bina badan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Jun 2025 05:26:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bina badan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tuaran dipilih tuan rumah ‘Mr Sabah 2025’ https://sabahmedia.com/2025/06/25/tuaran-dipilih-tuan-rumah-mr-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/06/25/tuaran-dipilih-tuan-rumah-mr-sabah-2025/#respond Wed, 25 Jun 2025 05:26:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76146
Read Time:1 Minute, 5 Second

Tuaran : Daerah Tuaran dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan Bina Badan, Mr Sabah 2025 yang akan berlangsung selama dua hari bermula 1 Ogos depan.

Kejohanan anjuran Persatuan Bina Badan Negeri Sabah (SBBA) dengan kerjasama Pejabat Daerah Tuaran itu akan diadakan di Dewan Seri Sulaman di sini.

Presiden SBBA, Clarence Runggi berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan kunjungan hormat SBBA kepada Pegawai Daerah Tuaran, Herman Tunggiging di Pejabat Daerah Tuaran baru-baru ini.

Clarence berkata, penganjuran kejohanan itu turut mendapat sokongan dari Pegawai Daerah dan turut menyambut baik serta mengalu-alukan pemilihan daerah Tuaran sebagai tuan rumah.

Katanya, kejohanan itu adalah bagi memilih atlet-atlet bina badan di negeri ini bagi mewakili negeri Sabah ke kejohanan Bina badan peringkat Kebangsaan, Mr Malaysia 2025 yang dijangka diadakan pada 25 hingga 29 September 2025 di Pahang.

“Mr Sabah 2025 akan mempertandingkan 14 kategori termasuklah lapan kategori Bina Badan junior dan senior, dua kategori physique lelaki dan satu kategori wanita ‘Model Atheltic’.

“Kita turut mengalu-alukan semua atlet yang berminat supaya mendaftar lebih awal supaya tidak menunggu di saat akhir untuk mendaftar.

“Selain mewakili negeri Sabah, pemenang-pemenang setiap kategori akan memenangi hadiah berbentuk wang tunai, medal dan sijil kejohanan,” katanya.

Beliau turut mempelawa orang ramai khususnya di daerah ini untuk sama-sama hadir menyaksikan kejohanan berkenaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/25/tuaran-dipilih-tuan-rumah-mr-sabah-2025/feed/ 0 76146
Sukan bina badan boleh melangkah lebih jauh – James https://sabahmedia.com/2024/12/08/sukan-bina-badan-boleh-melangkah-lebih-jauh-james/ https://sabahmedia.com/2024/12/08/sukan-bina-badan-boleh-melangkah-lebih-jauh-james/#respond Sun, 08 Dec 2024 09:40:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65073
Read Time:1 Minute, 22 Second

Penampang: Persatuan Bina Badan Negeri Sabah (PBBNS) digesa untuk menjalin kerjasama dan kolaborasi dengan pihak berkaitan untuk mengembangkan sukan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, pihaknya yakin atlet bina badan di Sabah ini akan terus mengorak langkah lebih jauh.

Katanya, ia sekaligus melakar pelbagai kejayaan termasuklah di peringkat antarabangsa.

“Walaupun sukan ini di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) namun sebagai salah seorang anggota Kabinet Negeri Sabah, saya secara peribadi menyokong sebarang usaha yang dilakukan dalam memajukan sukan bina badan khususnya di negeri Sabah.

“Sukan bina badan memerlukan program pembangunan secara sistematik dengan bermula dari peringkat usia muda untuk membolehkan negeri ini melahirkan atlet bina badan bertaraf dunia.

“Seperti sedia maklum, atlet bina badan ini juga memerlukan banyak pengorbanan, dedikasi, disiplin tinggi dari para atlet selain pengetahuan sains yang mendalam dari pelbagai aspek seperti pemakanan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mr Borneo 2024 di sini semalam.

James berkata, Persatuan Bina Badan Negeri Sabah perlu menekankan kepentingan penyediaan fasiliti yang lengkap serta tajaan untuk membolehkan atlet mendapat latihan dan keperluan yang mencukupi.

Katanya, persatuan juga memainkan peranan dengan baik dan proaktif dalam mengembangkan sukan itu meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran selain serba kekurangan.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, sudah pastinya kerajaan menyokong penuh usaha-usaha yang dilakukan oleh mana-mana persatuan sukan di negeri ini termasuklah persatuan sukan bina badan melalui Kementerian yang berkenaan,” katanya.

Lebih 100 atlet bina badan  melibatkan wakil daripada Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Negara Brunei Darussalam dan Wilayah Kalimantan, Indonesia telah mengambil bahagian dalam pertandingan Mr.Borneo pada tahun ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/08/sukan-bina-badan-boleh-melangkah-lebih-jauh-james/feed/ 0 65073