu menewaskan tujuh pasukan lain dengan memperoleh markah 78 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan N.24 Tanjung Keramat Putatan dengan markah 77.8 peratus dan menerima RM3,500, manakala Kumpulan Sri Mengkabong dari Tuaran di tempat ketiga dengan 76 peratus, membawa pulang RM2,500.

Bagi Anugerah Pakaian Terbaik, Kumpulan Sri Samah dari Kota Belud diumumkan pemenang, manakala Anugerah Pemain Muda Harapan disandang Kumpulan Soro Derio dari Putatan.

Lima kumpulan menerima hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap satu iaitu Sri Ketiau (Putatan), Denyut Tradisi dari Kelab Betitik Kampung Unggun Jaya (Kota Kinabalu), Sri Samah, Soro Derio dan Anak Kedidi Bedinakan (Papar).

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Betitik merupakan muzik tradisional masyarakat Bajausama di Sabah yang dimainkan terutamanya semasa majlis, berfungsi sebagai pengumuman kepada penduduk kampung mengenai acara yang akan berlangsung seperti malam berinai dan majlis persandingan.

Permainan muzik ini biasanya diadakan pada waktu petang dan tidak dimainkan semasa tempoh berkabung atau ketika berlaku kesusahan.

Antara alat muzik yang digunakan termasuk wan (gendang), gong, bebandil dan kulintang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/10/kumpulan-riuh-samah-juara-betitik-negeri-sabah-2025/feed/ 0 78975
Tiga kumpulan Betitik wakili DUN Petagas ke peringkat akhir esok https://sabahmedia.com/2025/08/08/tiga-kumpulan-betitik-wakili-dun-petagas-ke-peringkat-akhir-esok/ https://sabahmedia.com/2025/08/08/tiga-kumpulan-betitik-wakili-dun-petagas-ke-peringkat-akhir-esok/#respond Fri, 08 Aug 2025 09:20:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78805
Read Time:47 Second

Putatan : Tiga kumpulan Betitik mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas berjaya melangkah ke Pertandingan Akhir Betitik Sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 3.0.

Pertandingan akhir itu akan berlangsung di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajausama Sabah
Kg. Lok Batik,Tuaran esok.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pertandingan itu dijadual akan disempurnakan Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Tiga kumpulan yang layak ke pertandingan akhir adalah kumpulan Soro Derio Ulu Putatan; Riuh Sama dan Seri Ketiau.

Terdahulu, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

“Saya berharap ketiga-tiga kumpulan ini mampu meriah kemenangan di peringkat akhir esok.

“Justeru saya juga menyeru penduduk Petagas khususnya untuk sama-sama hadir memberi sokongan kepada kumpulan yang bertanding,” katanya.

Pertandingan akhir Betitik dijadual akan diadakan esok bermula jam 2.30 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/08/tiga-kumpulan-betitik-wakili-dun-petagas-ke-peringkat-akhir-esok/feed/ 0 78805