BIL LETRIK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Jun 2025 09:40:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png BIL LETRIK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Format bil elektrik baharu mudahkan urusan pengguna, elak risiko pemotongan https://sabahmedia.com/2025/06/18/format-bil-elektrik-baharu-mudahkan-urusan-pengguna-elak-risiko-pemotongan/ https://sabahmedia.com/2025/06/18/format-bil-elektrik-baharu-mudahkan-urusan-pengguna-elak-risiko-pemotongan/#respond Wed, 18 Jun 2025 09:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75785
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Format bil elektrik yang baharu diperkenalkan Sabah Electricity (SE) sejak 1 April lalu memudahkan urusan pengguna serta mengurangkan risiko pemotongan bekalan tanpa notis.

Pengerusi SE, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, antara perubahan ketara ialah pemberitahuan tunggakan tidak lagi dihantar secara berasingan dalam bentuk notis berwarna merah jambu seperti sebelum ini.

“Sebaliknya, maklumat tunggakan kini dimasukkan terus ke dalam bil bulanan di bahagian bawah yang turut berwarna merah jambu.

“Sekiranya terdapat tunggakan, amaun akan dinyatakan dengan jelas dan jika kosong, itu bermakna akaun pengguna berada dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pihaknya menyedari terdapat sedikit kekeliruan dalam kalangan pengguna berikutan perubahan pada rupa serta kandungan bil elektrik berkenaan.

“Ramai sudah biasa dengan format lama yang mudah difahami dan terus dibayar. Maka, sebarang perubahan, walaupun kecil sudah tentu menimbulkan persoalan,” katanya.

Menurut beliau, langkah itu diambil bagi memastikan semua maklumat penting disatukan dalam satu bil, sekaligus memudahkan pengguna serta mengelakkan kejadian bekalan elektrik dipotong tanpa amaran jelas.

Beliau turut menggalakkan orang ramai memanfaatkan aplikasi mudah alih mySESB yang membolehkan pengguna menyemak bil terkini, melihat sejarah penggunaan serta membuat bayaran secara dalam talian.

Katanya, setakat ini hanya 180,000 daripada 700,000 pengguna berdaftar yang telah memuat turun aplikasi tersebut.

Dalam pada itu katanya, Sabah Electricity juga kini dalam proses menaik taraf aplikasi tersebut yang dijangka siap menjelang Oktober tahun ini.

“Versi baharu nanti akan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak urusan termasuk permohonan meter baharu serta membuat aduan terus melalui telefon pintar.

“Matlamat kami jelas iaitu untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik, pantas dan mesra pengguna. Semua maklumat penting kini ada dalam satu bil dan satu aplikasi,” katanya.

Madius turut menegaskan komitmen berterusan Sabah Electricity untuk menambah baik perkhidmatannya secara menyeluruh kepada pengguna di Sabah dan Labuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/18/format-bil-elektrik-baharu-mudahkan-urusan-pengguna-elak-risiko-pemotongan/feed/ 0 75785
Kerajaan negeri bantu penduduk kampung bayar bil elektrik tahun depan https://sabahmedia.com/2024/12/04/kerajaan-negeri-bantu-penduduk-kampung-bayar-bil-elektrik-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2024/12/04/kerajaan-negeri-bantu-penduduk-kampung-bayar-bil-elektrik-tahun-depan/#respond Wed, 04 Dec 2024 11:06:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64882
Read Time:28 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM50 juta bagi membantu penduduk kampung yang menghadapi masalah untuk membayar bil elektrik bermula tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara itu sempena Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Negeri Sabah di Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Katanya, inisiatif itu diambil bagi membantu meringankan beban penduduk kampung yang layak dan menghadapi kesusahan dalam membayar bil elektrik mereka.

“Selain itu, mulai tahun depan, kerajaan negeri juga akan membantu sebanyak RM300 kepada ibu bapa miskin tegar di negeri ini, selama setahun,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/04/kerajaan-negeri-bantu-penduduk-kampung-bayar-bil-elektrik-tahun-depan/feed/ 0 64882
Sabah Boleh Ikut Langkah Kerajaan Pusat Tawar Diskaun Bil Elektrik https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-boleh-ikut-langkah-kerajaan-pusat-tawar-diskaun-bil-elektrik/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-boleh-ikut-langkah-kerajaan-pusat-tawar-diskaun-bil-elektrik/#respond Tue, 29 Jun 2021 04:34:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2179
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) mencadangkan kerajaan Sabah mengikut langkah Pusat melaksanakan pendekatan proaktif bagi mengurangkan beban rakyat berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula hari ini.

Ia termasuk memberikan diskaun 30 peratus terhadap bil utiliti seperti elektrik dan air, cukai tanah dan cukai pintu serta mengecualikan bayaran letak kereta dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pembaharuan lesen perniagaan.

Perkara itu disuarakan Presidennya, Datuk Chua Soon Ping yang berpandangan inisiatif terbabit wajar dilaksanakan selepas mengambil kira keadaan dihadapi rakyat Sabah ketika ini yang terjejas berikutan penutupan sebahagian aktiviti ekonomi.

“Kerajaan negeri perlu melaksanakan pakej rangsangan ekonomi dengan memasukkan pemberian insentif seperti diskaun atau pengecualian bayaran untuk meringankan beban rakyat.

“SHAREDA mencadangkan kerajaan negeri bertindak dengan sebaiknya untuk memastikan keperluan mendesak rakyat Sabah dapat diselesaikan, khususnya dalam sektor pembinaan dan hartanah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Banyak perniagaan dan individu berdepan kesukaran dari segi aliran tunai disebabkan jumlah jualan yang rendah atau penurunan pendapatan berpunca daripada pelaksanaan PKP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan Pusat memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut kadar penggunaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Soon Ping berkata, diskaun untuk bil utiliti mengurangkan beban kewangan rakyat yang bekerja dari rumah, selain anak-anak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang menyebabkan penggunaan utiliti isi rumah meningkat.

Pada masa sama, katanya pengecualian bayaran lesen perniagaan dan diskaun untuk cukai tanah serta cukai pintu juga dapat mengurangkan beban kewangan, selain untuk kelangsungan perniagaan setempat.

Sementara itu, beliau berkata, SHAREDA turut berharap pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 untuk sektor industri di Sabah bermula 1 Julai ini berjalan lancar dalam usaha mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

“Kerajaan mesti mempercepatkan program vaksinasi dengan membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam – Swasta (PIKAS) juga perlu diperhebatkan di Sabah. BERITA HARIAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/sabah-boleh-ikut-langkah-kerajaan-pusat-tawar-diskaun-bil-elektrik/feed/ 0 2179