Bina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 21 Apr 2024 09:10:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan negeri disyorkan skop pasang paip masuk peruntukan bina Rumah Mesra SMJ – Armizan https://sabahmedia.com/2024/04/21/kerajaan-negeri-disyorkan-skop-pasang-paip-masuk-peruntukan-bina-rumah-mesra-smj-armizan/ https://sabahmedia.com/2024/04/21/kerajaan-negeri-disyorkan-skop-pasang-paip-masuk-peruntukan-bina-rumah-mesra-smj-armizan/#respond Sun, 21 Apr 2024 09:05:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52873
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya skop pemasangan paip dimasukkan dalam peruntukan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata, ini adalah kerana Rumah Mesra SMJ mempunyai skop peruntukan besar daripada rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berkaitan dengan penyambungan saluran paip air.

“Baru-baru ini saya mengesyorkan kepada kerajaan negeri kerana Rumah Mesra SMJ skop peruntukannya besar daripada rumah PPRT adalah berkaitan dengan penyambungan paip.

“Pemasangan elektrik sudah termasuk dalam skop spesifikasi peruntukan tersebut tetapi air tidak, jadi untuk memasang saluran paip ini juga, meter dan sebagainya memerlukan peruntukan paling kurang RM1,000.

“Jadi kita mengharap melalui kerajaan negeri supaya skop pemasangan paip itu juga dimasukkan dalam peruntukan pembinaan Rumah Mesra SMJ, jadi penerima manfaat dikalangan mereka yang susah ini akan boleh terus masuk ke rumah yang telah siap tersebut dan tidak terbeban dengan keperluan untuk pembuatan kos pemasangan paip,” kata Armizan ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MP Papar dan ADUN Kawang di Dewan SMK Pengalat di sini hari ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memaklumkan sebanyak 60 buah Rumah Mesra SMJ diperuntukkan di kawasan Parlimen Papar pada tahun 2023 telah siap dibina.

“Alhamdulillah tahun lepas kita telah selesai bina 60 buah Rumah Mesra SMJ yang diperuntukkan untuk tahun 2023 dan tahun ini ada 60 buah lagi.

“Justeru, dalam masa terdekat proses perolehan akan dilaksanakan dan kita menjangkakan tahun ini 60 buah rumah tersebut akan selesai lebih awal daripada tahun 2023 dan kita bermula lebih awal.

“Kita bersyukur kerana kerajaan negeri meneruskan program Rumah Mesra SMJ ini,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ yang telah siap dan sedia untuk didiami kepada tiga orang penerima manfaat tersebut.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Senator Tan Sri Anifah Aman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/21/kerajaan-negeri-disyorkan-skop-pasang-paip-masuk-peruntukan-bina-rumah-mesra-smj-armizan/feed/ 0 52873
Kerajaan negeri digesa buat keputusan tegas, bina empangan Kaiduan – Armizan https://sabahmedia.com/2024/03/10/kerajaan-negeri-digesa-buat-keputusan-tegas-bina-empangan-kaiduan-armizan/ https://sabahmedia.com/2024/03/10/kerajaan-negeri-digesa-buat-keputusan-tegas-bina-empangan-kaiduan-armizan/#respond Sat, 09 Mar 2024 16:13:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50828
Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali menggesa kerajaan negeri Sabah mengambil tindakan tegas dalam membuat keputusan mengenai cadangan bina empangan Kaiduan untuk menyelesaikan masalah bekalan sumber air di kawasan daerah Papar.

“Isu bekalan air di Sabah termasuklah di Papar ini ialah isu legacy yang kita warisi sejak sekian lama dan ahkikatnya keadaan semakin serius saya fikir kerajaan negeri perlu mengambil tindakan tegas membuat keputusan sebab kita tahu menyelesaikan isu air ini melibatkan empat faktor iaitu Resource (sumber air), Treatment (loji-loji rawatan air), Distribution (perparitan) dan Enforcement (penguatkuasaan),” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas merasmikan Majlis Perkampungan Sinergi Persatuan Anak Negeri Sabah di sini pada Sabtu.
.
Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara hidup (KPDN) berkata, isu bekalan air untuk tempoh 10-20 tahun di Papar akan selesai tetapi perlu difikirkan jalan penyelesaian untuk generasi akan datang mengenai kekurangan sumber bekalan air mentah yang diperlukan akan terus menjadi isu.

“Di Papar contohnya kita bersyukur kerana projek yang sepatutnya bermula 2019 iaitu naik taraf Loji Rawatan Air Kogopon daripada 40 juta liter air sehari kepada 80 juta liter sehari yang tertangguh oleh kerajaan negeri sebelum ini, telah pun dimulakan pada September 2023 dan tempoh tiga tahun akan siap.

“Tetapi satu lagi isu saya fikir dengan adanya loji rawatan air itu, isu bekalan air di Papar untuk tempoh 10-20 tahun akan selesai tetapi kita perlu memikirkan generasi akan datang sebabnya loji rawatan air adapun tetapi sumber bahan air mentah itu kalau tiadapun akan jadi isu.

“Itu sebabnya saya fikir kerajaan negeri kena mengambil tindakan tegas sudah tiba masanya kalau mahu kaji boleh kaji tapi dateline kena ada bila kajian akhir perlu dibuat untuk cadangan tentang pembinaan empangan Kaiduan.

“Kalau kita tidak buat keputusan sekarang, tidak ada alternatif sumber bekalan air mentah, isu bekalan air bukan hanya di Papar tetapi di Sabah akan menjadi jauh lebih besar, saya harap kerajaan negeri dapat membuat keputusan secepat mungkin tentang sumber bekalan air itu,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/10/kerajaan-negeri-digesa-buat-keputusan-tegas-bina-empangan-kaiduan-armizan/feed/ 0 50828
Cadangan bina bangunan Sekolah Menengah di Limbahau diberi perhatian sewajarnya – Juil https://sabahmedia.com/2023/11/28/cadang-bina-bangunan-sekolah-menengah-di-limbahau-diberi-perhatian-sewajarnya-juil/ https://sabahmedia.com/2023/11/28/cadang-bina-bangunan-sekolah-menengah-di-limbahau-diberi-perhatian-sewajarnya-juil/#respond Tue, 28 Nov 2023 07:50:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45802
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim merayu agar cadangan untuk pembinaan sekolah menengah di Limbahau diberikan perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Negeri dan Kementerian Persekutuan.

Katanya, di Limbahau tidak mempunyai sekolah menengah, dengan kedudukan geografinya yang jauh daripada bandar dan pekan besar sekolah menengah berasrama juga diperlukan.

“Jika diperincikan, pelajar-pelajar Limbahau buat masa ini terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut yang hanya ada kapasiti kira-kira 1,000 pelajar.

“Memandangkan ia melebihi kapasiti, dua sesi persekolahan terpaksa dilaksanakan dan asrama juga tidak dapat menampung keperluan penduduk yang sebilangannya daripada Limbahau,” katanya pada sesi perbahasan berkaitan Belanjawan Negeri Sabah untuk Tahun 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Menurut Juil, sudah empat kali beliau mengemukakan keperluan pembinaan sekolah menengah itu agar dapat direalisaikan di Limbahau.

“Rasanya ini sudah kali keempat saya mengemukakan keperluan mendesak daripada rakyat-rakyat Limbahau untuk pembinaan sekolah menengah ini.

“Pada sidang-sidang DUN terdahulu, saya menyatakan bahawa lokasi untuk sekolah menengah ini sudah pun dikenal pasti di Kg Gana seluas 30 ekar,” katanya.

Beliau juga telah berhubungan dengan Jabatan Pelajaran Sabah mengenai perkara itu.

“Saya telah pun berhubung dengan Jabatan Pelajaran Sabah mengenai perkara ini, dan difahamkan, jabatan itu kekal dengan keputusannya untuk sekolah yang dicadangkan dibina di tapak yang sudah ditetapkan.

“Bagaimanapun peruntukan daripada kerajaan persekutuan tidak dapat disalurkan selagi tapak ini masih menjadi hak milik Kerajaan Negeri. Oleh itu, pemindahan hak milik tanah ini kepada Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk peruntukan ini dapat disalurkan.

“Justeru, saya mencadangkan agar pembinaan sekolah ini dapat direalisasikan menggunakan pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Kalau boleh, Datuk Speaker, saya mahu sekolah ini dapat ini dibina dengan tanah ini dikekalkan hak miliknya dengan Kerajaan Sabah tanpa perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/28/cadang-bina-bangunan-sekolah-menengah-di-limbahau-diberi-perhatian-sewajarnya-juil/feed/ 0 45802
Kerajaan pertimbangkan tanah negeri untuk Shareda bina rumah mampu milik https://sabahmedia.com/2023/11/03/kerajaan-pertimbangkan-tanah-negeri-untuk-shareda-bina-rumah-mampu-milik/ https://sabahmedia.com/2023/11/03/kerajaan-pertimbangkan-tanah-negeri-untuk-shareda-bina-rumah-mampu-milik/#respond Fri, 03 Nov 2023 14:25:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44689
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk memperuntukkan tanah negeri kepada Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) untuk membina rumah mampu milik bagi kategori B40 dan M40 di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa Shareda bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

“Di pihak kami, kami sedia mempertimbangkan untuk memperuntukkan tanah kerajaan di Sepanggar dekat sini untuk dibangunkan oleh Shareda dengan syarat harga rumah-rumah ini diturunkan supaya berada dalam jangkauan kumpulan B40 dan M40 yang akan mendapat manfaat paling besar daripada pembangunan ini.

“Ini juga komitmen kerajaan negeri untuk memajukan industri hartanah,”
katanya pada Majlis Shareda Nite di sini hari ini.

Teks ucapan Metua Menteri disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Menurutnya, penyediaan rumah kepada mereka yang berpendapatan rendah adalah keutamaan kerajaan negeri pada masa ini, sejajar dengan RM125.6 juta Rumah Mesra SMJ di semua 73 DUN di Sabah.

Ketua Menteri juga gembira memaklumkan bahawa Shareda telah proaktif dalam membangkitkan isu berkaitan industri, antaranya mengenai perimeter dan pelarasan untuk MM2H Sabah, cadangan untuk pegangan pajakan selama 99 tahun diperbaharui pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan dan; pelaksanaan i-Miliki, satu lagi langkah bantuan kemampuan yang serupa dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC).

Mengenai Sabah Malaysia Rumah Keduaku (SMM2H), beliau berkata enakmen berkaitan dalam SMM2H yang disemak itu akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi.

“Saya ulangi bahawa apabila SMM2H bermula, kami menjangkakan kemasukan bakat, kepakaran dan pelaburan, yang akan memanfaatkan Sabah. Program SMM2H, dengan input daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk Shareda, telah diperhalusi untuk menjadikan Sabah lebih menarik kepada warga asing yang ingin berpindah dan tinggal di negeri ini,” katanya.

Hajiji juga pada dasarnya bersetuju membenarkan pembeli lot bumiputera mencairkan hartanah mereka tanpa berlengah-lengah dan membolehkan mereka mendapat manfaat daripada penjualan hartanah kepada pembeli tempatan dan asing.

Beliau berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan Presiden Shareda Datuk Chua Soon Ping untuk membuka kunci mekanisme pelepasan lot Bumiputera dari lima hingga sifar tahun untuk semua pembangunan baharu di Sabah.

“Saya sudah maklumkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Pemilik bumiputera akan terus menikmati diskaun istimewa lima peratus untuk lot Bumiputera,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri komited untuk menyokong teknologi Bangunan Hijau bagi menggalakkan lebih ramai pemaju di Sabah membina projek yang mematuhi inisiatif hijau.

“Di sinilah keseluruhan industri bergerak ke arah global, dan kerajaan negeri mahu memastikan ini juga diterima pakai di dalam negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/03/kerajaan-pertimbangkan-tanah-negeri-untuk-shareda-bina-rumah-mampu-milik/feed/ 0 44689
Hajiji lulus bina Dewan Masyarakat baharu Daerah Membakut https://sabahmedia.com/2023/10/14/hajiji-lulus-bina-dewan-masyarakat-baharu-daerah-membakut/ https://sabahmedia.com/2023/10/14/hajiji-lulus-bina-dewan-masyarakat-baharu-daerah-membakut/#respond Sat, 14 Oct 2023 08:03:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43614
Read Time:1 Minute, 19 Second

MEMBAKUT: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah meluluskan pembinaan Dewan Masyarakat baharu Membakut yang setara dengan statusnya kepada daerah penuh.

Beliau berkata adalah wajar daerah Membakut mendapat Dewan Masyarakat baharu kerana yang sedia ada sudah usang seperti yang disebut oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Ariffin Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut.

“Saya beri jaminan Membakut akan mendapat Dewan Masyarakat baharu tahun depan. Kos akan dipastikan oleh Pejabat Daerah dan jabatan teknikal,” katanya.

Ketua Menteri turut menandatangani plak memperingati naik taraf status Membakut kepada daerah penuh di sekretariat daerah, di sini, hari ini.

Membakut, diwartakan sebagai daerah penuh pada 30 Mac 2022, terdiri daripada dua DUN iaitu Membakut dan Bongawan.

Terdahulu, Hajiji yang juga merupakan presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) melancarkan
Gagasan Rakyat Bahagian Membakut di Dewan Terbuka Membakut.

Beliau mengulangi bahawa walaupun merupakan sebuah parti muda, yang ditubuhkan tujuh bulan lalu, Gagasan Rakyat telah berjaya menubuhkan 73 bahagian di Sabah dan satu di Labuan.

“Kami berbangga Gagasan Rakyat mampu menggerakkan jenteranya dengan cekap. Ini bagus, menandakan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan berjaya pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Hajiji berkata GRS mahu memenangi pilihan raya kerana “kami mahu terus membangunkan Sabah.”

Pengerusi GRS itu juga gembira melihat Gagasan Rakyat mendapat sambutan yang baik daripada rakyat
Sabah yang menginginkan diwakili oleh parti tempatan.

“Sebagai parti berbilang kaum, kita (Gagasan Rakyat) akan mengutamakan politik tempatan dan pembangunan. ini adalah wadah terbaik perjuangan kita demi rakyat Sabah,” katanya.

“Gagasan Rakyat ditubuhkan untuk memenuhi aspirasi rakyat. Kami mahu bekerjasama dengan parti tempatan lain dalam GRS,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/14/hajiji-lulus-bina-dewan-masyarakat-baharu-daerah-membakut/feed/ 0 43614