bilik laktasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 12 Mar 2022 10:21:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bilik laktasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JKNS Sedia Bantu Wujudkan Bilik Laktasi Di Premis Kerajaan, Swasta https://sabahmedia.com/2022/03/12/jkns-sedia-bantu-wujudkan-bilik-laktasi-di-premis-kerajaan-swasta/ https://sabahmedia.com/2022/03/12/jkns-sedia-bantu-wujudkan-bilik-laktasi-di-premis-kerajaan-swasta/#respond Sat, 12 Mar 2022 10:21:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12932
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mahu lebih banyak agensi dan jabatan kerajaan mewujudkan bilik laktasi bagi memudahkan kakitangan menyusukan bayi mereka dengan lebih selesa.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, usaha bagi mewujudkan bilik laktasi itu juga berupaya membantu mengekalkan imuniti bayi menerusi pengumpulan dan pemberian susu ibu kepada bayi mereka.

“Pada hari ini adalah sangat istimewa dimana Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah berjaya mewujudkan sebuah bilik laktasi bagi memberi keselesaan kepada kakitangan untuk mengumpul seterusnya menyusukan bayi mereka.

“Saya harap konsep ini akan dapat dilaksanakan di seluruh Sabah terutama di pejabat-pejabat bagi memudahkan ibu mengekalkan imuniti bayi-bayi mereka selain mewujudkan kasih sayang di antara ibu dan bayi itu.

“KPLB Sabah merupakan kementerian pertama di Sabah yang melaksanakan inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKSSI) Sabah di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan) JKNS Shahrulnaz Norhazli Nazri dan Pengerusi AKSSI Sabah Datin Malianah Ugau.

Dr Rose Nani berkata, pelaksanaan bilik laktasi itu juga dilihat baik dari segi sosial, mental ibu dan juga khasiat kepada bayi mereka.

“Bagi pihak JKNS, sudah tentu kami akan memberi bantuan nasihat teknikal dan sebagainya bagi mewujudkan bilik laktasi ini.

“Ini juga merupakan projek Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), bukan sahaja kepada JKNS malah untuk rakyat sejagat dan semua pihak perlu mengambil tanggungjawab bersama,” katanya.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, pihak swasta juga diseru untuk menyahut cabaran bagi mewujudkan bilik laktasi dipremis mereka.

“Sama seperti agensi kerajaan, JKNS akan turut memberi nasihat teknikal bagaimana untuk mewujudkan dan memberi mesej atau pengajaran bagi memberi pengetahuan kepada mereka yang berminat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/12/jkns-sedia-bantu-wujudkan-bilik-laktasi-di-premis-kerajaan-swasta/feed/ 0 12932