Bina pekan baharu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Jun 2024 04:29:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bina pekan baharu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek bina pekan baharu komersial Tongod bermula Jun ini https://sabahmedia.com/2024/06/09/projek-bina-pekan-baharu-komersial-tongod-bermula-jun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/06/09/projek-bina-pekan-baharu-komersial-tongod-bermula-jun-ini/#respond Sun, 09 Jun 2024 04:29:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55715
Read Time:52 Second

TONGOD: Tongod yang disenaraikan sebagai daerah termiskin akan berubah wajah sebaik sahaja pekan baharu komersial dibina bermula Jun ini.

Projek bernilai RM7 juta itu dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) merangkumi pembinaan dua deret kedai bertingkat yang mengandungi 12 unit.

Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah berkata, pembinaan projek fasa pertama di atas tapak seluas 1.17 ekar akan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan sebelum meneruskan pembinaan fasa kedua.

“Sekarang ini kita sedang mulakan fasa pertama bagi membina enam unit kedai dengan kos RM3.5 juta,” katanya semasa melawat tapak pembinaan projek itu, kelmarin.

Masiung (tengah) diberi taklimat oleh jurutera LPPB Mohd Andy Osman semasa melawat tapak projek pembinaan pekan baharu Tongod pada Sabtu.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, berkata, dua unit daripada kedai dua tingkat itu akan dicadangkan untuk membina hotel.

“Sementara, unit selebihnya digunakan untuk perniagaan komersial termasuk premis makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC),” ujarnya.

Menurut Masiung, bangunan komersial dua tingkat itu akan dijual dengan nilai antara RM565,000 hingga RM619,000 bagi unit bahagian tepi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/09/projek-bina-pekan-baharu-komersial-tongod-bermula-jun-ini/feed/ 0 55715